Pengikut-Pengikut Panglima7

Kalendar Islam

Jun 29, 2011

Lihat Ini..Hukuman Pancung Ke Atas Mereka Yang Membunuh.


Assalamualaikum.

Pembunuh-pembunuh di Malaysia hendaklah dihukum Pancung seperti di dalam Video ini.  Biar timbul kegerunan di dalam hati mereka untuk membunuh sesama manusia.  Dan semoga Allah mencampakkan rasa gerun di dalam hati manusia yang ada penyakit di dalamnya untuk melakukan pembunuhan.  Hukuman Pancung lebih baik dari Hukuman Gantung..sampai mati, kerana hukuman gantung adalah zalim dan menyiksakan pesalah.  

Panglima7
********************************
Pembantu Rumah Indonesia yang dihukum Pancung. 

Video di bawah ini memaparkan berita dan visual saat Ruyati Satubi, amah Indonesia dihukum mati di Arab Saudi pada Sabtu (18/6). Dia dihukum pancung kerana membunuh isteri majikannya, Khoiriyah Omar Moh Omar Hilwani pada 12 Januari 2010. Mangsa telah ditetak beberapa kali di kepala dan lehernya ditusuk dengan pisau dapur. Ruyati mengaku membunuh mangsa selepas bertengkar kerana majikannya itu tidak membenarkan dia pulang. Ruyati juga mendakwa majikannya turut memukulnya.

Video:
 

P/s: Sangat menginsafkan!

Temu bual dengan pemenggal kepala Arab Saudi di sini.

Read more...

Jun 26, 2011

Counter Attack : Video Ini Bakal Memusnahkan UMNO BN Dalam P/Raya Umum Nanti.



Assalamualaikum,

Panglima tak mahu citer banyak....Saksikan video ini.   Video ini akan menceritakan segala-galanya dan akan membongkar akan segala Fitnah dari Datuk T dan UMNO dan sekaligus Menghancurkan UMNO dalam Pilihanaraya umum yang akan datang.  Sebarkan untuk pengetahuan rakyat.

Wassalam.
Panglima7
Mereka merancang...Allah merancang, perancangan Allah lah yang sebaik-baiknya.  Maha Suci Allah dari apa yang mereka perkatakan.

Read more...

Jun 23, 2011

Tips Apabila Terlihat Perempuan Berpakaian tetapi Telanjang.

Assalamualaikum Wbr.

Tak boleh nak tunjukkan gambar seksi seorang perempuan di sini. Haram

Apabila terpandang perempuan berpakaian sungguh seksi, sungguh meruntun perasaan dan amat terseksa jiwa melihatnya.  Mungkin perkara biasa bagi lelaki biasa yang melihatnya.  tetapi tidak bagi orang-orang yang mempunyai keimanan.   Lelaki biasa apabila melihat perempuan yang berpakaian seksi.....walaupun nafsunya terangsang tetapi godaan syaitan terhadapnya adalah minimal.  

Lain pula bagi lelaki yang mempunyai keimanan, godaan syaitan pada dirinya sangatlah kuat dan hebat lebih daripada lelaki yang biasa-biasa tadi.   Kerana orang yang beriman ini merupakan target-target syaitan bagi menyimpangkan keimannya dari terus mengingati Allah jika dibandingkan dengan lelaki yang biasa-biasa ini.

Untuk mengelakkan dari mata terus memandang buat kali kedua atau ketiga atau terus memandang perempuan seksi berskirt pendek hingga ke pangkal peha dan dah macam berpakaian tetapi telanjang di zaman ini,.....iqtikad lah di dalam hatimu wahai Panglima tatkala terpandang perempuan itu...."Sesungguhnya perempuan ini sedang menarikmu ke dalam Neraka"  Sedarlah segera...!!Jika engkau terus memandangnya lagi dan lagi.....nescaya kotor dan hitamlah hatimu dan hilanglah kemanisan dan kenikmatan bagimu dalam beribadah kepada Allah.  Dan engkau mengutip dosa-dosa percuma setiap hari dan setipa kali engkau melalui jalan itu setiap pagi dan petang......Dengan dosa yang bertahun-tahun itulah .... yang akan menheretmu ke dalam Neraka Allah.  Nauzubillah.  

Wahai Panglima7, untuk merasai kemanisan dan kenikmatan beribadah, janganlah engkau memandang benda-benda yang diharamkan oleh Allah SWT. Setiap Raja mempunyai kawasan larangannya.  Allah juga mempunyai kawasan laranganNYA.  Janganlah engkau Panglima, memasuki kawasan Larangan Allah itu, kelak kamu disambar Api Neraka.  

Panglima7

Read more...

Jun 21, 2011

Jangan Lupa...Inilah Alam Kedua Manusia.

Assalamualaikum Wbr..

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda,
 "Sesungguhnya kubur itu adalah satu taman dari taman-taman syurga dan merupakan lubang dari lubang-lubang neraka."

Cara penguburan mayat: bantal & ketulan tanah penahan

Rasulullah s.a.w.dalam sebuah hadisnya yang lain bermaksud, "Sesungguhnya alam kubur itu adalah tahap pertama untuk alam akhirat. Bila mana sesorang itu telah selamat dalam tahap pertama ini, maka untuk tahap seterusnya akan lebih ringan lagi. Namun jika tidak selamat dalam tahap pertama tersebut maka tahap-tahap seterusnya akan lebih dasyat lagi."

Setiap hari bumi (tanah) akan memanggil manusia dengan 10 panggilan;

1. Wahai anak adam! Kamu berjalan di atas punggungku, tetapi tempat kembalimu adalah di dalam perutku.

2. Kamu melakukan maksiat di atas punggungku dan kamu disiksa di dalam perutku.

3. Kamu bergurau di atas punggungku, tetapi kamu menangis di dalam perutku.

4. Kamu makan benda haram di atas punggungku, tetapi seluruh cacing akan makan kamu di dalam perutku.

5. Kamu bergembira di atas punggungku, tetapi kamu akan susah di dalam perutku.

6.Kamu mengumpul harta haram diatas punggungku tapi kamu hancur dalam perutku.

7.Kamu sombong di atas punggungku, tetapi kamu menjadi hina di dalam perutku.

8. Kamu berjalan megah dan sukaria di atas punggungku, tetapi kamu jatuh kesedihan di dalam perutku.

9. Kamu berjalan dalam cahaya di atas punggungku, tetapi kamu akan duduk dalam kegelapan di dalam perutku.

10.Kamu berjalan beramai-ramai di atas punggungku, tetapi kamu akan sendirian dalam perutku.

Firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi bermaksud,

"Adakah kamu dapat mengelak dari maut itu?Adakah kamu berkuasa melepaskan diri daripada masuk ke neraka? Adakah kamu sudah wajar menerima balasan syurga? Sudahkah ada hubungan kasih sayang antara kamu dengan Allah? Adakah nikmat dan kesenangan melekakan kamu? Adakah kamu telah binasa kerana kebaikan dan kamu terpedaya oleh dunia dengan panjang angan-angan?

Mengapa kamu tidak mempergunakan kesihatan dan keselamatan? Tempoh kamu sudah ditentukan dan nafas kamu ada batasnya. Berbuatlah sesuatu yg memberi kebaikan bagi kamu selagi kamu mempunyai kesanggupan. Wahai sekalian manusia,sesungguhnya kamu masih leka dalam perbuatamu, sedangkan setiap hari engkau terus menerus menghabiskan umurmu.Semenjak engkau keluar dari perut ibumu,setiap hari engkau semakin dekat menuju kubur dan engkau pasti memasukinya."
Sistem liang lahad

Begitulah dalil yang Allah tunjukkan mengenai adanya alam kubur kepada manusia. Sama seperti adanya mati bagi mengakhiri hayat manusia, begitu juga adanya kubur sebagai tempat menunggu untuk menerima balasan baik dan jahat dari Allah.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Sesungguhnya kubur itu adalah merupakan satu taman dari taman-taman syurga dan merupakan lubang dari lubang-lubang neraka."

Panglima
Credit untuk blog Elias Hj Idris.
Benda yang baik kita kongsikan bersama.
Wahai Panglima....ingatlah inilah alam yang pasti kamu tempuhi.

Read more...

Jun 16, 2011

Minyak Turun Seposen : Dah Terlambat Wahai UMNO BN...


Assalamualaikum Wbr.

KUALA LUMPUR, 15 Jun — Harga petrol RON97 yang mengalami kenaikan berperingkat sejak diapungkan tahun lalu akan turun 10 sen buat julung kali, berkuat kuasa tengah malam ini.
Dengan itu, RON97 akan dijual RM2.80 seliter.
Sejak awal tahun ini ia telah mengalami empat kenaikan untuk mencecah harga semasa RM2.90 seliter.
“Ya, RON97 akan turun 10 sen seliter mulai tengah malam, ini kali pertama ia turun sejak kerajaan memperkenalkan polisi pelarasan subsidi tahun lalu,” kata sumber industri ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Panglima7
Ya....ko turunkan harga Minyak Ron 97 sebanyak seposen, perihatin konon dengan nasib rakyat.  Tapi sayang dah terlambat !!!.......Kerana kebodohan UMNO BN yang memang naik itu.......barangan naik MENGGILA........Rakyat pening Kepala. Bila engkau turunkan harga....harga barang tetap di harga asal...tidak akan turun-turun lagi.  Potong Jari laa...kalau harga barang turun.

Read more...

Jun 15, 2011

Bila Utusan Mangkuk Ini Menjelirkan Lidahnya Pada Agama ISLAM.


Assalamualaikum Wbr.

kartun pada halaman 15 akhbar itu
Bukti manusia yang Utusan Mangkuk pandang dan terima........bukti yang Allah minta.....ko hina-hinakan.
Inilah dia Akhbar yang kononnya membela Islam dan Melayu.......  Inilah buktinya bila Agama Islam diletakkan di punggung-punggung mereka yang menyokong UMNO.  Apakah ko masih buta lagi........sape yang ko sokong ini.?  Apakah ko masih membeli akhbar pengkhianat ISLAM ini.  Inilah dia....Pepat diluar runcing di dalam.

Panglima7
Berapa punya besar dosa daa....

Read more...

Himpunan BERSIH: Nape UMNO & (SPR) Suruhanjaya Penipu Rakyat Takut???

Assalamualaikum Wbr.
BERSIH dalam himpunan sebelum ini. Kita sibuk mengadakan Himpunan Bersih , mereka sibuk mengadakan Himpunan KOTOR (UMNO + PERKOSA)

Perhimpunan Besar-Besaran yang dianjurkan oleh BERSIH bakal diadakan pada 9hb Julai di Kuala Lumpur.  Ratusan Ribu rakyat pelbagai kaum dan etnik dari setiap negeri akan menyertainya.   Perhimpunan raksaksa ini adalah bagi mendesak SPR (Suruhanjaya Penipu Rakyat) agar menjalankan amanah rakyat dalam menjalankan Pilihan Raya yang BERSIH pada Pilihanraya Umum yang semakin hampir.  Kita tidak mahu adanya alasan-alasan pandir yang diberikan kepada rakyat bagi menutup penipuan mereka setiap kali datangnya pilihanraya.

Sepatutnya……Semua talibarut Parti kerajaan pimpinan UMNO & BN menyambut baik usaha BERSIH ini yang mahukan pilihanraya yang bersih.  Tetapi sebaliknya hanya UMNO BN & PERKOSA yang cuba menghalang niat BERSIH dalam menyampaikan mesej kepada Suruhanjaya Penipu Rakyat.

Nampaklah sangat mereka ini memang bersekongkol dalam menipu dan membohongi rakyat dalam setiap kali berlakunya pilihanraya tidak kira pilihanraya kecil atau pun besar. Ingat..!!!  SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT.    Kalau UMNO & BN betul tak menipu….kenape perlu TAKUT dan KECUT TELOQ bila rakyat nak keluar berhimpun.!!!!!!
Ini semua taktik zaman perang jepun dulu……laaa !!!

Panglima7
Bumi bertuah ini akulah rakyatnya…..Kita sebagai rakyat berhak bersuara.  Kita berhak menjunjung suara keramat rakyat untuk disampaikan kepada Suruhanjaya Penipu Rakyat yang pekak lagi badak sejak ditubuhkan oleh Parti 2x5 yang menang dengan penipuan.

Read more...

Jun 13, 2011

Jom Bantu MiaLiana....Segera. Sebelum 20hb June


Assalamualaikum Wbr.

Terdetik di hati Panglima untuk membantu Mialiana merelisasikan impiannya bagi memenangi Blogger of the Year by Nuffnang.  Beliau sedang menduduki tangga ke 3 dari 825 Blogger. Kepada sahabat sekalian, apalah sudi kiranya dapat membantu sahabat yang memerlukan walaupun anda tidak mengenalinya.

InsyaAllah perbuatan yang baik akan dibalas dengan kebaikan jua.  Cuma klik vote di bawah. 1 hari satu vote dari sahabat semua sehingga 20hb June ini.


Bagaimana untuk Vote, Langkah-langkahnya...Klik di SINI.

Panglima7
Ikhlas dari Panglima.


Read more...

Pesan Rasulullah Ketika Jimak.


Assalamualaikum Wbr.

“Telah menceritakan kepada kami oleh ‘Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : “Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :

1. “Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera da! ri penyakit gila, sawan (gila b**i) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :
1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam”
Saidina Ali r.a bertanya :
“Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?”
Baginda menjawab :
“Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.”
Saidina Ali r.a bertanya :
“Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) .”
Baginda menjawab :
“Apabila ia minum cuka! semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.
Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran.
Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.”
2. “Wahai Ali..! janganlah engkau berjima’ dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila b**i dan sopak mudah mengenainya dan anaknya.”
3. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu selepas zuhor, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima’ pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling.”
4. “Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima’, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima’ yang demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu.”
5. “Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah pandanganmu sewaktu berjima’, (jika tidak) sesungguhnya mewarisi buta – iaitu anak.”
6. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat benci dan hina.”
7. “Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari langit yang membakar kamu berdua.”
8. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ de! ngan isterimu kecuali ada padamu satu tuala dan pada isterimu satu tuala.”
9. “Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah dan talak.”
10. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu secara berdiri, maka sesungguhnya yang demikian itu daripada perbuatan kaldai, jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, maka anak itu sentiasa kencing di tempat tidur seperti kaldai yang suka kencing di merata-rata tempat.”
11. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Fitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya kecuali sudah tua.”
12. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ deng! an isterimu pada malam ‘Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima’ pada malam tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat.”
13. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah cahaya matahari (secara langsung – direct) dan terkena warna (cahayanya), kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati.”
14. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah pohon kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat atau seorang ketua yang bengis,”
15. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu antara azan dan iqomah, jika berjima’ pada waktu demikian, sesun! gguhnya jika Allah mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang menumpahkan darah.”
16. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu semasa ia hamil kecuali kamu berdua berwudhu’, jika tidak maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.”
17. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu) Sya’ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya.”
18. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada akhir bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta. “
19. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu dengan syahwat terhadap saudara perempuannya ! (ipar kamu) kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia.”
20. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di atas loteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.”
21. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta kepada yang tidak Haq,” dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran : “Innal Mubazziriina kaanu – ikhwan Nas – Syayathin.”
22. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu sesungguhnya bil! a Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim.”
23. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada awal malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada akhirat.”


ANJURAN BERJIMA’
24. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu bacalah : “Allahumma Jannibnis Syaitan Wajanibis Syaitan Mimma Rozaktani.” Maka yang demikian itu kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu anak, tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya. “
25. “Wahai Ali..! hendaklah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Isnin maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh kepada kitab Allah (Al-Quran) dan redha terhadap segala pemberian Allah s.w.t. (baik d! an buruk Qada’ dan Qadar Allah).”
26. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Selasa, Allah s.w.t. akan memberi kepada kamu berdua anak yang mendapat nikmat Mati Syahid sesudah syahadah : ‘Anla ilahaillallah wa anna Muhammada ar-Rasulullah’ dan Allah s.w.t. tidak azabkannya (turun bala kepadanya) bersama-sama orang musyrikin, mulutnya berbau harum yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu-domba. “
27. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu malam Khamis, maka Allah s.w.t. akan mengurniakan kepada kamu berdua anak yang bijaksana, atau seorang yang alim,di kalangan orang-orang yang alim.”
28. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu matahari di tengah langit, Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua seorang anak yang tidak di hampiri syaitan sehingga ia beruban (tua) dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t. rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.”
29. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Jumaat dan nanti anak kamu berdua adalah seorang pemidato yang berwibawa dan petah.”
30. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada hari Jumaat, selepas Asar, Allah s.w.t. akan kurniakan seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.”

31. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Jumaat selepas Isyak yang akhir, maka sesungguhnya di harapkan anakmu nanti menjadi seorang yang abdal (terkemuka),

Panglima7
Semoga Bermanfaat kepada semua.


Read more...

Jun 12, 2011

Tanduk atau Tidak Menanduk, Bola Tetap Akan Masuk Pintu Gol Kelantan.

Assalamualaikum Wbr..

Piala FA - Kelantan Menentang Terengganu.
Mohd Daudsu berjersi No. 15

Aku menyokong Pasukan Kelantan tadi malam.
Kelantan kalah 2-1 dalam menentang Terengganu sekejap tadi.  Lebih malang, tinggal kurang dari 1 minit masa penamat + masa kecederaan untuk Kelantan meraikan Kemenangan bergaya, Terengganu menyamakan kedudukkannya hasil tandukkan sendiri pemain Kelantan, yang bernama Daudsu. (Maaf jika salah ejaan)  

Ramai pihak menuding kesalahan ke atas Daudsu sebagai punca Kelantan kalah.  Kasihan Daudsu, kerana beliau berada di tempat yang salah, pada waktu yang salah dan membuat tindakan yang menampakkan beliau bersalah.

Tak perlu lah rasa bersalah sangat wahai Daudsu, kerana ...jika sekalipun engkau tidak sengaja atau sengaja menanduk bola tersebut........(tindakan luar kawal atau spontan) Bola itu tetap akan masuk Gawang Gol Pasukan Kelantan.  Gol tetap Gol.  Tak percaya...!!! tonton semula ulang tayang bagaimana gol itu dijaringkan.

Kepada peminat Kelantan...jangan salahkan Daihatsu kerana bola itu tetap masuk juga walaupun tanpa tandukan Daihatsu.

Panglima7.
Banyak kali dah Kelantan mencuba....cuba lagi di tahun hadapan wahai Kelantan.



Read more...

Jun 11, 2011

Khir Toyo Lambang Korup Dan Rosaknya Parti UMNO


Assalamualaikum Wbr.

Khir Toyo yang semakin bulat dan kekenyangan.

Apakah dengan gaji sebagai seorang Doktor Gigi, Khir Toyo mampu membeli tanah bernilai RM6 Juta?  + Ubahsuai Rumah sebanyak RM6 Juta + perhiasan dan perabut hiasan dalam sebanyak RM3 Juta?  

Dan apakah dengan gaji sebagai Menteri Besar Selangor, Khir Toyo juga mampu membeli tanah sebanyak RM6 Juta itu termasuk kos ubahsuai rumah dan hiasan dalaman dan jumlah-jumlah yang lain yang berjumlah lebih dari RM15 Juta??

Mana mungkin gaji seorang doktor gigi, Khir Toyo mampu membeli tanah dan membuat rumah bernilai belasan juta.  Dan.....Mana mungkin gaji seorang Menteri Besar Selangor mampu membeli rumah dan membiayai kos pembinaan bernilai lebih dari RM15 Juta.  

Besar mana lah gaji seorang doktor gigi dan Menteri Besar untuk membiayai bayaran bulanan harga tanah dan rumah tersebut yang bernilai jutaan ringgit?  

Panglima7.

Read more...

Jun 9, 2011

Definasi Cinta

Assalamualaikum Wbr.


Entry Cinta...? Dah buang tabiat ker..apa nie Panglima ??? hahaha...
Ok laa...Panglima nie....bercampur dengan semua sahabat sahabat blogger tak kira dari kem blog santai dan juga kem blog politik. Baru fair kan...!!!
Panglima telah di tag oleh Sinar Raudah untuk menulis entry pasal Cinta.

Cinta dari Kacamata Panglima7

Cinta adalah suatu perasaan yang lahir dari hati dan sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.  Sebab itulah lelaki sukar untuk melafazkan kata cinta.  hahaha....  Orang perempuan jangan marah, bukan ego, tetapi entah laa.  Lelaki jarang menuturkan...tetapi dituturkan melalui tingkah laku dan body language sahaja. Tak tahu laa pulak kalau orang perempuan.   Cinta perlu dibajai kerana lama kelamaan ia akan luntur dan berkurangan.
Camner nak baja...korang carilah sendiri...kerana lain pasangan lain penggunaan bajanya.

Cinta adalah suatu yang unik dan halus.  Cinta adalah suatu perasaan yang dikurniakan Allah kepada setiap makhluk dan hambanya.  Cinta sebenarnya adalah tulus dan suci.  Tetapi jika cinta dicemari oleh hawa nafsu manakala hatinya dirasuki syaitan maka timbullah episod munkar.  Ramai yang tewas dalam bab ini.

Justeru itu, cinta hendaklah disemai selari dengan ruang lingkup agama yang bakal membimbing manusia ke jalan yang lurus lagi diredhai oleh Allah.  Bertemu dan berpisah hanya kerana Allah SWT.

Pengertian Cinta cukup luas untuk dihuraikan.  Cinta yang tertinggi adalah cinta kepada Illahi.  Cinta kepada Illahi adalah berlandaskan kepada keimanan.   Apabila kita mencintai Allah dan Rasul sepenuhnya...maka nafsu akan tunduk setunduk-tunduknya. Cinta kepada Allah perlu disemai sedari kecil bagi membuahkan rasa iman.  Apabila ada keimanan maka kita akan mudah melakukan amal suruhanNYA.  Cinta ini adalah cinta yang luhur yakni tidak disertai dengan nafsu seperti cintanya kita kepada dua ibu dan bapa.

Cinta kepada kekasih.....sebenarnya jika difikirkan ianya adalah sama dengan cinta di atas, cuma yang membezakan adalah methodologinya.  Cinta kepada manusia kebanyakkannya adalah berlandaskan kepada pandangan dan tingkahlaku yang disukai oleh pasangan masing-masing (dari mana datangnya lintah....dari sawah turun ke Padi, dari mana datangnya cinta, dari mata turun ke hati) apabila rasa cinta kepada kekasih....maka timbul kerinduan, timbul pula keinginan untuk bersentuhan dan berpegangan. Itu adalah fitrah manusia.  Tetapi perkara ini dilarang oleh Islam sebelum mereka diijabkabulkan.  Ia nya bagi memelihara agama dan zuriat keturunan.  Sebelum berlaku sedemikian...maka wajarlah keinginan ini diakhiri dengan pernikahan yang berlandaskan hukum dan hakam.

Hanya Islam sahaja yang dapat membimbing cinta ke jalan yang lurus lagi diredhai Allah SWT daripada terpesong dalam mengikuti langkah-langkah syaitan.

Panglima7.
Panglima rasa....cukup setakat ini sahaja......Cinta ini sangat luas untuk dihuraikan.  Mohon maaf jika pengertian cinta dari kacamata Panglima tidak memuaskan hati semua orang dan berlawanan dengan pengertian cinta pembaca sekalian.

Mencari kebahagian 
Bukan suatu impian
Ibarat sinaran bulan
Bukan suatu khayalan.

Read more...

Jun 6, 2011

Kelebihan Bulan Rejab Atas Bulan-Bulan Yang Lain.

Assalamualaikum Wbr.


Ayat yang dipotong di bawah merupakan... hadis-hadis yang didakwa dipalsukan.
Semoga komen yang diterima dari tuan/puan mendatangkan kebaikan kepada kita semua.


Kelebihan Bulan Rejab

 Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:




"Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.


Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.


Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal. 


Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.


Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya."


Sabda Rasulullah SAW: "Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"


Berkata Jibril as: "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab."


Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita: "Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: "Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?"


Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka."


Sabda Rasulullah SAW lagi: "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur."


Tsauban bertanya: "Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?"


Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."


Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya'ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku."


"Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya'ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka."


KELEBIHAN BULAN REJAB


Beberapa hadis Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya'ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra' Mi'rajnya, Sya'ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya.


Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.


11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.


Semoga bermanfaat untuk kita semua, insyaALLAH




Read more...

Jun 3, 2011

Selamat Datang Bulan Rejab.

Selamat datang Bulan Rejab.

Rejab Bulan Allah ....Bulan Kemuliaan.

"Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat satu sungai yang bernama Rejab, airnya terlebih putih daripada susu dan terlebih manis daripada madu ; barang sesiapa yang berpuasa sehari daripada bulan Rejab, maka Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai itu."
Hadis Rasulullah SAW

Sabda Nabi s.a.w.:
Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur'an atas segala kalam. Kelebihan syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia' (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.

Terdapat beberapa kelebihan puasa di bulan Rejab seperti disebut di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani yg bermaksud

  • sesiapa yang berpuasa sehari pada bulan Rejab,maka ia seperti berpuasa setahun
  • berpuasa lebih daripadanya (tujuh hari), ditutup pintu2 Jahannam (neraka)
  • berpuasa 8 hari,dibukakan 8 pintu syurga
  • berpuasa 10 hari,tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya
  • berpuasa 15 hari,menyeru orang yang menyeru dari langit
"sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal,dan barangsiapa menambah (hari puasa) Allah menambah (kelebihannya)."

Panglima7

Read more...

Jun 1, 2011

Bertahun Sudah....

Assalamualaikum Wbr...

Sudah bertahun-tahun ako tak kena demam.  Mahu rasanya lebih dari 10 tahun.....Alhamdulillah !!  Segala Puji pada yang Esa..  Bertahun kerja...bertahun juga tak pernah ambil MC.  Memang rekod la.   Tapi hari ini....badan ako rasa lain sedikit. Tanda-tanda demam dah mula kelihatan.  Moga ako tak demam.  Air dah mula menitis-nitis dari hidung....kepala dah mula pusinggg....arghh...buat ako rasa cukup tak selesa.  Tekak terasa perit.  Bertahun-tahun tak demam...kalau demam mungkin teruk.   Ermm...Malam nie tidur awal nampaknya.

Panglima7.

Read more...

Sunnah Apakah Yang DiLestarikan Oleh UMNO ??


Assalamualaikum Wbr.


Sabda Rasulullah saw "Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia" (Muslim dan Tarmidzi)

Bila sebut Sunnah....ianya tidak lari dari perbuatan dan tingkahlaku Nabi Muhammad SAW seperti dalam pemakaian, penggunaan dan lain-lain.

Kalau dalam berpakaian...Sunnah Nabi SAW ialah Nabi berjubah, berkopiah, berserban dan menyimpan janggut.  tetapi sekarang.....orang yang berserban diangkat orthodok, berfikiran sempit, tidak maju dan mundur ke belakang, bahkan dianggap pengganas dan sesat. 

Mereka yang bersongkok pula dianggap Melayu dan Islam.  Justeru....kelihatan ada yang tak mahu meninggalkan songkok dikepalanya semata-mata tidak mahu memakai kopiah atau serban.  

Untuk masuk TV....peraturan baru.....semua kena pakai songkok, berkod dan bertali leher, ala-ala barat begitu.  Tak mahu janggut-janggut yanga ala-ala Dr. Hamirdin..  Tanpa songkok tak dibenarkan berceramah di TV.  Songkok bagi mereka lebih kepada menampakkan KeMelayuan dan bukannya Islam yang hendak mereka tonjolkan di sini.. justeru itu Pakaian Sunnah Rasullullah SAW tertolak.   

Itulah UMNO.....konon pencinta Islam dan Nabi SAW...buat Maulud Nabi, sabak tahun berarak sana sini...kita tidak tahu motif sebenar mereka suka berarak masa Maulud Nabi...apakah kerana ada makanan free kaa atau apakah....tetapi masih tidak mahu meletak di sisi, songkok tinggi mereka demi kopiah dan serban.  Mungkin, pada mereka memakai serban dan kopiah tidak 100% Islam.....bagi mereka itu pakaian bangsa Arab...sepertimana Nabi memakainya.  Mereka lupa...atau tak belajar...bahawa Malaikat-Malaikat itu berserban.  Adakah Malaikat itu berbangsa Arab???

Panglima7
Pakai kopiah dapat pahala....Pakai serban....lagi besar pahalanya dalam bersolat.  Pakai songkok kalau niat nak tunjuk kemelayuannya.....kau fikirlah sendiri. 

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara