Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Apr 12, 2011

Rupernya Najib ...Takut Kepada Taib Mahmud.

Assalamualaikum Wbr...


Ermm..Bacul rupanya pemimpin UMNO ni....BN dah nak tumbang di Sarawak pun masih lagi nak buat peralihan kuasa. Apa....bakal pengganti Taib Mahmud tu yg juga BN, tak reti jadi Ketua Menteri ker...???? Hahaha...sampai nak kena buat peralihan kuasa. Atau ko yang bacul...dengan Taib Mahmud. hehehe Dah laa. Panglima malas nak dengar banyak alasan.

_________________________
Sumber dari Berita Hairan.

SRI AMAN: Datuk Seri Najib Razak hari ini memberi jaminan akan mengumumkan tempoh peralihan kuasa kepemimpinan negeri Sarawak apabila tiba masa yang sesuai.

Perdana Menteri berkata, apa yang penting sekarang wujud persefahaman antara kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri di bawah kepemimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud ke arah proses peralihan kuasa itu.

"Ya saya akan beritahu (tempoh peralihan) apabila tiba masanya nanti. Kita sudah ada persefahaman dan apa yang kita mahu ia satu proses peralihan yang licin," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan ke Hospital Sri Aman, di sini sebentar tadi.
Najib berkata, proses peralihan yang licin itu penting bagi kerajaan dan parti bagi mengelak sebarang masalah berbangkit.



11 comments:

kerispuaka said...

Najib takut Taib Mahmud borong habis gambir Sarawak...nanti melopong Bik Mama....

Unknown said...

Salam panglima,saya baca semakin hari N3 panglima semakin garang terutama bila ada isu politik negara.
Jaga-jaga nanti kena serang hehehe

Panglima7 said...

Oh iyer ke..Keris Puaka...hehehe, pakai gambir jugak Najib yea....ahaksSs!! Panas laa.... hehehe

Panglima7 said...

Waalakumslaam tuan Ijoks...bukan ape...semangat tengah berkobar2 nie....nanti Panglima Slow down.

mommylavender said...

hati2...berkate berpada, sebagai sesama manusia menghormati ..tata susila di jagai...usah menderhaka kepada bahasa, hnya kerana politik semata...lembut tutur mksud menyusur, tepung tak betabur...rambut lurus teratur~ itu melayu kite..islam agama kita.

kasihibu said...

salam singgah
terima kasih singgah dan follow
sya tak minat cerita politik
sbb tak tahu kisah yang sebenar
apa pun kita semua diberi pilihankan?

Panglima7 said...

Mommy....kilasan ikan di air Panglima sudah tahu jantan betinanya. Mungkin ideologi kita berbeza....Panglima menghormatinya, tetapi islam dan politik tidak dapat dipisah. Segala apa yang dilakukan di dunia ini...tiada yang tidak dihitung dihadapan Allah...waimah politik. Justeru itu...politik suku agama suku tidak boleh dipakai.

Panglima7 said...

W'salam SS Ibu, Terima kasih kerana sudi berkunjung. Panglima hormati pandangan SS Ibu. Panglima pun tak minat politik ini...lebih baik Panglima siar entry mcm SS Ibu....tetapi bila melibatkan Islam dan generasi akan datang....dan apa yang kita undi akan ditanya oleh Allah...maka Panglima gagahkan jua.
Kalau zaman Nabi SAW.....Nabi dan sahabat mengangkat senjata bagi membela islam dari musuh2nya...tetapi kini....ada pilihan. Pilihannya ialah melalui Politik. Maka.....Panglima pilih politik, tak perlu angkat senjata. Tidak timbul minat...semua umat Islam adalah wajib menegakkan Islam samada dalam suka atau terpaksa.

Hamirdin b Ithnin said...

Assalamualaikum Panglima dan sesiapa boleh tulung tunjuk, macam mana kaifiat gunakan gambir sarawak?

boleh email kpd saya kalau ada ilmu dalam hal ini. Panglima ada address email saya

Panglima7 said...

Waalaikumslaam Dr. Ok nanti malam saya akan emailkan mcmana gunakan gambir Sarawak dgn betul. Sy akan email Dr.

Panglima7 said...

Assalam Dr...dah email dah.

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara