Salam,
Adakah Melayu itu UMNO ??? Atau UMNO itu Melayu ??? hahaha....
Melayu tetap Melayu. Samada Melayu ini dari Parti PAS, PKR atau DAP atau UMNO. Melayu tetap Melayu dan tiada kena mengena Melayu hilang kekuasaannya jika PR memerintah.
Selama UMNO berkuasa selama 53 tahun memerintah Malaysia....Apa yang telah UMNO lakukan untuk membela Melayu...??? Orang melayu bukan dibela dan dibantu tetapi tembolok dan poket seluar mereka sendiri yang mereka bantu. Wakil-wakil rakyat UMNO menjadi kaya raya selepas bergelar YB. Sampai ada yang membina istana mewah mengalahkan Raja dan Sultan di Klang. Ada bekas menteri besar yang rumahnya mencecah nilaian 20 juta setelah 2 penggal menjadi MB Selangor. Ada menteri UMNO yang membawa wang cash sebanyak 20 juta di lapangan terbang Australia dan akhirnya ditangkap. UMNO bantu siapa sebenarnya dan siapa yang kaya sebenarnya....Umat Melayu atau pemimpin-pemimpin Melayu UMNO.....bukaklah minda anda.
Teramat ramai orang melayu hanya duduk dan hidup dirumah-rumah flat yang sempit dan punya 1-2 bilik sahaja. lebih-lebih lagi rumah kos rendah. Berapa ramai bangsa cina yang tinggal di flat?? Tolong habaq kat ako. Berapa ramai orang cina guna motosikal berbanding orang Melayu??? berapa ramai org melayu membeli kereta berbanding cina.
Ako bukan racis cuma ingin membanding nasib orang melayu dengan bangsa cina dan india. Rata-rata rumah kedai di pekan dan dibandar-bandar besar dimiliki oleh orang cina. Boleh bilang dengan jari rumah kedai untuk org Melayu.....setuju??? Kalau dalam 100 rumah kedai orang Cina, orang melayu yang ada rumah kedai hanya 10 sahaja. Orang melayu hanya menumpang menjual nasi lemak di depan restoran cina, kalau kita lihat senario sekarang ini selepas UMNO memerintah selam 53 tahun. setuju???
Itu baru satu dan dua sebab aje...tak larat ako nak tulis panjang-panjang..nanti korang jemu pulak membacanya.
Apa yang UMNO buat untuk membela orang Melayu setelah mendapat kuasa memerintah Malaysia ??? Dan Apa yang UMNO dah buat kepada orang Melayu Pulau Pinang selama BN memerintah dahulu ??? Tolong tulis kat komen ako di bawah???
Panglima7
2 comments:
terima kasih atas info...ituhari dah jadi macam ni ade member yang sms,lepastu elok.Tapi ambo boleh bukak cam biasa.Banyak juge blog rakan jadi camni...nape ye..
Salam tuan tinta, Hamba pun tak tahu mcm mane blog tuan boleh jadi mcm tuu. Seolah-olah blog tuan not recommended to opened by google.
Ada segelintir blog-blog lain yg hamba klik pun sama mcm blog tuan.
Mungkin kena seranga Malware kot?.
Post a Comment