Assalamualaikum Wbr....
Siapa yang tidak tahu tentang kisah kemunculan Imam Mahdi di akhir zaman ini? Sebagai orang Islam, rata2nya sudah mengetahui akan kebangkitan Imam Mahdi di akhir zaman ini. Bila akhir zaman itu?? Sekarang!! Percayakah anda bahawa kita lah umat akhir zaman itu??? Yaaa.... Jika merujuk kepada banyak hadis2 Nabi, maka memang terbukti kitalah umat yang berada pada akhir zaman itu..
عن ابن عباس عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: كيف تهلك أمة أنا فى أولها وعيسى ابن مريم فى آخرها والمهدى من أهل بيتى فى وسطها (الحاكم فى تاريخه ، وابن عساكر) أخرجه ابن عساكر (47/522) . وأخرجه أيضًا : الديلمى (3/292 ، رقم4875) .
Dari Ibn Abbas r.a. dari Nabi SAW, bersabda: "Bagaimana umat ini rusak sedangkan aku ada di awalnya, Mahdi ada di tengahnya dan al-Masih Ibn Maryam ada di akhirnya (Al Hakim dalam Kitab Tarikh, Ad Dailamy, Ibn Asakir )
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ ، قَالَ : ذَكَرَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بَلاءً يُصِيبُ هَذِهِ الأُمَّةَ حَتَّى لا يَجِدُ الرَّجُلُ مَلْجَأً يَلْجَأُ إِلَيْهِ مِنَ الظُّلْمِ ، فَيَبْعَثُ اللَّهُ رَجُلا مِنْ عِتْرَتِي أَهْلِ بَيْتِي ، فَيَمْلأُ بِهِ الأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلا كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا وَظُلْمًا ، يَرْضَى عَنْهُ سَاكِنُ السَّمَاءِ وَسَاكِنُ الأَرْضِ ، لا تَدَعُ السَّمَاءُ مِنْ قَطْرِهَا شَيْئًا إِلا صَبَّتْهُ مِدْرَارًا ، وَلا تَدَعُ الأَرْضُ مِنْ نَبَاتِهَا شَيْئًا إِلا أَخْرَجَتْهُ حَتَّى يَتَمَنَّى الأَحْيَاءُ الأَمْوَاتَ ، يَعِيشُ فِي ذَلِكَ سَبْعَ سِنِينَ أَوْ ثَمَانِ سِنِينَ (شرح السنة (أحاديث فقط) البغوي)
Abu Sa'id al-Khudry ra, berkata: Nabi SAW menyebutkan bahwa akan ada bencana yang menimpa umat ini sehingga mereka tidak mendapatkan tempat untuk berlindung dari kezaliman tersebut, maka Allah mengutus seorang laki-laki dari keturunanku dan keluargaku, maka pada saat itu dunia ini dipenuhi keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi kezaliman dan kemungkaran, penduduk langit suka dengannya begitu pula penduduk bumi, tidak meninggalkan langit satu titispun dari air yang turun darinya melainkan menumbuhkan tanaman dan menyuburkan tanah, dan tidak meninggalkan bumi dari tumbuh tumbuhannya melainkan mengeluarkan tanaman sehingga orang yang meninggal pun ingin hidup lagi. Al-Mahdi hidup selama 7 atau 8 tahun".(Sarhus Sunnah-Al Baghawy , Misykaatu al-Mashaabih bab Asyraatu as-Saa'ah dalam Al-Mustadrak lil al-Hakim )
Tsauban r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka.” Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab, “Bahkan kanu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.” Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi menjawab, “Cintakan dunia dan takut mati.” – HR Imam Abu Daud
Petanda akhir zaman ialah hampir seluruh dunia berkonspirasi menghancurkan umat Islam, hatta Jepun dan Korea pun (yang nampak neutral) menyertai pakatan ketenteraan ke Iraq.
Klik more(dibawah) untuk sambungan selanjutnya
PBB sebenarnya adalah pakatan Salibi-Yahudi. Lihat sahaja resolusi2 mereka semuanya menindas umat Islam, bermula dengan resolusi 1948 (penubuhan negara haram Israel di Palestine), dan yang terbaru ialah resolusi anti-keganasan dan WMA (weapon of mass destruction) yang berkesudahan dengan penjajahan Iraq dan Afghanistan.
Ada lagi tanda2 yang mengatakan kita ini adalah umat akhir zaman;
Penaklukan Baitulmuqaddis Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
Zina Bermaharajalela "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik Menghias masjid dan membanggakannya. Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan "Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari
Bila kita melihat kepada hadis2 yang dinyatakan tadi benarlah bahawa kita ini ialah umat yang berada pada zaman yang akan berakhir iaitu KIAMAT!!!
Mengikut hadis Nabi Muhammad, kiamat takkan berlaku selagi tidak munculnya seorang yang berasal dari keturunan baginda iaitu Imam Mahdi! Secara realitinya hari ini Imam Mahdi tidak menzahirkan lagi dirinya. Oleh itu bila dia akan zahirkan diri? Semua ini dalam pengetahuan Allah taala. Kita tak mampu untuk tahu secara hakikat bila kemunculannya. Namun kita boleh mengkaji dari dalil2 hadis Nabi tentang kemunculannya.
Hadis tentang kelahiran dan kemunculan Imam Mahdi ;
عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ قَالَتْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الْمَهْدِيُّ مِنْ عِتْرَتِي مِنْ وَلَدِ فَاطِمَةَ (أخرجه أبو داود (4/107 ، رقم 4284) ، وابن ماجه (2/1368 ، رقم 4086) ، والحاكم (4/601 ، رقم 8672) ، والطبرانى (23/267 ، رقم 566)
Ummu Salamah ra, berkata: Adalah Nabi SAW, bersabda: "Imam Mahdi itu dari keluargaku dari keturunan anak Fatimah" (Sunan Abu Dawud Kitab Al-Fitan wal-Malahim. Bab Dzikru al-Mahdi, Ibn Majah, Al Hakim dan At Thabra
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَهْدِيُّ مِنِّي أَجْلَى الْجَبْهَةِ أَقْنَى الْأَنْفِ يَمْلَأُ الْأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلًا كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا وَظُلْمًا يَمْلِكُ سَبْعَ سِنِينَ
Abu Sai'id al-Khudriy ra, berkata: Adalah Nabi SAW, bersabda:"Imam Mahdi dari keluargaku, lebar dahinya, mancung hidung-nya, pada masanya dunia penuh keadilan dan kedamaian serta kejujuran, sebagaimana sebelumnya penuh dengan kezaliman dan kemaksiatan, ia akan menjadi khalifah dimuka bumi selama tujuh tahun" (HR. Abu Dawud, Kitab al-Fitan wal-Malahim. Bab Dzikru al- Mahdiy )
Ini pula tanda2 yang sudah berlaku tentang kemunculan Imam Mahdi;
"Sebelum kemunculan Imam Mahdi, akan berlaku secara berturut2 2 gerhana pada bulan Ramadhan.." (Ibn Hajar Al haitami, Al Qaul Al Mukhtasar fi 'alamat Al Mahdi Al Muntazar)
"Akan ada dua gerhana matahari di bulan Ramadhan sebelum kedatangan Al Mahdi." (Mukhtasar Tazkirah Qurtubi)
"Telah sampai kepadaku bahwa sebelum Al Mahdi datang, bulan akan gerhana dua kali di bulan Ramadhan." (Diriwayatkan oleh by Abu Nu'aym dalam al-Fitan)
"Gerhana matahari di pertengahan bulan Ramadhan dan gerhana bulan di akhirnya." (Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-zaman, hal. 37)
Jika kita melihat kepada dalil2 di atas maka fahamlah bahawasanya tanda2 kemunculan Imam Mahdi ini sudah berlaku. Yaaaa, gerhana bulan dan matahari pernah direkodkan berlaku pada bulan Ramadhan pada tahun 1981 dan 1982.
Kita pergi pula ke tanda2 yang lain yang sudah pun berlaku. Tanda2 seterusnya ialah kemunculan bintang berekor atau komet melintasi bumi.
"Sebelum kemunculan Imam Mahdi, sebutir bintang berekor akan muncul dari arah timur." (Ibn Hajar Al Haitami, Al Qaul Al Mukhtasar fi 'alamat Al Mahdi Al Muntazzar)"Munculnya bintang itu akan terjadi setelah gerhana matahari dan bulan." (Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-zaman, hal. 32)
Jika kita melihat kepada dalil2 di atas, Nabi pernah mengatakan bahawa antara tanda2 kemunculan Imam Mahdi itu ialah munculnya bintang berekor(komet). Yaaaa, bintang berekor atau komet ini pernah direkodkan melintasi bumi pada tahun 1986. Komet ini merupakan sebuah bintang terang bersinar yang melintas dari Timur ke Barat. Ini terjadi setelah gerhana matahari dan bulan pada tahun 1981 dan 1982.
Tanda2 yang lain pula ialah berlakunya peperangan yang besar di bulan Syawal.
"Akan ada huru hara di bulan Syawal (bulan kesepuluh dalam kalender Hijriyah), pembicaraan tentang perang di bulan Dzulqae'dah (bulan kesebelas dalam kalender Hijriyah) dan pecahnya perang di bulan Dzulhijjah (bulan kedua belas). "(Allamah Muhaqqiq Ash-Sharif Muhammad ibn 'Abd al-Rasul, Al-Isaatu li Asrat'is-saat, hal. 166)
Tiga bulan yang dimaksudkan dalam hadits ini kebetulan bertepatan dengan bulan-bulan berkecamuknya Perang Iran-Iraq. Pemberontakan(huru hara) pertama atas Shah Iran berlangsung pada 5 Syawal 1398 (8 September 1976), seperti yang ditunjukkan oleh hadits ini, dan perang meletus antara Iran dan Iraq pada bulan Dzulhijjah 1400 (Oktober 1980).
Bila kita melihat kepada dalil2 di atas, cuba kita perhatikan satu persatu bahawa semua tanda2 itu berlaku dalam lingkungan jarak tahun yang dekat. Bermula dari tahun 1976 ketika huru hara pertama pemberontakan ke atas Raja Iran iaitu Shah Iran Pahlevi(jatuh pada tahun 1979) pada bulan Syawal. Dan peperangan Iran-Iraq pada tahun 1980 pada bulan Dzulhijjah. Selepas itu berlaku pula 2 gerhana dalam bulan Ramadhan pada tahun 1981-1982(2 tahun berturut2). Dan yang akhirnya berlaku pula lintasan bintang berekor(komet halley) mendekati bumi dari arah timur ke barat pada tahun 1986.
Tanda2 yang Nabi khabarkan ini benar2 telah berlaku. Sekitar dari tahun 1976 sehinggalah tahun 1986. Jika menilik kepada hadis2 Nabi tadi bahawa Imam Mahdi akan muncul bila berlakunya tanda2 tersebut. Adakah muncul di sini membawa maksud zahirkan diri?? Jika dengan maksud zahirkan diri, jadi di mana Imam Mahdi sekarang??? Hadis tentang kemunculan Imam mahdi itu bahasa kiasan yang kita andaikan bahawa muncul di situ dengan maksud lahir. Bukan zahirkan diri. Kebarangkalian Imam Mahdi telah lahir(muncul di dunia ini) pada tahun 1981 atau 1982 ketika berlakunya 2 gerhana dalam 1 bulan (Ramadhan) dulu.
Jika Imam Mahdi telah dilahirkan pada tahun 1981 maka umur Imam Mahdi sekarang sekitar 29 tahun(bukan muktamad). Ini kerana sekarang sudah tahun 2010. 2010 ditolak dengan tahun 1981 maka kita akan dapat 29. Diceritakan bahawa Imam Mahdi akan zahirkan dirinya ketika berumur 40 tahun(kemungkinan).
"Akan dibaiat seorang laki-laki antara makam Ibrahim dengan sudut Ka'bah." (HR. Ahmad, Abu Dawud)
Jika ketika umur 40 Imam Mahdi mula zahirkan dirinya dan memerintah dunia ini. Kiraan kita ialah 40 ditolak 29 tahun maka kita akan dapat jawapan 11 tahun. Secara kiraan kasar ini kemungkinan lagi 11 tahun untuk Imam Mahdi untuk munculkan diri dengan cara di baiah oleh orang ramai di Mekah.
Bilakah tahun itu jika 11 tahun lagi?? Sekarang ini tahun 2010. Jika ditambah 11 tahun lagi maka kita akan dapat jawapannya bahawa pada tahun 2021!!!
Semua kita sudah maklum bahawa munculnya(zahirkan diri) Imam Mahdi ketika dunia ini berada dalam huru hara, kacau bilau, peperangan dan pembunuhan di mana2 saja. Maka munculnya Imam Mahdi ketika itu untuk amankan dunia kembali dalam pemerintahannya yang adil. Sabda Nabi;
“Andaikan dunia tinggal sehari sungguh Allah akan panjangkan hari tersebut sehingga diutus padanya seorang lelaki dari ahli baitku namanya serupa namaku dan nama ayahnya serupa nama ayahku. Ia akan penuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penganiayaan.” (HR abu Dawud 9435)
“Aku kabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antara-manusia dan gempa-gempa. Ia akan penuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman.” (HR Ahmad 10898)
Cuba kita perhatikan sekarang ini. Bermula dari tahun ini(2010) untuk ke tahun 2021 mengambil masa 11 tahun. Sepanjang 11 tahun ini dijangka akan berlakunya perang dunia ke 3. Peperangan yang akan mematikan begitu ramai jiwa manusia. Pembunuhan di sana sini. Dunia menjadi huru hara. Tak pernah terjadi lagi dalam sejarah manusia huru hara dan kacau bilau seperti itu nanti. Ketika dunia berada dalam kacau bilau itu sepanjang 11 tahun ini, maka disaat itulah Allah izinkan Imam Mahdi zahirkan dirinya untuk memimpin manusia dan memerintah dunia ini dengan keadilan dan keamanan. Pada waktu Imam Mahdi muncul, dunia dalam kondisi kacau. Kemaksiatan bermaharaja lela, perang antara negara melanda dunia. Perang saudara membara, perang antara kelompok, suku, etnik, golongan, organisasi dan aliran terjadi di mana-mana. Penguasa menindas, melibas, memeras dan merampas hak rakyatnya. Cuba lihat balik pada hadis di atas.
Ketika tercetusnya perang dunia ke 3 itu, bom nuklear akan diletupkan. Menyebabkan radioaktif bertebaran di seluruh dunia(mematikan ramai umat manusia). Radioaktif bumi terganggu dan sistem jana kuasa elektrik tidak mampu untuk berfungsi lagi. Maka menyebabkan sistem elektronik(jet pejuang, kereta kebal dan senjata2 canggih) tidak mampu berfungsi lagi. Dunia kembali seperti zaman dahulu. Berperang dengan menggunakan senjata2 lama seperti pedang, anak panah, tentera berkuda dan sebagainya. Mustahilkah jika dunia akan berperang seperti zaman dahulu?? Tak mustahil. Semua ini kerja Allah.
Kata Saiyidina Ali;
“Sebelum munculnya Al-Mahdi, pasukan berkuda as-Sufyani akan menyerang Kufah. Penduduk Khurasan pula (sibuk) keluar mencari al-Mahdi. Kemudian penduduk Khurasan itu bertemu dengan pasukan al-Hasyimi (yang berada) di tengah-tengah Panji-panji Hitam, di bawah pimpinan Syuaib bin Saleh. Penduduk Khurasan (yang dipimpin oleh at-Tamimi dan al-Hasyimi) bertembung dengan pasukan as-Sufyani di kawasan yang berbatu dan terus terjadi pertempuran yang sengit. Dalam pertempuran itu, yang unggul adalah pasukan yang membawa Panji-panji Hitam, manakala pasukan as-Sufyani melarikan diri. Ketika itulah umat manusia (sangat-sangat) berharap agar dapat menemui al-Mahdi, dan mereka terus mencarinya.”
Dari Ibnu Mas’ud RA, sabda Nabi SAW,
“Kemudian Urwah bin Muhammad as-Sufyani menghantar sepasukan tentera berkudanya ke Kufah seramai 15,000 orang, kemudian mengutus pasukan tentera yang lain seramai 15,000 orang juga, yang berkenderaan, menuju ke Makkah dan Madinah untuk memerangi al-Mahdi dan para pengikutnya.
Maka pasukan tentera yang pertama tadi sampai ke Kufah, berjaya menawan kota itu, lalu memusnahkan apa sahaja, daripada kaum perempuan dan kanak-kanaknya, di samping membunuh setiap lelaki, merampas segala harta-benda yang ada lalu pulang semula (kepada as-Sufyani).
Maka (pada ketika itu juga) datanglah suatu kaum yang gagah berani (sihat)dari arah Timur, yang mana mereka itu mengikut Amir min Umarak dari (keturunan) Bani Tamim yang dikatakan dia itu (adalah) Syuaib bin Saleh. Maka dia datang menyelamatkan setiap yang ada daripada tawanan mereka (wanita dan kanak-kanak tadi) lalu (segera) bertolak pula ke Kufah. Pasukan tentera yang kedua pula, sampai ke kota Madinah Rasul SAW, lalu memerangi dan memusnahkannya selama tiga hari..............."
Cuba lihat pada perkataan yang aku besarkan hitam itu. Pasukan berkuda... Maknanya akan menunggang kuda. Takkan zaman itu masih berperang menaiki kuda lagi(jika fikir logik akal)?? Sebab itulah teori yang mengatakan bahawa gangguan jana kuasa eletrik di bumi akan terganggu dan manusia akan kembali berperang menggunakan cara lama.. Wallahu a'lam.
Apa2 pun ini hanyalah teori berdasarkan hadis Nabi Muhammad. Hakikatnya kita tak tahu bilakah tarikhnya kemunculan Imam Mahdi. Entri ini ditulis bukan untuk dipercayai 100%. Tapi sebagai persediaan awal untuk kita menghadapi zaman itu nanti. Bertaubat lah segera mungkin. Mudah2an Allah jadikan kita ini termasuk di dalam tentera Imam Mahdi. Fitnah Dajjal sungguh dahsyat. Jangan ada orang yang cuba2 bercakap besar!!
Oleh itu, bermula dari tahun ini(2010), kita siap sedialah untuk hadapi semua ini. Minta ampun pada Allah dan kawan2 kita semua jika dosa dan salah yang kita lakukan. Masih sempat lagi. InsyaAllah... Tarikh 2021 itu bukanlah sesuatu yang muktamad. Cuma sebagai peringatan kita semua. Kita dah berada di akhir zaman.
Bukan perkara main2 lagi....
Kata guruku yang mendengar dari seorang kawannya dan kawannya pula mendengar dari seorang Syaikh di Pakistan, bahawa tentera Imam Mahdi hanya menunggu masa saja untuk munculkan diri. Mereka hanya menunggu Amerika kalah di Afghanistan saja...
Mengikut 1 sumber dari ahli illuminati yang telah insaf mengatakan bahawa tahun 2012 akan bermulanya tahun HURU HARA yang akan dilakukan oleh puak illuminati.. Wallahu a'lam.
Apa2 pun hanya Allah saja yang tahu hakikat sebenarnya... Kita sebagai manusia bukanlah ahli nujum yang mampu meramal bila dan di mana ia berlaku. Fikir dan terus fikir. Kaji dan terus kaji.... Wallahu a'lam......
Sumber dari sahabat dari http://menjejakharapan.blogspot.com/2010/03/11-tahun-lagi.html
Panglima7 berkongsi...dengan sahabat semua.
6 comments:
Aku bersyukur kerana diberi petunjuk untuk mengenali Islam
Ad Daulatul Islamiyah Melayu
Khilafah Islam Akhir Zaman
Kami mengundang Kaum Mukminin-Mukminat
Diseluruh Dunia untuk bergabung bersama kami
Menjadi Tentara Islam Imam Mahdi
Kunjungi Undangan kami
di http://dimalayo.co.gp
baca pesanan Umat Terakhir
Nota Panel: Untuk kali ini, buatlah kerana Allah
http://umat-akhir.blogspot.com/2013/04/nota-panel-untuk-kali-ini-buatlah.html
-tukar?-
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
- bagaimana pula PR mahu menghalalkan LGBT & hak asai manusia, bukankah ia akan menyebabkan berlakunya perkara seperti yang disebutkan dalam hadis di atas?
mohon pencerahan
Terima kasih infonya
Undang2 islam pula dihina oleh BN
Post a Comment