Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Sep 11, 2010

Peniaga & Penyembelih Ayam Pemegang Amanah Allah

Salam,



Di musim raya dan perayaan, permintaan terhadap ayam tersangat tinggi.  Justeru itu, peniaga-peniaga berebut-rebut memastikan stok ayam mencukupi bagi memenuhi keperluan pelanggan.  Bagi memastikan pengeluaran ayam mencukupi, ramai penyembelih ayam tidak menghiraukan syariat dalam menyembelih ayam.  Sekali kelar sahaja......ayam sudah dilempar ke dalam bakul atau air panas.  Ada ayam yang mati disebabkan terendam didalam air yang panas itu dan ada yang mati akibat kelemasan di dalam air tersebut, bukan mati disebabkan sembelihan penyembelih tadi.  Dan ada yang menyembelih tanpa memastikan urat mereh ayam tersebut sudah putus. 

Ada juga peniaga yang sudah kehabisan stok ayam...sanggup memborong ayam yang dicucuk mengikut sembelihan orang cina, kemudian dijual kepada pembeli yang beragama Islam demi memastikan keuntungan di dalam perniagaan mereka tanpa menghiraukan tindakan itu berdosa dan haram di sisi Islam.  Ayam tersebut akan ditoreh dan dikelar kelar lehernya seolah-olah ianya disembelih oleh orang islam..padahal ia mati disebabkan dicucuk oleh orang cina.

Sehari  sebelum Hari Raya....saya pergi ke salah satu pasaraya yang terkenal di NSK kawasan saya....NSK adalah tempat yang agak murah dalam mendapatkan segala barang keperluan kering dan Basah berbanding pasaraya Giant dan Tesco.   Saya membelek-belek ayam yang dijual untuk dibuat rendang di Hari Raya ...tetapi alangkah terkejutnya saya.... bilamana ayam yang saya pegang itu, lehernya sedikit pun tiada kesan sembelihan...hanya urat makannya aje yg putus.  Saya belek ayam yang lain dan mendapati...kesan torehan yang tidak seberapa dalam dan tidak setempat seperti torehan dgn gergaji.

Bising mulut saya memberitahu kepada orang disekeliling mengenai ayam yang tidak disembelih ini...tetapi malangnya...orang melayu islam yang berada dikiri dan kanan saya tidak ambil pusing akan ayam yang mereka mahu beli ini.  Astagfirullahalazimmm.  Mereka sanggup memakan bangkai dari memikirkan halal haram ayam yang mereka makan dan hidangkan untuk tetamu di Hari Raya. Apa punya Melayu Islam sekarang ini.

Saya semakin phobia sekarang ini...lebih-lebih lagi jika berkunjung ke rumah jiran atau sahabat....takut-takut mereka tidak peka dalam membeli ayam yang tidak disembelih mengikut syariat Islam.

InsyaAllah, mulai hari ini...saya akan beli ayam hidup dan sembelih sendiri ayam tersebut...dari membeli dari pasaraya yang rata-rata ayam tersebut tidak disembelih mengikut syariat Islam.

Perlu diingat....Ayam yang disembelih tanpa disebut nama Allah atasnya..maka ayam itu menjadi bangkai dan mana-mana org Islam yang tidak membaca bismillah ketika menyembelih.....bermakna kita makan bangkai.

Orang Cina menyembelih binatang supaya binatang itu cepat mati dan mudah untuk mereka memakannya.
Berlainan pula dengan umat Islam.  Allah menyeru umat Islam agar menyembelih ternakan sehingga putus urat merehnya supaya
1.  darah yang keluar dari urat mereh yang putus itu dapat mengeluarkan darah yang turut terkandung racun-racun dan penyakit yang ada pada badan ayam atau ternakan tersebut.  Apabila segala penyakit yg ada dalam darah binatang itu keluar, maka kita yang memakannya akan terselamat dari penyakit yang datang dari haiwan tersebut. Itu hikmahnya.  Orang kafir dia main cucuk ajer ternakan mereka itu sehingga mati dan darah tidak banyak mengalir keluar dari badan haiwan tersebut. Darah penyakit akan membeku didalam badan ternakan tersebut dan mereka memakannya.

2.  Hendaklah mengadap kiblat ketika menyembelih ternakan.

3.  Disembelih menggunakan pisau yang tajam...agar tidak menyiksa dan menyakitkan ternakan tersebut.

4. Dimulai dengan Bismillahirahmannirahimm.....dan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. (Sekurang-kurangnya). Ada penyembelih menyanyi nyanyi ketika menyembelih.

5. Hendaklah disembelih dari bawah ke atas sekurang-kurangnya 3 kali tarikkan. (bukan dari atas ke bawah) Apabila kedudukan pisau berada dibawah dan ketika menarik pisau ke atas tengkuk ternakkan tersebut hendaklah ditarik(ditekan) dengan berat (agak kuat).  Dan apabila pisau berada di sebelah atas dan ketika menurunkan pisau tersebut....hendaklah dilakukan dengan ringan. 

6.  Pisau yang terlekat dengan darah haiwan tersebut hendaklah dibasuh semula dengan air yang bersih jika ingin memlakukan sembelihan yang seterusnya.

Begitulah adat dan syariat dalam sembelihan.
Harus diingat... Peniaga dan Penyembelih ayam adalah pemegang amanah Allah dalam menyembelih ternakan untuk dijual kepada umat Islam.  Sekiranya umat Islam memakan daging yang haram atas sembelihan yang tidak mengikut syariat...mereka harus menanggung dosa-dosa mereka yang memakan bangkai tersebut.

Dikongsi bersama oleh
Panglima7. 

1 comment:

Anonymous said...

mohon pencerahan. nsk mana tu ...

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara