Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Nov 30, 2010

Maksud "Ketuanan Melayu" Menurut Perspektif UMNO....

Assalamualaikum Wbr.....

Baru hamba jumpa maksud sebenar Ketuanan Melayu menurut perspektif pemimpin pemimpin UMNO.....yang dok bising-bising kat Wan Azizah hingga mengheret Raja-Raja di dalam kancah politik yang kotor ini.

Ada yang kata ketuanan Melayu nie....bermaksud Orang Melayu lah yang mula-mula membuka dan menduduki Tanah Melayu di sini.  Tuan Rumah... laa senang citer.   Ini adalah maksud yang biasa...topikal bagi semua Melayu tetapi tidak begitu penting bagi pemimpin UMNO.

Nak tahu maksud sebenar Ketuanan Melayu menurut Perpektif UMNO....Klik Di sini

Panglima7
Pinjam dari Dr. Hamirdin.
Read more...

Doa Yang Kita Lupakan....dan Lalaikan.

Assalamualaikum Wbr.



Saya berpesan kepada diri saya dan juga tuan puan untuk kita jangan melalaikan bacaan doa di dalam solat ini.


BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar.
Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita
hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak
tersentuh dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat.

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak,

Lapangkan dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti
membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah
Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan

Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangilah aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang
tak terhitung besarnya

Lapangkanlah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut
sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)


Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura
memohon sesuatu.

Panglima7
Kiriman Sahabat

Read more...

Nov 29, 2010

Media Massa Pro UMNO DAH MULA Menanam Kebencian rakyat Kepada PKR

Assalammualaikum Wbr.



Akhir-akhir ini...media massa pro UMNO & BN kian kerap memburuk-burukkan Parti PKR, lebih-lebih lagi semenjak Zaid Ibrahim keluar dari parti PKR itu.

Usaha media massa ini yang merupakan lidah UMNO & BN, mengandai dan mengambarkan kepada rakyat kononnya berlaku suasana huru hara dan krisis kepimpinan di dalam PKR  kononnya ramai yang berpaling tadah dan keluar dari parti.  Usaha

UMNO & BN memburuk-burukkan PKR ini adalah rentetan strategi para think tank mereka agar rakyat hilang keyakinan dan mula mempertikaikan kemampuan PKR dalam mengambil alih negara dan seterusnya membenci parti itu.

Ini adalah usaha terancang yang sangat jahat dari UMNO & BN.  Usaha memburukkan ini akan diteruskan dan dikekalkan sehingga lah Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Apabila Wan Azizah mempertikaikan Ketuanan Melayu......ramai pemimpin UMNO mendesak Wan Azizah memohon maaf kepada Raja-Raja Melayu.

Apa hal........!!!!  Parti UMNO ini Parti Raja-Raja ker… ??? hahaha
Bila masa pula Raja dan Sultan berpolitik.
Geli ketiak aku.   Itulah jawapannya bila UMNO takde jawapan nak balas kenyataan Wan Azizah melainkan dengan mengaitkan dengan Raja-Raja Melayu......

Panglima7
Ini taktik lama laa UMNO !!!!

Read more...

Nov 27, 2010

Kerajaan UMNO & BN Amat Sengal Dalam Membina Jalanraya Di Negara Ini

Assalamualaikum.....

Itu belum lagi aku sentuh bab Tol ni.....kalau sentuh...mahu berjela tulisan aku.

Rata-rata jalanraya negeri dan persekutuan yang dibina oleh Kerajaan UMNO dan BN amat menyengalkan rakyat di negara ini.  Mana punya Engineer yang mereka ambil untuk bina jalanraya yang dari 2 atau 3 lorong menjadi satu lorong yang kecil lagi sempit.  Tidakkah ini membuatkan jalan penuh sesak dan jammed.  Masa buat jalanraya tak fikir ke semua ini..????

Aku yang bukan Engineer ni pun boleh berfikir bahawa membina jalanraya yang mempunyai 3 lorong tiba-tiba dalam perjalanan ianya menjadi satu lorong.....ratusan dan ribuan kereta terpaksa queue untuk memasuki lorong yang sempit tersebut.

Seperkara lagi.....mengapa susur keluar bagi kenderaan dibina di setiap persimpangan jalan atau simpang empat dan lampu isyarat.  Ini juga mengundang masalah jammed yang tersangat besar !!!.  Masing-masing nak masuk ke kiri jalan dan ada yang nak masuk ke kanan jalan dan ada juga yang nak terus.  Bila semua nak tunggu di simpang......manalah tak jammed.

Bukankah jalan susur keluar boleh dibina dan dilencongkan 200 meter sebelum lampu isyarat atau simpang jalan bagi melancarkan trafik.  lepas tu tak pasal2 nak bina jejambat atau fly over.....ratusan juta dibelanjakan untuk itu.  Kos ini boleh dikurangkan sekiranya kerajaan UMNO dan BN berfikir lebih sedikit dan cerdik dalam membina jalanraya di negara ini.

Kerana kebodohan Kerajaan UMNO dan BN.....sampai sekarang rakyat suffer bila terpaksa membuang masa yang lama di atas jalanraya dan membazirkan minyak kereta setiap hari bila membuat perjalanan dan ke tempat kerja.

Panglima 7.
Fikir-fikirkanlah...
Read more...

Nov 26, 2010

Apabila Gunung dan Bumi Terbelah..!!

Assalamualaikum Wbr....

Ini baru Gunung terbelah...belum lagi bumi.  So tak dapat nak bayangkan keadaan bagaimana bumi ini bila kiamat.  Kiaamat dah tak lama lagi dah......umur dunia ini....cuma tinggal dalam 60 tahun sahaja lagi.  Generasi anak-anak atau cucu kita inilah yang akan berlakunya kiamat.  Kerana setiap umat ada ajalnya dan umur umat Muhammad hanya 1500 tahun sahaja.

Gunung Merapi Yang Meletus di Indonesia



Panglima7
Semasa hayat Nabi SAW...beliau menunjukkan dua jarinya di antara jari telunjuk dengan jari hantu bagaimana dekatnya hari akan kiamat.  Dan seperti lamanya seseorang itu yang melalui pintu masuk masjid dan keluar dari pintu yang satu lagi. (sangat singkat bukan)  itu di zaman nabi....1400 tahun dahulu...bagaimana sekarang yang kita sedang lalui 1431H.
Read more...

Nov 23, 2010

Doa Untuk Dikasihi dan Disayangi.

Assalamualaikum Wbr.

Sahabat-sahabat dan rakan taulan semua...mari kita hafal dan amalkan doa ini agar kita dikasihi dan disayangi oleh suami/isteri, anak-anak, kaum kerabat, jiran tetangga, rakan-rakan, pekerja dan orang bawahan.  InsyaAllah.
Baca sebelum memulakan kerja dan di awal pagi /petang atau selepas solat.

Doa Untuk Dikasihi

Qul ink kun tum tuhibbuu nallaha fattabi 'uu' nii yuhbibkumullahu wa yaqfirlakum zunuu bakum wallahu 
ghafuu rurrahiimm.

Panglima7 
Ingin dikasihi dan disayangi..? amalkan...InsyaAllah,

Read more...

Nov 20, 2010

I Support Cik Dya......

Assalamualaikum Wbr...

Mohon pertolongan dari kengkawan dan sahabat semua.   Mohon support Cik Dya kita ini.
Dengan pertolongan Saudara & Saudari....impian beliau akan tercapai.  Klik di Sini

Langkah-Langkah untuk menolong beliau.....
1. Buat suatu Entry....seperti hamba ini dengan tajuk " I Support Cik Dya"
2. Isikan entry tuan dengan gambar yang berunsurkan Fun seperti di bawah ini


Bowling Champion !!! Panglima7 got Money Vouchers.


3. Letakkan link banner di bawah ini.

I Support Cik Dya

4.  Tuliskan ayat dibawah link di atas ini..."I Support Cik Dya"

5.   Selesai sudah....

Panglima7

Read more...

Nov 19, 2010

Malaysia Nie Negara Islam Ker ??? Biar betul.....Islam Moden !!!

Assalamualaikum Wbr.

Jadilah Mereka Kera Yang Hina....(Firman Allah Taala ...Apabila mereka melanggar larangan Allah menangkap Ikan di Hari Sabtu)

Apabila DS Anwar Ibrahim menemplak Malaysia yang digelar sebagai negara Islam moden oleh beberapa negara Kafirun dan Muslimun....ramai pemimpin UMNO melompat !!!.  Gelinya hati aku....hehehe

Orang kafir mana dia tahu......Negara Islam itu macam mana !!!  bagi mereka.....Negara Islam yang membenarkan dan menghalalkan perjudian seperti di Genting Highland itu, membenarkan terdirinya Kilang-Kilang Arak seperti Carlberg dan Guiness Stout terbesar di Asia Tenggara di Sg Way dan Shah Alam itu dan adanya penternakkan Babi besar-besaran bagi tujuan Eksport di seluruh dunia......adalah sebuah Negara Islam Contoh !!!.....Lebih lebih lagi apabila pemimpin UMNO beria-ria membenarkan Perjudian bolasepak sempena Bolasepak Piala Dunia tempohari untuk rakyat Malaysia dan juga yang terbaru ingin menjadikan Malaysia sebagai Hub hiburan...disko yang menggalakan maksiat dan perzinaan.

Tambahan pula apabila Rosmah.....yang mengaku dirinya 1st Lady itu mengadakan Fesyen separuh telanjang sebagai Fesyen dan pakaian Umat Islam.  Semua diatas itu suatu penghinaan untuk umat islam akhir zaman.  Orang yahudi dan Nasrani sukalah beri gelaran ini kepada kita supaya umat islam di Malaysia merasa kononnya berada dalam keredhaan Ilahi.

Maka atas dasar itulah Malaysia mendapat namanya sebagai Negara Islam Moden....hahaha...
Apabila DS Anwar Ibrahim menemplak Malaysia sebagai Negara Islam Moden...maka melompat-lompatlah beruk-beruk besar ini seperti kera kena belacan......ermmm...!!!

Malaysia ibarat bunga.  Apabila bunga diberi kepada beruk-beruk ini...maka hancurlah bunga ini dicarik-carikkan....begitu Islam pada pandangan mata UMNO & BN.

Panglima7
Tak lama lagi muncullah pula Rumah Persundalan/Pelacuran halal bagi mengelakkan berlakukan persetubuhan secara haram dan bagi membendung berlakunya kes rogol.  Segalanya mungkin di Malaysia.
Read more...

Nov 18, 2010

3 Pilihan Buat Anda !!!

Assalamualaikum Wbr.

Bermunajat di Sepertiga Malam


Saat sedang nyenyak dibuai mimpi di atas tilam yang begitu empuk, bilik yang dingin dan kelam tanpa cahaya, anda terjaga tiba-tiba. Setelah mata terbuka, persekitaran diamati. “Belum subuh lagi ni...”, hati bermonolog sendirian. Kemudian tangan mencapai telefon bimbit melihat kam sekadar mendapatkan satu kepastian, “Oh, baru pukul 3 pagi.”

Dalam situasi seperti di atas, apa yang selalunya akan kita lakukan? Di sini anda mempunyai beberapa pilihan. Tanya iman anda dan buatlah pilihan yang bijak.

Pilihan 1

Kebanyakan kita akan menarik selimut semula dan menyambung episod kedua mimpu yang tergantung separuh jalan. Bukan itu sahaja, hati turut mengomel, “Apa pasallah aku bangun awal sangat...?” Terzahir sebuah kekesalan. Kesal bangun awal? Nauzubillah.

Pilihan 2

“Oh, baru pukul 3 pagi. Waktu macam ini doa makbul! Ya Allah, ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Jadikan aku hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.” Kemudian sambung kembali ‘ibadah senyap’.

Pilihan 3

Sebaik menyedari SUDAH pukul 3 pagi (bukan BARU pukul 3), segera bangun untuk solat tahajud. Sembahlah Allah saat mata-mata lain terpejam rapat, rukuklah saat hati kisa masih tenang, sujudlah saat minda masih kosong dari sebarang urusan dunia dan berdoalah saat doa didengari Allah.

Terjaga di awal pagi adalah satu rahmat yang menyerupakan kurniaan Allah. Siapa tahu saat Allah takdirkan kita terjaga, sebenarnya Allah menunggu untuk memakbulkan sebarang permintaan malam tersebut. Daripada Abu Hurairah r.a., sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Allah SWT ( ‘rahmat Allah’ ) akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: ‘Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dari-Ku maka Aku akan mengampuninya.’”
(Hadis riwayat Imam Muslim)

Mulalah dari langkah pertama, berdoa sebaik terjaga.
Malah, mintalah dari Allah untuk bangkitkan kita malam-malam seterusnya. Itulah caranya mengucapkan terima kasih kerana terjaga saat sedang tidur, bukan mengomel penuh kekesalan. Tetapi alangkah baiknya, andai tahajud dapat ditunaikan.

Sama-sama kita renung-renungkan....

Panglima7
Kiriman Sahabat.

Read more...

Nov 15, 2010

Meringankan Sakaratul Maut Ketika Mati

Assalamualaikum Wbr.




It is said that when the angel of death is taking the rooh (soul) outof the body whom passes away.....
it is a painful experience.

They say that when the dead awake on Qayaamat, the effect of the rooh
being taken out will still be there.

Therefore, ALLAH has told us to recite the Ayatul-Kursi after every Farz salaat and it is stated thatwhoever recites this, their rooh will be taken out as you would takeout a strand of hair from a pile of flour. How light would that feel, MasyaAllah!

May Allah save us from any sort of pain and may He let us die with Imaan in
our hearts and save us from the azaab.Aameen..


Disebutkan bahawa apabila malaikat maut mencabut ruh keluar dari jasad orang yang akan meninggal..... ianya suatu kesakitan yang teramat sangat.

Dinyatakan bahawa apabila kita dibangkitkan pada hari Kiamat, rasa sakit kematian tatkala ruh dicabut keluar dari jasad masih lagi terasa.

Oleh itu, Allah telah memberitahu kita untuk membaca Ayat Kursi selepas setiap selesai Solat dan ada dinyatakan bahawa sesiapa yang membacanya, ruh mereka akan diambil sepertimana menarik rambut dari dalam tepung.  Begitu lembut untuk dirasa.  MasyaAllah.

Semoga Allah menyelamatkan kita dari sebarang rasa sakit ketika mati dan semoga Allah mematikan kita dalam Iman dan menyelamatkan kita dan keluarga kita dari Azab Api Neraka. Aaminn.


There is no word as beautiful as Allah.
No example as beautiful as Rasulallah(SAW).
No lesson as beautiful as! Islam
No song as melodious as Azan.
No charity as meaningful as Zakat.
No encyclopaedia as perfect as Al-Quran.
No prayer as perfect as Namaz.
No diet as perfect as fasting.
No journey as perfect as Hajj.

Let's realize that Islam is forever beautiful and perfect, please forward this message
to get the sawaab of passing on knowledge.

This is most common among us, most of us talk during Azaan... Read this..

The Holy Prophet(SAW) said, Stop doing everything during the Azaan,
even reading the Quran, the person who talks during the Azaan will not
be able to say the Kalimah-e-Shahadat on his/her death bed....

READ THIS…A VERY POWERFUL DUAA FOR BETTER LIFE

Allahumma- inni-ala-Zikr-ika-wa Shuk-rika-wa-husni-ibad! -atika.




Read more...

Nov 14, 2010

Antara UMNO & PAS....Memilih Parti Politik Perlu Ada Ilmu.

Assalamualaikum Wbr...

Jika makan pun masih begini... setelah 20 tahun menjadi Menteri Besar Kelantan...apakah yang dicari oleh Nik Aziz dalam PAS.   Fikirkanlah sedalamnya.....Fikir itu pelita hati.

Parti-parti politik maupun dari UMNO & BN juga dari PR terutamanya PAS adalah sebuah parti Politik yang cukup berbeza di antara satu dengan yang lain.   Kedengaran dari orang ramai..." Argh....sama sahaja parti UMNO & PAS...tiada bezanya."   Aku nak tanya......mereka ini memandang dua parti yang bertentangan ini dari sudut mana ???

Kedua-dua Parti melakukan kebaikan....UMNO melakukan kebaikkan dengan menghulurkan bantuan kepada rakyat, begitu juga PAS dan Pakatan Rakyat.....rakyat jadi keliru....!!!! Dua -dua menghulurkan bantuan kepada mangsa Banjir.
Parti yang manakah yang menjadi pilihan....parti yang manakah yang betul, yang benar dan lurus jalannya.

Sebenarnya di akhir zaman.....perkara yang baik akan dilihat jahat di mata masyarakat.  Sebaliknya....perkara yang jahat akan dipandang baik pula.   Di akhir zaman ini...orang yang berkopiah, berserban tidak dipandang baik lagi.....kebaikan dari pakaian Rasulullah ini telah tersirna (tertutup) di mata masyarakat. Lebih-lebih lagi kopiah hanya dipakai setelah orang itu didakwa atas pembunuhan dan kes rogol di mahkamah.  Maka persepsi masyarakat kepada orang berkopiah dan berserban sangat buruk.

Kebaikan dan kejahatan(fitnah) telah saling menutupi diantara satu dengan yang lain......hingga mengaburi dan terhijab kebenaran di mata rakyat dan masyarakat untuk menilai Parti mana yang benar. 

Justeru itu.....kita perlu memandang kedua parti ini dengan ilmu.  Perlu ada ilmu.....bukan main ikut sahaja.  Dengan ilmu kita dapat menyuluh dan melihat Parti yang bathil dan parti yang benar. Dengan ilmu kita dapat membezakan mana permata dan mana kaca.

Jika sudah mendapat.....kita akan mengetahui akan Jauh bezanya di antara dua parti politik.....Jauh panggang dari Api.   Berlakon lah sebaik mana pun parti dan pemimpin itu......kita tetap akan tahu, yang salah tetap salah....yang bathil tetap bathil.

 Ilmu ini bukan boleh didapati di sini.   Kena cari dan kembali kepada Allah....InsyaAllah kita akan menemuinya.

Panglima7.
Politik tidak boleh dipisahkan dari agama.   Jika ada yang kata boleh...."Orang itu orang yang Bangang."  jangan belajar dari orang begitu.    Apa yang kita lakukan akan dicatat oleh Allah....dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar perkara, semuanya akan dihitung di padang mahsyar nanti.  


Pilihlah Parti yang bukan sahaja membawa kesejahteraan hidup di dunia ini sahaja tetapi juga mementingkan keselamatan dan kebahagiaan di Akhirat.
Read more...

BerFikir Sejenak 1

Allah berfirman "Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakanmu dari seorang diri, dan dari padanya Allah telah menciptakan isterinya, dan dari keduanya Allah mengembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak.    Dan bertakwalah kepada Allah yang (dengan namaNya) kamu saling meminta satu sama lain, dan peliharalah hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa menjaga dan mengawasimu."(Annisa:1)
Read more...

Nov 11, 2010

Zahid Ibrahim Nie Siapa Sebenarnya...Agen UMNO Kah ???

Assalamualaikum Wbr…

Zaid Ibrahim suatu nama yang cukup GAH beberapa tahun lalu ketika beliau berada di dalam UMNO Kelantan dan kini PKR.  Namanya mula naik ketika beliau menyaman Undang-Undang Hudud di Kelantan.  Ingat lagi tak.?? Memang ako pun naik darah dengan perangai dia nie.

Dilantik menjadi menteri dan apabila tidak sependapat mengenai isu ISA dengan PM, maka beliau meletakkan jawatannya sebagai Menteri dan menyertai PKR. Ako rasa ini gempaq yang dibuat-buat bagi mendapatkan kepercayaan dari PR.

Setelah mendapat kepercayaan dari DS Anwar Ibrahim, beliau dicalonkan bertanding di Parlimen Hulu Selangor melawan MIC – Kamalanathan dan beliau kalah.

Kemudian beliau diberi peluang bertanding merebut jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR dan beliau tewas kepada Azmin Ali.  Pabila terasa beliau tidak dapat makan Azmin Ali....dan gagal dalam tindakannya maka dihamun dan dicaci makinya DSAI dan pemimpin lain dalam PKR seolah-olah beliau tidak pernah makan semeja dengan mereka ini. 

Nasib baik beliau kalah dalam perebutan jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR ini.....Kalau tidak.......HANCURLAH Parti Keadilan Rakyat jika beliau menjawat jawatan Timbalan Presiden.  Segala informasi akan rencana sulit akan sampai kepada UMNO & BN.  Segala kejadian ada hikmahnya.   Pakatan Rakyat mempunyai banyak musuh dalam selimut.

Perkara-perkara di atas tidak mungkin dapat disangkal dan ada kebenaran ianya dirancang dengan teliti oleh UMNO.

Dahulu selepas negara baru mencapai Kemerdekaan....negara berhadapan dengan Angkatan Bersenjata Komunis yang cuba merampas kuasa dari kerajaan perikatan.  Aku pinjam analisis Prof. Dr. Hamirdin.

Kini Komunis sudah tiada.......yang tinggal hanya Parti-Parti Alternatif  dari Pakatan Rakyat yang cuba mengambil alih kerajaan melalui jalan demokrasi setelah rakyat melihat banyak kepincangan dan penyelewengan yang berleluasa dilakukan oleh kerajaan UMNO & BN yang sedia ada ini.

Tetapi di mata UMNO dan BN, tindakan Parti-Parti Alternatif (Pakatan Rakyat) ini dilihat sebagai Komunis yang cuba merampas kuasa.  Maka diletaknya agen-agen mereka bagi menghancurkan Pakatan Rakyat ini sama seperti apa yang dilakukan ketika menghancurkan Komunis dahulu..  

Dalam meletakkan agen-agen ini....tentulah memakan masa yang agak lama bagi UMNO bagi mendapatkan hasilnya, mereka create story dan jalan cerita.....mcm kes Zaid sanggup tentang ISA dan letak jawatan Menteri dan masuk PKR.....begitu juga Zahrain Mohamed....bila ini berlaku maka Pakatan Rakyat mula percaya sungguh-sungguh kepada agen ini kononnya mereka sudah sedar dan menyokong apa yang dibawa oleh Pakatan Rakyat. 

Tindakan Zaid Ibrahim ini samalah dengan tindakan sewel Zahrain Mohamed (Bekas Ahli PKR), Zulkifli Nordin (Bekas ahli PKR), Ibrahim Ali (Dulu UMNO, bertanding atas tiket Pas) dan yang lain-lain.

Ikuti analisis ini dengan lebih menarik lagi, sila Klik Di Sini 

Panglima7

Read more...

Kelebihan 10 Hari Di Bulan Zulhijjah Dan Hari Hari Lainnya.

Assalamualaikum Wbr..


Kelebihan Bulan Zulhijjah...Sekadar Perkongsian Ilmu
Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata:  Nabi SAW.  bersabda yang bermaksud;  
Tiada sesuatu hari yang mana oraang beramal sholeh di dalamnya yang lebih disukai Allah daripada hari-hari ini(yakni permulaan Zulhijjah dari 1 hingga 10).  Sahabat bertanya:  Walaupoun jihad fisabiliLlah ya Rasulullah?  Jawab Rasulullah SAW.;  Walaupun jihat fisabiliLlah kecuali seorang keluar dengan membawa semua hartanya dan tidak kembali sama sekali(yakni habis hartanya dan mati).
Salah satu cara yang telah dianjurkan oleh agama kita ialah  dengan berpuasa sunat pada tanggal 1 hingga 9 Zulhijjah.  Kelebihan berpuasa pada hari itu berbeza-beza pula.
Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata:  Nabi SAW.  bersabda yang bermaksud;
Tiada sesuatu hari yang mana oraang beramal sholeh di dalamnya yang lebih disukai Allah daripada hari-hari ini(yakni permulaan Zulhijjah dari 1 hingga 10).  Sahabat bertanya:  Walaupoun jihad fisabiliLlah ya Rasulullah?  Jawab Rasulullah SAW.;  Walaupun jihat fisabiliLlah kecuali seorang keluar dengan membawa semua hartanya dan tidak kembali sama sekali(yakni habis hartanya dan mati).
Salah satu cara yang telah dianjurkan oleh agama kita ialah  dengan berpuasa sunat pada tanggal 1 hingga 9 Zulhijjah.  Kelebihan berpuasa pada hari itu berbeza-beza pula,  
HARI
KELEBIHANNYA
1 ZULHIJJAH
kesalahan Nabi Adam diampuni Allah, barang siapa
berpuasa pada hari itu, diampuni Allah akan dosanya.
2 ZULHIJJAH
doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah, barangsiapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun.

3 ZULHIJJAH
doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya
4 ZULHIJJAH
Nabi Isa a.s. telah dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan dan pada hari kiamat kelak ia akan tergolong bersama dengan orang-orang terhormat
5 ZULHIJJAH
Nabi Musa a.s. dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.
6 ZULHIJJAH
Allah membukakan pintu kebajikan kepada Nabi-NabiNya,
barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab.
7 ZULHIJJAH
pintu neraka jahannam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijjah.  Barang siapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan.
8 ZULHIJJAH,
Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail.  Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan.  Hari itu telah dinamakan dengan dari "Tarwiya" (hari berfikir-fikir). Barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui.
9 ZULHIJJAH
 turun ayat terakhir kepada Rasulullah s.a.w. yang tersebut dalam surah al-Ma'idah, ayat 3.  Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan iaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijjah tahun 9 H ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat.  Pada hari itu juga Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu sememangnya adalah perintah dariNya bukan dari syaitan.  Justeru hari itu dinamakan hari "Arafah" (hari tahu).  Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan  Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang
10 ZULHIJJAH
 adalah Hari Raya Aidul Adha (korban) dinamakan juga hari "Nahar" (menyembelih).  Barang siapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli  keluarganya.  Barang siapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada
Bukit Uhud yang terdapat di Madinah.

Abil-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Ubaid bin Allaitsi berkata;
Sesungguhnya Allah telah menghadiahkan kepada Nabi Musa bin Imraan alaihissalam "lima doa" untuk dibaca pada hari-hari sepuluh yang dibawa oleh Malaikat Jibril a.s.
 

 
Lafaz Doa (Harap dapat dirujuk kepada yang ahli/biasa dengan doa-doa ini.
Makna/Pengertian
1
La ilaha illallahu wahdahu laa syarakalahu,  lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumiitu wahawa hayyun laa yamutu biyadihil khairu wahuwa ala kulli syai'in qodier
Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal dan tiada bersekutu,  semua milik/kerajaan dan pujian adalah HaqNya dan Dia Hidup tidak mati.
2
Asyhadu an laa ilaha illallahu wahdahu la syarika lahu,  ilaahan waahidan ahadan shomadan lam yattakhiz sho hibatan walaa waladan
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah Yang Esa dan tidak bersekutu,  Tuhan Yang Tunggal,  Yang Dibutuhkan,  Yang Tidak Berkawan dan Tidak beranak.
3
Asyhadu anlaa ila haillallahu wahdahu laa syariikalahu ahadun shomadun lam yalid walam yakullahu kufuwan ahad.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah Yang Esa,  Satu dan sangat dihajatkan, tiada beranak dan tiada diperanakkan,  dan tiada bandingan sesuatu apa pun.
4
Asyhadu anlaa la haillallahu wahdahu laa syariikalahu mulku walahul hamdu yuhyi wayumitu wahuwa hayyun laa yamuu tu biyadihil khoiru wahuwa 'ala kulli syai'in qodier.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah Yang Esa dan tidak bersekutu,  baginya kerajaan dan pujian,  menghidupkan dan mematikan,  dan Dia Hidup tidak mati,  di TanganNya semua kebaikan,  dan Dia di atas segala sesuatu Maha Berkuasa.
5
Hasbiyallahu wakfa sami'allahu liman da'aa laisa waraa allahi muntahi.
Allah telah menjamin aku,  dan cukup Allah telah Mendengar tiap-tiap siapa yang berdoa,  Tidak ada selain Allah tempat meminta dan berhajat.

Juga tersebut bahawa doa-doa dan kalimah ini diturunkan di dalam Injil,  dan orang-orang Hawariyyun menanyakan fadhilah kalimah-kalimah ini kepada Nabi Isa a.s.;  maka diterangkan kepada mereka fadhilah dan pahalanya yang tidak dapat dihitung oleh orang yang membacanya pada hari-hari sepuluh(dari 1 hingga 10 Zulhijjah).
Ganjaran Bagi Mereka Yang Memuliakan Zulhijjah
Kata sebahagian Ulama, "Barang siapa yang memuliakan hari-hari yang berlalu dalam bulan Zulhijjah, nescaya ia akan dianugerahi oleh Allah dengan 10 macam kemuliaan iaitu:
&#61623                   1. Berkat pada umurnya
&#61623                   2. Bertambah hartanya
&#61623                   3. Kehidupan rumahtangganya akan terjamin
&#61623                   4. Membersihkan diri daripada dosa dan kesalahan yang telah lalu
&#61623                   5. Amal ibadat serta kebaikannya akan berganda
&#61623                   6. Allah akan memudahkan pada saat kematiannya
&#61623                   7. Allah akan menerangi kuburnya selama berada di alam barzakh
&#61623                   8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya semasa di Mahsyar
&#61623                   9. Selamat daripada kejatuhan kedudukannya di dunia
&#61623                   10. Martabatnya akan dinaikkan pada sisi Allah.
Amalan Di Bulan Zulhijjah
 

HARI
AMALAN
1 hingga 9 Zulhijjah
Sunat berpuasa
8 Zulhijjah
Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat
9 Zulhijjah
(Hari Wukuf di Arafah)
Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat, Disunatkan berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji,  

·  Membaca surah Al-Ikhlas 1000 kali
·  Solat pada awal waktu.. jadilah ianya amalan harian hendaknya..
·  Solat sunat qabliyah asar
·  Selepas solat asar - Baca Surah Yasin 3 kali
·  Membaca Laillahaillalah wahdahula....huallakulishaiinkodir sebanyak 400 kali (bermula dari asar - isyak boleh sambung) Fadhilatnya bagaikan memerdekakan 100 hamba.
·  Solat sunat qabliyah & ba'diyah maghrib
·  Selepas solat maghrib - solat sunat awwabin 6 ra'kaat (3 salam) Fadhilat penghapusan dosa     bagi 50 tahun - hadith... jadikanlah ianya amalan bulanan/mingguan hendaknya...
·  Solat sunat tasbih
·  Solat sunat hajat
·  Berdoa dengan doa Nabi Adam iaitu robbana zolamna... sebanyak 50 kali
10 Zulhijjah  
Hari Raya Haji/Korban
Sembahyang sunat Hari Raya Aidil Adha - Membaca takbir
Melakukan korban
 11, 12 dan 13 Zulhijjah (Hari-hari Tasyrik)
hidupkan malamnya dengan banyak beribadah, takbir selepas sembahyang waktu
29 atau 30 Zulhijjah
Selepas solat 'Asar membaca doa akhir tahun. Selepas solat Maghrib membaca doa tahun baru.

Panglima7
Untuk dikongsi bersama...kiriman Sahabat.
 


Read more...

Nov 10, 2010

Apa Sebenarnya Yang Ko Kejar Nie Zaid !!!

Assalamualaikum Wbr.



Tindakan Zaid yang meletakkan semua jawatannya dalam Parti PKR dan membuat Press Conference setelah kecewa dikalahkan dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR sangat tidak professional.

Setelah kalah kepada Azmin Ali, beliau mengecam semua pimpinan atasan PKR termasuklah DSAI.   Apa sebenarnya yang ngko kejar ni Zaid ???  Pangkat dan Kuasa....... Ermm...!!

Terimalah kekalahan dengan sikap terbuka dan berlapang dada dan jangan bersikap seperti pemimpin UMNO, serang menyerang.  Jawatan Timbalan Presiden itu cuma satu ajer.....tiada duanya pun.  Mesti lah ada kalah dan menang.  Dulu kita cuba menagkan ko dalam Pilihanraya Dun Hulu Selangor, tapi apakan dia...nasib tidak menyebelahi kamu.

Janganlah ikut peribahasa Melayu.....”Menang jadi ARANG kalah jadi ABU.”

Tindakan membuat kenyataan sendiri tanpa merujuk lagi kepada norma-norma dan peraturan parti menonjolkan sikap memberontak terhadap pimpinan.

Sekiranya dah tak suka kepada parti dan selepas membaling tahi kepada semua orang.....keluarlah dengan cara terhormat. 

Panglima7
Dijemput masuk cara baik.....keluar pun dengan cara baik dan terhormat la.  Takkan nak suruh Pas Tarbiyahkan ko.


Read more...

Nov 8, 2010

Muhyiddin Yassin Pembohong Besar - Elok Rakyat Gulingkan !!!

Assalamualaikum.

Pemimpin yang suka menfitnah ini elok digulingkan dalam Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang.

Kenyataan Muhyiddin Yassin kononnya Kerajaan Pas Kedah tidak membuat kerja bagi menolong rakyat Kedah yang ditimpa banjir merupakan satu kenyataan yang teramat-amat bengong bagi seorang Timbalan Perdana Menteri.  Inilah kenyataan yang sungguh celaka.  Elok digulingkan sahaja Muhyiddin ini dari menjadi Timbalan Perdana Menteri. Maaf aku terpaksa kurang ajar kali ini terhadap Menteri yang suka buat fitnah ini.  Lihat sahaja blog-blog UMNO.....semuanya menyebarkan fitnah yg datang dari Timbalan Menteri ini.

Blog-blog totok UMNO itu juga telah ku hambat....heeeee menyirap betul darah kepanglimaan ako.

Komen balas dari Ustaz Idris Ahmad.
Parti Islam Semalaysia Pas menganggap Kenyataan Muhyidin Yasin satu fitnah apabila beliau mengatakan kerajaan Kedah tidak buat apa-apa terhadap mangsa banjir di Kedah. Tinjauan saya di kawasan mangsa banjir di mana petugas Pas dan kerajaan negeri bertungkus lumus membantu tanpa mengira ideologi parti dan agama. 


Pihak kerajaan Kedah, Pejabat Daerah, Pejabat Zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan, pihak polis, bekerjasama dengan baik untuk membantu di pusat perpindahan. Yayasan Amal dan Unit Amal yang dianggotai oleh ahli Pas bercekang mata membantu mangsa banjir dengan tulang empat kerat tanpa diupah. 


Memang ada pusat yang dikendalikan oleh ahli umno, yang tidak perlulah kita hendak ceritakan bagaimana rungutan mangsa banjir kepada kami. Bukan masanya untuk kita hendak mendedahkan keburukan yang dilakukan oleh pelaku ahli umno sewaktu mengendalikan pusat banjir. 


Pas menasihatkan kepada Tan Sri Muhyidin janganlah membuat fitnah dan mendengar taklimat daripada ketua cawangan Umno, usahlah berpolitik ketika rakyat ditimpa dengan banjir. Air banjir tidak kenal apa anutan ideologi.


Panglima7
Sia sia ajer ko Jadi Timbalan Perdana Menteri. Menyirap darah Ke Panglimaan aku.


Read more...

Nov 6, 2010

Pendedahan SELCAT : Penyelewengan Kerajaan UMNO & BN Di Selangor Dulu

Assalamualaikum Wbr.

Sudah-sudahlah mengundi UMNO & BN......Ini penyelewengan apa ni kalau bukan penyelewengan Kerajaan UMNO & BN dahulu di Selangor.

Penyelewengan yang menyebabkan SPRM & Polis mengambil sikap dingin.

* Pembubaran Balkis tidak sah - wang lebih RM9.9 juta dipindah ke BAKTI


* PNSB sumbang RM1 juta kepada Balkis, tetapi dibelanja bukan pada golongan sasaran.


* Lebih RM900,000 dibelanja untuk sukan dan makan malam isteri-isteri wakil rakyat oleh Balkis.


* PNSB bayar lebih RM1.9 juta untuk lawatan teknikal ke luar negara, termasuk melawat Disneyland.


* 54 ADUN BN habiskan RM500,000 setiap seorang tak sampai 3 bulan.


* Terbaru, pembinaan haram tanah perkuburan Cina di Bukit Celakah.

Panglima7
Ehsan : Selangor Kini
Read more...

Nov 5, 2010

Pilihanraya Lesu Berakhir Dengan Kelesuan. Kita Kecundang di Galas

Assalammualaikum Wbr.


Apabila berita ini sampai ke cuping telingaku........lesu rasanya.  Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.  Aku cuma ingin berkongsi rasa kecundang dengan petugas-petugas Pas di Galas.  Sesungguhnya Allah jua lah yang memberi kemenangan kepada sesiapa yang ia kehendaki.  Maha Suci Allah.

Cuma aku masih mencari-cari jawapan akan kekalahan ini.
Mungkinkah faktor orang asli yang tidak tetap pendirian mereka menjadi puncanya...!!!!
Mungkinkah Hub Hiburan menjadi faktor lonjakkan undi Cina yang sosial !!

Wallahualam.

Panglima7
Strategi tidak menyerang Pas dalam pilihanraya kecil kali ini bukan menjadi penyebab kekalahan ini. Malah ianya satu strategi yang betul bila berhadapan dengan anak raja itu.  Kekalahan ini walaupun ianya pahit tetapi demi hak Royalti untuk Rakyat Kelantan, PAS gagahi jua menelannya.
Read more...

Nov 3, 2010

Petua : Isteri-Isteri Sentiasa Dara.

Assalamualaikum Wbr.

Khusus untuk wanita, untuk di amalkan selalu.

Sebagai lambang.

PETUA DARI
Dr. Fatimah Az-Zahra 

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.


Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan
rumahtangga. 




Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38: 

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan
.

Copy & Linkkan dalam blog anda jika mahu....untuk bacaan kaum wanita, ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya. 

Read more...

Nov 2, 2010

Kuota Tunai Haji – Lembaga Tabung Haji Tidak Adil.

Assalamualaikum wbr.

Baru-baru ini, aku di maklumkan oleh salah seorang di antara ramainya Pengurus di Tabung Haji bahawa jumlah yang menunggu sekarang ini untuk menunaikan haji adalah seramai 500,000 orang.   Ya Allah !!!  Ramainya.  Sedangkan kuota untuk rakyat Malaysia yang ditetapkan oleh Arab Saudi untuk ke sana setahun adalah 25,000 jemaah.

Oleh itu....mana-mana individu yang baru sahaja mendaftar di Tabung Haji untuk menunaikan ibadah ini melalui Muassasah...perlu menunggu selama 20 tahun.  Kalau macam ini....tak dapat korang dan ako merasa menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah.

Option yang diberi oleh Lembaga Tabung Haji ialah gunakan Pakej jika ingin tunaikan haji pada tahun hadapan tanpa sebarang saringan....Untuk menggunakan Pakej Haji, harganya ialah RM19,000.  Dengar ajer sembilan belas ribu ringgit....terkedu ako.!!!

Tabung Haji perlu memikirkan...hanya mereka yang pertama kali hendak menjejakkan kaki Ke Tanah Suci sahaja perlu dibenarkan melalui Muassasah   Individu yang dah pergi haji dan ingin pergi lagi buat kali yang kedua hendaklah melalui pakej.  Ini bagi memberi peluang kepada mereka-mereka yang belum pernah lagi menunaikan Fardhu Haji dapat menunaikan Rukun Islam yang Kelima ini.....macam aku ni...huhuhu.

Kita ikuti komen ornag lain pula di bawah ini.

Rakyat tunai haji lebih daripada sekali tidak patut ikut Muassasah - Berita Harian (Surat & Emel/30)

Penulis berpendapat sistem kuota yang diamalkan oleh Lembaga Tabung Haji tidak adil dan bersifat menutup peluang orang lain. Terdapat juga segelintir individu yang menggunakan 'kabel' untuk mempercepatkan  proses ke Mekah dan memintas peluang individu lain. 
Beliau mencadangkan agar pihak LTH membuat peraturan di mana individu yang sudah menunaikan haji tidak dibenarkan untuk kali kedua melainkan mereka menggunakan pakej dan tidak melalui muassasah. Dengan itu, jemaah  lain lebih berpeluang untuk turut menunaikan haji.
 Panglima7

Read more...

Seminit Sahaja

Assalamualaikum Wbr.

Hamba berpesan kepada diri hamba dan juga diri tuan-tuan semua.


SEMINIT SAJA 

Betapa
besarnya nilai wang kertas bernilai RM1 apabila dibawa ke masjid
untuk disedekahkan; tetapi betapa
kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan!

Betapa
lamanya melayani Allah selama lima belas minit namun
betapa
singkatnya kalau kita melihat filem.

betapa
sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) namun
betapa
mudahnya kalau mengata atau mengumpat
tanpa harus berfikir panjang-panjang.

Betapa
asyiknya apabila pertandingan bola dipanjangkan waktunya namun
kita
mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa.

Betapa
sulitnya untuk membaca satu helai Al-qur'an tapi
betapa
mudahnya membaca 100 halaman dari novel atau majalah yang laris.

Betapa
beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert namun
lebih senang berada di saf paling belakang
ketika berada di Masjid

Betapa
Mudahnya membuat 40 tahun dosa (berzina) demi memuaskan nafsu berahi semata, namun
alangkah
sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa.

Betapa
sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu; namun
betapa
mudahnya menyesuaikan waktu dalam sekejap pada
saat terakhir untuk event yang menyenangkan.

Betapa
sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam al qur'an; namun
betapa
mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain.

Betapa
mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar PRO UMNO namun
betapa kita
meragui apa yang dikatakan oleh Kitab Suci Al-Quran. 

Betapa T
akutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya namun
betapa
kita berani dan lamanya untuk menghadapNya saat kumandang azan bergema.


Panglima7

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara