Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Nov 14, 2010

Antara UMNO & PAS....Memilih Parti Politik Perlu Ada Ilmu.

Assalamualaikum Wbr...

Jika makan pun masih begini... setelah 20 tahun menjadi Menteri Besar Kelantan...apakah yang dicari oleh Nik Aziz dalam PAS.   Fikirkanlah sedalamnya.....Fikir itu pelita hati.

Parti-parti politik maupun dari UMNO & BN juga dari PR terutamanya PAS adalah sebuah parti Politik yang cukup berbeza di antara satu dengan yang lain.   Kedengaran dari orang ramai..." Argh....sama sahaja parti UMNO & PAS...tiada bezanya."   Aku nak tanya......mereka ini memandang dua parti yang bertentangan ini dari sudut mana ???

Kedua-dua Parti melakukan kebaikan....UMNO melakukan kebaikkan dengan menghulurkan bantuan kepada rakyat, begitu juga PAS dan Pakatan Rakyat.....rakyat jadi keliru....!!!! Dua -dua menghulurkan bantuan kepada mangsa Banjir.
Parti yang manakah yang menjadi pilihan....parti yang manakah yang betul, yang benar dan lurus jalannya.

Sebenarnya di akhir zaman.....perkara yang baik akan dilihat jahat di mata masyarakat.  Sebaliknya....perkara yang jahat akan dipandang baik pula.   Di akhir zaman ini...orang yang berkopiah, berserban tidak dipandang baik lagi.....kebaikan dari pakaian Rasulullah ini telah tersirna (tertutup) di mata masyarakat. Lebih-lebih lagi kopiah hanya dipakai setelah orang itu didakwa atas pembunuhan dan kes rogol di mahkamah.  Maka persepsi masyarakat kepada orang berkopiah dan berserban sangat buruk.

Kebaikan dan kejahatan(fitnah) telah saling menutupi diantara satu dengan yang lain......hingga mengaburi dan terhijab kebenaran di mata rakyat dan masyarakat untuk menilai Parti mana yang benar. 

Justeru itu.....kita perlu memandang kedua parti ini dengan ilmu.  Perlu ada ilmu.....bukan main ikut sahaja.  Dengan ilmu kita dapat menyuluh dan melihat Parti yang bathil dan parti yang benar. Dengan ilmu kita dapat membezakan mana permata dan mana kaca.

Jika sudah mendapat.....kita akan mengetahui akan Jauh bezanya di antara dua parti politik.....Jauh panggang dari Api.   Berlakon lah sebaik mana pun parti dan pemimpin itu......kita tetap akan tahu, yang salah tetap salah....yang bathil tetap bathil.

 Ilmu ini bukan boleh didapati di sini.   Kena cari dan kembali kepada Allah....InsyaAllah kita akan menemuinya.

Panglima7.
Politik tidak boleh dipisahkan dari agama.   Jika ada yang kata boleh...."Orang itu orang yang Bangang."  jangan belajar dari orang begitu.    Apa yang kita lakukan akan dicatat oleh Allah....dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar perkara, semuanya akan dihitung di padang mahsyar nanti.  


Pilihlah Parti yang bukan sahaja membawa kesejahteraan hidup di dunia ini sahaja tetapi juga mementingkan keselamatan dan kebahagiaan di Akhirat.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara