Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Sep 5, 2010

Dapatkan Redha Allah Bukan Redha UMNO.

Salam,

Ingat...jangan asyik nak isikan perut ajer..

Teo Nie Cheng dipertikaikan kerana memasuki Surau ???  Zaman Nabi SAW boleh..!!  Kenapa Zaman UMNO tak boleh ???

Salam,
Sejak akhri-akhir ini terlalu banyak cakap yang dikeluarkan oleh Pengarah JAIS, Datuk Muhamed Khusrin Munawi.  Cakap-cakap dan arahan beliau ini menyakitkan hati ramai orang-orang Islam bukan sahaja di Selangor bahkan di negeri lain, Tetapi menyukakan hati orang-orang Melayu.....yang agama mereka taklah ako pasti pula.

Adakah undang-undang yang dikeluarkan oleh Jais sepertimana yang didakwa oleh Khusrin ini ada kaitan dengan hukum Islam.??  Orang bukan Islam yea....tidak boleh menyentuh Al-Quran kerana mereka dalam keadaan tidak suci dari hadas,  manakala memasuki masjid dibolehkan sebagaimana Nabi SAW didatangi oleh orang-orang kafir ketika berada di masjid nabi.

Apakah alasan Non Muslim tidak menutup aurat dan memijak ruang solat menjadi alasan yang kuat bagi mengharamkan non muslim dari memasuki masjid dan Surau.??  Ingatlah !!...Rahmat dan hidayah Allah banyak diturunkan di dalam rumah-rumah Allah terutamanya di Masjid-Masjid dan Surau berbaanding dengan tempat-tempat yang lain.  Justeru itu...kehadiran non muslim di Masjid Masjid kita doakan dapat membuka pintu hatinya agar di suatu hari nanti dapat menerima Islam sebagai agama mereka.  Jika bukan beliau yang masuk Islam... mungkin anak cucu dan cicit beliau nanti. Itu as sebab memijakkan kaki ke dalam masjid atau surau.

Yang menjadi masalahnya di sini ialah UMNO....
   Heiii....sedarlah sikit wahai UMNO.......ramai orang-orang perempuan Melayu yang bernikah di dalam masjid pun....tak tutup rambut sepenuhnya ketika akad nikah dijalankan.....takde seorang pun yang berani tegur....bukan sahaja bakal pengantin, sahabat handai yang mengiringi pernikahan tersebut juga dikhuatiri ada yang ...di datangi haid ketika majlis itu.   Siapa yang tahu...benda dalam kain !!!  tapi pasal Teo Nie Cheng....tau pulak hangpa bising....hangpa bukan nak menyiarkan Syiar Agama Islam tetapi nak memanipulasikan keadaan dan menyekat non muslim dari dekat dengan Islam demi meraih keuntungan politik murahan.

Nak bising pasal aurat rambut yang menjadi penyebab masjid dan surau tercemar kesuciannya.??....sudah lahhh!!!   Jangan nak tunjuk juaralah diklangan oran melayu dalam bab-bab agama Islam....kalau isteri dan anak dara sendiri pun tak tahu nak suruh mereka tutup aurat, jangan citer pasal aurat laaa.

Kalau betullah ini hukum Islam dari JAIS atau MAIS yang mengharamkan Non Muslim memasuki Masjid ...keluarkanlah surat pekeliling kepada semua surau dan masjid di seluruh Selangor. 

Surat Pekeliling pun korang tak keluarkan lagi...inikan pula nak keluarkan surat Amaran kepada pihak Pengurusan Masjid dan Surau yang melanggar peraturan berkenaan.

Sudah-sudahlah tuu..JAIS ...jangan jadi lembu yang dicucuk hidung oleh UMNO.  Rakyat semakin meluat termasuklah aku ni.  memang patutlah Dewan Pemuda Pas Selangor mendesak Khusrin dan Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa meletakkan Jawatan kerana gagal melaksanakan amanah agama dengan baik berhubung isu kunjungan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Cheng ke Surau Al-Huda, Kajang.

SEBAB ITULAH JANGAN ASYIK NAK ISI TEMBOLOK SENDIRI. DAPATKAN REDHA ALLAH DARI REDHA UMNO. 

UMNO LAH PERINTIS DALAM MENJADIKAN ISLAM TERLALU EKSTRIM DI MATA KAUM NON MUSLIM DI MALAYSIA. 

*Masuk masjid tak boleh...!!  Nak masuk Islam lelaki kena potong "lancau"....yg pompuan kena sunat jugak...walaupun dah berumur lanjut....masuk Islam sama jugak dengan masuk Melayu...nama kena Melayu, dan macam-macam lagi yang mengarut-ngarut yang menjadi penyebab non muslim merasa takut, mula menjauhi Islam dan ramai yang masuk Kristian.

Panglima7

3 comments:

Dr Rita Coolidge said...

dapatkan redha dari DAP!..khalifah umar lim guan eng!!

alhusseyn said...

Tolong update kan link blog ana :http://alhusseyn2-alhusseyn.blogspot.com/

Panglima7 said...

Salam,
Redha UMNO dan DAP hanyalah redha Makhluk. Redha Allah lah yang kekal abadi. DAP hanya batu loncatan menuju Redha Allah.
Kalau tak faham ini....kena tipulah saudara seumur hidupmu.

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara