Pengikut-Pengikut Panglima7

Kalendar Islam

Mar 15, 2013

UMNoBN Pengkhianat Bangsa dan Negara.

Bismillahirrahmaanirrohim

Assalamualaikum Wbr.

UMNoBN Pengkhianat Bangsa dan Negara, kempenkan di blog-blog anda semua.


Pemberian IC yang berleluasa kepada Warga Negara asing untuk menjadi warga Negara Malaysia sah oleh UMNO bagi mengundi BN adalah merupakan suatu kesalahan yang sangat besar dan berat kepada bangsa dan juga Negara.  Negara boleh tergadai…..Tengok apa yang dah terjadi pada SABAH !!!!! 

Ini merupakan pengkhianatan kepada Bangsa Melayu dan Rakyat serta Yang DiPertuan Agong.  Amanah dan kepercayaan yang diberikan untuk mentadbir negara digadai demi kuasa politik sempit mereka.  Mereka menggadai kedaulatan Tanah Tumpah Darahku ini.

Lihat apa yang berlaku di Sabah sekarang.  Pihak Polis dan tentera terpaksa bersabung nyawa bagi menghapuskan mereka-mereka yang Kerajaan UMNO berikan ic ini.

Memberi IC atau kewarganegaraan adalah  suatu yang SANGAT MAHAL harganya.   Itulah harga yang terpaksa dibayar oleh Rakyat dengan terkorbannya Perwira-Perwira Negara akibat kesalahan UMNoBN ini.     Apa yang UMNO dah lakukan ini.  Bukalah mata wahai Rakyat.   Tumbangkan UMNO pada Pilihanraya PRU13 ini supaya rakyat lebih aman dan sejahtera.

Panglima7

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara