Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Apr 14, 2011

Orang Perempuan..Ingat Ini !!!

Assalamualaikum Wbr.

Gambar hiasan.
Orang pompuan kena ingat ini.   Bila suami balik rumah setelah penat bekerja mencari nafkah.....tolonglah sambut suami tuu....walaupun dah 10 atau 15 atau 20 tahun dah berkahwin...tolonglah sambut.  Lebih-lebih lagi bila suami pulang dengan basah kuyup terkena hujan.  Jangan asyik nengok TV...sampai suami balik pun buat tak tahu ajer.  Apa punya isteri ....macam nie.??? heeeee

Kemudian....bila suami masuk rumah...suruh anak pulak sediakan air.  Dibubuhnya nasi...suruh suami makan....diletaknya atas meja ajer... tetapi tidak ditemankan suami makan.....dia pergi tempat lain dan  dok tercongok depan TV.....atau buat kerja lain.  Kalau hidang air dan makan pun...berperangai begini...camner laa di kamar tidur.  hampeh kalau ada isteri begini. Memang tak berguna.  Disial oleh Seluruh malaikat.

Takkan benda begini pun nak ajar...kalau baru kahwin bukan main lagi layanan....Dah lama kahwin benda macam ini pun tak ambil peruah.  Jangan menyesal kalau suatu hari nanti..suami anda kahwin lagi. Confirm memang kahwin lagi laaa.... Masa tuu....nasi dah jadi bubur.  Suami yg lembut hatinya pun akan jadi keras dan bengis.  Salahkan diri anda sendiri.

Malas nak citer soal pahala melayan suami....tapi memang hampas.

Panglima.
Kalau Panglima laa....baiklah Panglima jadi bujang semula.....hidup riang gembira. Takde nak sakit jiwa nak cari nafkah untuk orang yg sebegini..

16 comments:

iffa said...

salam, tuan,
kesian kawan saya tak pandai jaga suami dan rumahtangga sekarang suaminya kahwin lagi tp hidup mereka tidak seindah dulu sentiasa bergaduh, punca utama ialah duit.tak sedar diri selama ni isteri yg tanggung tiba2 kahwin lagi, merayu lg nak duit nak jumpa isteri muda jenis muka tak malu.

Melur Jelita said...

Salam Tuan ,

siapa tak layan suami ni? bertuahnya suami boleh kawin lain kalau isteri tak layan. kalau suami tak layan isteri pulak? berendam air mata je la...Nasib seorang perempuan...he he he

Anonymous said...

salam Panglima......memang betul apa yg dkatakan oleh panglima tu......tapi apa halnye bila isteri pun sama2 baru balik kje dan penat mcam suami.....isteri kje pun bukan utk suka2 je...tapi wang ringgit hasil kje isteri tu pun setiap bualan hampir kesemuanya digunakan utk membantu suami mnyara keluarga....dan isteri tk mintak pun nafkah zahir [wang ringgit] dri suami sbab paham suami memang tk mampu beri.....dan isteri trpaksa melupakn hasrat utk membeli barang2 pribadi....
itulah salah 1 pengorbanan seorang isteri yg ptut suami ingat......dan suami patut berlaku adil & bertimbangrasa terhadap isteri apatah lagi isteri itu memang sentiasa taat padanya, melayannya penuh manja, solat bersama, sebelum pgi kje dan pulang kje salam tanagn dan peluk cium suami....adakah itu blum cukup?.......wassalam....

JR said...

Layan tak layan bergantung kpd individu, suami & istri sama2 ada tanggung jawab..

MindaPengarang said...

jangan mempertikaikan apa yg wajib isteri jlnkan pd suami.. itu semua dah ditetapkan dalam Al-Quran dan Sunnah.. jgn membantah apa yng terkandung didalamnya.. tak perlu bertannya cukup atau tidak. Isteri yg soleh takkan mempertikai atai mengungkit apa yg telah dilakukannya.. Cukup sekadar Redha dan niat Lillahitaala.. InsyaAllah syurga menanti buat Isteri yang taat

p@kcikLie said...

Salam Tuan, layanan dari isteri tercinta tu adalah satu bonus..sesekali kita mengharap, tp bila dah jd biasa semua tu buat tak tau je..yang penting perbincangan antara dua hati kena ada...jgn tuding2 jari sebelah pihak je....perbetulkan yg mana tak puas hati...jgn salah pilih tempat nak merujuk nanti ada yg 'masuk jarum' plak.

indah.com said...

zaman Rasulullah, Baginda cari pembantu untuk isterinya.Baginda pula selepas makan cuci pinggan sendiri.basuh pakaian sendiri. Panglima buat dak macam tu. Kalau buat memang suami mithali lah

indah.com said...

Zaman Rasulullah, Baginda cari pembantu untuk isterinya. selepas makan Baginda cuci pinggan sendiri, jugak basuh pakaian sendiri. Panglima buat macam tu dak. kalau buat memang suami mithali lah

MAMA KAY said...

kalau part isteri kena ikut Quran dan Sunnah. tp bila part suami, ikut KEMAMPUAN katanya...

Anonymous said...

Pasal lu bro bukak topik ni.

Kalau rasa diri setaraf saidina Ali maka layaklah mengharapkan isteri setaraf puteri nabi Fatimah.

Kalau isteri tak pandai masak maka riuhlah hiruk pikuk canang seantero dunia utk dijadikan sijil halal utk nikah lagi.

Tapi kalau suami tak mampu jadi imam nape tak sibuk cermin diri?

Ibrahim katak pun kata isteri kena layan suami bila2 masa napsu suami meluap2 mcm karakatoa.

Kalau dah mengajar ngaji anak pun tak reti nak suruh bini masuk kelambu pukul 9mlm. Dia tau nak menda alah tu je.

Ceh dasar napsu kuda. Tak dapat $ pukul bini. Tak dapat kawen lagi siram asid.

Sedih kan itulah jenis lelaki yg menjadi bapa & suami bertaburan melata tunggu di tembak idup2 dibumi malaysia ini.

Panlima kalu brani siarkan komen ini ya kerana menggunakan anonymous.

Sukarnya mencari lelaki muslim terakhir.....

Anonymous said...

Ko panglima jangan nak ngingatkan org pompuan aje.

Lelaki ni kapiton kapal. Dia ketua kuarga. Ketua mesti berilmu agama yg lengkap baru boleh pimpin isteri & kuarga.

Kalu anak bini tak betul ertinya suami tak pandai mendidik. Jangan kata bini tak pandai itu ini. Ko nak dia cantik hah kata Normala samsudin sekurang2nya RM3000.00 utk maintain badan & muka.

Kalau bagi 30 hengget jangan araplah bini tu setaraf era fazira.

Dah jangan nak kecuh nak kawen lain coz tak selera tengok bini selekeh. Sediakan org gaji.

Bini biar duduk atas katil tunggu napsu laki naik.

Haaaaaa.....lelaki kena ingat tu...

Panglima7 said...

Amboiii...!!! Garang nya korang org perempuan yer....sampai menyorok identiti sebagai Anonymous....kemudian kata "kalau Panglima berani...tolong siarkan". Panglima memang berani....yg tak berani hangpa laa....pakai nama anonymous. Suruh Panglima berani tetapi...diri sendiri tak berani...hahaha. ok laa..malam nanti Panglima komen. Good response.

Anonymous said...

Guna Anonymous ke gugel acc ke yg pasti ko makin kaya. Tak gitu. Kalu ko buang pilihan anonymous tak apa. Kita guna sbb ruang tu ada. kena ingat P57 bukan sumer org suka glamer tau.

Kita pung bukan suka sangat nak mengomen ni. Tapi P57, suami ni yg dia tau nak layanan superb serba serbi. Balik kerja tak nak tolong. Org bersilat kat dapor nak nyiapkan mkn malam. Anak berak pun suruh isteri cebukan. dia nyandor baca paper. Lelaki tau buat anak je ke? Isteri bukan robot tau!!!

Sblum tdo, nak kena layan suami lagi. Mana ada kederat beb. suruh kawen lain tak nak. Sbb gaji bini besor. Kete besor. Kerak nasik dah mmang besor. Isteri pun bukan bodoh. Maintain ttp maintain. Jangan tak maintain.

Dah la gaji ciput ckup baik isteri sanggup amik jadikn suami sangkakan $ tak ada lovingnya lebih. Kedekut. tunjuk sayang lebih apa salahnya bukan kuar modal. tak nak tolong kerja2 rumah nak senyum pun lokek. Nak muji jauh la. Mcmla bkudis bila tunjuk baik kat isteri. Komen mcm2 la plak. Dia tau dia bkuasa. Kuasa allah dia lupa. Dia suruh kita taat ngalahkan kita taatkan Allah. Apa jadahnya. Kita nak ikhlas tapi mana dtg redhonya kalu darah kita menggelegak selalu.

Kesian tengok jiran saya, suami dah la tak kerja isteri hempas pulas. Tong gas kosong pun isteri kena amik kat kedai.

Saya kata kat dia hempapkan tong gas atas badan dia tu bila ajak isteri masuk selimut. Ego nak mampus. Eeiii Rasa nak cakor2 muka dia ngan garpu.

Ni bukan garang or marah berapi bro. Tapi ini hakikat.

Pmpuan kalu kawen kena betul2 bersemangat waja diri.

Bro kalu ko brani nak bela juga kaum ko yg ala2 keparat ni....

Kawaii fiza said...

salam..org yg blom kawen ..
x tahu lg kan macam mne keadaan berumah tgge..huhu dr ape yg saya bace..ade betolnye n ade salah nye laki & pmpn..boleh la dipraktik kn & dijauhkan bile dah kawen nnti ..(^;^)tq aoll!

Anonymous said...

dasyat betul komen korang sampai panggil keparat ekekekek....
aku bahgia jer ngan isteri aku walaupun dia yang buat semua kerja rumah....pasal dia tau pahala yang bakal dia dapat di akhirat nanti..

Anonymous said...

kekadang masa tentukan ...lambat atau cepat seorg istri sedar pasal haknya..masa akan sampai bila dia menilai semula perkahwinannya..then change may take place..

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara