Pengikut-Pengikut Panglima7

Kalendar Islam

Nov 27, 2010

Kerajaan UMNO & BN Amat Sengal Dalam Membina Jalanraya Di Negara Ini

Assalamualaikum.....

Itu belum lagi aku sentuh bab Tol ni.....kalau sentuh...mahu berjela tulisan aku.

Rata-rata jalanraya negeri dan persekutuan yang dibina oleh Kerajaan UMNO dan BN amat menyengalkan rakyat di negara ini.  Mana punya Engineer yang mereka ambil untuk bina jalanraya yang dari 2 atau 3 lorong menjadi satu lorong yang kecil lagi sempit.  Tidakkah ini membuatkan jalan penuh sesak dan jammed.  Masa buat jalanraya tak fikir ke semua ini..????

Aku yang bukan Engineer ni pun boleh berfikir bahawa membina jalanraya yang mempunyai 3 lorong tiba-tiba dalam perjalanan ianya menjadi satu lorong.....ratusan dan ribuan kereta terpaksa queue untuk memasuki lorong yang sempit tersebut.

Seperkara lagi.....mengapa susur keluar bagi kenderaan dibina di setiap persimpangan jalan atau simpang empat dan lampu isyarat.  Ini juga mengundang masalah jammed yang tersangat besar !!!.  Masing-masing nak masuk ke kiri jalan dan ada yang nak masuk ke kanan jalan dan ada juga yang nak terus.  Bila semua nak tunggu di simpang......manalah tak jammed.

Bukankah jalan susur keluar boleh dibina dan dilencongkan 200 meter sebelum lampu isyarat atau simpang jalan bagi melancarkan trafik.  lepas tu tak pasal2 nak bina jejambat atau fly over.....ratusan juta dibelanjakan untuk itu.  Kos ini boleh dikurangkan sekiranya kerajaan UMNO dan BN berfikir lebih sedikit dan cerdik dalam membina jalanraya di negara ini.

Kerana kebodohan Kerajaan UMNO dan BN.....sampai sekarang rakyat suffer bila terpaksa membuang masa yang lama di atas jalanraya dan membazirkan minyak kereta setiap hari bila membuat perjalanan dan ke tempat kerja.

Panglima 7.
Fikir-fikirkanlah...

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara