Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Jun 12, 2011

Tanduk atau Tidak Menanduk, Bola Tetap Akan Masuk Pintu Gol Kelantan.

Assalamualaikum Wbr..


Piala FA - Kelantan Menentang Terengganu.
Mohd Daudsu berjersi No. 15

Aku menyokong Pasukan Kelantan tadi malam.
Kelantan kalah 2-1 dalam menentang Terengganu sekejap tadi.  Lebih malang, tinggal kurang dari 1 minit masa penamat + masa kecederaan untuk Kelantan meraikan Kemenangan bergaya, Terengganu menyamakan kedudukkannya hasil tandukkan sendiri pemain Kelantan, yang bernama Daudsu. (Maaf jika salah ejaan)  

Ramai pihak menuding kesalahan ke atas Daudsu sebagai punca Kelantan kalah.  Kasihan Daudsu, kerana beliau berada di tempat yang salah, pada waktu yang salah dan membuat tindakan yang menampakkan beliau bersalah.

Tak perlu lah rasa bersalah sangat wahai Daudsu, kerana ...jika sekalipun engkau tidak sengaja atau sengaja menanduk bola tersebut........(tindakan luar kawal atau spontan) Bola itu tetap akan masuk Gawang Gol Pasukan Kelantan.  Gol tetap Gol.  Tak percaya...!!! tonton semula ulang tayang bagaimana gol itu dijaringkan.

Kepada peminat Kelantan...jangan salahkan Daihatsu kerana bola itu tetap masuk juga walaupun tanpa tandukan Daihatsu.

Panglima7.
Banyak kali dah Kelantan mencuba....cuba lagi di tahun hadapan wahai Kelantan.


6 comments:

Iklanneka said...

betul tu.. Daudsu x Patut Dipersalahkan, ada atau tak, tanduk atau tak, gol tetap gol. mmang bola tu mnuju ke dalam gawang kelantan.

Anonymous said...

sudah di tentukan olih yang maha agong

Anonymous said...

biasalahhh aku tak salahkan daun sebab dia bukan pemain pro!kalau pemain pro memang 100% salah kat dia!!

kruzz said...

betulll!!!! tahniah Daudsu! anda dah cuba selamatkan pintu gol. kalau anda x tanduk pun ada 2 lg pplayer trg di belakang yg tunggu anda terlepas untuk buat 'finishing'.. tapi... saya kesal dan amat kesal dgn semua players RW. lepas dpt 1 gol.. terus main cam budak sekolah. x pro langsung. melambatkan permainan konon.. tapi tak jugak, nak kata main bertahan pun x jugak sepatutnya teruskan permainan memburu gol.... sebab pertahanan paling bagus adalah 'serangan'. atau adakah game tu dah ditulis skripnya?? hmmm

sudirumusibarat said...

Gua sokong Iklanneka,
Jika Daudsu berhenti berlari masa tu bola memang dah pasti masuk !

Sebenarnya Daudsu duduk di posisi paling genting. Antara keinginan untuk menyelamat demi kemenangan pasukan dan ketakutan berbuat silap. Daudsu tidak buat silap.Penyokonglah yang silap membuat penilaian.

Jika ia berjaya menanduk bola keluar ia akan dinobatkan sebagai wira dan sebaliknya dia akan dicerca .Dan begitulah tipisnya garis pemisah antara puja dan puji senipis kulit bawang.

Hanya orang-orang berani sahaja bertindak seperti Daudsu.

Daudsu usah kamu usah bersedih

Panglima7 said...

Terima kasih Iklaneka, anonymous, Kruzz dan sudimusibarat kerana memberi komen. Komen tuan semua memang bernas. Panglima sokong kenyataan tuan2 semua...termasuklah Kelantan yg memperlambat2kan permainan dan menghentikan corak menyerang.....atau mungkin telah ditulis skripnya..hahaha.

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara