Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Jun 9, 2011

Definasi Cinta

Assalamualaikum Wbr.



Entry Cinta...? Dah buang tabiat ker..apa nie Panglima ??? hahaha...
Ok laa...Panglima nie....bercampur dengan semua sahabat sahabat blogger tak kira dari kem blog santai dan juga kem blog politik. Baru fair kan...!!!
Panglima telah di tag oleh Sinar Raudah untuk menulis entry pasal Cinta.

Cinta dari Kacamata Panglima7

Cinta adalah suatu perasaan yang lahir dari hati dan sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.  Sebab itulah lelaki sukar untuk melafazkan kata cinta.  hahaha....  Orang perempuan jangan marah, bukan ego, tetapi entah laa.  Lelaki jarang menuturkan...tetapi dituturkan melalui tingkah laku dan body language sahaja. Tak tahu laa pulak kalau orang perempuan.   Cinta perlu dibajai kerana lama kelamaan ia akan luntur dan berkurangan.
Camner nak baja...korang carilah sendiri...kerana lain pasangan lain penggunaan bajanya.

Cinta adalah suatu yang unik dan halus.  Cinta adalah suatu perasaan yang dikurniakan Allah kepada setiap makhluk dan hambanya.  Cinta sebenarnya adalah tulus dan suci.  Tetapi jika cinta dicemari oleh hawa nafsu manakala hatinya dirasuki syaitan maka timbullah episod munkar.  Ramai yang tewas dalam bab ini.

Justeru itu, cinta hendaklah disemai selari dengan ruang lingkup agama yang bakal membimbing manusia ke jalan yang lurus lagi diredhai oleh Allah.  Bertemu dan berpisah hanya kerana Allah SWT.

Pengertian Cinta cukup luas untuk dihuraikan.  Cinta yang tertinggi adalah cinta kepada Illahi.  Cinta kepada Illahi adalah berlandaskan kepada keimanan.   Apabila kita mencintai Allah dan Rasul sepenuhnya...maka nafsu akan tunduk setunduk-tunduknya. Cinta kepada Allah perlu disemai sedari kecil bagi membuahkan rasa iman.  Apabila ada keimanan maka kita akan mudah melakukan amal suruhanNYA.  Cinta ini adalah cinta yang luhur yakni tidak disertai dengan nafsu seperti cintanya kita kepada dua ibu dan bapa.

Cinta kepada kekasih.....sebenarnya jika difikirkan ianya adalah sama dengan cinta di atas, cuma yang membezakan adalah methodologinya.  Cinta kepada manusia kebanyakkannya adalah berlandaskan kepada pandangan dan tingkahlaku yang disukai oleh pasangan masing-masing (dari mana datangnya lintah....dari sawah turun ke Padi, dari mana datangnya cinta, dari mata turun ke hati) apabila rasa cinta kepada kekasih....maka timbul kerinduan, timbul pula keinginan untuk bersentuhan dan berpegangan. Itu adalah fitrah manusia.  Tetapi perkara ini dilarang oleh Islam sebelum mereka diijabkabulkan.  Ia nya bagi memelihara agama dan zuriat keturunan.  Sebelum berlaku sedemikian...maka wajarlah keinginan ini diakhiri dengan pernikahan yang berlandaskan hukum dan hakam.

Hanya Islam sahaja yang dapat membimbing cinta ke jalan yang lurus lagi diredhai Allah SWT daripada terpesong dalam mengikuti langkah-langkah syaitan.

Panglima7.
Panglima rasa....cukup setakat ini sahaja......Cinta ini sangat luas untuk dihuraikan.  Mohon maaf jika pengertian cinta dari kacamata Panglima tidak memuaskan hati semua orang dan berlawanan dengan pengertian cinta pembaca sekalian.

Mencari kebahagian 
Bukan suatu impian
Ibarat sinaran bulan
Bukan suatu khayalan.

2 comments:

Kak Amy said...

yeahhhhh!!! panglima buat la thanks , lain orang lain pengertiannya so buat pe nak marah.betul tak

Panglima7 said...

Yea betul tuu Amy. Lain orang lain fikiran dan ideanya. ;) Lain padang lain belalangnya.

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara