Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Sep 9, 2010

Dr. Mahathir Naik Gila Bila PAS Makin Kuat

Salam semua...

Mahathir Macam Bengang Semacam ajer..ada makna tuu..ha ha.!!

PAS mengecam Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuduh parti Islam itu menjual agama untuk kepentingan politik sambil menyifatkan bekas perdana menteri itu marah kerana parti Islam itu semakin menghampiri untuk menggantikan Umno.

Hakikatnya, menurut Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad, apa yang berlaku ialah Umno yang memperkudakan Islam untuk mencapai cita-cita politiknya.

Kelmarin, Dr Mahathir (gambar) berkata agama Islam dan penganutnya menjadi mangsa pemimpin PAS yang menggunakan agama sebagai senjata kelangsungan hidup dalam politik supaya parti itu terus mendapat sokongan.

Walaupun kononnya melaungkan perjuangan Islam sebenar, beliau berkata pemimpin PAS sanggup mengubah pemikiran, menukar tafsiran, dan ia memang naluri parti itu sejak dahulu akan mengenepikan Islam untuk mendapatkan sokongan bukan Islam.

Beliau berkata pemimpin PAS pintar memberikan pelbagai pandangan serta penjelasan mengelirukan dan akhirnya yang menjadi mangsa kepada perbuatan itu adalah Islam dan penganutnya.

“Tun melahirkan kemarahan kepada PAS kerana insya-Allah PAS akan mengganti Umno sedikit masa lagi.

“Beliau sedar generasi baru hari ini mual dengan Umno, dan telah menjadikan PAS pilihan mereka dalam perjuangan walaupun bapa mereka berkarat biru macam Tun Dr Mahathir.

“Kenapa PAS menjadi pilihan mereka, tidak lain dan tidak bukan kerana dasar Islam yang menjadi teras perjuangan PAS yang sentiasa segar berbanding dengan dasar Umno yang sudah lapok dan berkulat,” kata beliau dalam tulisan blognya.

Kata Idris, mreka yang sokong Umno termasuk anak-anak Dr Mahathir adalah mereka yang hanya berkepentingan untuk memenuhi tembolok dan perut sahaja.

“Perjuangan untuk bela agama dan bangsa memang jauh kebelakang,” katanya.

Kata Idris, PAS menyangkal tuduhan Dr Mahathir yang menyamakan partinya bekerjasama dengan bukan Islam sama seperti Umno dalam Barisan Nasional.

“Untuk maklumat Tun, PAS bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dalam bentuk ‘Tahalluf’ yang tidak menggadaikan prinsip Islam yang PAS bawa sejak daripada PAS ditubuhkan.

“Umno berkawan dengan orang bukan Islam sehingga menggadaikan prinsip Islam. Selama 53 tahun Umno dalam kerajaan BN gagal mempertahankan Islam, malah imej Islam semakin buruk pada pandangan orang bukan Islam. Rakan-rakan dalam parti komponen BN makin keliru pemahaman Islam mereka.

“Walaupun mereka lihat setiap tahun musabaqah al-Quran diadakan di negara ini, isteri pemimpin Umno daripada muda sampai tua tidak menutup aurat. Kalau perkara yang kecil macam ini pun Umno gagal memahamkan rakan-rakan BN, apakah lagi perkara yang lebih besar,” katanya.

Justeru, kata beliau, PAS ingin menegaskan dalam kerjasama politik yang pernah dilalui oleh PAS sejak kerajaan campuran, Barisan Nasional, Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat, semuanya mengangkat martabat Islam.

“Kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat telah berlaku proses Islamisasi yang lebih baik walaupun usia tidak sampai tiga tahun berbanding dengan Umno yang berkuasa lebih 53 tahun,” katanya.

Oleh itu kata beliau, PAS mengharapkan Dr Mahathir masih normal dalam membuat penilaian dan perbandingan kejayaan PAS berbanding dengan Umno.

Idris berkata, Dr Mahathir juga pertikai kenapa PAS sokong orang bukan Islam masuk ke masjid dan surau.

“PAS berpendirian demikian bukan kerana PAS membelakangkan hukum agama. Sebelum satu keputusan hendak dibuat PAS merujuk pada hukum dahulu, bukan menyatakan secara membuta tuli sahaja,” kata beliau sambil berkata pendirian itu selari dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 1 Mac lalu.

“Tun perlu jujur, apakah tidak ada wakil rakyat BN yang masuk ke masjid? Apakah hukum menjadi halal kalau wakil rakyat bukan Islam daripada BN masuk ke masjid dan berubah menjadi haram kalau daripada DAP, feqah mana yang Tun rujuk.

“Memanglah Feqah Umno bukan sahaja orang bukan Islam daripad DAP tidak boleh masuk, malahan ustaz PAS seperti Datuk Dr Harun Din, Datuk Ishak Baharom, Datuk Ismail Kamus pun tidak boleh masuk masjid atau surau untuk memberi ilmu, kerana ini ulamak politik.

“Kalau ustaz Umno bercakap supaya sokong Umno itu tidak politik, kalau cakap sokong Islam maka ini politik,” katanya.

Panglima7
Ihsan dari sahabat- Jeebond - Bloglist Malaysia

2 comments:

Unknown said...

Semoga Tun di beri hidayah dan sempat bertaubat sebelum ajal.begitu juga kita semoga di beri peluang bertaubat dari dosa-dosa sebelum ajal.
Selamathari raya maaf zahir batin
http://ijoks2009.blogspot.com/

Panglima7 said...

Selamat Hari Raya sahabat,
Mudah-mudahan Allah perkenankan doa tuan. Semoga kita berpeluang bertaubat sebelum ajal mendatang.

Panglima7

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara