Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

May 29, 2011

P.Ramlee - Semoga Allah Mencucuri Rahmat Ke atas Rohmu. Aameen.

Assalamualaikum Wbr...


P.Ramlee Dalam Kenangan
Sungguh belas Panglima, menyaksikan kisah hidup P.Ramlee yang ditayangkan di dalam Astro tadi.  Kisah sedih P.Ramlee di akhir hidupnya, yang dibenci dan diboikot wartawan, serta disisihkan oleh teman-teman, dan media di Malaysia ketika itu.  Hingga P.Ramlee hidup dalam kemiskinan.  Segala jasa dan pengorbanannya tidak dihargai oleh mereka yang hidup di akhir 60an dan awal 70an menyebabkan beliau hilang punca pendapatannya. Segala filem-filemnya tidak disiarkan di media, akhbar dan TV-TV ketika itu malah diboikot..seperti ada dendam kesumat dengan beliau walaupun beliau memenangi Festival Filem Asia di Jepun.

Sahabatnya mula lari meninggalkannya yang hidup susah seorang diri.  Perfileman Tempatan dan Show Brother tidak lagi mahu mengambilnya berlakon menyebabkan P.Ramlee hanya makan nasi putih dengan telur sahaja dan kadangkala tiada beras pun di rumahnya.

Satu yang Panglma cukup-cukup "respect" kepada P. Ramlee.  Walaupun beliau tengah kesempitan wang yang amat, jikalau ada yang dalam kesusahan.....datang memohon pertolongan dan bantuan kewangan darinya...apa yang ada dipoketnya....kalau ada RM200.....RM200 itu lah juga yang akan diberikan kepada orang tersebut. Meskipun tiada sesen pun wang di dalam simpanannya lagi. Begitu pemurah dan mulianya hati P. Ramlee seperti dermawannya sifat sahabat Nabi SAW.  Semoga dengan sifat beliau ini ketika hidupnya......terbentang luas pintu rahmat Allah SWT kepada beliau dan mengampunkan serta memadamkan dosa-dosa beliau yang telah lalu. aameen.

Panglima7
P.Ramlee...Semoga Allah mencucuri rahmatnya ke atas Rohmu. aamen.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara