Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

May 4, 2011

Panglima Menghilang 3 hari ini..Kerana Menjelajah Gua Sanding

Assalamualaikum Wbr.

Ahli-Ahli rombongan Panglima di Luar Gua Angin.

Maafkan Panglima.....kerana tidak memaklumkan kepada sahabat semua bahawa kehilangan Panglima beberapa hari ini kerana Panglima bersama beberapa sahabat yang lain....pergi menjelajah Gua Angin, Gua Gajah dan Gua Sanding di Kota Gelanggi, Jerantut Pahang.

Letih betul rasanya seluruh badan Panglima. Sebuah gua yang gelap, sejuk, keras dan mistik.  Penuh dengan Kebesaran Allah taala di sana.  Maha Suci Allah dari apa yang dipersekutukan.

Alhamdulillah....
Berkat Bismillah Enam dan ayat-ayat Al-Quran....sepanjang ekpedisi di sana, tiada apa-apa yang berlaku...cuma salah seorang ahli rombongan berjaya merakamkan gambar yang memang gambar kosong pada awalnya...tetapi bila dilihat kembali..terdapat sesusuk tubuh manusia yang sedang bersolat di atas batu pelantar gua dalam keadaan tahiyat akhir.

Entah bagaimana....Anehnya....gambar yang diambil tadi tidak dapat di bluetooth untuk dikongsi bersama rakan yang lain walaupun dicuba beberapa kali.

Panglima akan berkongsi dengan sahabat semua...hasil penjelajahan Panglima di Gua Sanding. Gua yang penuh Mistik dan keras bila dah bersedia nanti.

Panglima7.

8 comments:

Anonymous said...

Salam P57

Gua sanding ni kat mana?

PCL said...

salam Panglima, semoga anda sentiasa diberkati dan diberikan kesihatan yg baik....jelajah mistik ni bukan calang2 orang yg boleh buat...kena ada kekuatan dan bekalan ilmu di dada...harap dapat berkongsi lagi.

Melur Jelita said...

Salam Tuan Panglima,
patut la lama tak nampak..saya mencari - cari Tuan Panglima kot kot merajukk..rupanya pi jelajah Gua Sanding ..caya la!!

Panglima7 said...

Waalaikumsalam P@kcikLie....Panglima biasa jer....Panglima hanya follower sahaja. Dalam minggu nie..Panglima akan downloadkan gambar2 yg diambil di sana dan juga gambar org halus (jin, bunian atau apa ke bendanya) yang menjelma bertahiyat dalam gambar tersebut. Sudah ada dalam tangan Panglima.

Panglima7 said...

Waalaikumsalam Melur Jelita. Panglima tiada di sini 3 hari yang lepas...bukan merajuk tetapi meninjau gua sanding di Jerantut Pahang.

Panglima7 said...

Anonymous..Gua sanding nie di Jerantut Pahang. Dalam kawasan Daerah Jengka.

Unknown said...

Wah panglima pergi bertapa mempertajamkan ilmu nak lawan dengan hantu-hantu BN lah tu ,hehehe

Unknown said...

salam panglima..dekat gua kota gelangi ke gunung senyum???tepat saya ni..

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara