Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Sep 17, 2010

Syor Hukuman Mati /Gantung Sampai Mati Dikhalayak Ramai Dilaksanakan di Malaysia.

Salam,




Syor agar dijalankan hukuman mati di khalayak ramai atau ditempat umum sangatlah di sokong.

Buat permulaan perlaksanaan, biarlah suspek yang didakwa menjadi perancang utama dalam kes bunuh dan bakar Datuk Sosilawati dan rakan-rakannya menjadi orang yang pertama-tamanya diGANTUNG SAMPAI MATI di khalayak ramai jika SABIT KESALAHANNYA.

Hukuman tersebut boleh dilaksanakan di Dataran Merdeka supaya menjadi tontonan umum segenap lapisan masyarakat dalam memberi kesedaran dan menimbulkan rasa gerun kepada masyarakat agar tidak melakukan jenayah yang sungguh kejam dan tidak berperikemanusiaan ini.

Perlaksanaan hukuman gantung sampai mati ini hendaklah di buat liputan SECARA LANGSUNG dan meluas di seluruh TV Kerajaan , Swasta dan berbayar.

Kalau setakat gantung dalam sel di penjara seperti sekarang ini..........Yang Takut hanyalah penerima hukuman tersebut tetapi bakal-bakal penjenayah dan penjenayah yang berleluasa diluar penjara tidak merasa apa pun. Jangankan berasa takut....naik sehelai bulu roma pun takdak.

Jangan ada dikalangan pemimpin dan aktivis yang bahalul.... merasa kasihan dengan penjenayah ini.......sedangkan penjenayah ini tiada belas kasihan langsung kepada mangsa dan anak isterinya.

Hikmah Mati Di Tali Gantung......Sila Klik di Sini

Panglima7
Hamba sangat setuju dengan cadangan Exco Selangor Yaakob Sapari agar dilaksanakan Hukuman Mati di tempat Umum.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara