Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

May 4, 2011

Bukti UMNO Gagal Perintah M'sia. Gagal Kekalkan Subsidi Minyak

Assalamualaikum Wbr....


Malu mempunyai Kerajaan yang begini.
Kerajaan yang gagal dalam pemerintahan nya haruskah dikekalkan dalam pilihanraya yang akan datang ????????..... Gagal mengekalkan harga subsidi minyak sangat besar impaknya pada semua kelas dan darjat rakyat. Dari sekaya-kaya rakyat hinggalah semiskin-miskin rakyat...semua terasa kesannya....yang paling terasa adalah si miskin, yang paling tak terasa apa-apa adalah Menteri-Menteri dan Pemimpin UMNO yang memakan hasil dari keringat rakyat melalui cukai. Merekalah yang memiskin dan mempapakedanakan rakyat dengan kenaikan minyak, harga barang, berpuluh-puluh cukai GILA dan entah apa-apa lagi.  Negara Malaysia inilah negara yang mempunyai cukai yang paling BANYAK dalam Dunia jika dibanding dengan negara-negara dalam dunia yang lain.  Tapi Malaysia tak kaya-kaya juga...yang kaya adalah mereka.   Kalau dah tak tahu memerintah...WAJIB digulingkan sahaja mereka ini dalam pilihanraya yang akan datang.

Panglima7
Negara Malaysia bakal bangkrap jika lama diperintah oleh UMNO.
___________________

Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter.

Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter.

Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.

Bulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter.

Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan.

Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. Semua kenderaan berpendaftaran asing dilarang membeli RON 95 dan mereka menggunakan minyak gred RON 97.

RON 97 pada suatu ketika juga adalah minyak yang seringkali digunakan oleh rakyat sehingga minyak lebih murah RON95 diperkenalkan pada September 2009. Ketika itu RON 97 berharga RM1.80 seliter.

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz1LObftgri

2 comments:

PCL said...

kena jaga keajikan rakyat..kalau tu pon tak boleh hendle..habis la....
yg kaya bertambah kaya , yg miskin makin derita...

Kak Amy said...

Lepas pilihan raya je habis semua barang nak naik..setahun bape kali la minyak nak naik , jangan harap la dapat turun pasni nie..sakit ow........

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara