Assalamualaikum Wbr.
Dipetik dari kitab lama Kitab : Al-Jauhar Al-Mauhub Wa Minbihatil Qulub
Bab: Fadhilat Bang (Azan)
(Ditukar ke tulisan rumi dengan sedikit pengubahsuaian ejaan dan susunan agar pembaca mudah faham, kesalahan tatabahasa tidak dibaiki untuk memperlihatkan gaya Bahasa Melayu lama)
Dan sabda Nabi SAW : Barangsiapa mendengar ia akan bang maka mengucup ia akan dua ibu tangannya maka menghantar ia yakni akan keduanya atas 2 matanya dan berkata ia ‘‘Marhaban bizikrillahi ta’alaa qurrotu aq’yuninaa bikayaa Rosulallah’’ maka akulah yang mensyafa’atkan akan dia pada Hari Qiamat dan yang menolong akan dia kepada syurga.
Riwayat Bukhori daripada Nabi SAW Bahawasanya bersabda ia Barangsiapa mendengar namaku pada bang dan menghantar ia akan dua ibu tangannya atas 2 matanya dan membaca ia akan doa ini akulah yang menuntut akan dia pada padang Qiamat yaitu ‘‘ Yaa Basiiron bilaa hadaqotin ihfaz‘ainai yawanaw war humaa’’
dan tersebut dalam qososul anbiya’ bahawasanya Nabi Adam a.s. rindu hendak berjumpa dengan Nabi Muhammad alaihis solatu wassalam pada ketika ia di dalam syurga maka mewahyu Allah Ta’ala kepadanya yaitu pada sulbi engkau dan zohir ia pada akhir zaman maka memohon ia akan Allah Ta’ala bahawa (mahu) berjumpa ia dengan Muhammad alaihis solatu wasssalam di dalam syurga maka menjadi Allah Ta’ala akan nur Muhammad itu pada kuku dua ibu tangannya seperti cermin maka mengucup Adam akan kuku dua ibu tangannya dan sapu ia atas 2 matanya maka tatkala mengkhabar Jibril dengan demikian itu akan Nabi alaihis solatu wassalam sabdanya Barangsiapa mendengar namaku di dalam bang maka mengucup ia akan kuku dua ibu tangannya dan sapu ia atas 2 matanya nescaya tiada buta selama-lamanya (mata hati)
(Dan riwayat) daripada Syeikh Fariduddin Barangsiapa membaca atas dua kuku ibu tangannya “Fakasyafna ‘anka ghito aka fabasorukal yauma hadidun” 7 kali
dan menselawat ia atas Nabi alaihis solatu wassalam pada tiap-tiap kalinya kemudian mengucup ia akan dua ibu tangannya dan disapu dengan keduanya atas dua matanya nescaya memberi manfa’at bagi cahaya matanya dan hilang mudorat daripada dua matanya insyaAllah Ta’ala (atau) dibacanya “Marhaban bika ya habibi qurrota’yuni ya Rosulallah”
seperti riwayat daripada Nabi Khidir a.s. (dan datang pada khabar) bahawasanya segala orang bang datang mereka itu akan sirotol mustaqim mendapat mereka itu atas sirot itu beberapa unta daripada nur yang berpelana daripada yaqut dan zabarjad maka terbang unta itu dengan mereka itu di atas sirot dan syafa’at oleh tiap-tiap daripada mereka itu 40 000 dan lalu di dalam nur ayat seribu laki-laki dan seribu perempuan.
Panglima7.
Jangan dipersiakan....kehebatan Azan ini....Ini bonus untuk umat Nabi Muhammad SAW
Semoga bermanfaat.
3 comments:
Salam tuan,
Tolong email saya doa tersebut, tak berapa clear la. Terima kasih.
Salam Tuan Alias,
Profile anda tidak dapat dibuka. Sila berikan email anda. Saya akan cuba carikan doa yang terang. InsyaAllah.
Salam tuan.
Maaf tuan tak reply.
email terus je kat saya AliasBinHasan@gamil.com
tkasih tuan.
Post a Comment