Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Sep 23, 2012

Jangan Jadi macam Yahudi

Bismillahirrahmaanirrohim.

Assalamualaikum Wbr.  Panglima kembali menulis.

Agama tidak boleh dipisahkan dari politik. Ibarat beristinja tak guna air, tak suci laa dari kotoran.

Bila tak suci, tak bersih…masih ada najis, maka solat jadi tak sempurna, .....tak sah laa solat.

Bila agama dipisahkan dari politik…..tiadalah bezanya agama Islam dengan agama Kristian, Buddha dan juga Hindu. Ini suatu kesalahan aqidah yang sangat besar yang membawa impak kepada keimanan 100% kepada Allah SWT.

Janganlah kita mengambil jalan-jalan yang selain daripada Islam. Allah tidak menerima amalan yang selain dari jalan-jalan yang dibawa oleh Nabi SAW dan apa yang para sahabat tunjukkan.

Agama Islam meliputi seluruh urusan kehidupan.........sampai nak kencing pun kalau boleh jangan berdiri...takut kena seksa dalam kubur.

Kan Allah dah kata.... Masuklah Islam secara keseluruhan. maksudnya Islam itu ambik semua...jangan amik separuh buang separuh....!!! Tang solat amik Islam...tang pemerintahan (politik), tak nak amik. Macam UMNO laaaa....

Kita jangan mengikuti jejak langkah Yahudi. Yahudi..bila sembelih ternakan dia baca Bismillah, justeru kita boleh makan makanan mereka, tetapi dia mengubah Kitab Taurat (ayat-ayat Allah) mengikut citarasa dan selera mereka.

UMNO juga sembelih ternakan baca Bismillah, baca Al-Quran, lagi buat Musabaqah Membaca Al-Quran tetapi dia menentang perlaksanaan hukum Allah yang ada dalam Al-Quran. Moralnya di sini…..tak ada bezanya perangai UMNO dan juga perangai Yahudi di sini.

Hanya UMNO ajer yg kata......Agama dan politik takde kena mengena.......Agama lain politik lain. Bila berlaku demikian, segala dosa dan penipuan atas nama politik.....tidak berdosa. hahaha. Pasal tuu boleh rasuah, boleh menipu, boleh tikam belakang kawan, boleh undang K-Pop buat konsert. Boleh buat judi Bolasepak, boleh buat Kilang Carlberg boleh rompak wang rakyat dan macam-macam laa.

Pahala bagi mereka cuma ada di surau-surau dan di masjid-masjid sahaja, tidak di dalam pemerintahan.

Secara tidak langsung UMNO telah menyamakan agama Islam dengan agama-agama Kristian, Hindu dan Buddha dan agama-agama lain di dunia ini.

Panglima7.
Betulkan fahaman anda

1 comment:

Unknown said...

A'kum Panglima

Cukup bernas!

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara