Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Jan 18, 2012

"Ikhlas" Yang Disalah Ertikan


Bismillahirrahmaanirrohimm....


Assalamualaikum Wbr.
Mesti Baca : Kekeliruan maksud "Ikhlas".

“Perintah Allah itu mesti diikuti walaupun suka atau terpaksa. Tidak kira samada ikhlas atau tidak… WAJIB diikuti. Ini yang ingin disampaikan di dalam artikel ini. Tapi orang kita asyik guna alasan… “kalau buat baik tapi tak ikhlas.. baik tak payah.” Mana ajaran yang dibelajar tak tau lah.”

Apa yang kita faham dengan sebuah keikhlasan?
Seringkali pemahaman kita tentang ikhlas adalah melakukan sesuatu itu dalam keadaan hati yang rela dan benar-benar ingin melakukan.
Kita juga memahami ikhlas itu melakukan kerja kerana Allah SWT namun pemahaman yang pertama tadi yang selalunya menjadi rujukan kita ketika melakukan sesuatu kebaikan.
Selama ini kita memahami… untuk melakukan kebaikan perlu dilakukan dengan senang hati… rela… Jika tidak.. tidak guna melakukan sesuatu kerja itu walaupun kerja yang baik. Inilah pemahaman kita dengan sebuah keikhlasan.
Persoalannya berapa banyak kali hati kita benar-benar rela di dalam melakukan kebaikan walaupun kita cuba melakukan kerana Allah SWT?
Berapa banyak kali hati kita benar-benar mendirikan solat dengan benar-benar rela atau senang hati melakukan? Selalunya kerana solat itu sebuah kewajipan.
Berapa banyak kali hati kita benar-benar senang hati bersedekah walaupun dalam keadaan kita juga memerlukan?
Berapa banyak kali hati kita senang hati membantu orang lain dalam keadaan kita sibuk?
Selain dari itu, ikhlas juga difahami bahawa kerja yang dilakukan mestilah percuma. Seandainya kita menuntut bayaran atau ganjaran ke atas sesuatu kebaikan, maka kita dikatakan tidak ikhlas.
Seandainya begitu, maka semua orang tidak ikhlas kerana kerja kita dibayar upah gaji setiap bulan.
Ikhlas tidak bermakna percuma dan percuma belum tentu ikhlas.

Betulkan Kefahaman Kita Tentang Ikhlas.
Benar makna ikhlas adalah melakukan sesuatu itu kerana Allah SWT. Namun tidak ada dinyatakan bahawa ketika kita melakukan kerja, kita harus menunggu hati kita benar-benar senang hati melakukan.
Selalunya disebut… “kalau tak ikhlas, tak guna lakukan” seolah-olah rasa senang hati atau rela melakukan itu perlu ada dahulu barulah kita melakukan.
Saudara,
Saya jelaskan dengan mudah agar kita memahami ikhlas yang sebenar.
Dari segi realiti kehidupan, ikhlas ini adalah berapa kuatnya diri kita mampu melepaskan diri dari keterikatan yang menghalang untuk kita melakukan kebaikan.
Biarlah hati kita tidak senang… jasad kita terasa berat untuk melakukan, otak memikirkan pelbagai alasan.. namun kita tetap terus melakukan. Kita mampu melakukan dalam apa jua keadaan hati kerana kita faham apa yang kita lakukan kerana Allah SWT.
Inilah keikhlasan di mana melakukan sesuatu kerana Allah SWT walau dalam keadaan apa jua pun. 

BUKAN MENUNGGU HATI SENANG ATAU SELESA MELAKUKAN KEBAIKAN, BARULAH KITA MELAKUKAN dengan menyatakan…. “aku ikhlas”.
“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun berat dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (At Taubah:41)
Firman Allah jelas menyatakan bahawa berangkat untuk berjihad dalam keadaan ringan atau pun berat. Bukan sahaja dalam keadaan ringan semata-mata, malah dalam keadaan berat pun perlu juga berjihad kerana yang utama kita berjihad kerana Allah SWT.
Orang kata… kalau kita melakukan kerana Allah SWT pasti kita ikhlas. Ya benar.
Namun hakikat ramai antara kita sekarang ini sekadar tahu. Kerana tidak menyedari akan Allah SWT maka walaupun tahu melakuan kerja kerana Allah namun di hati itu masih terasa beratnya.
Kita bercerita dalam realiti kebanyakan kita hari ini.

Ubah Kefahaman Kita Selama Ini Tentang Ikhlas
Ikhlas di dalam melakukan kebaikan adalah melakukan kerana Allah.
Namun realiti kita walaupun melakukan kebaikan kerana Allah namun hati masih berat.
Melakukan kebaikan dengan ikhlas bukanlah melakukan kebaikan dengan senang hati semata-mata. Tingginya keikhlasan kita diukur sejauh mana kita berjaya melepaskan diri dari halangan dari melakukan kebaikan.
Seandainya kita banyak duit dan kita senang bersedekah, ikhlas kita tidaklah setinggi berbanding mereka yang kekurangan duit tapi tetap bersedekah. Mereka yang kekurangan duit lebih hebat halangannya dan golongan itu yang berjaya melepaskan diri dari keterikatan harta benda pasti lebih ikhlas.
Namun bagi yang banyak duit, tingginya ikhlas adalah bergantung sejauh mana nilai yang sanggup yang disedekahkan. Seandainya tinggi ikhlasnya, lagi banyak duit, lagi banyak yang disedekahkan. Kerana ujian kita adalah berapa kuatnya kita melepaskan diri dari keterikatan harta benda.
Namun kita seringkali dihalang dengan kata-kata… “banyak duit tapi tak ikhlas lebih baik dari sikit duit tapi ikhlas”. Seandainya ikhlas.. tidak mungkin nilainya sedikit berbanding dengan duit yang kita ada.
Ketika kita ingin membantu sahabat kita, bukanlah menunggu benar-benar kita senang hati ingin membantu. Namun bantulah ketika sahabat kita memerlukan bantuan.
Solat.. lakukan walaupun rasa berat. Kerana itu khusyuk di dalam solat adalah dinyatakan oleh Allah adalah sebuah keadaan bahawa kita yakin sedang bertemu Allah dan kembali kepadaNya. Kita perlu sabar walaupun rasa berat namun seandainya kita yakin sedang bertemu Allah, kita pasti akan berasa ringan.
Tidak ada di katakan dirilah solat ketika hati senang. Solat wajib didirikan dalam keadaan hati samada senang atau tidak senang. Yang utama kerana Allah.
Maka kebaikan itu tidak perlu menunggu hati senang melakukan atau tidak atau dengan kefahaman kita selama ini, menunggu ikhlas dahulu baru lakukan. Salah faham makna ikhlas… kita mengatakan “kalau tak ikhlas.. tak guna buat baik”.
Lakukan sahaja kebaikan tanpa mempedulikan samada rasa senang hati atau berat kerana rasa senang hati, kebahagiaan, lapang hati dan seumpanya PASTI akan diberikan Allah selepas kita berjaya melepaskan diri dari halangan untuk melakukan kebaikan.
Fahamilah bahawa melakukan sesuatu kerja dengan ikhlas BUKANLAH menunggu hati dalam keadaan senang melakukan barulah kita rasa kita ikhlas. Jika ini kefahaman kita, ternyata kita salah memahami erti keikhlasan.
Maka lakukan kebaikan, inshaAllah pasti akan diikhlaskan Allah hati kita ini. Seandainya ingin menunggu kita ini ikhlas dahulu… entah berapa banyaklah agaknya kebaikan yang berjaya kita lakukan.
[note] Melakukan kebaikan dalam keadaan tidak ikhlas adalah lebih baik berbanding langsung tidak melakukan kebaikan dengan alasan…”kalau tak ikhlas.. baik tak payah buat kebaikan”. NAMUN terrrrrr amat RUGI seandainya melakukan kebaikan tetapi tidak ikhlas… tidak kerana Allah SWT.

p/s Dibenarkan untuk dikongsikan bersama rakan lain jika ia bermanafaat.

Dipetik dari
Fuad Latip
Jiwa Positif Hidup BerTuhan
http://www.facebook.com/fuadlatip
27 Mei 2011

Panglima7
Setuju dengan apa yang dikatakan oleh penulis.

Read more...

Jan 15, 2012

Berwudhuk lah dengan Sempurna…..Elakkan Semberono


Bismillahirrahmaanirrohimm.


Assalamualaikum Wbr……..

Panglima berpesan kepada diri Panglima dan juga tuan/puan…..berwudhuklah kita dengan sesempurna yang mungkin…..sebagus yang mungkin kalau boleh, jangan berwudhuk secara semberono atau cincai atau nak cepat ajer asalkan basah.  Dikhuatiri solat yang kita tunaikan tidak sah disebabkan wudhuk kita yang tidak sempurna.  Tetapi janganlah sampai berlebih-lebihan pula dalam berwudhuk.  Maka kerugianlah yang menimpa kita di akhirat kelak.  Hadis di bawah menunjukkan peri pentingnya wudhuk yang sempurna.

Hadith :

Dari Umar bin al-Khattab r.a katanya:” Ada seorang lelaki berwudhuk tetapi
ada kakinya yang tidak terkena air selebar kuku. Dan hal itu dilihat oleh
Nabi s.a.w. Disebabkannya baginda bersabda:”Ulang kembali wudhukmu dengan
sempurna dan sebagus-bagusnya!” Orang itu pun berwudhuk kembali dan sesudah
itu dia solat.” (Muslim)

Panglima7
Panglima suka berwudhuk air di kolah.

Read more...

Jan 11, 2012

Dr. Juanda Mufti Perlis ....akan Ikut Cara Dr. Hasan Ali.??

Bismillahirrahmaanirrohimm.

Assalamualaikum Wbr.

Kenyataan Mufti Perlis Dr. Juanda Jaya semalam mengatakan bahawa tindakan drastik PAS yang memecat Dr. Hasan Ali membuktikan PAS bersikap Autokratik (kuku besi) dan tidak matang.  Menurutnya lagi, Pas perlu lebih bersifat terbuka di dalam menerima kritikan daripada ahlinya dan menjunjung demokrasi. 

Bagi Panglima7, buat lah kerja sebagai Mufti…jangan sibuk mencampuri hal-hal politik.  Kalau nak berpolitik…letak jawatan dan masuk politiklah.  UMNO yang banyak melakukan penyelewengan dalam Islam kenapa tak tegur dan kritik.  Masa Dr. Mahathir pecat DS Anwar Ibrahim nape tak sanggah. 

Setiap Parti ada peraturan dan perlembagaannya.  Pas menjunjung demokrasi dan sangat terbuka dalam menerima kritikan….. lebih dari UMNO itu sendiri.

Kalau hendak kritik parti pun ikutlah peraturan dan saluran yang betul.  Kalau beliau (Dr. Juanda) masuk PAS atau UMNO….adakah beliau akan ikut cara Datuk Hasan Ali.??  Bercakap tanpa menghiraukan peraturan parti walaupun beberapa amaran diberikan.   Kenapa perlu DHA bersekongkol dengan media musuh bagi menyerang Parti sendiri.  Yang patut diserang ialah UMNO, bukan menghalakan bazooka  ke parti sendiri.  Tidakkah tindakan sepert ini memang berniat jahat dan seperti mengebom saudara sendiri.  Islam kan ada Musyawarah.

Panglima7                                                                                                                                                                     

Read more...

Jan 9, 2012

Hasan Ali Perjuangkan Islam di Kulit Melayu.

Bismillahirrahmaanirrohimm.

Assalamualaikum Wbr.

TV Sukusakat memainkan kenyataan DHA yang mengatakan, beliau tetap memperjuangkan Islam, Bangsa Melayu dan Institusi Raja.   Ermm....nada bunyinya macam nada penyokong UMNO jer...cumanya UMNO memperjuangkan bangsa Melayu yang menjadi keutamaannya, kedua baru ler Islam Hadhari. (Islam yang separuh-separuh...Islam yg mendatangkan keuntungan besar bagi UMNO bila melaksanakan)

Untuk pengetahuan....Islam tidak memperjuangkan bangsa......tetapi Islam memperjuang dan meninggikan syiar Allah tanpa mengira bangsa. Perkara yang paling obvious di sini.....nampak sangat DHA cuba membodek TG Haji Hadi Awang...kononnya hanya TG Haji Hadi Awang yang lebih layak menjadi PM jika PR menang dalam pilihanraya umum yang akan datang jika nak banding dgn Anwar yang ada masalah moral.  Bukankah itu tandanya niat beliau untuk melaga-lagakan sesama pemimpin Pakatan Rakyat.

Memang pun.....aku pun setuju kalau TG Haji Hadi Awang jadi PM.....tetapi DHA janganlah melangkah bendul dan membuat spekulasi yang boleh merugikan PAS dan Pakatan Rakyat.  Segala keputusan dibuat melalui musyawarah.  Kata memperjuangkan Islam...tetapi tindak tandukmu...menjurus ke arah kerosakkan.....seperti gunting dalam lipatan.

Aku sokong pemecatan engkau.

Panglima7.
PAS tetap dengan dasarnya yang tak berubah......Menegakkan Negara Islam.
Read more...

PAS pecat Hasan Ali berkuat kuasa serta merta



Bismillahirrahmaanirrohimm.

Assalamualaikum Wbr.

Hari ini 8hb Jan 2012. Dr Hasan Ali telah dipecat dari PAS setelah banyak membuat kenyataan yang boleh merosakkan dan merugikan Parti Islam Se Malaysia (PAS).

Panglima7
Satu lagi ujian Allah dalam menapis hamba-hambanya yang benar-benar ikhlas berjuang di di dalam PAS.
Apa yang nak terkejut dengan keputusan ini......Bila angin bertiup kencang, pokok pasti bergoyang, akhirnya dahan pun akan patah. Dia pun dah boleh jangka dengan tindakannya itu.

Dr Hasan Ali sekarang bukanlah Dr Hasan Ali yang ku kenal dahulu.  Kalau benar Dr Hasan seorang pejuang Islam  yang tulen...jadilah seperti Khalid Bin Al-Walid....pernah dipecat dari menjadi Panglima Perang. Tetapi beliau tidak berpaling tadah selepas itu dengan menyertai tentera Rom ataupun Parsi. Hanya memohon keredhaan Allah SWT.   Kalau DR Hasan gunakan media Utusan Meloya, Berita Hairan atau TV sukusakat dan kemudian sertai UMNO......ermm...kau tahulah jawapannya.


Read more...

Jan 7, 2012

Serangan Anonymous di Blog Panglima7.

Bismillahirrahmaanirrohim.

Assalamualaikum Wbr.

Semua soalan yang diutarakan oleh anonymous kepada Panglima ini...semuanya aku boleh jawab.  Cuma soalan anda ini nampaknya tidak berpandukan kepada fakta ekoran terpengaruh dengan akhbar Utusan Meloya dan TV sukusakat.  Gunakanlah fikiran anda...Kena putar sikit dari UMNO dan BN....dah konpius dan melatah.  Bagaimana kita nak berhadapan dengan Fitnah yang besar dari Dajjal.  

Panglima malas melayan soalan yang tak intelligent ini....   Kalau nak beli dan baca Akhbar Meloya... Silakan....boleh bukan tak boleh baca.....tetapi bacalah juga HARAKAH ataupun SIASAH.  Barulah luas sikit pandangan tuan semua dan takdelah kuar soalan-soalan sebegini lagi.

Panglima 7.
Sila baca komen anonymous di bawah yang tah ape dorang merapu nie.  hmmm.  Nampak sangat mereka tak reti pencak silat politik UMNO.
contoh soalan ini......"kenape sampai nk buat perhimpunan bersih?kenape x bersaing secara sihat je?"


kalau btl pas mahu memperjuangkan islam,kenape pemimpin2 nyer menabur janji2 palsu?pernahkah islam mengajar untuk selalu berjanji palsu?
   Publish   |   Spam   |   Delete
kenape sampai nk buat perhimpunan bersih?kenape x bersaing secara sihat je?kenape perlu buat perkara yg langsung x matamg cam 2?bkn ke 2 boleh mencetuskan keadaan yg huru hara?kenape perlu ikut telunjuk orng kafir?...dari situ pun boleh mengagak camne mase dpn klu pas mmg......
   Publish   |   Spam   |   Delete
cuma berhati-hati dgn DAP.. kita x pernah tau aper agenda dorang....tapi kalau dh pemimpin gile kuasa,kemaruk sgt nk menang,mmg x bleh mempertimbngkn sesuatu ngn baik.....
   Publish   |   Spam   |   Delete
kalau DAP dh berkuasa,boleh caye ke dye akan adil ?x main kotor?lagi2 orang cina?orang ksfir zaman rasul x same ngn orng kafir zaman skrang nie....kalau PAS berada di jaln yang benar,kenape penyokong nyer x ramai?sampai kene gabung ngn orng kafir? sekadar mempersoalkan...bukan nk menentang bukan nk menyokong..
   Publish   |   Spam   |   Delete
Kalau PAS berada di lajan yg benar,kenapa ada pemimpin seperti anwar?
   Publish   |   Spam   |   Delete
Salam, hebat pati ISLAM yg hanya mencari salah orng sana sini,Tahniah pd kerajaan PAS yg 20 tahun memerintah menjadi pemegang rekod pertama pengidap HIV palinng RAMAI d malaysi,paling ramai yg jadi gro,pelacur di merata negeri dtg dari kelantan,berpuluh2 tahun memerintah kata islamik kenapa hanya 1 masjid jer yg dibuat?apa hukum menjadi pemerintah cara islamik tp x maampu menyediakan pekerjaan untuk rakyar sendiri,air pekara utama untuk bersuci pun masih kotor-rakyat bersepah merata cari makan di negeri lain....wallahhualam...ini lah konon cara pemerintahan islam....alahai bukan pemimpin2 PAS pun suka pakai alphard..ha,ha
   Publish   |   Spam   |   Delete

Read more...

Jan 5, 2012

Mengapa Umat Islam Perlu Berpolitik..Dan Sertai PAS..???

Bismillahirrahmaanirrohim.
Parti Islam Se Malaysia (PAS)
Assalamualaikum Wbr.

Ingin saya kongsikan bersama anda di sini....soal jawab agama yang sungguh menarik, yang rugi kalau tak dibaca sehingga ke penghujungnya... di antara seorang Melayu yang beragama Islam dengan seorang Ustaz.  Diharapkan dapat membuka minda dan hati kalian......mengapa kita sebagai umat Islam yang sayangkan agamanya perlu berpolitik dan menyokong Parti yang menegakkan ISLAM.

Panglima7
Dipetik dari ....http://www.rakanmasjid.com/artikel/27-karya/612-mengapa-umat-islam-perlu-berpolitik.html


Assalamualaikum wbt....

USTAZ,
saya ni bukanlah mewakili mana mana parti politik,dan saya ada soalan penting untuk ditanya kepada ustaz.Saya harap sangatlah ustaz dapat menjelaskan persoalan saya ni berdasarkan  hujah dan dalil naqli Alquran dan juga hadis soheh.

Adakah menubuhkan sesuatu parti politik itu haram? Setahu saya di Arab Saudi tiada parti politik kerana katanya ia boleh memecahbelahkan umat. Jadi apakah hukumnya penubuhan parti politik ini? Kerana setahu saya semasa zaman nabi terdahulu tiada seorang nabi,para anbiya dan syuhada yg menubuhkan parti utk mendaulatkan Islam.Malahan penubuhan parti politik inipun sebenarnya bukan datang dari islam malahan ianya diasaskan oleh org kafir!

Lagipun, bukannya saya ni jahil sangat mengenai keadaan politik di negara ini. saya tahu bahawa pihak pemerintah pun banyak menyeleweng dari islam! Umat islam hanya akan bersatu dibawah kalimah laailahaillalah dan tiada pertikaian pun mengenainya! Tapi saya agak ragu ragu dgn memperjuangkan  islam ini dgn menubuhkan parti!mengapa tidak boleh kita perjuangkan islam melalui cara dakwah spt pertubuhan tabligh tersebut?

Lagipun,saya dapati bahawa cara mereka berdakwah ialah dgn memantapkan iman dan amal.Saya  berkata sedemikian kerana inilah baru kali pertama saya mengikuti tabligh  selama 3 hari bertempat di Naza Plantations, Raub, pahang. Sepanjang saya mengikuti tabligh tersebut,Banyak perkara telah saya belajar. Tujuan tabligh inipun sebenarnya bukannya utk hanya berdakwah pada org,tapi utk mentarbiahkan diri sendiri,agar Iman dan amal dapat dimantapkan. Saya dapat merasakan sendiri persaudaraan islam,dan Allah telah merahmati dan memberkati kami dgn memberikan pengertian sebenar tentang hakikat kehidupan!!

Dan apa yg menakjubkan hati saya ialah ada diantara jemaah tabligh ini ada yg sebelum ini tak pernah sembahyang dan tak FAHAM apa itu agama pun, Menangis kerana keinsafan  dan mula Faham akibat daripada usaha Ustaz yg memberikan syarahan, bayan dan majlis taalim mengenai Iman dan amal!!

Dan saya pun berfikir semula tentang usaha Parti Pas khususnya.banyak yg berbicara mengenai kepentingan  kembali pada Alquran dan assunnah. Memang betul, usaha itu perlu disokong,tapi, kebanyakan masy. kita hari ini tak paham kenapa kena kembali pada Alquran dan sunnah, Sebab apa ustaz, SAYA percaya kerana  iman dan amal mereka sendiri AMAT RAPUH!!  Salah satu perkara yg amat amat ditekankan semasa tabligh itu ialah SEMBAHYANG BERJEMAAH. Kita boleh lihat betapa kosongnya masjid dan surau hari ini!!Jadi tak hairanlah masy.kita terus berada dalam kelalaian!!

Saya percaya jika pihak PAS menekankan usaha iman dan amal ini dalam dakwah dan ceramah mereka,insyaallah masy. akan mula paham!

Jadi saya amatlah berharap pada ustaz utk menerangkan kepada saya mengenai persoalan diatas. Saya yg tak ada ijazah agama  ni tak tau apa pun! Kalau boleh penjelasan itu jangan lah  terlalu bias. Pegang pada kebenaran..

Jazakallahu khairan kathira.
Muhammad Syafiq



Jawapan Ustaz Ali Muda

Wa`laikumussalam warahmatuLlah.

Alhamdulillah, sdr telah diberi taufik oleh Allah s.w.t. utk memahami Islam atau sebahagian drp Islam. Daripada seorg yg kurang faham apa peranan agama menjadi seorg yg merasakan kemanisan hidup beragama. Bersyukur juga kerana sdr telah terlibat dgn salah sebuah pergerakan yg cintakan Islam dan ingin melihat Islam didaulatkan di bumi Allah s.w.t. ini, w/pun dgn caranya yg tersendiri.

Persoalan sdr ini berfokus kpd cara utk menegakkan Islam, setelah sdr bersetuju bahawa pemerintah umat Islam hari ini tidak boleh diharapkan utk mendaulatkan Islam secara syumul. Persoalannya apakah boleh Islam diperjuangkan menerusi penubuhan parti politik, yg menurut sdr, tidak pernah dilakukan oleh para nabi dan Nabi Muhammad s.a.w. Arab Saudi juga, menurut sdr, mengharamkan penubuhan parti politik kerana boleh memecahbelahkan umat.

InsyaAllah, saya akan menjawab persoalan sdr ini dgn cara akademik/ilmiah berdasarkan hujah tanpa bias kpd mana2 pihak, w/pun sdr sendiri telah menunjukkan kecenderungan sdr kpd satu pihak. Harapan saya, jika jawapan saya ini tidak menjurus kpd kecenderungan sdr, janganlah sdr anggap saya bias. Maka sukalah saya tegaskan bahawa saya juga tidak menganggotai mana2 parti politik kerana saya ingin bebas membuat penilaian berdasarkan ilmu yang saya belajar. Jika ilmu saya mengatakan 'itu', maka tiada siapa berhak menidakkan kebenarannya melainkan dgn hujah ilmu juga, bukan dgn sentimen, fanatik, prasangka dan sebagainya. Mungkin orang lain berpendapat berlainan berdasarkan ilmu juga, maka saya terima hal itu atas prinsip 'al-khilaf al-masyru`' (khilaf yg dibenarkan syarak), jika ia berada dlm lingkungan perkara cabang atau ranting (furu`), bukan pokok (Usul). Dan ILMU yg saya maksudkan ialah kefahaman yg mendalam terhadap sesuatu persoalan, dgn perantaraan alat2 yg disepakati utk menuju kpd kefahaman itu.

Jika persoalannya ialah berkaitan hukum atau pandangan Islam dlm sesuatu perkara, maka sudah pasti alat2 yg wajib utk menuju kpd kefahaman yg sebenar ialah kefahaman asas terhadap sumber Islam iaitu nas2 al-Quran dan hadis (yg sahih) serta perbahasan ulama yg muktabar ttgnya. Oleh kerana nas2 al-Quran, hadis dan perbahasan ulama muktabar itu kebanyakannya dalam B. Arab, maka kefahaman mendalam dlm bahasa itu adalah satu keperluan yg wajib. Tidak cukup setakat itu, kefahaman yg mendalam terhadap ilmu disiplin berhujah dgn al-Quran dan hadis (iaitu ilmu Usul al-Fiqh dan Qawa`id al-Fiqh) adalah juga suatu yg mesti dan wajib.

Berbalik kpd persoalan sdr, apakah masyru` (dibenarkan syarak) penubuhan parti politik utk menegakkan Islam?

Sdr beranggapan ia tidak masyru` berdasarkan hujah2: (1) Di Arab Saudi tiada parti politik kerana menurut mereka parti politik boleh memecahbelahkan umat, (2) Tiada seorang nabi dan para pejuang syuhada zaman dulu yg berjuang menegakkan Islam melalui parti politik, (3) Parti politik berasal drp sistem kafir, (4) Parti politik boleh digantikan dgn cara berdakwah kpd iman dan amal, spt yg dilakukan oleh Jamaah Tabligh.

Demikian hujah2 sdr. Tetapi saya ada hujah2 lain yg menunjukkan penubuhan parti politik Islam sebg suatu yg masyru` bahkan dituntut dlm zaman sekarang. Hujah2 saya spt berikut:

1) Tiada nas s/ada dlm al-Quran, hadis atau kata2 ulama terdahulu yg muktabar bahawa penubuhan parti politik itu dilarang syarak. Dlm syariah (Usul al-Fiqh), ada satu kaedah yg berbunyi "Aslul Asy-yaa' al-Ibahah" (Asal sesuatu perkara itu adalah harus). Semua perkara di dunia ini asalnya harus, melainkan setelah datangnya nas2 yg melarangnya, barulah hukumnya bertukar menjadi haram atau makruh, ataupun apabila datangnya nas2 yg menyuruhnya, maka ia pun bertukar menjadi wajib atau sunat. Antara haram dan makruh, atau antara wajib dan sunat, adalah berdasarkan sejauh mana larangan dan suruhan itu, dgn sokongan nas2 yg lain, yg difahami oleh ulama yg berkecimpung dlm bidang ilmu prinsip pengeluaran hukum Islam (iaitu ilmu Usul al-Fiqh), dgn sokongan ilmu yg luas ttg hadis Nabi s.a.w., yg merupakan praktis kpd seluruh hukum Islam yg wujud sebelum kemangkatan baginda.

Oleh kerana tiada nas yg melarang, maka penubuhan parti politik adalah harus. Itulah asal dan dasarnya.

2) Apabila kita bercakap mengenai parti politik Islam (iaitu parti yg berjuang utk mendaulatkan Islam), maka kita telah terkeluar drp asal dan dasar hukum tadi (harus). Hukum itu telah bertukar menjadi sekurang-kurangnya sunat, kalaupun tak wajib. Ini berdasarkan nas al-Quran yg bermaksud: "Dan bertolong menolonglah kamu dlm perkara kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu bertolong menolong dlm perkara dosa dan permusuhan…" (Al-Maidah: 2). Jika parti Islam bertujuan utk bergabung tenaga menegakkan Islam, bagaimana ia dikatakan haram, sedangkan ia bertepatan dgn kehendak ayat tersebut? Apatah lagi tiada satu nas pun yg melarangnya.

3) Walau bagaimanapun, jika kita merujuk kpd nas yg lain, kita dapati penubuhan parti politik dlm sebuah negara demokrasi spt Malaysia adalah dituntut oleh syarak. Ada nas yg bermaksud "Sesungguhnya Allah menyukai orang2 yg berjuang di jalan-Nya dlm satu saf (barisan/front/ organisasi) seumpama sebuah bangunan yg berdiri teguh…" (Al-Saf: 4). Alangkah bodohnya umat yg ingin melihat Islam tertegak di muka bumi, tanpa membuat persediaan yg lebih baik drp kaum yg ingin merobohkan Islam atau yg berpura-pura cinta Islam (spt yg sdr sendiri faham), ataupun sekurang-kurangnya membuat persediaan yg setanding dgn musuh itu. Adakah Allah s.w.t. akan menolong dgn mukjizat semata-mata tanpa wujudnya usaha yg tersusun dan sistematik drp para pejuang?  Sedangkan Nabi s.a.w. sendiri tidak diberikan mukjizat melainkan setelah banginda bekerja keras siang malam dgn tulang empat kerat.

Kalaulah musuh ada barisan/front/ organisasi yg memonopoli sistem demokrasi, apakah pejuang Islam perlu pejam mata dan pekakkan telinga saja atas alasan demokrasi, parti politik dan pilihanraya adalah sistem ciptaan org kafir!!?? Apakah patut pejuang Islam membiarkan saja kerusi eksekutif yg berkuasa mencipta undang2 ke atas umat di dewan rakyat, parlimen, dewan undangan negeri dll diduduki oleh puak yg benci kpd Islam secara zahir batin atau secara batin sahaja (terlihat kebenciannya secara luar kawalan/ tak sengaja)?  Realiti dan hakikatnya, sama ada rakyat suka atau tidak, org yg menduduki kerusi2 eksekutif itulah yg mencipta, menggubal, meminda atau membatal undang2 sebaik sahaja mereka berkuasa setelah menang dlm pilihanraya 'demokrasi'. Bila mereka memiliki kuasa itu, persetankan sahaja kehendak rakyat terbanyak. Mereka kata mereka telah diberi mandat selama 5 tahun, kalau tak setuju, tunggu 5 tahun!! (W/pun mandat itu diperolehi secara penipuan spt undi pos yg menjadi taboo kpd pembangkang) . Bila mereka kata kita tak boleh laksanakan hukum jenayah dlm al-Quran (hudud), rakyat (termasuk org yg cintakan al-Quran dan Islam spt sdr) terpaksa terima. Bila mereka kata harga barang itu ini dinaikkan, semua rakyat terpaksa bayar w/pun perit. Bukanlah susah utk mencipta beberapa rasional di sebalik kenaikan harga barang itu dgn sokongan sedikit 'statistik' atau 'angka' yg entah betul ke tidak. Rakyat terima ajelah. Bila mereka nak langgar perjanjian yg mereka sendiri buat, rakyat pun terpaksa akur, sebab mereka masih berkuasa sebg kerajaan pusat.

Jika itu realiti dan hakikat posisi kuasa pd hari ini, kenapa pejuang Islam perlu mengasingkan diri dan lari drp merebut peluang utk melaksanakan Islam melalui kuasa? Apakah Nabi s.a.w. mampu melaksanakan Islam tanpa kuasa yg diusahakan? Bukankah perpindahan dr Mekah ke Madinah (Hijrah) itu sebg satu strategi utk mempraktikkan Islam melalui kuasa politik/pemerintaha n di sebuah negara yg bebas dan berdaulat (w/pun bukan secara parti politik spt hari ini)? Secara logiknya, adakah baginda akan berjaya menegakkan Islam tanpa berhijrah mendapat sebuah negara yg berkuasa politik? Adakah Islam akan boleh dilaksanakan sepenuhnya tanpa sebuah negara dan isitem yg beas dan tersendiri? Bukankah baginda telah boleh berdakwah, beriman dan beramal di Mekah? Kalau dah boleh, kenapa sibuk2 mengajak para Sahabat r.a. berhijrah? Sedangkan beramal di Mekah itu mendapat pahala yg paling besar?

Jawapan kpd soalan2 di atas ialah "kuasa eksekutif itu adalah asasi utk mempraktikkan Islam secara syumul di bumi Allah s.w.t. ini". Zaman Nabi s.a.w. ia (kuasa eksekutif) itu didapati melalui hijrah dan jihad di medan, manakala zaman ini (dlm konteks M`sia dan kebanyakan negara), ia diperolehi melalui pilihanraya.

Kita perlu faham, Islam itu bukan sekadar iman dan amal spt solat, zakat, haji, zikir atau baca al-quran shj. Kalau itulah shj Islam, Nabi s.a.w. tak perlu berhijrah, sebab semua itu boleh dilakukan di Mekah, dgn pahala yg paling besar lagi. Itu semua amal individu, kalau tak ada negara dan kuasa pun kita boleh amalkan ibadat2 itu. Tetapi Islam lebih luas drp itu. Ada banyak lagi suruhan Allah s.w.t. yg tidak boleh dilaksanakan jika Islam tidak mempunyai negara atau kuasa berdaulatkan al-Quran dan sunnah, spt suruhan melaksanakan hudud (sistem kawalan jenayah secara Islam), suruhan melaksanakan ekonomi Islam secara total tanpa campuran riba, suruhan jihad memerangi musuh yg mengkhianati umat Islam, suruhan mengharamkan segala yg diharamkan Allah s.w.t. (spt arak, judi dll) dan menghalalkan segala yg dihalalkan-Nya (tazkirah bulan Ramadhan, ceramah agama, perhimpunan aman dan segala perkara yg bukan bertujuan jahat) dan yg paling besar sekali ialah suruhan menyebarkan rahmat kpd sekalian alam. Hampir semua pemimpin umat Islam hari ini tidak melaksanakan agenda terbesar Islam ini kerana mereka bernegara dan kuasa sekular. Org bukan Islam, khususnya kuasa2 barat semakin memandang lekeh kpd Islam di zaman pemimpin2 Islam sekular berkuasa kini. OIC? ...diketawakan saja!! Malaysia negara contoh?? …nampaknya lebih kpd syok sendiri!!

4) Kalau demikianlah hal dan realitinya hari ini, maka tak mungkin hanya dgn berdakwah keluar 3 hari, 10 hari, 40 hari, sebulan, 4 bulan bahkan setahun sambil beramal ibadat individu (solat, zakat, haji, zikir, baca al-Quran dan seumpamanya) ; tak mungkin dgn cara itu saja negara Islam  akan tertegak spt Nabi s.a.w. pernah sunnahkan di al-Madinah al-Munawwarah. W/pun saya tak nafikan amalan2 itu juga adalah baik. Tetapi baik semata-mata tanpa strategi jangka pendek dan panjang, lebih dekat kpd sia2. Apakah amal sebegitu telah menepati kehendak Allah s.w.t. kita berjuang dlm satu saf/barisan/ front/organisasi seperti sebuah bangunan yg terpacak teguh tanpa goyah dek sebarang gegaran? Sedangkan musuh (yg jelas atau yg spt musang berbulu ayam) sedang enak menjahanamkan Islam yg syumul bawaan Nabi s.a.w., kita masih asyik berbalah ttg apakah boleh berparti politik.

Maka dlm konteks hari ini, berparti politik utk menegakkan Islam adalah lebih dekat kpd wajib berdasarkan satu prinsip al-Qawa`id Al-Fiqhiyyah yg berbunyi "Maa laa yatimmu al-waajib illaa bihii fahuwa waajib" (Sesuatu perkara, yg tidak akan sempurna perkara yg telah wajib melainkan dengannya, maka perkara itu menjadi wajib juga hukumnya). Mendaulatkan Islam secara syumul (menyeluruh) s/ada dlm bidang akidah, akhlak, ibadat, muamalat, munakahat, jinayat, jihad, dan sebagainya itu adalah satu kewajipan yg telah pasti berdasarkan nas2 yg telah sedia ada dlm al-Quran dan hadis sahih. Tetapi banyak bidang itu tidak dpt dilaksanakan tanpa wujudnya negara, kuasa dan sistem Islam yg memimpin. Maka mewujudkan negara, kuasa dan sistem Islam itu wajib hukumnya.

Dlm konteks hari ini, negara, kuasa dan sistem itu tak akan dapat dicapai melainkan dgn cara2 spt: pilihanraya demokrasi (di kebanyakan negara umat Islam w/pun demokrasi palsu), revolusi (spt Iran 1979), reformasi (spt Indonesia, Filipina). Dua cara terakhir itu boleh mengakibatkan mudharat dan tumpah darah, maka hendaklah dielakkan selagi ada jalan yg lebih selamat, iaitu pilihanraya demokrasi.

Oleh kerana pilihanraya demokrasi itu hanya boleh disertai oleh parti politik berdaftar, maka menjadi kewajipanlah kpd pejuang Islam utk mendaftarkan paling kurang sebuah parti politik yg khusus utk menegakkan Islam. Kalau tidak, tak boleh masuk pilihanraya. Kalau tak boleh masuk pilihanraya, tak mungkin akan dapat duduk di kerusi eksekutif itu. Kalau tak duduk, tak mungkin berkuasa dlm realiti negara hari ini!! …………Ada sesiapa lagi yg nak menidakkan realiti semasa secara membuta tuli???

5) Kalau pemerintahan dah OK (adil, bersih, bertanggungjawab macam al-Khulafa' al-Rasyidin) , memang tak perlu kpd parti2 politik, sebab memang boleh menyebabkan perpecahan. Tetapi apakah pemerintah hari ini boleh membuktikan keadilan, kebersihan dan kebertanggungjawaba n spt para khalifah yg dipuji oleh al-Quran dan mendapat didikan secara langsung drp Nabi s.a.w. itu? Tak ada!!… termasuklah kerajaan Arab Saudi sendiri. Kalau dah macam khalifah, tak kan dia benarkan tanahnya digunakan oleh Syaitan Terbesar (USA) sebg pangkalan utk menyerang saudara Islamnya di Iraq. Sebaliknya, ketidakwujudan parti politik langsung spt di Saudi lebih membawa kemudaratan kpd umat kerana pemerintah boleh berbuat apa saja tanpa siapa berani menegur.

6) Tidak semua perkara yg dicipta oleh org bukan Islam/kafir itu haram diguna pakai oleh umat Islam (spt sistem pilihanraya dan parti politik). Yg menjadi haram sesuatu perkara itu bukan sebab ianya dicipta oleh org bukan Islam, tetapi sebab dah ada nas yg mengharamkannya.

7) Tak semua perkara yg Nabi sa.w. tak buat, maka kita pun tak boleh buat. Nabi s.a.w. tak buat jalan raya berturap, bangunan tinggi2, pejabat agama, masjid surau yg banyak, tabung haji, dsb.nya. Tapi apakah kita pun diharamkan membuat perkara2 baik itu atas alasan baginda tak buat? Jadi kalau baginda tak buat parti politik yg sama sebijik macam hari ini pun, apa salahnya kita kreatif sikit dlm perjuangan Islam ini, demi melawan kekuatan sistem musuh?

8) Parti politik Islam pun bukan hanya berpolitik saja, mereka juga mendukung agenda dakwah, iman dan amal. Bahkan dakwah, iman dan amal yg lebih luas lagi drp yg tak berparti politik. Cuma kalau ada sikit2 kelemahan tu, memang manusia tak ada yg sempurna. Perbaikilah mana2 yg tak sempurna tu, setelah sedar dan tahu dasarnya betul dan tepat dgn kehendak Islam. Jgn kerana beberapa kelemahan itu, kita pun turut memusuhinya atau lebih sedih lagi kita pergi sokong parti jahiliyah pula. Ini yg parah nih!!

Kalau Jamaah Tabligh amat menitikberatkan pasal solat secara berjemaah di masjid (dan inilah yg sepatutnya), ajaklah ahli2 parti Islam berjemaah sama. Jgn kerana beberapa kerat yg tak berjemaah (atau yg tak solat pun ada), maka Tabligh terus hukum ahli parti Islam sebg tak beramal. Cuba Tabligh pergi dengar kuliah2 ilmu para pemimpin parti Islam itu, bukankah mereka berdakwah kpd iman dan amal juga?? Bila dah ramai sangat tu, biasalah ada yg nakal seorg dua. Itu perlu ditegur dan dinasihat, bukan dihukum jahat terus. Ahli Tabligh pun ada yg masih tak selayaknya. Kalau Tabligh kata mereka berusaha meningkatkan diri dlm jamaah, begitu juga ahli2 parti Islam. Oleh itu, bekerjasamalah. Jgn hentam menghentam atau undi parti sekular pulak. Daftarlah sebg pengundi yg sah dan berilah undi utk parti yg memperjuangkan Islam.

Sekian jawapan saya seikhlasnya, wassalam `ala man ittiba`a al-huda.

Read more...

Jan 4, 2012

Blog PAS Saujana Rawang Diwujudkan

Bismillahirrahmaanirrohimm.

Assalamualaikum Wbr.


Alhamdulillah.  Segala Puji bagi Allah.  Blog PAS Cawangan Saujana Rawang telah diwujudkan.  Sekarang masih dalam kerja-kerja akhir penyiapan blog tersebut.

Mohon sahabat semua "Support Blog ini"  .  Macammana nak support terpulanglah..samada nak follow atau linkkan di blog masing-masing.   Beberapa blog yang hebat-hebat telah pun dilinkkan  di dalam blog Saujana Rawang dan akan di linkkan lagi dan lagi. InsyaAllah.

Sila klik ke............. Blog PAS Cawangan Saujana Rawang 

Panglima7


Read more...
Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara