Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

May 30, 2011

Penyokong UMNO Menyangka Dirinya Berada Di Jalan Yg Lurus.


Assalamualaikum wbr...
Alat Perkakas UMNO.  Perjuangan Islam atau Perjuangan Bangsa ???  Apakah perjuangan bangsa ...suatu perjuangan yang lurus yang diperjuangkan oleh Muhammad Rasulullah.  Kalau ini pun ko tak boleh nak jawab....ko boleh ciao laa.

Sudah agak lama...Panglima tidak membicarakan hal-hal politik.  Tetapi....harus diingatkan. !! Sarang tebuan jangan dijolok.
Ada anonymous yang berfahaman UMNO menghantar ayat di bawah ini kepada Panglima7.  Dengan kata-kata "Kalau budak tadika boleh laa engkau putarbelitkan."

MasyaAllah !!!....Wahai Anonymous yang menyanjungi UMNO......Tang ayat ini....ko dah betul dah.  Memang ko dah betul dah...bila ko jumpa dan baca ayat ini.  Tapi malangnya....semalang-malangnya engkau....engkau berada di dalam Parti yang Bathil, Parti yang Taghut.  Kalau tak tahu makna taghut...ko pergi cari maknanya.  Parti yang mendirikan berhala.....Parti yang berkiblatkan Hukum yang selain dari agamanya sendiri......Parti yang menghukum tidak mengikut ajaran Rasulullah SAW dan Al-Quran....Parti yang tidak menyeru manusia kepada menyembah Allah yang Maha Esa tetapi menyembah bangsa.  Parti yang menyemarakkan Fitnah di kalangan rakyat.  Parti yang zalimmm dan meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya.   Parti yang mengaku Islam tetapi hanya dikulit-kulit pungungnya sahaja.

Kelak di akhirat nanti......engkau akan menyesal dengan sesesal sesal penyesalan kerana mengikuti mereka dengan hawa nafsumu tanpa menggunakan akal fikiran dan keimanan.  Jika dah berpuluh tahun engkau berada di dalam UMNO....tetapi tidak menjadikan engkau seorang yang baik lagi dekat dan tawadhuk dengan Allah.....maka periksalah kembali jalanmu kiranya Parti UMNO yang engkau pilih ini..benar2 TIDAK mendekatkan dirimu kepada Sang Pencipta Alam ini. Bahkan makin jauh dan makin dekat dengan maksiat dan rasuah.   Semoga suatu hari ...engkau diberi hidayah oleh Allah SWT.....

Ini dia ayat itu.

 Dan kalau Kami bukakan kepada mereka mana-mana pintu langit, kemudian mereka dapat naik melalui pintu itu (pada siang hari yang membolehkan mereka menyaksikan segala kenyataan yang ada):Tentulah mereka akan (mengingkari kenyataan yang benar itu dengan) berkata: “Hanya mata kami telah disilapkan penglihatannya bahkan kami adalah kaum yang telah disihirkan (oleh Muhammad)”. (Al Hijr 14-15) 
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al Araf 179) 
Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): “Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. “Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!(Al Ahzab 66-68) 

Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua (dalam kesesatan) yang mengajak ke neraka (dengan kekufurannya), dan pada hari kiamat pula mereka tidak mendapat sebarang pertolongan.. Dan Kami iringi mereka dengan laknat di dunia ini, dan pada hari kiamat pula adalah mereka dari orang-orang yang tersingkir (dari rahmat Kami) dengan sehina-hinanya.(Surat al-Qasas, 41-42) 

Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. 
Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.Sehingga apabila ia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah ia (kepada Syaitannya): “Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur dengan barat! Kerana (engkau) adalah sejahat-jahat teman”. 
(Lalu dikatakan kepada mereka): “Pada hari ini, setelah nyata bahawa kamu telah menganiaya diri sendiri, (maka apa yang kamu cita-citakan itu) tidak sekali-kali akan memberi faedah kepada kamu, kerana sesungguhnya kamu dan teman-teman kamu itu tetap menderita bersama-sama di dalam azab”. (Surat az-Zukhruf, 36-39)

Panglima7
Panglima tidak heran...engkau menghantar mesej ini terhadap Panglima....kerana, Sami Hindu itu juga mengatakan....dia dijalan yag benar.

5 comments:

Ahkak Geli said...

terima kasih

Kak Amy said...

amy singgah sini jenguk panglima sebentar, skg langsung x de masa nak bw coz keje banyak sangat

Anonymous said...

UMNO ni memang banyak silap.Mengaji tak mau.Kuliah kat masjid atau surau langsung tak mau dengar.Depa kata ustaz tu dok asyek kata kerajaan UMNO / BN saja.Orang takbir dalam masjid dia orang marah.Tapi...dia tak sedar...bila kita sembahyang kita banyak bertakbir ( ALLAH HUAKHBAR )Harap-harap Allah memberi mereka petunjuk ke jalan yang lurus.Membuka minda mereka supaya tidak jumud dan kaku.

Kak Amy said...

salam panglima , semoga baik2 aje ye..

Anonymous said...

UMNO (United Malays National Organisation). Nama sahaja sudah tentu ianya bukan Melayu walaupun mengaku memertabatkan orang melayu. Dengan kecelaruan yang berganda ini, ramai orang melayu yang merasakan dirinya moderate ataupun yang buta kayu memberikan sokongan kepada parti yang gersang dengan perjuangan yang songsang ini secara membuta tuli kononnya membela melayu..apa yang dibela? mereka menyangka mereka berada dijalan yang lurus..Sedangkan UMNO sendiri meletakkan islam no 3 dalam perlembagaan..dimana lurusnya.. percayalah..parti yang dibina atas dasar dan perjuangan yang biru dan kelabu pasti akhirnya akan menemui noktah..untuk panglima teruskan niat baik anda..bukalah minda mereka yang masih sesat diluar sana walaupun dengan setitik cahaya..semoga Allah memberikan cahaya hidayah kepada mereka untuk kembali kepadaNya..Aminn..

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara