Bismillahirrahmaanirrohimm.
Pastikan Media cetak dan media elektronik lebih adil, dan tidak berat sebelah selepas Pakatan Rakyat berkuasa di Malaysia. Jangan jadi seperti UMNo BN sekarang ini yang suka menabur fitnah.
Panglima7
OLEH CLARA CHOOI
PENOLONG PENGARANG
BERITA
MARCH 10, 2013
Pemimpin Pakatan melafazkan ikrar
semasa konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. — Gambar failKUALA LUMPUR, 10 Mac —Media akan lebih adil,
diyakini dan lebih tersusun di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR), menurut
janji pembangkang dalam komitmen meluaskan kebebasan awam apabila menang dalam
pilihan raya 2013.
Dalam ucapan tentang manifesto pakatan
tersebut di Konvensyen PR di Pulau Pinang semalam, pemimpin PAS Dr Dzulkefly
Ahmad berkata ini adalah janji yang akan dilaksanakan selepas pilihan
raya.
"Jika ditakdirkan Pakatan Rakyat
berkuasa nanti langkah pertama yang saya akan pastikan ialah sistem medianya
mesti telus dan dan mempunyai kredibiliti yang tinggi tidak seperti sekarang
tidak amanah, menurunnya etika kewartawanan dan sukakan penyebaran fitnah,"
katanya yang dipetik dariHarakah Daily hari ini.
Ahli parlimen Kuala Selangor menambah
PR tidak seharusnya mengekalkan sistem media yang ada, yang kini dikawal oleh
kerajaan Barisan Nasional (BN), jika tidak rakyat akan menghukum pakatan
tersebut kerana gagal dalam melaksanakan janjinya.
.
Beliau berkata sudah
menjadi tuga parti-parti PR seperti PAS, PKR dan DAP memastikan kebebasan media,
yang selama ini diingini kerana mendakwa selama 50 tahun dihentam oleh media
dengan "penipuan".
Ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat itu
berkata "penipuan" mestilah dihentikan kerana kebanyakan orang Melayu mudah
percaya apa yang dibawa mereka, sehingga yakin menjadi kewajipan untuk mengundi
BN.
"Umno dan BN bukan parti yang kuat
sebenarnya. Parti itu lemah, cuma kerana mereka menguasai media arus perdana apa
yang ada dicakapkan itulah diulang tayang agar rakyat tetap dengan BN walaupun
ianya karam di lautan," katanya yang dipetik dari Harakah Daily.
PR yang terdiri dari PKR, DAP dan PAS,
dilihat mampu menumbangkan BN dari pemerintahan setengah abad di Malaysia yang
akan melangsungkan pilihan raya 2013 selewat-lewatnya Jun ini.
Pakatan tersebut percaya sokongan
bertambah berbanding pilihan raya 2008, di mana BN mengalami kekalahan
teruk.
Dalam melancarkan manifesto bulan lalu,
PR menjanjikan kepada pengundi dalam usaha meningkatkan pendapatan isi rumah
kepada RM4,000 pada akhir pemerintahan pertamanya.
Pakatan tersebut berjanji akan
menurunkan harga minyak dan tarif elektrik, menghapuskan tol, menurunkan harga
kereta, pendidikan percuma, dan meningkatkan kadar kepada mereka yang dikenakan
cukai dari mereka yang memperoleh RM250,000 setahun kepada RM400,000.
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli,
yang mengumumkan manifesto tersebut berkata, PR fokus dalam meningkatkan
pendapatan dengan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan
tinggi.
"Kita mahu membaiki dan mengurangkan
jurang pendapatan, bukan seperti di bawah Umno-Barisan Nasional (BN), yang
miskin bertambah miskin, yang kaya bertambah kaya.
"Kerana cara mereka menguruskan ekonomi
berdasarkan kaum, dengan cuba menyasarkan pendapatan ekuiti 30 peratus
Bumiputera, sementara kita cuba membaiki pendapatan tidak mengira kaum," katanya
lagi.
Rafizi juga menggariskan empat cara PR
dalam menguruskan ekonomi, termasuk mencipta satu juta peluang pekerjaan dengan
mengurangkan pergantungan tenaga asing secara berperingkat-peringkat, dan
mencipta peluang ekonomi berlandaskan prinsip keadilan, melihat semula konsesi
awam dan mengakhiri monopoli kerajaan, disamping mengubah sistem
pendidikan.
"Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah". Surah Al-Qasas ayat 17. Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu. Surah An-Nisa Ayat 61
Pengikut-Pengikut Panglima7
Kalendar Islam
Mar 13, 2013
Jangan Tiru UMNoBN, Media Sumber Fitnah
Labels:
Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Cawangan-Cawangan Pas
Blog-Blog Sahabat 4
Label
- Agama (118)
- Aku (19)
- Article (10)
- Berita (34)
- Hadis (1)
- Hebahan (4)
- Hiburan (13)
- Himpunan Kisah dan Teladan (12)
- Iklan (3)
- Isu Semasa Negara (5)
- Ke Arah Hidup Yang Kekal Abadi Lagi Abada (2)
- Khurafat Mistik Dan Batin..Bersiri (3)
- Kiriman (4)
- Luar Negara (12)
- Mari Belajar Tajwid. (2)
- Mari Mengenal Islam (2)
- Outstation (1)
- Politik (346)
- Politik. (115)
- Puisi (1)
- Sejarah (3)
- Sejarah Kepahlawan Bangsa Melayu (2)
- Semasa (4)
- Seram (3)
- Story (3)
- Sukan (6)
- Tolong Kami Bantu Kami (3)
- Ucapan (7)
No comments:
Post a Comment