Pengikut-Pengikut Panglima7

Kalendar Islam

Sep 11, 2013

Yang Benar Tetap Benar Walaupun Ku Telan Pahit.

Bismillahirrahmaanirrohim.


Sejak Panglima di amanahkan sebagai Pengerusi / YDP Persatuan Penduduk dan terbaru dipilih menjadi Pengerusi KRT (Kawasan Rukun Tetangga), masa Panglima untuk diri sendiri dan keluarga semakin terhad.  Hingga terpaksa melupakan blog kesayangan ini dari tahun lepas.  Keaktifan boleh dibilang.

Memang mencabar menjadi Ketua Masyarakat, lebih2 lagi memegang dua portfolio.  Itu tak termasuk lagi portfolio politik.  Fikiran sentiasa berjalan dan bergerak aktif agar program-program dapat diatur seperti dirancang.  Kadang-kadang program yang dirancang disabotaj musuh.  Ada juga musuh dalam selimut dan gunting dalam lipatan.

Apabila dah masuk dalam masyarakat.........bermacam-macam orang yang kita jumpa dan bermacam-macam perangai yang kita lihat.  Ada yang pijak semut pun tak mati.  Kadangkala Panglima terusik dengan lagu Ramli Sarip " Aku menulis Bukan Kerna Nama"  punya "dalam" maksud lirik yang tersirat.

Tahun depan genaplah dua tahun Panglima memegang jawatan ini.  Ya Allah, ko uji hambamu ini dengan jawatan, kuasa dan manusia-manusia yang mengelilingiku. Aku tak minta, tapi ko beri Ya Allah.  Aku sedar Ya Allah, tindakanku terhadap manusia-manusia yang bermacam ragam dan peel inilah penentu hidupku di alam kubur nanti.  Mereka-mereka inilah menjadi pemain-pemain utama soalan-soalan Munkar Nakir di kuburan.  Tentang keadilanku...tentang tindakanku, tentang keikhlasanku, tentang duit.  Tentang tanggungjawabku.   Yang benar tetap benar...walaupun terpaksa ku telan Pahit.

Panglima7

1 comment:

mardiah zainal said...

http://MegaStoon.Com/1/?share=266851 jum cube benda ni

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara