Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Nov 10, 2010

Apa Sebenarnya Yang Ko Kejar Nie Zaid !!!

Assalamualaikum Wbr.



Tindakan Zaid yang meletakkan semua jawatannya dalam Parti PKR dan membuat Press Conference setelah kecewa dikalahkan dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR sangat tidak professional.

Setelah kalah kepada Azmin Ali, beliau mengecam semua pimpinan atasan PKR termasuklah DSAI.   Apa sebenarnya yang ngko kejar ni Zaid ???  Pangkat dan Kuasa....... Ermm...!!

Terimalah kekalahan dengan sikap terbuka dan berlapang dada dan jangan bersikap seperti pemimpin UMNO, serang menyerang.  Jawatan Timbalan Presiden itu cuma satu ajer.....tiada duanya pun.  Mesti lah ada kalah dan menang.  Dulu kita cuba menagkan ko dalam Pilihanraya Dun Hulu Selangor, tapi apakan dia...nasib tidak menyebelahi kamu.

Janganlah ikut peribahasa Melayu.....”Menang jadi ARANG kalah jadi ABU.”

Tindakan membuat kenyataan sendiri tanpa merujuk lagi kepada norma-norma dan peraturan parti menonjolkan sikap memberontak terhadap pimpinan.

Sekiranya dah tak suka kepada parti dan selepas membaling tahi kepada semua orang.....keluarlah dengan cara terhormat. 

Panglima7
Dijemput masuk cara baik.....keluar pun dengan cara baik dan terhormat la.  Takkan nak suruh Pas Tarbiyahkan ko.

11 comments:

ika~~ said...

emm sy xpndai ckp psl politik..
namun sy kalau diberi pilihan pas @ keadilan..100% sy pilih pas tanpa byk soal..:)

Kak Amy said...

salam panglima..

kes nie gak la yang bapak mertua dok sibuk perkatakan...sabar je la

Panglima7 said...

Ika ..kalau tak pandai pasal politik takpe...selalu lah baca apa yg ada dalam blog saya nie....dan blog Prof. Dr. Hamirdin kelak nanti Ika akan paham. Politik ni berkait rapat dengan aqidah Islamiyah juga. Sebab itu mana-mana ahli yang masuk Pas...tersangat lah sedikit atau hampir tiada yg keluar dari Pas berbanding PKR dan UMNO.

Panglima7 said...

Waalaikumsalam Amy. Terimaksih kerana sudi datang bagi komen.

Betul tuu....cuba dengar aper komen Pak mertua amy kata...hehehe

Anonymous said...

politik yang segalanya mungkin...

Panglima7 said...

Tapi ika kena mendaftar sebagai pengundi dahulu.....Ika dah daftar? kalau belum cepat2 mendaftar. takut nanti tak sempat. SPR ni bukannya betul sangat.

ika~~ said...

sbb tu lah sy pikir pas lg teguh..
btw ari tu mak dah bg salinan ic sy kt muslimat untuk didaftarkn, tp check takde pun. ok nnti sy g sendirilah. kt pjbt pos je kaan?

luvly iema said...

jadi cm ni plak dah..... sentap la tu sbb xmnang...


*panglima, harap boleh disable word verification ni. ssh la nk komen ;(

Panglima7 said...

Boleh tahu...Ika tinggal di daerah atau kawasan mana ? Kot-kot saya boleh tolong.
Kat Pejabat Pos pun boleh juga.
Cuma kalau kat Pej Pos...diorang tanya....nak undi parti mana...jangan jawab ape-ape. nanti dia alihkan lokasi pengundian kita bila sampai masa pengundian nanti. Tau-tau dah ditempat lain. haru nanti.

Iema...nanti hamba buangkan verification tuu ok. Dont worry.
Thanks

ika~~ said...

sy duk daerah manjung, perak.
dun pantai remis n pengkalan bharu, parlimen beruas.
eh org pjbt pos tu ade cmtu ke?
ish ish ish

Panglima7 said...

Oh...duk Pantai Remis, Manjung Perak. Hamba di Rawang. Dahulu hamba tinggal di Bandar Baru Bangi, sebelum berpindah di Rawang, Selangor. Orang Pejabat Pos ada yang mcm tuu....sebab ramai yang dah terkena. Kalau boleh pergilah ke Pejabat ADUN Pas DUN Pantai Remis. Untuk pendaftaran dan jgn lupa bagi dia date line untuk Ika follow up. Thanks.

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara