Pengikut-Pengikut Panglima7

Kalendar Islam

Sep 29, 2011

Inilah Tanda-Tanda Malaikat Maut Bakal Menjemput Kita.


Bismillahirrahmaanirrohimm.......
Assalamualaikum Wbr.
Pesanan ini ku titipkan buat diri Panglima sendiri dan sahabat sekalian.


Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian

Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-Nya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walau bagaimanapun, semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam saja, sedangkan orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah, nyawa mereka ini akan dicabut tanpa peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.


Adapun tanda-tanda ini terbahagi pada beberapa keadaan :


1. Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian


Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hamba-Nya dan hanya akan disedari oleh mereka- mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya apakah mereka sedar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu 'Asar. Seluruh tubuh mulai dari ujung rambut sampai ke ujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging sapi yang baru disembelih, dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan- akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat, dan bagi mereka yang sedar dan berdetak di hatinya bahawa mungkin ini adalah tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah sadar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


2. Tanda 40 Hari Sebelum Hari Kematian


Tanda ini juga akan terjadi sesudah waktu 'Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas 'Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita antaranya adalah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang waktu. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


3. Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah sakit dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia berselera untuk makan.


4. Tanda 3 hari
Pada masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita yaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat diketahui / difahami maka berpuasalah kita setelah itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan turun, dan ini dapat diketahui jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


5. Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu 'Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu 'Asar keesokan harinya.


6. Tanda akhir
Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan dingin di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


Penutup
Sesungguhnya marilah kita bertakwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita termasuk di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda- tanda kematian ini; semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan baik dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri, dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Namun demikian, sesuai dengan sifat Allah SWT Yang Maha Kuasa lagi Pemurah, Maha Pengasih, maka diriwayatkan bahawa tarikh kematian seseorang manusia itu masih dapat diubah dengan amalan doa, baik doa dari kita sendiri maupun doa dari orang lain. Namun hal ini adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.
Oleh kerana itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan waktu dan kesehatan tubuh / badan dan juga fikiran dalam sedaya-upaya kita untuk mencari keredhaan Allah SWT di dunia mahupun akhirat kelak.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.


Wallahu a'lam...

Dipetik dari blog Nuursyifa.  Semoga Allah merahmati beliau.

Panglima7

Read more...

Sep 23, 2011

DOA PENAWAR HATI YANG DUKA


Assalamualaikum Wbr.

DOA PENAWAR HATI YANG DUKA

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ،
مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ
لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ آِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا
مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ
الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ، وَجَلاَءَ حُزْنِيْ، وَذَهَابَ
هَمِّيْ.
“Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusan-Mu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.” (HR. Ahmad 1/391. Menurut pendapat Al-Albani, hadits tersebut adalah sahih.)


Panglima7

Read more...

Sep 20, 2011

Umno tidak buat apa apa, Umno Sebenarnya Penakut,...Abd Majid Saleh

Assalamualaikum Wbr...

Bukan senang untuk mencari kebenaran dari cerita yang telah dipusing oleh UMNO dan juak-juaknya termasuklah TV Tigasukunya.   Oleh yang demikian Kredit diberikan kepada Blog PAS, Badan Perhubungan Pas Negeri Perak yang merungkaikan kisah benar ini dari mulut seorang Pejuang yang masih lagi hidup dan dipanjangkan umurnya oleh Allah SWT untuk menceritakan penipuan dan pembohongan UMNO ini. Jikalau tidak...nescaya kita ditipu hidup-hidup oleh UMNO.  Klik di SINI untuk ke blog beliau. 

Panglima7



Kredit kepada Blog PAS, Badan Perhubungan Pas Negeri Perak
UMNO memang pengecut. Sanggup memusing fakta sejarah.  Pejuang Negara dikatakan Komunis.  Talibarut Inggeris dikatakan Pejuang. Orang lain sibuk berjuang menentang dan menghalau Inggeris...engkau pula menangguk di air keruh.  Lembu punya susu, Sapi yang dapat nama.  Setelah 50 tahun kemerdekaan negara ....baru terbongkar semua ini.


IPOH: "Saya kenal siapa Mat Indera, saya lama berkawan dengannya semasa saya berada di Johor". 
"Mat Indera bukan komunis, dia perjuang kemerdekaan, dia terlibat dengan Parti Kebangsaaan Melayu Malaya". 
Demikian ditegaskan oleh Abdul Majid Saleh, yang lebih dikenali Pak Imam Majid, seorang pejuang kemerdekaan yang berani menentang penjajahan Inggeris sehingga beliau dipenjarakan pleh Inggeris selama tujuh tahun.
Menceritakan kisah perjuangannya ketika dikunjungi Pimpinan Badan Perhubungan PAS Perak bersama Unit Media PAS di kediaman rumahnya baru-baru ini, beliau memberitahu beliau bersama Ismail Kali menubuhkan PKMM di Perak, iaitu di Sungai Lesung, Tapah. 

Beliau telah bergerak ke serata negeri untuk melebarkan pengaruh PKMM. Kemudian beliau telah berpindah ke negeri Johor dan terlibat secara aktif mengembangkan PKMM di Johor. PKMM telah berkembang ke seluruh daerah di Johor. 

Semasa beliau aktif menggerakkan PKMM di Johor itulah beliau kenal dengan Mat Indera.


"Mat Indera itu lulusan agama, dia mengajar agama, saya selalu bertemu dengannya," ujar Imam Majid. 

Sehubungan itu beliau menafikan sekeras keras dakwaan pihak Umno dan media pro Umno yang mengaitkan Mat Indera dengan komunis dan menyifatkan ianya satu pembohongan dan fitnah besar yang kepada pejuang kemerdekaan itu. 

Menurutnya, penjuang menentang penjajah dan berjuang untuk membebaskan negara ini dari cengkaman dipelopori pejuang pejuang terdahulu termasuk pejuang pejuang dari PKMM, saperti Dr Burhanudin Al Helmi, Ustaz Abu Bakar Baqir dan ramai lagi ahli ahli dan pejuang PKMM. 

"Umno buat apa ketika itu, Umno tidak buat apa apa, Umno sebenarnya penakut," ujarnya. 

Menurutnya lagi, malah Umno pula yang menentang PKMM, Umno rapat dengan Inggeris, kerana itu Umno bukan musuh Inggeris, sebaliknya PKMM adalah musuh Inggeris. 

"Saya ingat dalam penangkapan ahli ahli dan pejuang kemerdekaan tidak kurang 86,000 telah ditangkap oleh Inggeris dan `disumbat' dalam penjara dan kem-kem tahanan. Beliau sendiri dimasukkan ke kem-kem tahanan dari satu tempat ke satu tempat di Johor, Singapura, Melaka dan Perak. 

"Mana ada orang Umno yang ditangkap oleh British , Umno itu pengecut" ujarnya. 

Mengenai hubungannya dengan Dr Burhanuddin Al Helmi, beliau memberitahu Dr Burhanuddin adalah rakan rapatnya semasa berada di Singapura. Beliau begitu kagum dengan Dr. Burhanudin yang dianggapnya seorang pemimpin yang hebat dan menguasai banyak bahasa. 

Pak Imam Majid semakin yang semakin uzur masih mampu mengingat kisah perjuangan beliau bersama rakan rakan menentang Inggeris.

Read more...

Sep 18, 2011

Kerakyatan Percuma Kepada Warga Bangladesh....Dah Gila Ke AMENO ???


Assalamualaikum Wbr.


Ameno menggunakan Jabatan Kerajaan untuk menjual kerakyatan kepada warga asing - Bangladesh bagi memberi undi kepada Ameno dalam pilihanraya yanag akan datang. Ini dimaklumkan sendiri oleh Perdana Menteri Bangladesh - Syeikh Hasina Wajed, namun kenyataan dilaman web tersebut telah pun dipadamkan.

Keratan laman web rasmi Pejabat PM Bangladesh
Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi.
“Kita desak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kenyataan Perdana Menteri Bangladesh berkenaan perkara ini.
Beliau berkata demikiana apabila diminta mengulas pengakuan Sheikh Hasina yang dipetik dari www.ngoab.gov.bd – laman rasmi Hal Ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu.
“Jika perkara ini berlaku, Najib perlu bertanggungjawab dan berani tampil memberikan penjelasan,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.
Mengikut laman itu, Sheikh Hasina berkata pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.
Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu.
Katanya, mereka juga diberi hak sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Sila Klik di Sini Untuk Berita Lanjut.

Panglima7
Siapa Pengkhianat Negara sebenarnya.  Apabila diberi amanah dia khianat.

Read more...

Sep 17, 2011

Mansuh ISA: Undang2 Yg Ganti ISA Belum Tentu Tak Zalim


Assalamualaikum Wbr.


Memanda Menteri baru mengumumkan akan memansuhkan ISA.  Baru sebut "akan" belum mansuh lagi.  Seperkara lagi...undang-undang ISA akan diganti dengan undang-undang baru yang kita tak tahu lagi tahap kezalimannya.  Silap-silap lebih dahsyat dan lagi Zalim....so jangan terima bulat-bulat kenyataan dari Ameno ini.  ini gula-gula bagi menghadapi Pilihanraya Umum yang semakin hampir.

Sila lihat kenyataan prof. Abdul Aziz Bari...Klik SINI

Panglima7
Puak-puak yang dahulunya membantah ISA dimansuhkan.....kali ini anda semua jangan terkejut... kalau mereka tiba-tiba memuji-muji dan menjilat-jilat akan Memanda Menteri..... akan kebijaksanaannya dalam memansuhkan undang-undang ISA ini.  Itu bodek dan mengampu namanya.  Itulah lembu-lembu negara.

Read more...

Sep 11, 2011

Tanah Melayu Tidak Dijajah : Kenyataan Tongong Dari AMENO.

Assalamualaikum Wbr.
Tanah Melayu....Peta dulu-dulu
AMENO sanggup buat apa sahaja untuk menipu rakyat supaya rakyat terus bodoh sehingga sanggup mengatakan Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British.  Mana AMENO tak ghoyak lagu tuu...pasal AMENO memang jadi agen dan pegawai British masa tuu...mana dia rasa British menjajah...sebaliknya mereka merasakan bahawa British itu sebagai Majikan dan Tuan kepada Tanah Melayu ini...Jumpa jer British..."YES SIR".."Ya Tuan, Baik Tuan"  Pasal ko dijajah laa ko kena panggil dia tuan. Ikut jer cakap dia. Sepatutnya ko laa...yang British Panggil Tuan.  Bila ko jadi Tuan...kau la yang kutip cukai dari British yang datang kat sini.  Bukan British yang kutip cukai dari engkau.

Kenyataan Prof AMENO bagi pihak AMENO ini betul-betul menghina Pejuang-Pejuang Kemerdekaan Negara yang menentang penjajahan British seperti Tok Janggut, Datuk Maharajalela, Mat Kilau, dan lain-lain lagi.
Akhbar Berbahasa Jawi ketika itu...Tajuk Utama Merdekaaa....Merdekaaa...Merdekaa..!!!
Abis.....yang ko sambut Hari Kemerdekaan setiap 31hb Ogos tuu...gapo ???  Habis yang Tunku dok laung MERDEKAAA, MERDEKAAA, MERDEKAAA !!  tuu...apa?  Merdeka dari apa tuu...AMENO???  Berbuih-buih pelajar-pelajar sekolah dan rakyat menyanyikan lagu patriotik...dan lagu Jalur Gemilang menyambut hari kemerdekaan Negara...tapi hampeh...bila AMENO kata, negara tidak pernah dijajah !!! 
Sejarah : Sultan dan Pembesar Melayu ketika itu.
Abis... yang pelajar-pelajar sekolah diberi Buku Teks Sejarah yang namanya ...TAWARIKH (masa Panglima sekolah dulu) yang dok citer sejarah Perjuangan bangsa menuntut kemerdekaan tuuu...apa???

abis... yang TV dan filem serta Iklan dok tayang bagaimana penentangan rakyat semasa era pendudukan British di Malaya tuu...ape???  Iklan Patriotik tuu.....ape??

Itulah dia...jangan cuba memengongkan rakyat wahai AMENO...Yang Hak pasti datang dan yang Bathil pasti tenggelam.  Professor..!!! Engkau memang Professor Kangkung AMENO. Tapi kali ini, kelentong mu tidak menjadi.

Sila rujuk kenyataan PAS mengenai kenyataan Pak Pandir AMENO
Panglima7

Read more...

Yahoooo...Ako Berjaya Juga Menganyam Ketupat.

Assalamualaikum Wbr.

Ini dia ketupat yang berjaya ku anyam mengunakan riben plastik.

Ini adalah kali kedua, semalam merupakan yg pertama Panglima berjaya membuat ketupat yang diajarkan oleh sahabatku....Maproom Bin Jais.  Thank you SeeFoo.  Alhamdulillah setelah mencuba beberapa kali tanpa berputus asa....akhirnya ako berjaya juga menganyam ketupat.......Senyum sokmo aku setelah dok pikir camne lah nak melembutkan jari-jari tangan yang keras ini bagi menganyam ketupat menggunakan riben plastik yang licin..  Lepas nie...bolehlah....Panglima masak ketupat pakai daun kelapa, selamat daripada hazard plastik yang direbus. ;))

Panglima7

Read more...

Sep 9, 2011

Barang Semakin Mahal..Kasihan Generasi Yang Akan Datang.

Bismillahirrahmaanirrohimm.

Assalamualaikum Wbr.

Harga barang dan makanan semakin mahal. Pergilah ke pasaraya-pasaraya...seperti TESCO, GIANT, NSK, CAREFOUR dan yang sekufu dengannya.  Pasar-pasaraya ini..memang lagi murah harganya daripada kedai runcit.  Jika ada pasaraya ini..."for sure" kedai runcit tak boleh cari makan dan gulung tikar.  Begitulah nak menunjukkan murahnya harga barang2 di pasaraya ini.   Tetapi sejak UMNO menjadi gila naikkan kos elektrik dan minyak ini.....harga barangan di pasaraya yang murah ini..naik mencanak-canak...melambung tinggi. Terkejut ako.  kalau dulu harga kicap RM2.50 sebotoi...laa nie....amik kau...RM6.50. itu baru satu contoh.  Belum lagi UMNO nak laksankan GST. (Government Service  Tax) Jika UMNOBN menang dalam pilihanraya Umum ini nanti...confirm...GST akan dilaksanakan.  Masa tuu....kita rakyat jadi bubur laa.


Kalau dah pasaraya murah pun dah jadi mahal...apatah lagi kedai runcit di kampung-kampung.  Kasihan mak bapak kita kat kampung noo...di kampung mana ada TESCO, dan GIANT bagai. Banyak kedai runcit sekeliling kampung.  Bayangkan bagaimana..mak bapak kita hidup dikampung kalau hangpa semua..anak-anaknya hulur hanya RM50 atau seratus hinggit sebulan....huhuhu

Lagi kasihan kat generasi-generasi yang akan datang..yakni anak-anak kita.....dah la rumah mahal giler masa tuu.....semua main setengah juta, harga barang keperluan pun....memang tak masuk akai.  Lihat ajer Raya tahun nie...banyak rumah senyap jer lepas cuti raya...kalau tidakk...Open house sana..open house sini...hahaha.

Itulah hadiah dari Pemerintahan UMNO kepada rakyat yang mengundi mereka.  PANDIR betul pemimpin UMNO....kawal harga barang dan makanan dengan menaikkan harga minyak.  Betul-betul Pemimpin UMNO Pandir...eh Pandai ke Pandir ..hahaha..!!!

Tukar jer laa....Kerajaan UMNO BN ini nanti dalam Pilihanraya ni....buat apa pilih UMNOBN yang menyusahkan rakyat.  Rasuah pilihanraya RM100 hinggit...bangga korang dapat duit, tapi impaknya.....Seratus hinggit yang ko dapat tuu...takkan dapat menurunkan harga minyak yg dinaikkan dan harga barang keperluan dipasaran yang naik....dan duit yang  ko kena keluar belanja selepas menangnya UMNOBN adalah dua kali lipat dari seratus hinggit.

Panglima7
Lepas tuu nak tuduh DAP yang naikkan harga...hahaha..ko memang Pandir.

Read more...

Sep 8, 2011

Ko yang Buat Buku tuu..Sekarang Ni Ko Pulak Kata..Ianya Lemah !!!

Bismillahirrahmaanirrohimm.

Assalamualaikum wbr.
Bukti yang didakwa lemah oleh AMENO dan dikutuk oleh AMENO sendiri..hahaha....baik jangan ko terbit dan simpan sebagai Khazanah Kerajaan Johor.

Buku inilah yang diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Johor iaitu 'Pengukir Nama Johor' diterbitkan Yayasan Warisan Johor (YWJ) yang dinaungi sendiri oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Malah Abdul Ghani turut memberi kata-kata aluan pada buku terbitan 2004 itu sekali gus, kata-katanya membuktikan penerbitan buku tersebut mengiktiraf Mat Indera dan direstui oleh Kerajaan Negeri Johor.

Tetapi sekarang....Abdul Ghani ini.....yang dahulunya mengiktiraf Mat Indera sebagai Pejuang Kemerdekaan telah berpusing 180 darjah, bila mana beliau mengatakan Mat Indera bukan seorang Pejuang Kemerdekaan sebaliknya Pengganas yang kejam dan zalim.

Inilah dia....manusia berperangai Biawak. Lidah bercabang.  Macammana engkau boleh jadi Melayu.?   Engkau yang menulis kata aluan dibuku itu...sekaligus iktiraf dia sebagai pejuang, tapi sekarang engkau juga yang menafikan dia sebagai Pejuang......Tak pernah ako jumpa orang berperangai sedemikian.  Hanya kxling ajer yang berperangai demikian.


Dipetik dari Mat Sabu
"Buku Pengukir Nama Johor diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri.

Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini.

Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn.

Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002.

Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. "

Panglima7

Bila UMNO dah bau Hapak, tunggulah pepecahan UMNO Johor kepada dua bahagian...sebahagian besar menyokong Mat Sabu yang mempertahankan Mat Indera...satu lagi mempertahankan AMENO.
Saksikanlah bagaimana UMNO Johor tumbang dalam PR umum nanti.

Read more...

Sep 4, 2011

Jangan Jadi Seperti "Baghal"

Assalamualaikum Wbr.


Tahukah anda...Apa itu Baghal?  Baghal adalah sejenis binatang yang sama spesis dengan Himar ataupun Keldai.  Apabila manusia menggunakan Baghal untuk mengangkut barangan berat yang diletakkan di pundak, Baghal sering merungut...macam Ikan Baung. Dipukul baru dia bergerak dan Baghal ini memang bodoh. Cuma apa yang hendak dikatakan di sini ialah....sifat Baghal ini ada pada manusia.  Manusia yang macam mana yang punyai sifat Baghal ini...?

Iaitu manusia yang tidak menyiasat terlebih dahulu akan kenyataan-kenyataan yang datangnya dari orang lain.....lebih-lebih lagi dari kenyataan yang keluar dari mulut orang yang tidak sewaktu dengannya.  Contoh seperti kenyataan Mat Sabu yang cuba diputarbelitkan........Mat Sabu mendakwa Mat Indera adalah di antara hero sebenar dalam menentang Penjajahan British  di Tanahair tercinta ini.  

Janganlah main tuduh Mat Sabu adalah agen komunis.  Beliau tak sebut pun komunis.  Siasatlah terlebih dahulu.  Bandingkan bukti-bukti yang beliau ada dengan bukti-bukti yang AMENO ada.  Bukankah dengan menjalankan siasatan... AMENO akan kelihatan cerdik?? atau AMENO ini memang sebaris dengan Baghal ?

Jangan lembu punya Susu....AMENO dapat nama sebagai mereka yang memperjuangkan kemerdekaan. Sedangkan ramai nama-nama pejuang kemerdekaan disorokkan dibawah karpet demi kepentingan politik dan survival AMENO.

Jangan Kelentong laa......Rakyat dah lama tahu AMENO memang agen kepada Penjajah British sehinggakan banyak Parti-Parti yang menentang Penjajahan British termasuk API, AWAS, PAS dan banyak lagi diharamkan oleh British.

Panglima 7
Semakin ramai pemimpin AMENO keluarkan mulut...semakin Panglima nampak banyaknya ...Baghal di negara ini.


Read more...

Sep 2, 2011

Menyingkap Kembali Malam Lailatul Qadar - Untuk Rujukan.



Bismillahirrahmaanirrohim...

Assalamualaikum Wbr...
Walaupun Bulan Ramadhan telah berlalu....namun Panglima suka untuk berkongsikan entry ini untuk sama-sama kita buat rujukan dan memanfaatkan pada bulan Ramadhan yang akan datang jika Allah memanjangkan umur kita.  InsyaAllah.

Kelebihan Malam Lailatul Qadar


“Carilah dengan segala upayamu malam Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 akhir dalam Ramadhan.”- Hadis Riwayat Iman Bukhari r.a.
Mengapa kita harus mencari Lailatul-Qadar? Jawapnya ialah kerana malam itu satu-satunya malam yang penuh keberkatan dan amal ibadat yang ketika itu mempunyai nilai pahala yang lebih baik daripada 1000 bulan (Kira-kira 83 tahun 3 bulan...)

Pada malam tersebut dengan izin Allah, para malaikat dan Jibril dari Sidratul Muntaha akan turun ke bumi untuk bertemu dengan orang yang beriktikaf, bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir memohan kebaikan daripada Allah Ta'ala. Para malaikat akan mengaminkan doa mereka itu. Merupakan detik-detik keemasan yang menjanjikan sinar kegemilangan individu muslim untuk merebut syurga Allah dalam kehidupan kekal abadi iaitu di akhirat.

Sinaran matahari esoknya tunduk akur menahan sinaran cahaya malaikat yang sedang bergegas menuju ke langit setelah berhimpun dipelosok bumi pada malam Lailatul Qadar.

“Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya)"- (Surah al-Qadar). Malam itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar (Surah al-Qadar).
Dalam hubungan ini Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: “Pada tiap- tiap malam Lailatul Qadar itu, Allah menurunkan rahmat yang meliputi sekelian mukmin di atas muka bumi ini dari timur ke barat. Selebihnya diperintahkan Allah kepada Jibril agar diberikan kepada bayi yang lahir pada malam itu samada oleh ibu yang Islam atau Kafir.” (Kitab Durrah al–Nasihin).

Kebanyakkan ulama berpendapat, Lailatul Qadar ialah malam mula diturunkan al- Quran, iaitu pada 17 Ramadhan tahun ke 40 setelah Nabi Muhammad dilahirkan. Rasulullah bersabda: “Lailatul Qadar dikurniakan ke atas umatku dan tidak kepada umat lain.” - Hadis riwayat Anas r.a.
Rasulullah pernah memikirkan mengenai umur umatnya yang pendek berbanding umat nabi-nabi yang lain (Sekitar 60-70 tahun jarang yang lebih daripada itu). Dengan rahmat Allah dikurniakanNya malam Lailatul Qadar yang penuh keberkatan itu terlebih baik daripada 1000 bulan.

Hadis lain menyatakan suatu ketika Rasulullah menceritakan dari Jibril kepada para sahabat mengenai seorang yang sangat soleh menghabiskan masa berjihad selama hampir 1000 bulan iaitu pemuda bani Israel bernama Syarm’un al-Ghazi. Hanya bersenjatakan kulit unta Syarm’un dengan mudah menewaskan musuh. Bila haus ketika berjuang Allah terbitkan air yang segar di celah-celah giginya dan ketika lapar Allah tumbuhkan tumbuhan di sekelilingnya.

Puak kafir sangat memusuhinya dan akhirnya memperalatkan isterinya dengan tawaran rasuah yang tinggi. Ketika Syarm’un sedang tidur, isterinya mengikat dengan seutas rantai besi namun sebanyak dua kali gagal. Pahlawan Islam ini mempunyai kekuatan luar biasa hingga dapat memutuskan rantai tersebut dengan mudah malah cubaan ketiga juga gagal.

Akhirnya Syarm’un dedahkan rahsia kekuatannya kepada isterinya yang disangka tiada apa-apa. “Tiada sesiapa dapat memudaratkan diriku kecuali dengan izin Allah dan tiada siapa dapat mengalahkan aku kecuali dengan sehelai rambutku!” Dedahan ini memerangkap dirinya. Beliau tidak dapat melepaskan diri apabila diikat dengan sehelai rambutnya. Kesempatan ini diambil oleh musuhnya menyeksanya sebelum dibunuh. Pelbagai seksaan dilakukan pada pemuda ini, matanya dikorek, telinganya dipotong dan tubuhnya diikat pada sebatang tiang rumah ditikam-tikam dengan senjata tajam.

Allah mengilhamkan Syarm’un supaya memohon perlindungan dariNya. Lalu pemuda itu memohon agar dapat menggoyangkan tiang supaya dapat merobohkan rumah dan menimpa musuh yang hendak membunuhnya. Doa Syarm’un dimakbulkan apabila dia dapat kekuatan yang luar biasa hingga dapat menggoyangkan tiang yang teguh itu dan membunuh musuh-musuhnya termasuk isterinya ditimpa runtuhan.

Dengan kuasa Allah Subhanahu wa Ta'ala tubuh Syarm’un yang cedera juga turut pulih serta merta. Syarm’um kemudiannya berpuasa selama hampir 1,000 bulan lagi bagi membalas pertolongan Allah yang menyelamatkan nyawanya. Perjuangan Syarm’un dan kekuatan imannya sungguh luar biasa begitu mengharukan Rasulullah dan para sahabat berdukacita kerana tidak dapat mencapai ganjaran seperti itu. Mereka bertanya akan ganjaran yang diberikan Allah kepada pemuda itu. Baginda menjawab tidak tahu, lalu Allah menurunkan Surah al-Qadar. Anugerah malam Lailatul Qadar dengan menghidupkan malamnya mempunyai ganjaran melebihi 1,000 bulan, tidak perlu melakukan jihad sehebat Syarm’un.

Membaca satu ayat al-Quran pada malam Lailatul Qadar lebih disukai oleh Allah berbanding membaca seluruh al-Quran hingga khatam pada malam-malam lain. Perbualan Nabi Musa a.s yang terkenal suka berdialog dengan Allah.

· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin mendekatiMu?”

· Allah: “Apabila engkau menghidupkan malam Lailatul Qadar!”

· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin RahmatMu?”

· Allah: “Rahmat dan belas ikhsanKu kepada mereka yang menghidupkan malam Lailatul Qadar!”

· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin melintasi Titian Siratul Mustaqim selaju kilat”

· Allah: “Hanya jika engkau menghidupkan malam Lailatul Qadar“

· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin duduk dibawah pohon syurgaMu dan menikmati buah-buahannya?”

· Allah: “Dirikanlah ibadat pada malam Lailatul Qadar!”

· Nabi Musa a.s: “Ya Allah aku ingin selamat daripada api neraka?”

· Allah: “Wahai Musa, carilah keberkatan pada malam Lailatul Qadar!”

Setiap malaikat mendoakan umat yang bermunajat, itulah kelebihan umat Muhammmad antaranya diampunkan dosa-dosanya pada malam Lailatul Qadar belum pernah terjadi kepada umat lain sebelum ini. Disamping doa dan harapan kita umat Islam untuk mendapat kesejahteraan hidup, rezki yang berkat, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang baik dan sebagainya tiada hijab untuk Allah menerima dan memakbulkannya. Melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya iaitu:-

1. Orang yang kekal minum arak.

2. Orang yang derhaka kepada ibu-bapanya.

3. Orang yang memutuskan silaturrahim.

4. Orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih 3 hari.

Lailatul Qadar membawa makna Malam Kemuliaan dan Kebesaran iaitu malam terkumpulnya keseluruhan al-Quran di Lauhul Mahfuz sebelum diturunkan secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun. Surah Ad-Dukhaan ayat kedua juga di sebut mengenai kemuliaan al-Quran yang diturunkan pada malam Lailatul Qadar:

“Demi al-Quran! Kitab yang menerangkan kebenaran. Sesungguh Kami telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang berkat…(Kami menurunkan al-Quran pada malam berkat itu dijelaskan malaikat tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku), tidak bertukar atau berubah.

Satu lagi hadis menceritakan mengenai beberapa orang bani Israel menghabiskan masanya lebih 80 tahun menyembah Allah Subhanahu wa Ta'ala. Mereka ialah Nabi Ayub, Nabi Zakaria dan Nabi Yahya. Mendengar itu sahabat Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam takjub dan bertanya bagaimana cara untuk menyaingi mereka itu, lalu Rasulullah bacakan Surah al-Qadar.

Ibnu Hazam berpendapat:-

· Jika bulan Ramadhan 29 hari – maka 10 hari terakhir bermula malam ke 20, maka Lailatul-Qadar jatuh pada malam yang genap.

· Jika Ramadhan genap 30 hari – maka 10 hari terakhir bermula malam ke 21, maka Lailatul-Qadar jatuh pada malam yang ganjil.

Lailatul-Qadar adalah kurniaan Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada umat Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam yang tidak ternilai fadhilatnya. Ini ada kaitan dengan umur manusia di zaman akhir ini (Umat Muhammad).

Jibril a.s. berkata kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam ”Ya Muhammad, tahukah engkau kenapa singkat umur umatmu?” Tanpa menunggu jawapan, Jibril a.s sendiri menjawab pertanyaan itu. ”Sebabnya supaya mereka tidak berpanjangan melakukan maksiat….” Lailatul-Qadar hanya satu malam sahaja dalam malam bulan Ramadhan.

· Ulama sependapat mengenai tarikhnya, namun kebanyakkan menyatakan tarikhnya ialah pada malam 27 Ramadhan (Malam 7 likur).

· Iman Syafie r.a. menyatakan Lailatul–Qadar pada malam 21 Ramadan dan lain-lain ulama menyatakan pada malam 23, 25 dan 29 Ramadhan.

· Ada yang menyatakan daripada 10 malam akhir Ramadhan samada malam yang ganjil atau genap.

Sahibul-Tanbih r.a. menyatakan, Lailatul-Qadar jatuh pada malam 27 Ramadhan berdasarkan jumlah huruf kalimah Lailatul-Qadar (Dalam tulisan al-Quran) iaitu jumlahnya 9 didharabkan dengan 3 (Kerana disebut 3 kali dalam surah berkenaan) lalu dapat 27.

Mengikut Ibnu Abu Hurairah r.a., Abu al-Hassan menyatakan sejak baligh dia tidak pernah luput dapat menemui malam Lailatul-Qadar itu berdasarkan hari awal Ramadhan seperti berikut :-

· Hari Ahad dan Rabu maka Lailatul-Qadar pada malam ke 29 Ramadhan.

· Hari Isnin maka Lailatul-Qadar pada malam ke 21 Ramadhan.

· Hari Selasa dan Jumaat maka Lailatul- Qadar pada malam ke 27 Ramadhan.

· Hari Khamis maka Lailatul-Qadar pada malam ke 25 Ramadhan.

· Hari Sabtu maka Lailatul-Qadar pada malam ke 23 Ramadhan.

Diriwayatkan oleh 'Aisyah r.a. “Sesiapa menghidupkan (Beribadat sepanjang malam) malam Lailatul-Qadar dan mendirikan sembahyang dua rakaat, kemudian memohon keampunan daripada Tuhannya, maka diampunkan dia oleh Allah Ta'ala dan di masukkan ke dalam rahmatNya, kemudian disapukan dia oleh Jibril a.s. dengan dua sayapnya. Barangsiapa disapu oleh Jibril dengan sayapnya maka di dalam syurgalah tempatnya…..”.

Dalam riwayat lain, “Sesiapa mendirikan sembahyang empat rakaat dengan membaca surah al-Fatihah, al-Kautsar dan al-Ikhlas tiga kali, dimudahkan menghadapi sakaratul maut, dikecualikan daripada azab kubur dan dikurniakan empat tiang daripada nur tiap-tiap satunya terdiri 1000 mahligai.“

Lantas dirikanlah:-

1. Sembahyang sunat 2 rakaat, setiap kalinya dibaca surah Fatihah 1x dan surah al-Ikhlas 7x.

2. Diikuti bacaan istigfar (Astaghfirullah hal 'azhiim wa atuubuilaih), zikrullah (Laa ilaaha illallah, Allahu Akbar), bertasbih (Subhanallah wal hamdulillah walaa ilaaha illallahu wallahu akbar walaa haula walaa quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azhiim), selawat (Allahumma sholli ’alaa Saiyidinaa Muhammad).

3. Sembahyang sunat tahajjud.

4. Sembahyang sunat tasbih.

5. Mereka yang bertemu Lailatul-Qadar akan terus dingin badannya kerana dihampiri dan disalami oleh para malaikat, hendaklah segera membaca: “Allahumma innaka ‘afuwwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu 'anni.”

Membaca surah al-Qadar 7x selepas sembahyang 'Isya' akan menjauhkan kita dari malapetaka. Tidak menjadi alasan wanita yang haid, walaupun uzur hendaklah memperbanyakkan:-

{ Doa.

{ Beristighfar.

{ Bertasbih.

{ Bertahmid.

{ Bertakbir.

{ Bersedekah.

{ Menjaga maruah dan akhlak.

{ Sentiasa berada dalam keredhaan suami (bagi yang berkahwin).

{ Sentiasa berada dalam keredhaan ibu bapa (bagi yang tidak berkahwin).

Apabila berakhirnya bulan Ramadhan , menangislah wali-wali Allah, menagislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan segala malaikat kerana berlalu pergi bulan itu. Berlalulah segala kelebihannya:

{ Bulan yang dilipatgandakan pahala dan ganjaran.

{ Bulan yang mudah Allah ampunkan taubat hamba-hambaNya.

{ Bulan yang banyak sekali diturunkan rahmat ke semesta alam dan

{ Bulan yang terdapat padanya MALAM LAILATUL-QADAR!

Wallahua'lamu Bishshawab...
Entry ini di ambil dari blog nuursyifa.  Terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau.

Panglima7.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara