Bismillahirrahmaanirrohimm.
Assalamualaikum Wbr.
Apabila kita dapat merasa kehadiran makhluk halus atau dapat melihatnya dengan mata kepala kita sendiri.....maka bertambah-tambahlah keimanan kita kepada Allah SWT. Maha Besar Allah, Segala Puji Bagi Allah yang menjadikan mahkluk dari kalangan Manusia dan Jin.. Sesungguhnya kita bukan sendirian hidup di dunia ini, malah kita dikelilingi oleh makhluk Allah yang lain, yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Panglima7
*******************
BATU PAHAT : Terkejut, pelik, tergamam dan banyak lagi persoalan yang bermain di fikiran empat sekeluarga yang menghuni rumah di Kampung Desa Penyayang, Sri Medan, apabila ruang rumah mereka dijadikan tempat untuk solat jenazah makhluk halus.
Kejadian berkenaan disedari apabila penghuni rumah berkenaan pulang setelah beberapa ketika mengosongkan kediaman mereka.
Mohd Amin Kamil, 46, berkata, kejadian pelik di rumahnya mula berlaku tiga tahun lalu, apabila isterinya, Rahimah Mohamed, 49, mengemas sejadah yang terbuka.
Katanya, pada mulanya isterinya menganggap anak mereka menunaikan solat dan terlupa melipat sejadah tersebut.
Bagaimanapun anak mereka menafikan dan memberitahu dia belum lagi menunaikan solat.
“Saya dan isteri mula berasa pelik dengan kejadian ini dan membiarkannya sahaja dan tidak berkata apa-apa. Kami beranggapan mungkin ada di antara kami terlupa mengemas sejadah berkenaan.
“Tetapi perkara itu berulang kembali dan ia berlaku tiga kali berturut-turut, di mana kejadian berkenaan berlaku apabila masuknya waktu solat Asar, Maghrib dan juga Isyak.
“Perkara ini juga akan berlaku ketika matahari sedang naik, dan ia hanya berlaku apabila awal Muharam, tetapi kami diamkannya sahaja dan menganggap 'mereka' hanya menumpang solat,” katanya kepada Sinar Harian.
Kain batik lepas terbentang sendiri
Menurut Mohd Amin, bagaimanapun sesuatu mengejutkan berlaku apabila dia pulang sahaja ke rumah Khamis lalu dan mendapati di satu ruang dalam rumahnya terdampar sejadah untuk solat berjemaah.
Katanya, lebih mengejutkan di hadapan sekali dia melihat bantal dan juga kain batik lepas dibentang seperti menutup seorang jenazah.
“Saya terkejut dengan kejadian berkenaan dan bergegas keluar memberitahu isteri.
“Isteri saya memberitahu, sebelum dia keluar, rumah dikunci. Lalu kami teringatkan perkara yang berlaku sebelum ini di rumah.
“Sebelum itu, awal pagi dan sehari sebelum ini, saya mendapati sejadah di rumah kami terbentang seperti selalu. Kami membuat andaian mungkin salah seorang daripada makhluk halus berkenaan telah meninggal dunia,” katanya.
Sebelum ini, katanya, dia berhubung dengan beberapa ustaz dan mereka menyatakan makhluk berkenaan hanya untuk menumpang sahaja dan tidak mengganggu isi rumah.
Sebelum ini katanya, kejadian seumpama ini tidak pernah berlaku walaupun mereka telah mendiami rumah tersebut hampir 19 tahun.
Panglima7
Kiriman dari sahabat.
"Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah". Surah Al-Qasas ayat 17. Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu. Surah An-Nisa Ayat 61
Pengikut-Pengikut Panglima7
Kalendar Islam
Nov 11, 2011
Makhluk Halus Menumpang Solat
Labels:
Seram
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Cawangan-Cawangan Pas
Blog-Blog Sahabat 4
Label
- Agama (118)
- Aku (19)
- Article (10)
- Berita (34)
- Hadis (1)
- Hebahan (4)
- Hiburan (13)
- Himpunan Kisah dan Teladan (12)
- Iklan (3)
- Isu Semasa Negara (5)
- Ke Arah Hidup Yang Kekal Abadi Lagi Abada (2)
- Khurafat Mistik Dan Batin..Bersiri (3)
- Kiriman (4)
- Luar Negara (12)
- Mari Belajar Tajwid. (2)
- Mari Mengenal Islam (2)
- Outstation (1)
- Politik (346)
- Politik. (115)
- Puisi (1)
- Sejarah (3)
- Sejarah Kepahlawan Bangsa Melayu (2)
- Semasa (4)
- Seram (3)
- Story (3)
- Sukan (6)
- Tolong Kami Bantu Kami (3)
- Ucapan (7)
2 comments:
Assalamualaikum P7.
Nak kongsi citer boleh? Boleh ke tak boleh tak boleh tunggu P7 kata boleh ke tak boleh.
Peristiwa berlaku awal tahun 2011 dirumah saya lepas solat isya' lebih kurang pukul 11 mlm.
Saya melabuhkan badan sambil berzikir tapi rasa mcm ngantuk pulak. Saya baring mengiring kekanan memegang tasbih. Tiba2 saya rasa dikejut sesorg. Saya pun pusingkan badan nak tengok sapa yg menggoyang2 badan.
Grrrrrrrrrrr.....Alangkah terperanjatnya saya seorg wanita tua persis saya ulangi persis sprt nenek kebayan. Berkerudung kain batik tersengeh ketawa menyeringai gigi.
Apa lagi saya menjerit sekuat hati. Dan saya memanggil anak saya yg secara kebetulan belum tidur di ruang tamu.
Tentulah anak saya terkejut. Tapi saya tak kata apa sehingga selepas sehari dua saya bercerita dgn anak2. Rupa2nya 2 org anak saya mengalami peristiwa yg sama.
Ni bukan org halus kan? Tapi ni munkin kerja org kasar.
P7 nak tau tak apa sebabnya? Part 2 menysusul. Tapi saya nak tau dulu apa pendapat P7 tentang nenek kebayan ni yg saya tak pernah percaya or terlintas nenek ni benar2 melintas di hadapan saya.
Waalaikumsalam Wbr....Anonymous.
Boleh...apa salahnya nak citer di sini. ceciter-ceciter..hehehe
Peristiwa yang menimpa sdr nie...baru lagi. Alhamdulillah sdr berzikir kpd Allah waktu itu. Jika kita berzikir kpd Allah...kita akan diberi kekuatan. Jika sdr tidak berzikir dan sdr lemah semangat...dikuatiri makhluk itu akan masuk ke dalam badan sdr dan sdr akan diserang histeria/dirasuk.
Makhluk yang berupa nenek Kebayan itu memang cuba menakutkan sdr setelah anak-anak sdr ditakutkannya. Dia cuba menduga keberanian sdr.
Dalam alam dunia ini...Allah ciptakan mahkluk yang terdiri dari 3 makhluk iaitu....Jin, Iblis dan Syaitan. Makhluk yang menyerupai nenek kebayan ini adalah dari golongan Jin. Orang halus yang sdr katakan ini....menurut kata orang Melayu lama-lama....adalah orang bunian. Orang halus, orang bunian...semuanya tergolong dalam kumpulan Jin. Jin pula terdiri dari Jin Islam dan Jin kafir.
Panglima tiada pengetahuan mengenai diri tuan...jadi panglima tak boleh main cakap ini angkara atau kerja sape?? Kita perlu bersangka baik.
Tapi Panglima berpendapat... kemungkinan rumah yg sdr duduki sekarang ini...mungkin juga didududki bersama oleh makhluk ini. Dia suka bermain2 dgn anak2 sdr samada tanpa pengetahuan anak 2 sdr ataupun sebaliknya. Tanyalah anak2 sdr. Peristiwa seperti yg sdr alami ini...berlaku juga pada Jiran tetangga yang tinggal berhampiran dengan kawasan perumahan Panglima.
Panglima baru lagi menetap di sini...dahulunya adalah hutan. Jiran panglima ini diganggu oleh makhluk yg menyerupai nenek kebayan juga...malam-malam sebelum tidur...nenek kebayan ini selalu naik rumahnya melalui tangga dari tingkat satu..dari mana datangnya tidaklah diketahui, kemudian terus ke tingkat dua dan boleh main "Cak-Cak" dengan anak2 jiran Panglima itu di pintu masuk bilik tingkat dua....hanya anaknya sahaja yg dapat melihat nenek kebayan itu.
Sehinggalah Panglima bawakan kenalan yang kasab (boleh melihat makhluk halus) dgn izin Allah. Kenalan Panglima ini.....scan rumah jiran panglima...dan mengiakan bahawa rumah tersebut keras dan berpenghuni. Setelah dibacakan ayat-ayat Al-Quran yang tertentu...maka makhluk itu tiada lagi menganggu anak-anak jiran Panglima itu hinggalah sekarang..Alhamdulillah. InsyaAllah.
Post a Comment