Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Sep 25, 2010

Kenapa Polis Tak Siasat Kemungkinan Sosilawati Dirogol.???

Salam,

hamba sebenarnya dah agak malas nak citer pasal kes pembunuhan Datuk Sosilawati.  Pasal dah banyak info dan berita tentang pembunuhan beliau.  Tapi kali ini hamba nak ulas sedikit.

Suratkhabar hari ini melaporkan bahawa Polis semalam menafikan laporan akhbar arus perdana mengatakan pihaknya(polis) sedang menyiasat kemungkinan mangsa pembunuhan kejam Datuk Sosilawati dirogol sebelum dibunuh.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd bakri Mohd Zinin menegaskan, pihaknya tidak pernah menjalankan siasatan yang menjurus kemungkinan Susilawati dirogol seperti yang dilaporkan akhbar berkenaan.

Kenapa pihak polis tidak mahu menyiasat kemungkinan-kemungkinan Datuk Sosilawati juga turut dirogol sebelum dibunuh?  Kenapa tidak membuat siasatan menyeluruh dari semua aspek memandang Sosilawati tidak kurang dari segi kecantikkannya walaupun sudah berusia 47 tahun.  beliau pengasas produk kecantikan wanita la.  Terdapat banyak kes sebelum ini, nenek tua yang berumur 60-70 tahun juga tidak terlepas dari kes rogol di Malaysia ini.  Takkan nak tunggu suspek buka mulut baru nak siasat?

Jangan jadi pahat dengan penukul.  Siasatlah segala kemungkinan itu....bukan susah nak siasat kes rogol dengan menggunakan alat pengesan air mani di tempat kejadian tersebut.

Panglima7
Hamba bukan mempertikaikan keputusan polis, tetapi polis wajar menyiasat kemungkinan Datuk Sosilawati turut dirogol beramai-ramai.  Jangan suka "assume."  Siasat dari semua aspek kekejaman. Kenapa nak tinggalkan siasatan rogol pada suspek yang berhati binatang. 

2 comments:

Wong Pin Ter said...

Saya rasa bukan Polis tidak siasat kemungkinan Sosilawati turut dirogol sebelum dibunuh. Saya rasa memang polis ada siasat tetapi terpaksa keluarkan press statement kata Sosilawati tidak dirogol pertama kerana hendak menjaga keaiban arwah dan keluarga arwah dengan perlakuan rogol ini. Keduanya hendak meredakan suasana yang agak tegang antara masyarakat Melayu dan India ketika ini kerana dikhuatiri cerita Sosilawati dirogol ini agak menambahkan lagi kemarahan dan kebencian orang - orang Melayu terhadap kumpulan penjenayah yang zalim ini

Panglima7 said...

Terima kasih dgn pandangan saudara.
Komen saudara amat dialu-alukan. Saya tidak pasti samada saudara berbangsa cina atau tidak jika melihat bahasa yang tuan gunakan.

Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara