Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Nov 11, 2010

Zahid Ibrahim Nie Siapa Sebenarnya...Agen UMNO Kah ???

Assalamualaikum Wbr…

Zaid Ibrahim suatu nama yang cukup GAH beberapa tahun lalu ketika beliau berada di dalam UMNO Kelantan dan kini PKR.  Namanya mula naik ketika beliau menyaman Undang-Undang Hudud di Kelantan.  Ingat lagi tak.?? Memang ako pun naik darah dengan perangai dia nie.

Dilantik menjadi menteri dan apabila tidak sependapat mengenai isu ISA dengan PM, maka beliau meletakkan jawatannya sebagai Menteri dan menyertai PKR. Ako rasa ini gempaq yang dibuat-buat bagi mendapatkan kepercayaan dari PR.

Setelah mendapat kepercayaan dari DS Anwar Ibrahim, beliau dicalonkan bertanding di Parlimen Hulu Selangor melawan MIC – Kamalanathan dan beliau kalah.

Kemudian beliau diberi peluang bertanding merebut jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR dan beliau tewas kepada Azmin Ali.  Pabila terasa beliau tidak dapat makan Azmin Ali....dan gagal dalam tindakannya maka dihamun dan dicaci makinya DSAI dan pemimpin lain dalam PKR seolah-olah beliau tidak pernah makan semeja dengan mereka ini. 

Nasib baik beliau kalah dalam perebutan jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR ini.....Kalau tidak.......HANCURLAH Parti Keadilan Rakyat jika beliau menjawat jawatan Timbalan Presiden.  Segala informasi akan rencana sulit akan sampai kepada UMNO & BN.  Segala kejadian ada hikmahnya.   Pakatan Rakyat mempunyai banyak musuh dalam selimut.

Perkara-perkara di atas tidak mungkin dapat disangkal dan ada kebenaran ianya dirancang dengan teliti oleh UMNO.

Dahulu selepas negara baru mencapai Kemerdekaan....negara berhadapan dengan Angkatan Bersenjata Komunis yang cuba merampas kuasa dari kerajaan perikatan.  Aku pinjam analisis Prof. Dr. Hamirdin.

Kini Komunis sudah tiada.......yang tinggal hanya Parti-Parti Alternatif  dari Pakatan Rakyat yang cuba mengambil alih kerajaan melalui jalan demokrasi setelah rakyat melihat banyak kepincangan dan penyelewengan yang berleluasa dilakukan oleh kerajaan UMNO & BN yang sedia ada ini.

Tetapi di mata UMNO dan BN, tindakan Parti-Parti Alternatif (Pakatan Rakyat) ini dilihat sebagai Komunis yang cuba merampas kuasa.  Maka diletaknya agen-agen mereka bagi menghancurkan Pakatan Rakyat ini sama seperti apa yang dilakukan ketika menghancurkan Komunis dahulu..  

Dalam meletakkan agen-agen ini....tentulah memakan masa yang agak lama bagi UMNO bagi mendapatkan hasilnya, mereka create story dan jalan cerita.....mcm kes Zaid sanggup tentang ISA dan letak jawatan Menteri dan masuk PKR.....begitu juga Zahrain Mohamed....bila ini berlaku maka Pakatan Rakyat mula percaya sungguh-sungguh kepada agen ini kononnya mereka sudah sedar dan menyokong apa yang dibawa oleh Pakatan Rakyat. 

Tindakan Zaid Ibrahim ini samalah dengan tindakan sewel Zahrain Mohamed (Bekas Ahli PKR), Zulkifli Nordin (Bekas ahli PKR), Ibrahim Ali (Dulu UMNO, bertanding atas tiket Pas) dan yang lain-lain.

Ikuti analisis ini dengan lebih menarik lagi, sila Klik Di Sini 

Panglima7

2 comments:

CUCU PEJUANG said...

AGEN UMNO YANG MENYELINAP DALAM PR BERSEPAH-SEPAH.MUSUH DALAM SELIMUT,DURI DALAM DAGING DAN LAIN-LAIN PEPATAH ATAU KIASAN.TALIBARUT YANG TIDAK BERHATI PERUT.RAHSIA DAN STRATEGI PARTI BUKAN RAHSIA LAGI.HABIS 'DILONDEHKAN' SATU PERSATU.TINDAKAN MEREKA INI AMAT PELIK.KERJA MEREKA UNTUK MELEMAHKAN PARTI DAN AHLI.MENGAPA TINDAKAN 'BERANI MATI' MEREKA DIBIARKAN BEGITU SAHAJA???PELIK TAPI BENAR!!!NAMPAKNYA MEREKA LEBIH 'POWER' KERANA PANDAI MENUTUP SETIAP KESALAHAN.

Panglima7 said...

Pandangan tuan hamba setuju bebenor. Memang PR banyak musuh dalam selimut. Zaman nabi pun begitu juga...terlalu banyak orang Munafik yang menikam dari belakang. Sama lah macam Zaid dan kuncu kuncunya. Mereka ni dah jadi daging dalam PKR...jika kita musnahkan....sikit sebanyak berdarah beb!! So tindakan perlu berhemah dalam menangani krisis ini kerana mereka juga ada pengikut.

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara