Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Sep 29, 2010

Ibrahim Ali Gunakan PERKASA Bagi Kukuhkan Kekuatan di Pasir Mas

Salam,


Mulut Dia Memang Celupar !!

 Ibrahim Ali Dimakan Bulan....Macam buah kelapa.

Ibrahim Al-Kataki, sering memanaskan politik tanahair dengan tindakannya yang selalu menikam dari belakang.  Beliau juga boleh diibaratkan seperti anjing yang mengigit setelah dilepaskan. (melepaskan anjing tersepit) 
TGNA membenarkan beliau bertanding atas tiket PAS di Pasir Mas setelah beliau merayu-rayu tatkala dibuang dari UMNO, (TGNA bersangka baik kononnya beliau telah sedar) tetapi.... ku sangka panas hingga ke petang...rupanya hujan ditengah hari.  Selepas penyokong dan ahli-ahli PAS Pasir Mas memenangkannya dalam Pilihanraya Umum yang lalu, tangan TGNA digigitnya.  Lantas dia mengisytiharkan dirinya Calon Bebas yakni calon yang terbabas.

Tiada pendirian seperti lalang.    Menjadi pembangkang kepada Parti Pembangkang PR dan kadangkala menghentam, membodek dan menjilat-jilat UMNO dan Mahathir.  Bermusuh dengan semua orang, PAS,, DAP, PKR dan sesiapa sahaja yang menentang termasuklah Khairy Jamaluddin.

Memikirkan beliau tidak mungkin dapat lagi bertanding di Pasir Mas atas kerusi PR dari PAS dan memang pasti penyokong PAS akan menolak beliau kali ini, maka beliau menubuhkan PERKASA....hahahaha...PERKASA ATAU PERKOSA!!!! hahaha.....

PERKASA sebuah badan NGO yang kononnya membela nasib orang Melayu.  (geli ako.....hihihi)  Kelantan, satu-satunya negeri yang majoritinya adalah Melayu.  Itu pasallah Ibrahim Ali tubuhkan PERKASA.  Bukan untuk membela Melayu atau UMNO pun......tetapi lebih kepada meraih sokongan dan undian Melayu di Pasir Mas untuk beliau nanti.

TGNA dah tak heran dah dengan paeeel katak ni. ...yang pening sekarang adalah Najib.  Najib dah macam orang mengandung.....loya-loya tekak dengan sikap Ibrahim Ali.   

Untuk SURVIVAL dalam Politik beliau, Ibrahim Ali cuba menarik pengundi Melayu yang berada di atas pagar dan yang berada di dalam UMNO agar mengundi beliau atas tiket Bebas yang memperjuangkan Melayu ATAU kiranya diberi tempat bertanding atas tiket UMNO atau UMNO akan beri Bye pada Ibrahim bertanding atas tiket bebas di Pilihanraya Umum  akan datang di Pasir Mas nanti.

Begitu lah ceritanya dari analisis ako akan Ibrahim Ali Al-Kataki.  Kalau ada sesiapa nak tolong tambah...boleh nyatakan diruangan komen.

Panglima7

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara