Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

May 10, 2011

Susu Terakhir Buat Si Kecil

Assalamualaikum Wbr.

Gambar Sekadar Hiasan
Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. 
Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi pada fikiran, pemandunya menemui ajal di situ juga. Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga



akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya. 

 Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang. Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. 

Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi. Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. 

Subhanallah... **Sedih sangat nie…sampai rasa sebak yg amat sangat dalam dada…betapa besarnya kasih sayang seorang ibu tadi walaupon ketika berada di hujung nyawa tetapi masih sempat menyusukan si kecil sebagai ingatan terakhir buat dirinya sebelum mengucapkan "selamat tinggal anak ku...ibu pergi dulu ye sayang".


Kiriman dari Sahabat Panglima7.


Panglima7
Sebab itulah jangan derhaka kepada kedua ibu dan bapa.
Ibu telah melahir dan membesarkan kita dengan susah payah
Ayah telah berkorban segalanya untuk anak-anaknya...


Walau nyawaku ditukar ganti...tiadalah Panglima bisa membalas pengorbanan Ibu dan Ayah.
Selamat Hari Ibu untuk semua.


7 comments:

Annisa said...

salam.sedihnya. dia masih sempat menyusukan anak dia. moga dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. al-Fatihah.

Anonymous said...

Saya ucapkan terima kasih kepada blogger page ini memuatkan post yang buat saya terkenang saat2 bersama ibu. harap IBU tidak dijadikan beban kepada kita sebagai ANAK bila dewasa kelak.

Kak Amy said...

maf panglima amy lame x singgah di sini , selain faktor kesihatan , amy juga busy dengan menguruskan bisness online amy. harap panglima sihat2 ye

Panglima7 said...

Waalaikumsalam Khairunnisa...hati siapa yang tidak sedih melihat detik ini. Diceritakan pun dah sedih...kan?

Panglima7 said...

Yaa..anonymous.

Panglima7 said...

Assalam Amy, Panglima...Alhamdulillah sihat. Cuma panglima sangat sibuk sejak pulang dari Gua Sanding...kerja menimbun, asst dah lama berhenti. Terkontang kanting Panglima seorang. Mudah-mudahan Allah beri Panglima kerja yang lebih baik lagi dari yang ini. aaminn.

Anonymous said...

Tq kepada Pang 7 kerana memuatkan artikal yang amat berguna ini. Kasih ibu hingga ke syurga,

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara