Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Jan 13, 2014

Panglima Dah Kembali.......:)))

Bismillahirrahmaanirrohimm

Pulang.....Gambar di Gunung Berapi Kintamani, Bali, Indonesia

Alhamdulillah, syukur kepada Allah dengan limpah dan kurnianya, saya dapat kembali semula di blog yang saya sayangi ini.  Sudah lama saya tidak mengemaskinikannya.   Sampai password pun lupa dah..huhuhu.   Puas cari sana sini…aduhaiii..!!  akhirnya ketemu. 


Dalam Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk yang diadakan pada 12hb Januari 2014 semalam, saya telah menarik diri dari dicalonkan semula sebagai Pengerusi oleh penduduk bagi memberi laluan kepada orang lain dalam mengemukakan idea-idea yang baru bagi keselamatan, pembangunan dan kesejahteraan penduduk taman.

Ramai di kalangan penduduk memujuk agar meneruskan kecemerlangan......khidmat masih diperlukan, namun pucuk pangkal hati kita.  Semalam saya pegang 3 jawatan.  Sekarang, tinggal 2.  Cukuplah saya pegang amanah sebagai Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga dan juga parti.  Cukuplah tu.  Saya tidak mahu dibebani dengan tugas yang akhirnya kita tidak mampu untuk memikulnya.

Selamat bertemu kembali tuan puan.......

Jazakallahu Khairan Kathira.
Panglima7

2 comments:

al-brangi Online said...

cantik....

Panglima7 said...

Terima kasih tuan Albrangi. Bertemu kita kembali di persada ini.

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara