Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Jan 13, 2011

Sekarang... Siapa Jadi Penyapu..???

Assalamualaikum Wbr...

Anugerah Penyapu pun elok dipulangkan semula oleh Penerima dari Majlis Pembandaran kepada Khir Toyo.  Barulah kena.  Sekarang siapa jadi Penyapu.???

Itulah dia kalau dah tak jujur.....cakap pun berselindung dan tak habis.  Cakap biarlah jelas.   Rupanya ko serah kerana terpaksa dan diarahkan oleh Sultan.  Kasihan orang-orang UMNO dan penyokong2 beliau....dah mula nak respek akan tindakan beliau yang sincere  .rupa-rupanya...hampeh.  Suratkhabar Pengampu tentunya dari awal lagi dok puji tindakan beliau...kerana serah kembali pangkat kebesaran.  Rupa-rupanya....

Jadi tidak benarlah Khir Toyo serah Pangkat Kebesarannya dengan rela hati...tetapi setelah di arahkan berbuat demikian oleh Sultan Selangor disebabkan oleh tuduhan rasuahnya di Mahkamah.  Sila klik di sini.  

Panglima7
Read more...

Jan 12, 2011

Isu-Isu Kecil Di ZOOM 4X Oleh UMNO untuk di Mainkan

Assalamualaikum Wbr.

Sampah bertimbun di Stadium

Jika dilihat negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat kelihatan agak kucar kacir dan huru hara sejak Parti Pembangkang mengambil alih.  Sedangkan negeri-negeri dibawah penguasaan UMNO & BN seperti N. Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak……cukup tenang dan tidak berkocak.  Mengapa ini terjadi.??   Cuma Terengganu agak Panas dengan isu dalam UMNO itu sendiri.  Ini aku tak nak sentuh.  Yang aku nak sentuh adalah negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Dahulu sebelum Pilihanraya Umum ke 12……Semua negeri berada dibawah UMNO & BN melainkan Kelantan.   Negeri-negeri ini semuanya kelihatan tenang dan tidak berkocak seperti negeri-negeri di bawah PR hari ini.

Tidak timbul langsung soal golongan yang nak berdemonstrasi dalam isu-isu kecil dan remeh temeh.  Tak timbul langsung suara lanatang talibarut-talibarut seperti Zulkifli Nordin, Zahrain dan Zaid Ibrahim.

Tapi bila PR yang memerintah.....isu remeh temeh seperti sampah sarap tak diangkat, isu lift rosak, isu bumbung rosak, dilarikan angin mula timbul.....seolah-olah isu ini kerja Wakil Rakyat atau YB dalam sesuatu kawasan......asal sampah tak diangkat....haaa...YB buat aper...sampaikan ADUN PKR Manickavasagam pun terikut-ikut rentak sedemikian.
Wahai YB gunakan akalmu.

Kalaulah itu kerja YB.....dan wakil rakyat...maka tak perlu lah ada Majlis Perbandaran. !!!!   Tak gitu.  Itu kerja Majlis atau Ahli Majlis yang dilantik.

YB atau Wakil Rakyat tugas atau skopnya lebih besar lagi........memastikan pembangunan dan ekonomi bagi rakyat kawasan anda.

Bila isu kecil ini timbul....di dada dada akhbar atau TV tiga suku.....maka kelihatanlah seperti huru hara negeri-negeri di bawah pemerintahan PR.

Kemudian diapi-apikan pula isu-isu pertengahan...iaitu Isu ”Selamatkan Raja dan Sultan kami” padahal...tiada apa-apa pun yang berlaku.....tanpa demonstrasi pun...Raja dan Sultan tetap dan pasti Selamat di atas Istana dan takhtanya.  Tiada siapa pun boleh atau nak rampas kuasa Sultan dan hak orang Melayu...sebab Najib dah habaq dah......ianya tersusun kemas dan terkunci mati di dalam peti perlembagaan negara.

Cuba lihat Johor, Melaka, Pahang dll......macam –macam isu ada......UMNO menggunakan senjata ini bagi menyerang negeri2 PR, maka Wakil-wakil rakyat PR di negeri tersebut atau.....di negeri2 UMNO.....gunakan senjata yang sama bagi memerangi pentadbiran UMNO di sana.  Kita asyik diserang tetapi kita tak menyerang.

Panglima7.
Hang Tuah pun dah kata....”Takkan Melayu Hilang Di Dunia”
Saje UMNO bikin havoc.

Read more...

Jan 10, 2011

Sedekah Dan Ganjarannya

Assalamualaikum Wbr.

Ajarkan anak-anak kita bersedekah....Kita nampak peminta sedekah, ambil duit beri pada anak dan suruh dia sedekahkan kepada mereka yang meminta.


Rasullullah s.a.w. telah bersabda “Sedekah seseorang kamu yang ikhlas itu akan menutup 70 pintu kejahatan. Sedekah seseorang kamu itu akan dibalas oleh Allah s.w.t. dengan 4 jenis pembalasan iaitu :
1. Satu sedekah yang dibalas dengan 10 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada fakir miskin.
2. Satu sedekah yang dibalas dengan 70 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada kaum keluarga dan sanak saudara.
3. Satu sedekah yang dibalas dengan 700 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada sahabat handai dan teman-teman.
4. Satu sedekah yang dibalas dengan 1000 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada para penuntut ilmu atau orang yang berjihad pada jalan Allah
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah yang bermaksud. "Perumpamaan orang-orang yang mendermakan harta benda di jalan Allah, seperti (orang yang menanam) sebutir biji dan menumbuh tujuh tangkai dan pada tiap-tiap tangkai terdapat seratus biji.   Dan Allah akan menggandakan (pahala) bagi orang yang dikehendakinya, dan Allah itu Maha Luas lagi Maha Mengetahui.
Sebuah cerita menerangkan bahawa sewaktu Bani Israil menghadapi masalah kekurangan makanan yang dahsyat, ada seorang perempuan yang mempunyai sekeping roti dan dia telah meletakkan roti itu ke dalam mulutnya, kemudian dia mendengar seorang peminta sedekah berkata " Hanya bagi Allah sepotong roti"
Kemudian perempuan itu mengeluarkan roti yang ada di dalam mulutnya dan diberikan kepada peminta sedekah.
Setelah itu, perempuan itu meninggalkan anak kecilnya di rumah dan ia keluar mencari kayu, lalu datang seekor anjing hutan menerkam anak kecil itu dan dibawa pergi. Apabila si ibu mendapat tahu bahawa anaknya telah dilarikan oleh anjing hutan, maka dia pun keluar mengikuti jejak anjing itu.
Kemudian Allah S.W.T mengutuskan Malaikat Jibrail dan mengeluarkan anak kecil itu dari mulut anjing tersebut dan menyerahkannya kepada perempuan itu dengan berkata, " Wahai hamba Allah, relakah engkau sepotong dengan sepotong?".
Panglima7
Begitulah dahsyatnya sedekah....hanya dengan sepotong roti yang sudah berada di dalam mulut (kemam) disedekahkan...anak kepada perempuan tersebut diselamatkan oleh Allah SWT dari bala bencana.  Qadak dan Qadar memang tidak dapat dielakkan...memang dah tertulis sejak dari Azali lagi.....ianya tetap akan berlaku....tetapi disebabkan sedekah kita....Allah Taala telah mengurangkan Qadar (impak) ke atas bencana itu ke atas diri orang yang bersedekah. 
Sebagai contoh.....in future, akan berlaku accident ke atas diri kita....ianya dah tertulis di Luh Mahfuz, tak boleh elak.  tetapi sebelum kejadian..kebetulan kita telah bersedekah...tak kiralah sedekah apa, dengan Ikhlas kerana Allah Taala.....Accident yang ditetapkan berlaku ke atas kita pun datang menemui kita....
Alsebab sedekah ikhlas yang kita hulurkan....accident yang dahsyat telah Allah ringankan melalui "Qadar" NYA. Accident itu tetap  berlaku....   Kenderaan kita tetap accident dengan kenderaan lain (Qadak) tetapi cuma tersentuh atau bergesel sahaja (Qadar).  Qadar Allah itulah yang menyelamatkan kita...hanya dengan bersedekah.  InsyaAllah.
Rukun Iman yang keenam...Percaya Kepada Qadak dan Qadar Allah.


Read more...

Jan 8, 2011

Kerajaan PR Selangor Wajib Memikirkan Bagaimana Menjerat UMNO.

Assalamualaikum wbr.

Umno terjerat: Pindaan Perlembagaan 1994, dedah tembelang kemelut di Selangor

Ketika Umno anti Raja-raja Melayu suatu ketika dahulu, dan mahu kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja dikurangkan, presidennya, Tun Mahathir Mohamad telah  melakukan pindaan terhadap Perlembagaan dan kini tindakan memerangkap Umno sendiri. 

Menegaskan perkara ini, pakar Perlembagaan, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari berkata, Umno terlupa bahawa Perlembagaan telah dipinda oleh pentadbiran Mahathir pada 1994 apabila melalui pindaan itu mempertimbangkan "nasihat" hendaklah difaham sebagai "menerima nasihat".


Beliau berkata, Umno sebenarnya sudah lupa perlembagaan telah mereka pinda dan usaha untuk mensabotaj Kerajaan Selangor akan gagal kerana jalannya sudah ditutup oleh mereka sendiri dahulu. 

Kata Aziz, isu penting dalam kontroversi pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor ialah cara perlantikan dan ini perlu ditangani dengan cara yang telah ditetapkan. 

Perlembagaan atau Undang-undang Tubuh Negeri Selangor jelas memperuntukkan bahawa Sultan diberi tanggung jawab melantik ahli ex-officio Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) termasuk Setiausaha Kerajaan, tegasnya. 

Bagaimana pun, kata beliau, baginda Sultan diminta mempertimbangkan syor Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan sebelum itu mempertimbangkan nasihat Menteri Besar. 

Jelas Aziz, nasihat itu mesti dipatuhi oleh sultan.

Aziz berkata Kerajaan Selangor boleh membawa isu ini ke mahkamah untuk mendapat penjelasan, dan bila ditanya tentang kebebasan mahkamah beliau menegaskan itu soal lain. 

"Apa yang penting ialah kita ada masalah; yakni pertikaian tentang siapa yang benar dan ini perlu diselesaikan melalui tafsiran undang-undang oleh mahkamah. 

"Memang selama ini mahkamah sentiasa mengikut telunjuk Umno. Jadi kita nak tengok kali ini apa mahkamah nak buat. Ke mana hakim nak pergi", jelasnya. 

Pensyarah kanan UIAM itu berkata, apa pun keputusan mahkamah Umno tetap dalam dilema dan malu. 

Sekiranya mahkamah hendak menyebelahi Umno dalam isu SUK Selangor ini ia terpaksa mengisytiharkan bahawa Pindaan 1994 yang dibuat oleh pentadbiran Mahathir itu tidak sah, dan ini mempunyai kesan yang mendalam selain memalukan Umno sendiri khususnya Mahathir yang sekarang memainkan peranan penting dalam politik Umno, tegasnya.

Dengan kata lain untuk mempertahankan kedudukannya di Selangor, ujar Aziz,  Umno perlu mengorbankan ego dan maruah Mahathir.
Ditanya mengenai upacara angkat sumpah SUK di depan Sultan Selangor beliau berkata ia tidak dikehendaki oleh Perlembagaan kerana ia menetapkan bahawa upacara itu perlu dibuat di depan Menteri Besar. 

"Walau apa pun angkat sumpah soal kedua, ia tidak berguna sekiranya pelantikannya sudah tidak sah. Yang penting pelantikan itu mesti dibuat dengan betul; yakni mengikut ketetapan Perlembagaan," tegas beliau.

Dalam soal ini Kerajaan Persekutuan, melalui Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Sidek Hassan, telah melanggar Perlembagaan kerana mereka tidak ada peranan dan kuasa langsung dalam soal perlantikan SUK di Selangor dan negeri-negeri lain. 

Kalau ada pun hanyalah bersifat pentadbiran dan ini perlu dibuat di dalam kerangka undang-undang yang begitu jelas sebagai mana yang dinyatakan tadi, ujarnya lagi.

Aziz juga mempersoalkan mengapa pelantikan SUK itu dibuat dengan tergesa-gesa. 

"SUK tidak penting sangat. Lagipun penyandang yang ada boleh berkhidmat sehingga bulan Mac 2011. Mengapa dengan tiba-tiba beliau berhenti? 

"Kalau itu tidak dapat dielakkan sekalipun, bukankah ada dua orang Timbalan SUK yang boleh memangku dan menjalankan kerja-kerja SUK?" soal beliau sambil menegaskan perlantikan itu boleh ditangguh dan tidak perlu dibuat dengan pantas. 

Beliau menambah, perlembagaan negeri tidak menetapkan tempoh tertentu dan adalah tidak betul apabila Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Dato' Munir Bani menyalahkan kerajaan negeri yang didakwanya lambat menghantar calon untuk SUK.

Aziz mengimbau perletakan jawatan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib pada 1997 selepas ditahan di Australia. 

"Menteri Besar amat penting kerana beliau adalah tonggak kerajaan. Dalam kes Muhammad itu, Selangor ketika itu sebenarnya tidak ada kerajaan kerana apabila Menteri Besar meletakkan jawatan, semua Exco secara automatik juga meletakkan jawatan bersamanya. 

Bagaimanapun Almarhum Sultan ketika itu menyerahkan kepada Mahathir untuk memberi calon baru dan ini mengambil masa beberapa bulan, ujar beliau. 

Aziz mempersoalkan sekiranya Selangor boleh bergerak tanpa kerajaan selama beberapa bulan apalah sangat dengan SUK; apatah lagi apabila jawatan itu boleh dipangku oleh pegawai lain. 

Credit kpd Detikdaily.

Panglima7
Kita tunggu apa tindakan Khalid Ibrahim dan Saf Exco-Exco Selangor dalam menangani Isu ini.
Buat Brainstorming dalam satu hari......  Fikirkan bagaimana tindakan PR Selangor boleh memulangkan Paku Buah Kerasnya kepada UMNO dan menjerat mereka mengikut perlembagaan.



Read more...

Moga Allah SWT Mencucuri Rahmat Kesemua Roh Pahlawan Negara.

Assalamualaikum Wbr..

Tidak tahu kenapa....semangat hamba berkobar-kobar ingin memasukkan info ini ke dalam blog hamba agar dapat dikongsi bersama dengan semua yang memasuki blog hamba..  Walaupun bukan dari hasil penulisan hamba....hamba beri Credit kepada blog sahabat....hamba Blog Cerana.


Walaupun Tragedi Bukit Kepong dah berpuluh kali diulang tayang filemnya di TV....tetapi itu belum cukup dan tepat untuk pengetahuan tuan puan.


Tragedi Paling Kejam Zaman Darurat : Cerita Di sebalik Bukit Kepong


Wajah-Wajah Pahlawan Melayu Yang Gugur Sebagai Pejuang Negara.  

Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa saya banyak memaparkan cerita-cerita sejarah, sebenarnya macam ni, saya amat minat dengan sejarah. Dulu pernah bercita-cita untuk menjadi ahli kaji sejarah, namun hajat tak tercapai, tak apalah kita lupakan hal tu.. enteri kali ini berkisar dengan kejadian paling tragis dan paling dasyhat semasa darurat, iaitu serangan anggota komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong. Kisah ini sangat menyayat hati, penuh kesedihan, kepiluan dan rasa dukacita yang berkekalan sampai bila-bila. Air mata dan darah menitis mengiringi pahlawan bangsa yang gugur dalam mempertahankan tanah air dari ancaman sekumpulan manusia yang bergelar komunis. Tragedi hitam ini tercatat dalam sejarah kepolisan negara yang kekal dalam ingatan sepanjang zaman. Subuh 23 haribulan Febuari 1950( bersamaan 5 Jamadilawal 1369H). Balai Polis Bukit Kepong terletak di sebuah daerah yang terpencil, kira-kira 59 kilometer ke utara Muar, telah diserang oleh pengganas komunis yang diketuai oleh seorang bangsa Melayu, yang berasal dari Batu Pahat bernama Mat Indra, yang didakwa kebal.

Serangan mengejut waktu tengah malam bertepatan pada Hari Raya Cina itu dilakukan dari arah pinggir bukit berhampiran pekan Bukit Kepong. Dianggarkan kira-kira 183 pengganas komunis melakukan serangan serentak ke atas Balai Polis Bukit Kepong yang pada masa itu diketuai oleh Ketua Balai, Sarjan 3493 Jamil bin Mohd.Shah, seorang koperal, seorang Lans koperal, 8 Mata-Mata, 4 Mata-Mata laut dan 3 Mata-Mata Tambahan. Sarjan Jamil ketika itu baru sahaja ditugaskan di balai polis itu, pada masa itu beliau berusia 38 tahun. Oleh kerana belum sempat membawa isteri, beliau tinggal sementara di berek bujang yang terletak di belakang Balai Polis Bukit Kepong, yang berhampiran dengan sungai. Perlu dinaytakan, Balai Polis Bukit Kepong pada masa serangan itu, adalah sebuah balai polis yang terletak dibawah jagaan Ketua Polis Daerah Pancor ( OCPD ) yang berpejabat di Balai Polis Pagoh. Oleh kerana balainya kecil, ia berada di bawah jagaan polis daerah Muar yang diketuai oleh Khalid bin Dato Kelana Putra, anak Undang Luak Sungai Ujung, sementara ketua polis yang menjaga seluruh balai ialahTuan H.M. Strenthern.

Banyak perkara pelik berlaku pada sehari sebelum Bukit Kepong diserang, antaranya pada pagi 22haribulan Februari 1950, masyarakat cina Bukit Kepong sebagaimana biasanya mengadakan sembahyang di sebuah tokong dekat tanah tinggal di belakang deretan kedai di pekan Bukit Kepong yang sepi itu. Seperti tahun-tahun sebelum menjelang Tahun Baru Cina, mereka di segenap kampung berhimpun datang bertali arus sehari suntuk untuk menyembah tokong. Tetapi pada masa itu, mereka pulang lebih awal, tergesa-gesa dan berkeadaan mencurigakan. Cakap-cakap tentang keadaan itu telah sampai ke telinga anggota polis yang bertugas pada hari itu, tetapi malangnya mereka tidak dapat merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku. Seorang pegawai gerakan dari ibupejabat polis daerah Muar berpangkat Inspektor telah sampai di Balai Polis Bukit Kepong dengan menaiki sebuah motorbot polis marin pada tengah hari 22hb Februari 1950. Pegawai itu pada asalnya datang untuk melawat balai telah mengarahkan peluru-peluru lama yang tidak digunakan digantikan dengan yang baru, malah ditambahkan lagi bekalan peluru setelah mendapati banyak peluru yang telah rosak atau tidak boleh digunakan lagi. Beliau seorang Inggeris, seolah-olah merasa ada sesuatu yang tidak kena sewaktu bertemu dengan Sarjan Jamil sebelum menaiki bot pulang ke Lenga. Pegawai tersebut memang bernasib baik kerana membuat keputusan untuk pulang ke Lenga pada petang itu juga dan tidak bermalam di Balai Polis Bukit Kepong.

Menceritakan semula detik-detik Balai Polis Bukit Kepong diserang, ada cerita (tetapi tidak dipastikan kebenarannya) yang menyatakan sehari sebelum diserang, muncul seorang lelaki Melayu yang sering keluar masuk balai dengan bebas. Lelaki separuh umur yang tinggal di kampung berdekatan itu telah menjalinkankan hubungan yang baik dengan anggota polis Bukit Kepong tanpa rasa curiga. Antara beberrapa catatan mengenai serangan Bukit Kepong..

  1. Pada tahun 1950, Bukit Kepong didiami oleh 1200 orang. Kebanyakannya orang Melayu yang mengambil upah menoreh getah. Terdapat 20 kedai papan milik orang cina di Bukit Kepong.
  2. Balai Polis Bukit Kepong terletak di dalam kawasan seluas 62 meter persegi. Terdapat 3 bangunan, iaitu balai, deretan rumah kelamin, dan deretan dapur di belakang rumah-rumah itu.
  3. Balai Polis Bukit Kepong terletak di tebing Sungai Muar dengan deretan kedai-kedai yang dipagari dengan kawat berduri. Terdapat 2 buah pintu( 1 mengadap tangga dan 1 mengadap ke sungai )
  4. Serangan ke atas balai Bukit Kepong bermula pada pukul 4.30 pagi bersamaan dengan 23hb Feburari 1950.
  5. Tembakan pertama mengenai AP 2127 Osman bin Yahya. Beliau gugur serta merta.
  6. Pihak pengganas mengentikan serangan pada pukul 10.00 pagi. Sebelum bergerak ke dalam hutan. Mereka telah menconteng perkataan "Hapuskan Penjajah British dan Anjing Pemburuannya" di sebuah kedai.
  7. 23 orang anggota polis dan keluarga mereka terkorban dalam serangan yang paling menyayat hati itu.
  8. 5 orang orang anggota Polis cedera parah, seorang daripadanya 7645 Yusuf Bin Rono masih hidup ( meninggal dalam tahun 1980-an)
  9. Penghulu Bukit Kepong pada masa serangan itu dilakukan ialah Penghulu Ali bin Mustafa.
Panglima7
Sejarah Kepahlawanan Bangsa Melayu.
Sape kata Parti Pembangkang Tolak Bangsa Melayu.....aku pun Melayu juga.  Itu semua politik ajer...dan temberang UMNO sahaja.

Credit kepada Blog Cerana


Read more...

Jan 7, 2011

Berbakti Kepada Dua IbuBapa Lebih Baik Dari Ibadat 2Juta Tahun

Assalamualaikum Wbr.


Anas bin Malik R.A telah berkata bahawa beliau telah bertanya Rasulullah SAW lapan soalan, sebagaimana berikut iaitu:

1. "Ya Rasulullah SAW yang manakah lebih engkau suka yakni bersedekah sepotong roti atau sembahyang sunat 100 rakaat?"

Sabda Rasulullah SAW:"Sepotong roti yang engkau sedekah adalah lebih saya suka dari sembahyang sunat  100 rakaat."

2.  "Ya Rasulullah SAW yang manakah engkau lebih suka antara menyampaikan hajat seorang muslim dengan sembahyang sunat 1,000 rakaat?"
     
 Sabda Rasulullah SAW :"Menunaikan hajat seorang muslim lebih saya sukai dari sembanhyang sunat 1,000 rakaat."

 3.  "Ya Rasulullah SAW yang manakah engkau lebih sukai dari meninggalkan sesuap makanan haram atau sembahyang sunat 1,000 rakaat?"
       
 Sabda Rasulullah SAW :" Meninggalkan sesuap makanan haram adalah lebih saya sukai dari sembahyang sunat 2,000 rakaat."

4.  "Ya Rasulullah SAW yang manakah engkau lebih sukai meninggalkan ghibah atau sembahyang sunat 1,000 rakaat?"

 Sabda Rasulullah SAW :"Meninggalkan ghibah (mengumpat) lebih saya sukai dari sembahyang 10,000 rakaat."

5.   "Ya Rasulullah SAW yang manakah engkau lebih suka, yakni menunaikan keperluan seorang wanita janda atau sembahyang sunat 10,000 rakaat?"
         
Sabda Rasulullah SAW :"Menunaikan keperluan wanita janda lebih aku sukai dari sembahyang sunat 30,000 rakaat."

6.  "Ya Rasulullah SAW,  yang manakah lebih engkau sukai daripada duduk dengan anak isteri di rumah atau di masjid?"
         
 Sabda Rasulullah SAW :"Duduk sesaat bersama anak dan isteri lebih aku sukai dari i'tikaf dalam masjidku ini."

7.  "Ya Rasulullah SAW,  yang manakah lebih engkau sukai, yakni membelanjakan wang untuk keluarga atau nafkahkan untuk jihad fisabilillah?"
         
Sabda Rasulullah SAW : "Satu dirham untuk belanja keluarga lebih aku sukai dari 1,000 dirham dibelanjakan untuk jihad fi sabilillah."

8.  "Ya Rasulullah SAW,  yang manakah lebih engkau sukai dari berbakti kepada orang tua atau ibadat 1,000 tahun?"

 Sabda Rasulullah SAW:" Ya Anas, telah tiba hak dan musnah semua yang bathil (palsu), sesungguhnya yang palsu itu pasti musnah, oleh itu berbakti kepada ibu bapa itu lebih aku suka daripada ibadat 2 juta   tahun."

Wahai saudara-saudaraku dan anak-anakku, lapan soalan yang dikemukakan oleh Anas r.a kepada Rasulullagh SAW bukan semata-mata untuk pengetahuan Anas R.A sahaja, sebaliknya ia ditujukan kepada semua semua umat Rasulullah SAW.

Panglima7
Kisah dan Tauladan

Read more...

Jan 6, 2011

SPA @ UMNO BN Kurang Ajar Langkah Bahu Khalid Ibrahim

Assalamualaikum Wbr.



 Kemelut perlantikan Khusrin semakin panas dan bertambah panas dengan isu Sultan terseret sama.   Itulah sebabnya......dalam soal politik dan pentadbiran Kerajaan Negeri, Sultan kena main jauh-jauh.....jangan mendekati ia akan politik dan pentadbiran kerajaan ini...kerana dikhuatiri mencemar duli dengan kritikan-kritikan dari rakyat dan pemimpin.

Khalid Ibrahim tidak salah dalam hal ini....kerana sebagai Menteri Besar beliau ada hak untuk memilih dan melantik SUK Negeri Selangor yang baru walaupun SPA ada hak juga untuk memilih sesiapa yang dikehendakinya.  Sultan hanya memperkenankan sahaja.   Ada Pahemmmmm !!!!  

Kesalahan Pertama
Tetapi apabila SPA melalui Kerajaan Persekutuan memandai-mandai dengan melangkah bahu Khalid Ibrahim untuk bertemu Sultan....bagi memperkenankan calon pilihan Kerajaan Pusat.....tanpa merujuk dahulu kepada calon pilihan Kerajaan Negeri.....Itu tandanya Kerajaan Persekutuan di bawah penguasaan UMNO BN sangatlah  kurang ajar dan Biadab terhadap rakyat serta berniat jahat terhadap Kerajaan Negeri Selangor.  Inilah Punca kepada Kemelut Perlantikan Khusrin.    Sultan kena baca dari awal....apa akan berlaku sekiranya Seteru kepada Kerajaan Negeri iaitu UMNO datang mencalonkan orangnya untuk Kerajaan Pakatan Rakyat dan Sultan Perkenankan.  Kena baca tuu....Sultan kena bijaksana. 

Kesalahan Kedua
Kerana desakan SPA / UMNO BN laaa....Sultan terus sahaja memperkenankan Si Khusrin tanpa Merujuk dan meminta pendapat @ nasihat dari Memanda Bendahara Negeri iaitu Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar seperti kelazimannya oleh Raja-Raja atau Sultan di setiap negeri.

Apabila kesalahan pertama berlaku dan ditambah oleh kesalahan kedua.........Inilah jadinya.  SPA Langkah bahu Menteri Besar....Ko ingat ini Negeri Engkau yang Punya ker???  Tak rujuk dahulu kepada Ketua Pimpinan Negeri iaitu Khalid Ibrahim untuk beliau mengadap Sultan.

Siapakah DALANG atau Lahabau yang menghuru harakan Perlantikan ini...Tentulah SPA yang diarahkan oleh Kerajaan Persekutuan dibawah penguasaan UMNO & BN.

Siapakah yang menjadi mangsanya......Sultan dan Khalid Ibrahim.
Siapakah yang menerima impak kemelut ini....Seluruh Rakyat Negeri Selangor.
Siapakah yang gembira dengan kemelut ini...Tentunya UMNO dan Barisan Nasional.

Read more...

Jan 4, 2011

UMNO Selangor Derhaka: Tentang Usaha Kembalikan Kuasa Sultan Selangor

Assalamualaikum Wbr..
Gambar lama

UMNO & BN Selangor menderhaka kepada Sultan Sharafuddin iaitu Sultan Selangor apabila menentang usaha di Dewan Undangan Negeri yang dibawa Pakatan Rakyat dalam mengembalikan Kuasa Sultan Selangor dalam melantik SUK Negeri Selangor.  Mereka-mereka yang menderhaka ini patut digulingkan oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang akan datang.  Bangkitlah wahai rakyat Selangor....Kita ajar UMNO di Selangor bagaimana caranya menghormati Sultan.  Hak dan kuasa Sultan hendaklah dikembalikan kepada Sultan setelah Mahathir memperkosanya 17 tahun yang lalu.

Kata pejuang ketuanan Melayu.....pembela Sultan.....tapi mengapa menentang usaha kembalikan kuasa Sultan.  nampak sangat kemunafikan UMNO dalam hal ini.
___________________________________


KUALA LUMPUR, 4 Jan – Barisan Nasional (BN) Selangor menolak usaha kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang mahu meminda perlembagaan negeri berikutan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dengan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri khas.
Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar (gambar) berkata, Undang-undang Tubuh Negeri Selangor tidak perlu dipinda kerana ia telah diamalkan sekian lama dan tidak timbul sebarang masalah kepada kerajaan terdahulu terhadap pelantikan pegawai tertinggi kerajaan negeri yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
“Apa yang berlaku sekarang adalah kerana kerajaan Pakatan Rakyat memainkan isu pelantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor yang baru demi survival politik mereka dan untuk memuaskan nafsu dan kehendak pentadbiran PR yang didalangi oleh DAP,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.
Kata beliau, untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri tergempar, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sudah lupa daratan dan gila kuasa sehingga terlupa bahawa pindaan terhadap Undang-undang tubuh tersebut perlu mendapat sokongan dua pertiga yakni 38 undi sedangkan anggota mereka miliki cuma 35 orang.
“Maka dengan itu saya berpendapat cadangan tersebut adalah lebih kepada emosi dan tak dilakukan secara bijaksana.
“Saya melihat apa jua tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bersabit dengan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor adalah mainan politik untuk meningkatkan populariti mereka menjelang pilihan raya umum ke-13.
Malah Noh berkata, tindakan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor campur tangan pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah satu penghinaan terhadap institusi perkhidmatan awam Negara.
Malah katanya, tindakan kerajaan negeri Selangor itu jelas mencabar kewibaan Ketua Setiausaha Negara dan SPA dalam pelantikan pegawai tertinggi perkhidmatan negeri.
“Pelantikan tersebut adalah hak pusat dan KSN berhak menentukan pegawai yang sesuai untuk menduduki jawatan tersebut,” kata menteri pusat ini.
Noh juga menambah, tindakan Menteri Besar mewujudkan Jawatankuasa Pemilihan tanpa terlebih dahulu merujuk kepada Ketua Setiausaha Negara adalah tidak wajar dan kurang bijak.
“Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menunjukkan kedegilan sehingga mengambil tindakan untuk memulau sebarang majlis dan keraian yang melibatkan SUK yang baru.
“Malah dalam sidang akhbarnya semalam Khalid juga memutuskan bahawa Datuk Khusrin selaku SUK tidak dibenarkan hadir mesyuarat Exco atau hadir pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,” kata beliau yang menyifatkan langkah itu satu penghinaan kerajaan negeri Selangor tadbiran Pakatan Rakyat terhadap seluruh jentera pentadbiran awam di negeri Selangor.
“Dalam pada itu saya berpandangan bahawa cadangan kerajaan Pakatan Rakyat untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri tergempar bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor untuk kembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri kepada Menteri Besar dan Sultan Selangor adalah tidak perlu,” katanya.
Katanya, ia membuktikan bahawa Khalid mengakui pelantikan Khusrin adalah sah mengikut perlembagaan sedia ada.
“Maka dengan itu Tan Sri Khalid hendaklah akur dan menghormati perlembagaan negeri sedia ada, kalau beliau tidak dapat menerima pelantikan tersebut maka beliau tidak menghormati perlembagaan dan menderhaka kepada Sultan.
“Ini adalah kerana Sultan Selangor sudah memperkenankan pelantikan Datuk Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru,” katanya.
Semalam, Menteri Besar berkata kerajaan negeri akan mencadangkan sidang tergempar DUN untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor bagi mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar.
Pada sidang media tengah hari tadi, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim hari ini berkata Khalid perlu mengemukakan representasi bertulis kepada beliau bagi mengadakan sidang DUN.
Beliau juga berkata sidang DUN yang dicadangkan oleh Khalid bukan sidang tergempar tetapi sambungan daripada sidang DUN yang ditangguhkan pada 15 November lepas.
Ketika ditanya sama ada kontroversi isu pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru dianggap berkepentingan awam sehingga sidang DUN perlu diadakan, Teng berkata: “Sehingga kini saya tidak tahu apa yang akan dibentangkan.”
“Jadi saya tidak tahu representasi mengenai apa yang akan dikemukakan oleh Menteri Besar,” katanya.
Oleh yang demikian Teng berkata beliau tidak boleh memberikan sebarang kenyataan sama ada sidang yang bakal diadakan itu menyentuh pelantikan Khusrin atau mengenai isu-isu lain.
Khusrin, 54, menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember lepas manakala tempat Mohamad Khusrin sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor diambil alih oleh Pegawai Daerah Sabak Bernam Marzuki Hussin, 56, berkuat kuasa 1 Januari.
Bagaimanapun Khalid menolak pelantikan itu dan mendakwa Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah membelakangkan Kerajaan Negeri dalam proses pemilihan calon SUK berdasarkan kredibiliti, kemampuan dan pengalaman.
Mengenai keperluan majoriti dua pertiga bagi membolehkan sesuatu undang-undang itu dipinda dalam sidang DUN, Teng berkata walaupun kerajaan campuran pakatan pembangkang di Selangor tidak memiliki majoriti dua pertiga di dalam DUN, kemungkinan Menteri Besar boleh mempengaruhi anggota dewan daripada Barisan Nasional untuk menyokongnya.
DUN Selangor mempunyai 56 kerusi.  Barisan Nasional menguasai 21 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (14), DAP (13) dan PAS (lapan). Jumlah bagi majoriti dua pertiga ialah 38.

Panglima7


Read more...
Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara