Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Nov 14, 2011

Kalau Ko Jumpa Pompuan Mcm Ni Malam2 Ko Lari Tak???

Bismillahirrahmaanirrohimm.
Assalamualaikum Wbr....

"Cik Pon"....Bukan Pondan laa....Tapi Pontianak.  Gmbr Hiasan shj.

Kalau korang jumpa perempuan macam ini, di tempat sunyi, ditengah-tengah malam buta...tak perlu ramai laa...seorang ajer perempuan seperti ini berambut panjang.....mengurai seperti dalam gambar di atas, berdiri di tepi jalan menahan kenderaanmu....KORANG LARI TAK ???....hahaha.....baru ko tahu langit nie tinggi rendah.  Ayat Qursi yang korang baca pun...ntah mana pangkal ntah mana hujungnya....ntah ingat atau tidak pun ayat Qursi waktu tu.

Makhluk yang di panggil Pontianak atau dengan singkatan "Cik Pon" ini memang susah nak ditemui melainkan anda keluar malam selepas waktu dinihari. (12tghmalam ke atas).  Justeru nabi SAW pernah menasihatkan jangan keluar malam....dikhuatiri kita akan diganggu dengan gangguan dari Iblis dan Syaitan.

Panglima tak pernah laa lagi jumpa ...tapi Panglima pernah diganggu oleh makhluk ini di rumah Panglima tahun ini juga, waktu itu dalam pukul 12 malam ke atas. Pukul 10 mlm ajer...dah sunyi sangat dah kat rumah Panglima. Panglima terdengar..suara perempuan menangis teresak-esak.  Bukan suara budak perempuan yang menangis ...tetapi suara anak dara yang berumur dalam lingkungan 20an.   Bila Panglima bukak ajer pintu rumah...bagi memastikan dari mana datangnya suara itu....ia terus lenyap.  

Baru-baru ini....Panglima dikejutkan lagi dengan suara perempuan menyanyi nyanyi dengan mendayu-dayu lewat tengah malam. Yang peliknya..kali nie...Panglima sorang ajer yg dengar.   Panglima dah agak dah...itulah suara Pontianak...cuba menganggu Panglima ketika berblogging di tengah malam.  Panglima belum lagi berjumpa dengan Cik Pon ini...tetapi beberapa jiran Panglima sudah pun terserempak dengan mereka di simpang jalan menuju ke rumah.  Mungkin sahabat sekalian ada Pangalaman bertemu dengan Cik Pon ini..(bahasa berlapik bagi tidak menyebut Pontianak bila bercerita dengan orang) boleh menceritakan secoret dua di sini.

Wassalam
Panglima7




4 comments:

Yong said...

Yong suka blog ni sebab kat blog ni ada lagu2 yang nostalgic.
Tapi Yong tak pernah jumpa pontianak sebab Yong pompuan. Sudah tentu pontianak tak suka jumpa Yong. Tapi Yong ada pengalaman sendiri. Nanti ada masa Yong cerita. InsyaAllah

Panglima7 said...

Terimakasih Yong. Lagu-lagu ini pun nolstalgia buat Panglima juga. Ada masa Yong boleh share citer di sini.

Kak Amy said...

As'salammualaikum panglima..

Masa kecik dulu pernah simpan rambut sampai ke kaki hehe..amy dah add panglima ada masa approve la ye..

Panglima7 said...

Waalaikumsalam wbr.

Panjangnya rambut masa kecik dulu....hebat tuu.
ok malam nanti Panglima approvekan...di sini takleh access.

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara