Pengikut-Pengikut Panglima7

Kalendar Islam

Nov 5, 2010

Pilihanraya Lesu Berakhir Dengan Kelesuan. Kita Kecundang di Galas

Assalammualaikum Wbr.


Apabila berita ini sampai ke cuping telingaku........lesu rasanya.  Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.  Aku cuma ingin berkongsi rasa kecundang dengan petugas-petugas Pas di Galas.  Sesungguhnya Allah jua lah yang memberi kemenangan kepada sesiapa yang ia kehendaki.  Maha Suci Allah.

Cuma aku masih mencari-cari jawapan akan kekalahan ini.
Mungkinkah faktor orang asli yang tidak tetap pendirian mereka menjadi puncanya...!!!!
Mungkinkah Hub Hiburan menjadi faktor lonjakkan undi Cina yang sosial !!

Wallahualam.

Panglima7
Strategi tidak menyerang Pas dalam pilihanraya kecil kali ini bukan menjadi penyebab kekalahan ini. Malah ianya satu strategi yang betul bila berhadapan dengan anak raja itu.  Kekalahan ini walaupun ianya pahit tetapi demi hak Royalti untuk Rakyat Kelantan, PAS gagahi jua menelannya.

6 comments:

Anonymous said...

Kemenangan UMNO diGalas,tahniah kepada Puak,penyokong dan peminat UG.

Anonymous said...

terlalu banyak duit BANYAK SANGAT DUIT digunakan bagi memenangi dan meraih rakyat yang buta dek duit yang mengadai maruah dan sanggup membelakangkan ajaran islam....

persoalan: kenapa pas pkr terikut2 rentak bn dalam pilihanraya galas? kenapa pas tidak meletakan calon orang berasal dari galas? daripada yang diamati strategi tak mcm dulu...

Diharap jentera pas pkr dapat mengemaskini senarai pengundi terutamanya bagi kedah, kelantan, selangor, pulau pinang, perak

ingat janji PM dia sangup buat apa saja demi mempertahankan putrajaya petikan masa perhimpunan umno

rasa bingung juga...

Panglima7 said...

Kalau P/Raya bersih bolehlah ucap tahniah pada puak-puak ini.

Pas tak gadai maruah dan membelakangkan prinsip Islam. Hangpa mungkin tak berapa paham.

Mungkin erlalu banyak mendengar cakap-cakap yang mengelirukan dari UMNO.. tuu yang jadi konpius dan selalu menggunakan pertimbangan akal dalam menilai sesuatu.

Sedangkan ajaran agama tidak boleh dijangkau dengan akal manusia.
Tentang kejadian langit dan bumi...bolehlah guna akal.

Itu cuma pandangan hangpa seorang dalam tidak meletak calon yang berasal dari Galas. Calon dipilih berdasarkan musyuawarah dan dari segala aspek.

Benar hamba setuju...pemimpim PAS perlu MENGEMASKINI SENARAI PENGUNDI dan MEMANTAU TINDAKAN SPR yang selalu menimbulkan rasa curiga parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Sekali lagi terima kasih dgn komen-komen yang bagus dan keperihatinan anda.

MABU said...

salam sahabat pang5 ,no komen tentang umno dan sukusakat nya...apatah bn...RM huluran sana sini....yang tak nampak....lagi bersuluh.
PRU 13 mendatang tunggu je....hidup PAS.

MABU said...

umno dan sukusakat,bn....tabur rm,kabur mengabur ...umpama orang ngantuk disorongkan bantal...

Panglima7 said...

Salam Mabu,

Terimakasih dgn komen anta. Kita tunggu pilihanraya umum ke 13 nanti.

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara