Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Dec 24, 2012

Jangan Jadi Melayu Sampah, Takut Di Kertas Undi


Bismillahirrahmaanirrohim,


Jadilah satu Bangsa Melayu yang berani menukar kerajaan BN UMNO yang tolak Islam, Hukum Allah, Rasuah, Korup dan zalim kepada rakyatnya.  Bangsa yang berani pemangkin kemajuan rakyat dan negara.  Jangan jadi Melayu Sampah, kaki bodek, warisan dari Patih Karma Wijaya.

Panglima7
Kalau nak tukar Kerajaan UMNO BN yang tolak Islam dan hukum Allah di kertas undi pun...tak berani, jangan citer laa...pasal nak berjihad.  Jangan citer laa...pasal anak cucu cicit.  Buat malu bangsa jer.
Read more...

Dec 20, 2012

Siapa Yang Tak Sayu Hati Bila Melihat Anak-Anak Kecil Ini Dibunuh.

Bismillahirrahmaanirrohimm.


Sayunya hati bila melihat anak-anak kecil ini dibunuh. Ya Allah, bantulah ako untuk berjihad Fisabillillah di sana. aaminn.
Panglima7
Sumber dari Blog Naim Nikmat

Read more...

Dec 18, 2012

Pekerja-Pekerja CIMB Bank Berpiket

Bismillahirrahmaanirrohimm.

Pekerja CIMB berpiket bantah pengurusan adik Najib Razak

malaysiaberih.blogspot
Posted by TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

KUALA LUMPUR 16 DIS: Lebih 300 ahli Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (Nube) semalam berpiket depan  Menara Bumiputra Commerce berhampiran pusat beli-belah Sogo bagi membantah pengurusan yang diterajui Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Nazir Razak.

Ia berikutan Nube menuntut pembelaan kerana kesatuan itu menganggap berlaku penindasan terhadap kekerja bank termasuk hak pekerja dilanggar manakala tanggungjawab sosial dikhinati.

“Afendi Md Ali dipecat kerana mempersoal penyalahgunaan dana. Norlaily Mat Loddin yang hamil empat bulan dijerit, dimarahi dan diugut pengurus cawangan hingga pengsan  kerana enggan membuat transaksi yang melanggar undang-undang.

“Kira-kira 100 pekerja kontrak sementara dinafi jaminan pekerjaan dan hak untuk kehidupan lebih baik sepertimana dijamin kontrak tetap. Mereka juga tertakluk kepada diskriminasi melampau.

“Penilaian prestasi dan bayaran kepada pekerja (turut) ditipu; pekerja dinafi makanan ketika menghadiri latihan dan uniform untuk pekerja juga diabai,” kata kenyataan Nube.

Demontrasi antara jam 10 pagi hingga 1 petang itu menyaksikan mereka membawa sepanduk mengecam CIMB dan Nazir, antaranya ‘Adik PM Malaysia Mungkiri Janji’ dan Adik PM sabotaj Manfaat untuk 100,000 rakyat Malaysia’.

Demonstrasi turut gamat apabila peserta memutar lagu Gangnam Style yang diiringi dengan tiupan vuvuzela serta paluan kompang dan gendang masyarakat India.

Nazir adalah adik kepada Datuk Seri Najib Razak yang turut dikait dengan pendedahan usahawan, Deepak Jaikishan berkaitan pembayaran kepada Penyiasat Persendirian, Balasubramanim.

Kenyataan Nube juga menyebut, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu boros berbelanja RM18.7juta bagi menganjurkan pertandingan Golf CIMB Classics 2012 dan RM2.5juta untuk 128 pemain golf muda.

“Pihak pengurusan tertinggi juga dapat bayaran bonus tinggi beserta kereta mewah dan faedah lain,” katanya.KD

Kiriman Sahabat
Panglima7

Read more...

Dec 17, 2012

Apabila Mulut UMNO Bercakap Lebih Pantas Dari Otak..



Bekas Menteri UMNO ini Tidak Tahu Cara Berkomunikasi Dengan Penuh Sopan,Kata Speaker MPR Indonesia 
syed-othman.blogspot.
Posted by Syed Othman bin Syed Abdullah



Inilah contoh menteri UMNO yang pencen,Busuk hati tidak kesudahan,mungkin hasrat dihati mau menjadi calon di PRU13.Tidak mustahil tetapi apakah locus standi beliau mengkritik habibie?kerana hasad dengki dan dendam kesumat terhadap Anwar atau kerajaan PR selangor...kewarasan sudah tiada dan ketinggian ilmu serta keperibadian campak ke dalam tong taik demi kepuasan hati mencaci serta menfitnah insan bernama Anwar.

Oleh kerana kebancingan serta kebusukan hawa mulut beliau Kerajaan Indonesia meminta si bancing ini memohon maaf,kata berpatah Melayu "kerana Mulut badan binasa" jadi masalah lagi kebarangkalian hubungan dengan indonesia, kerana mulut beliau ini ayat orang  puteh kata, "When the mouth moves faster than the brain"?... jadi kata penulis pulak,well his brain was putting on his butt!!!!

Penulis kesian kat mamak ini dan tidak mempunyai sangkaan buruk terhadapnya kerana lagipun usia dan perjuangan politik beliau sudah berakhir.Usia sebegini beliau sepatuhnya dimaafaatkan untuk melatih generasi yang akan datang dari meroyan sedemikian rupa. Yang sedihnya beliau juga liabiliti buat UMNO.....

abusiraj almuner


Bacalah sepenuhnya artikel dibawah....


KUALA LUMPUR, 13 Dis —
Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR), sebuah badan perundangan Indonesia akan menghantar surat bantahan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mengkritik kenyataan bekas menteri Umno Tan Sri Zainuddin Maidin kerana menggelar bekas presiden mereka, B.J. Habibie sebagai “anjing imperialis”.
Perwakilan MPR mengambil sikap tegas di atas kenyataan Zainuddin, yang menambahkan ketegangan di antara kedua-dua negara
.

Speaker MPR, Pramono Anung dilaporkan oleh Jakarta Globe hari ini bahawa bekas menteri penerangan itu harus mengetahui cara untuk berkomunikasi dengan baik dan penuh kesopanan
.

Beliau juga memberi amaran kenyataan sedemikian mungkin menjejaskan hubungan Kuala Lumpur-Jakarta
.

“Kita akan hantar surat kepada Perdana Menteri Malaysia, kita membantah kenyataannya
.

“Kita berharap tindakan yang tegas perlu diambil kepada beliau, kerana ia datang dari bekas menteri penerangan,” katanya di dalam akhbar berbahasa Inggeris itu
.

Zainuddin mengkritik Habibie yang memberi syarahan umum di Universiti Industri Selangor (Unisel) dalam Utusan Malaysia Isnin lalu, dengan memanggilnya sebagai “sombong” dan menyamakan beliau dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum mengakhiri artikel tersebut dengan memanggil mereka “anjing imperialis”
.

“Saya tidak boleh bayangkan bagaimana terseksanya penonton [di Unisel] untuk mendengar seorang lelaki yang egonya tinggi, terutamanya selepas dia akhirnya mendapat peluang untuk bercakap di hadapan mereka yang dia anggap sebagai bodoh, selepas sekian lama rakyat Indonesia tidak mahu mendengar atau menghormatinya,” kata Maidin di dalam ruang editorial Utusan, menurut Jakarta Globe
.

Pengerusi parti pemerintah Indonesia Parti Demokratik Anas Urbaningrum juga membantah kenyataan Zainuddin
.

“Bekas menteri dari Umno itu perlu diajar cara-cara untuk bersopan
.

“Dia tidak seharusnya mengheret mantan Presiden Habibie dalam persaingan politik mereka dengan menghinanya. Ini tidak sepatutnya berlaku,” kata Anas lagi
.

Beliau juga menyeru pemerintah Indonesia untuk menuntut maaf dari Zainuddin kepada Habibie ke atas penghinaannya, kata akhbar itu lagi
.

Selasa lalu, Menteri Luar Marty Natalegawa berkata, Jakarta tidak melayan artikel tersebut dan menganggap itu cuma “perkara remeh”
.

Menteri itu dilaporkan berkata bahawa kenyataan Zainuddin adalah “gila”, tetapi tidak berminat untuk membaca artikel tersebut, dengan menambah bahawa kerajaan mempunyai banyak tugas berbanding memberi tumpuan kepada seorang bekas menteri dari Malaysia
.

Semalam, timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mahu Zainuddin memohon maaf atas penghinaannya ke atas Habibie dan Anwar, dengan berkata kenyataannya dapat menambah ketegangan Malaysia dan Indonesia
.  

Kiriman Sahabat
Panglima7
Read more...

Dec 16, 2012

PERKASA yang Garang Akhirnya Menjadi Lembu

Bismillahirrahmaanirrohimm.


Pertubuhan PERKASA adalah sebuah pertubuhan yang kononnya membela Melayu dan Agama Islam.  UMNO pun mendakwa membela Melayu dan Agama Islam.  Cuma yang membezakan antara keduanya ialah UMNO sebuah Parti Politik sedangkan PERKASA sebuah badan NGO.  Tetapi pendekatan PERKASA sama seperti pendekatan UMNO.....maka jadilah PERKASA sebagai alat perkakas UMNO atau lebih tepat lagi spesis UMNO.

PERKASA bukan main lantang lagi mengecam MCA apabila Presiden MCA Chia Soi Lek menghina agama Islam.....sedangkan UMNO membisu seribu bahasa kerana takutkan MCA.  Kecaman PERKASA yang berapi-rapi tuu....akhirnya berubah menjadi Lembu belaan UMNO apabila Presiden PERKASA, si Katak ini.....tiba-tiba mengeluarkan kenyataan Dayus...bila menyeru ahlinya menyokong MCA dalam Pilihan Raya Umum ke 13 ini nanti sekaligus bagi mempertahankan BN.

Kecaman PERKASA terhadap MCA akhirnya menjadi perbuatan sia-sia apabila PERKASA menjilat balik sumpah seranah mereka kepada MCA.  Inikah pemimpin yang memperjuangkan Melayu dan Islam.  Hanya Melayu yang lurus bendul sahaja mengikut pemimpin yang kaduk ini.

Panglima7


Read more...

Dec 14, 2012

Penyambung lidah Syaitan "Utusan" diperintah Bayar RM50,000

Penyambung lidah Syaitan "Utusan" diperintah Bayar RM50,000   


Mahkamah dapati artikel Utusan ‘berniat jahat’, Karpal terima RM50,000
Oleh Clara Chooi
Penolong Pengarang Berita

December 14, 2012


KUALA LUMPUR, 14 Dis — Mahkamah Tinggi hari ini menganugerahkan RM50,000 kepada Karpal Singh dalam bentuk ganti rugi setelah mendapati Utusan Malaysia memfitnah beliau dalam artikel pada tahun 2008 dimana akhbar tersebut mengatakan pengerusi DAP itu menolak Islam.

Hakim Nik Hasmat Nik Mohamad, semasa membaca hujah penghakimannya berkata, walaupun akhbar berbahasa Melayu itu sudah menarik balik dan memohon maaf dalam tempoh 24 jam selepas penerbitan, artikel itu menimbulkan rasa benci orang ramai kepada Karpal (gambar fail).
Beliau berkata, tarikh penerbitan artikel tersebut pada 25 Ogos, 2008 — sehari sebelum pilihan raya kecil Permatang Pauh, dan disiarkan oleh media arus perdana itu menunjukkan ia “berniat jahat”.

“Pada pandangan plaintif, sebagai pemimpin dalam Pakatan Rakyat (PR), dan pada masa artikel itu diterbitkan, ia dilihat sebagai cuba merosakkan peluang kemenangan,” kata hakim tersebut.

Karpal  memfailkan saman RM10 juta kepada Utusan Malaysia pada 2008, dengan berkata kenyataan beliau disalah tafsir dalam artikel yang ditulis oleh pengarang berita Zulkifli Jalil.

Dalam artikel “DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu” berdasarkan kepada ucapan Karpal pada Konvenyen Nasional DAP ke 15 pada tahun itu dimana Zulkifli sengaja mengatakan ahli politik tersebut menolak Islam sebagai agama Persekutuan.

Panglima7
Kiriman Sahabat.

Read more...

Oct 25, 2012

Kau Ingat Ini Main-Main Ke???

Bismillahirrahmaanirrohimm.




Berapi-rapi Perkasa meminta umat islam dan Melayu jangan mengundi MCA yang telah menghina Agama Islam dan hukum hudud.  Adalah haram umat Islam mengundi MCA, kata Perkasa.  Tetapi 3 hari kemudian....lain pula jadinya bila Perkasa menyeru ahlinya mengundi BN yang komponennya dari UMNO, MCA dan MIC.

Ko ingat perkara ini boleh main-main ke??
Memang bangsat bila Melayu menukar dirinya jadi biawak atau Kaf Lam Ya Nga.

Read more...

Oct 24, 2012

Yang Mana Satu Menghina Islam..??

Bismillahirrahmaanirrohimm.



Biarkan gambar ini berbicara .....bukan TV3 suku atau Utusan meloya yg berbicara.

Panglima7

Read more...

Oct 17, 2012

Lihat...Si Lahanat Ini Belum Kena Peluru Lagi.

Bismillahirrahmaanirrohim.

Budak perempuan ini dipijak Tentera Israel Laknatullah.  Kelihatan berdarah jarinya.

Apakah perasaan anda bila si lahanat ini...berbuat demikian terhadap kanak-kanak yang lemah. Tak dapat Panglima tahan perasaan ini bila melihat kurang ajarnya dan biadapnya tindakan zionis ini memijak badan anak perempuan yang masih kecil ini.  Ini baru anak saudara seagama dengan kita, kalau anak anda sendiri bagaimana.?

Nescaya bergeruh Panglima di masa itu, hina Panglima jika tidak berbuat sesuatu bila anak-anak ini diperlakukan demikian. Samada Panglima yang mati...atau Tentera Israel ini yang mati.


DIMANA BUMI DIPIJAK, DISITU ISLAM KITA JULANG,
BIAR MATI BERGALANG TANAH, DARI HIDUP BERCERMIN BANGKAI,
BIAR PUTIH TULANG, JANGAN PUTIH MATA,

Takbirr....Allahuakbar.!!!
Read more...

Oct 15, 2012

Siapa Lebih Zalim : UMNO atau DAP ??

Bismillahirrahmaanirrohimm.



Siapakah yang lebih jahat dan zalim di sini??  Jangan cerita pasal Melayu la...Kerana Nabi Muhammad SAW tidak pernah melaungkan "Hidup Quraisy"!!!  Nabi SAW hanya memperjuangkan ISLAM.

Fakta ini sahaja sudah cukup menunjukkan UMNO memang terpesong dari jalan yang lurus yang dibawa dan diperjuangkan oleh Nabi SAW dan para sahabat ajmaen.

Ingat.....ini bukan main-main.   Tidak diterima Allah amalan dari mereka yang mencari selain dari Islam.

Firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 5.

Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal pula bagi mereka. (Dan dihalalkan mengawini) wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi Al Kitab sebelum kamu, bila kamu telah membayar maskawin mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan tidak (pula) menjadikannya gundik-gundik. Barang siapa yang kafir sesudah beriman (tidak menerima hukum-hukum Islam) maka hapuslah amalannya dan ia di hari akhirat termasuk orang-orang merugi.

Ayat ini menerangkan bahawa orang-orang Islam yang kafir sesudah beriman (kerana menentang atau tidak menerima hukum Allah) maka tidak akan diterima amalan mereka di dunia ini dan di akhirat mereka termasuk orang-orang yang rugi.  Wallahualam.

Panglima7
Aku hanya menyampaikan sahaja.

Read more...

Oct 9, 2012

Najib Gelabah...Punca Pemberian BR1M

Assalamualaikum Wbr.



Puas aku berkira2...berkalkulator.....macam salah je aku kira....

tuan yg bijak pandai boleh betulkan kesilapan tu erk???

RM500 (BR1M) + RM500 (BR1M 2.0) = RM1000

RM1000 / 55TAHUN MEMERINTAH = RM18.18 SETAHUN
RM18.18 / 12BULAN = RM1.51 SEBULAN
RM1.51 / 30HARI = RM0.05 SEHARI

SEHARI RM0.05 ghupernya. 

NILAI YANG UMNO BN UMPAN UNTUK COVER 55THN PEMERINTAHAN??

BETUI KA??ACU KONGSI CIKIT

Panglima7 Dari Sahabat,
Read more...

Oct 4, 2012

Kematian Yang Terbaik

Bismillahirrahmaanirrohimm.

Gambar Hiasan : Tersenyum seraya memandang......hanya Allah yang mengetahui

Sesungguhnya semua makhluk akan mati dan kita juga akan mati.... tetapi inilah kematian yang terbaik
Inilah kematian yang terbaik.  Inilah kematian yang terbaik...daripada mati di atas katil.


Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda : "Ketahuilah bahwasanya surga itu berada di bawah kilatan pedang." (HR. al-Bukhari dan Muslim)

Dan kematian itu tidaklah sakit bagi orang-orang yang syahid dan dia tidak menjumpai rasa sakit kecuali sakitnya cubitan. Tirmidzi Nasa'i, dan Ibnu Majah meriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam : “Orang yang  mati syahid tidak akan merasakan sakitnya kematian kecuali seperti seseorang di antara kalian merasakan cubitan”. (Dikeluarkan oleh Tirmidzi:3/109, Nasa'i:6/36, Ibnu Majah)

Maka para syuhada senantiasa hidup disisi Rabb-nya dengan mendapatkan rizki, mereka tidak akan merasakan takut dan sedih, mereka bergembira dan bergirang hati dengan karunia yang di berikan Allah kepada mereka. Ruh-ruh mereka berada dalam tembolok burung hijau, terbang bebas di 'illiyyin. Maka sejauh manakah perbedaan antara terbunuh yang mulia ini dengan kematian yang menyakitkan??!!


WAllahi... Sesungguhnya perbedaan antara keduanya adalah jauh sekali dan orang-orang yang dianugerahi petunjuk adalah orang yang berbahagia.



Panglima7
Semoga kita dikurniakan mati yang terbaik ini. aaminn.
Read more...

Oct 2, 2012

Mana Masjid Yang kamu Buat ??

Bismillahirrahmaanirrohim.




Isu kafir mengkafir nie…..berlaku lama dahulu sekitar tahun 80an dahulu…..lama dah.  Dah lebih 30 tahun lamanya.     Isu ini telah pun reda dan tidak berbangkit lagi.    Tetapi UMNO sengaja membangkitkan isu ini kembali …supaya jadi panas menjelang PRU 13 ini.

Sekarang dah terbalik la pulak……….UMNO pula yang mengkafirkan PAS, mengkafirkan Nik Aziz, mengatakan PAS, Parti Islam Sesat.  Lihat kenyataan Ustaz UMNO di atas tuu.  Tuduhan yang telah dikambus 30 tahun dahulu…….dikorek kembali dengan jawapan yang sangat pandir dan dangkal.

Pemerintah di negara-negara bukan islam pun membina surau dan masjid untuk rakyatnya yang beragama islam.  Justeru…..adakah itu tanda mereka juga beriman kepada Allah dan Rasul…wahai Ustaz Kazim ??
Adakah membina Masjid dan Surau itu sudah memadai bagi UMNO dalam beriman kepada Allah dan Rasul …..???   Bina masjid….bina jugak, Magnum 4 ekor pun dibeli jua.  Masjid dibina, kilang-kilang Carlberg pun turut dibina juga.    Yang haq mana mungkin boleh bercampur dengan yang batil.        Apatah lagi menghalang usaha PAS melaksanakan hukum Allah.  Bukan sahaja menghalang, tetapi menentang dan menghina hukum Allah ini.  Kalau UMNO tak nak buat…sudah laa…janganlah pula nak menghalang.

Masjid ko buat…sedang solat dan berjamaah amat jarang sekali.  Akhirnya…masjid jadi kosong, Cuma hari Jumaat ajer yg sesak  sampai melimpah keluar masjid.  (Sembahyang seminggu sekali kot!!)
Tiada kedengaran pun seruan dari pimpinan UMNO dalam menyeru umat Islam bersolat dan mengingati Allah.   Yang kedengaran hanya dendangan tarian seksi  K-POP untuk dihidangkan kepada rakyat.  

Jadi….atas dasar apa masjid dan surau dibina untuk rakyat selama ini….jika semata-mata untuk mengisi kantung dan perut masing-masing dari wang keuntungan projek pembinaan masjid dan surau tersebut.

Panglima7

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara