Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Sep 30, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Buat Semua

Assalamualaikum wbr.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin." kepada semua warga Malaysia, Muslimin dan Muslimat, Mukminin dan juga Mukminat. Semoga kita dipertemukan Allah lagi pada Ramadhan yang akan datang. InsyaAllah. Amin.

Saya akan kembali semula pada 5hb Oktober nanti InsyaAllah. Selamat Pulang Ke Kampung Halaman. Pada yang memandu, berhati-hatilah di JalanRaya. pandu Cermat Jiwa Selamat.

Wassalam.
Read more...

Sep 29, 2008

Apabila Gerakan Meniti Jambatan Ke PKR

Assalamualaikum wbr.

Berita terbaru adalah kemasukan pemimpin dan ahli GERAKAN Wilayah Persekutuan yang mengisytiharkan keluar parti dan masuk Parti Keadilan Rakyat. Berita ini bukan sahaja menyebabkan Tan Sri Koh Tsu Koon dalam persimpangan tetapi mengoyangkan Sayap Barisan Nasional. Dengan Keluarnya Gerakan ini akan membuka satu lembaran baru dalam sejarah politik negara dan bakal menarik parti parti komponen yang lain berpaling tadah.

Apa yang ingin saya ketengahkan di sini ialah Parti Gerakan adalah sebuah parti yang mempunyai grassroot dan jentera yang seimbang dan mantap. Merea berkerja dalam kumpulan. Apabila mereka memasuki parti baru seperti PKR maka situasi gerak kerja akan berlainan. PKR adalah sebuah parti yang hebat dalam mencipta gelombang mengkucar kacirkan pihak lawan. Lihat sahaja bagaimana gelombang Psycology yang dibuat selepas 8 Mac yang lalu menyebabkan UMNO dan BN serta politik negara dalam keadaan yang sangat kucar kacir dan tidak menentu. Dengan memberikan beberapa deadline sudah cukup meresahkan UMNO & BN hingga mereka tidak mampu bernafas dengan baik hingga ke tahap " Mintak Nyawa" - Mintak Nyawa"

Walaupun PKR sebuah parti yang mahir memainkan sentimen gelombang psycology ini tetapi harus diingat, parti ini lemah dari segi grassrootnya. Seperti kiambang yang hebat di kali dan di tasik tetapi akarnya tidak jejak ke bumi. Jangan Temberanglah...PKR sangat mengharapkan Pas sebagai sekutunya bagi membantu melicinkan perjalanan gerak kerja diperingkat Grassroot. Apabila Gerakan memasuki parti ini mereka seharusnya tidak terkejut dengan situasi ini. Lihat sahajalah ahli-ahli parlimen di bawah PKR yang sukar untuk menjalankan tugas mereka setelah menang dalam pilihanraya yang lalu apabila akar umbi tiada bersama-sama bagi meninjau masalah rakyat. Ini akan melambatkan bantuan dan keberkesannya kerja. Terkontang kantinglah YB-YB ini. Akhirnya banyak berita satu persatu mengenai ketidak puasanhati rakyat akan keluar di dada akhbar terhadap perhidmatan mereka. Lihat sahaja apa yang berlau di Lembah Pantai.

Oleh itu PKR tidak harus mendabik dada, memperkecilkan dan melupakan sekutunya terutamanya Pas dalam hal ini. Tidak dapat dinafikan kemenangan PKR dalam Pilihanraya yang lalu banyak didokongi dan dibantu oleh Petugas-petugas dan Unit Amal Pas.

Sekiranya Pas dilupakan, jangan terperanjat jika YB-YB PKR ini mungkin hanya sepenggal sahaja menjadi ahli parlimen atau ADUN di kawasan masing-masing.

Oleh yang demikian, bekerja dan bergeraklah dalam pasukan dan anda akan dirahmati juga anda akan dapat segala-galanya nanti.

Wallahualam
Read more...

Sep 28, 2008

Anwar Bertempur Dengan UMNO, PAS Pula Yang Tersadung

Assalamualaium wbr.

Nampaknya isu pengambil alihan Kerajaan Baru oleh Pakatan Rakyat yang dicanang-canangkan oleh Anwar bukan sahaja meresahkan UMNO dan BN tetapi juga oleh Pas yang berada di dalam PAkatan Rakyat.

Pas sudah seakan-akan terbahagi kepada 2 kumpulan. Kumpulan Pertama, yang kebanyakkannya golongan muda bersetuju dengan pengambil alihan ini oleh PR dan ingin bersama-sama dengan Anwar, manakala yang kedua pula tidak setuju malah ingin keluar dari PR ini sekiranya tidak memenuhi syarat yang ditetapkan. Apa sudah jadi.?? Mengapa di saat UMNO sudah berdarah hidungnya dan mula terkeneneng iri dan kanan, dan disaat sinar kemenangan mula menampakkan cahayanya maka di saat itulah perpecahan mula berlaku?

Kumpulan kedua ada mengatakan bahawa semua ahli Pas patut menerima apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Presiden Parti kerana ianya keputusan yang telah melalui Majlis Syura. Sebagai ahli parti, sepatutnya ahli Pas kena terima apa saja keputusan Presiden dengan hati yang tenang dan berbaiah dengan pucuk pimpinan.

Anwar telah pun bertemu dengan Pucuk Pimpinan Pas, menerangkan bahawa lebih 50% majoriti ahli Parlimen nanti terdiri daripada mereka yang beragama Islam. Kenyataan Anwar ini dilihat seolah-olah cuba menenangkan air yang berkocak dalam kolam buatannya itu.

Tetapi kocakkan ini tidak menampakkan tanda-tanda akan reda. Pertikaian masih lagi berlaku dan yang terbaru pertikaian di antara Ir Khalid Abd Samad Ahli Parlimen Shah Alam dengan Datuk Mustafa Ali, Pesuruh Jaya Pas Negeri Terengganu. Pada hemat saya, kalau ia pun janganlah sampai dibawa ke dada-dada akhbar. Kita jangan terikut-ikut cara UMNO. Masalah dalaman hendak lah dibawa berbincang tanpa tuduh menuduh di antara satu dengan yang lain. Selain itu juga banyak berlaku perselisihan pendapat dikalangan pemimpin Pas mutakhir ini yang kadangkala memeningkan kepala ahli-ahli pas sendiri. Payah kita nak jawab sheikh.

Adakah ini menandakan yang Pimpinan TG Haji Hadi Awang lemah dan tidak bisa mengawal apa yang berkocak dalam Parti Pas sekarang.???

Tuan-tuan tentu ada jawapannya.

Wallahualam.

Wallahulam.
Read more...

Sep 27, 2008

Terkenang Ayahanda dan Bonda di Akhir Ramadhan

Assalamualaium wbr.

Entah mengapa di hari-hari terakhir Ramadhan ini hatiku terasa sayu. Apatah lagi selepas pualang dari menziarahi pusara ayahanda dan bonda tercinta pagi tadi. Ibuku telah terlebih dahulu pergi menyahut seruan yang maha esa 20 tahun yang lalu. Menyusul pula ayahku yang pergi buat selama-lamanya 10 tahun kemudian.

Nostalgia peristiwa-peristiwa gembira dan sedih bermain-main difikiran. Tanpaku sedari bergenang airmataku. Ya sungguh sedih...sempit sungguh rasa dadaku. Aku tak sempat berbakti pada ayah dan ibuku ketika mereka hidup di dunia ini. Ibuku meninggal semasa aku lepas selesai peperisaan SPM manakala ayahku pula meninggal dunia ketika aku baru shj dikurniaan anak yang kedua. Tak sempat anakku itu melihat siapa atuknya.

Setealh pemergian ibuku, aku menjadi anak yang paling rapat dengan ayahku. Beliau sering berkongsi cerita tentang kisah hidupnya semasa kecil. Masih terngiang-ngiang ditelinga ketika ayahku berkata beberapa kali kepadaku, "kalau aku tiada, kau tak dapat lihat bulan dan matahari tau". Perkataan keramat itu dalam sungguh maksudnya, menusuk kalbuku sehingga kini aku masih mengingatinya. Lebih-lebih lagi apabila terdengar lagu Allahyarham Sudirman.

Ayah dan ibu...
Ayah dan ibu...
Itulah permulaan kami...
Dapat melihat bulan dan matahari.

Yang dikurniakan dari Illahi...
Ayah dan ibu
Ayah dan ibulah mesti dihormati..

Ayah dan ibu
Ayah dan ibu
Wali.. wali keramat
pada mereka kita mohon hormat.

Aku tak boleh dengar lagu ini...pasti kelopak mataku bergenang dan berguguran dengan airmata.

Ya Allah Ya Tuhanku. Kau Ampunilah dosa kedua ibubapaku ya Allah dan sayangilah mereka sebagaimana mereka memelihara dan menyayangi diriku ini semasa aku masih kecil.
Ampunilah dosa kedua ibu dan bapaku ya Allah. Dosa yang kecil dan juga dosa yang besar, dosa yang Awal dan juga dosa yang Akhir, dosa yang terang dan juga dosa yang tersembunyi. Dosa yang sengaja dan juga dosa yang tidak sengaja. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau Ya Allah. Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Semoga Roh kedua ibubapaku dicucuri Rahmat oleh Allah dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Amin Ya Rabbal Alamin.
Read more...

Ikhlaskah Kerajaan Bantu Warga Emas ?

Assalamualaium wbr.

Dalam perjalanan saya menziarahi pusara Ayahanda dan Bonda pagi tadi saya sempat mendengar beberapa iklan yang dikeudarakan di dalam radio kereta saya. Saya agak terkejut dengan satu iklan ini apabila mendengar watak antara cucu dan seorang warga emas pencen kerajaan yang berumur 70 tahun.

Cucunya gembira sungguh apabila atuknya mendapat bantuan yang berjumlah RM700 dulu dan kini menerima bantuan dari kerajaan yang keseluruhannya berjumlah RM720. Ini telah dimaklumkan di dalam budget 2009 yang lalu. Dalam ilmu hisab, mengikut perkiraan hamba ini, jumlah tambahan yang diberi cuma RM20 sahaja.

Tetapi gembiranya mereka ini seolah-olah baru menang "luckydraw. Tidakkah mereka tahu yang jumlah bantuan kerajaan untuk warga emas ini cuma RM20 sahaja. Adakah jumlah ini boleh mengenyangkan mereka selama sebulan ??? Tambahan pula barang-barang keperluan yang meningkat dan juga kos perubatan kadangkala lebih dari seratus peratus. Amat menghairankan.

Bukannya kita tidak bersyukur dengan apa yang diberi tetapi biarlah munasabah sikit kalau ia pun nak beri bantuan.
Kalau betul kerajaan ikhlas ingin membantu mengapa pula perlu mengiklankan di dalam radio. Tidakkah kos pengiklannan ini memakan belanja ribuan ratus ribu ringgit jika hari-hari dikeudarakan di dalam radio. Banyak sangatkah jumlah yang warga emas ini dapat hingga perlu kerajaan tanggung ribuan ratus kos pengiklanan tersebut.???

Alangkah baik jika kos iklan itu ditiadakan dan wang itu ditambah bagi membantu mereka ini atau disalurkan untuk maslahat yang lain.

Atas keperluan apa perlu diiklankan.? Untuk warga emas inikah atau untuk diperdengarkan kepada umum. Beri sahajalah kepada mereka seperti yang sebelumnya. Di sini sudah nampak ketidakikhlasan kerajaan BN yang diterajui oleh Pak Lah bagi menunjukan kepada rakyat yang kononnya mereka sangat perihatin.

Sungguh amat memualkan. Bak kata orang janganlah riya dan menunjuk-nunjuk, lagi pun pemberian tidak sebesar mana pun malah menghabiskan wang rakyat dalam membayar kos iklan itu. Silap haribulan, kos bayar iklan lagi besar dari bantuan kepada semua warga emas ini.

Wallahualam.
Read more...

Sep 26, 2008

Bagaimana Zina Boleh Dianggap Sedekah ???

Assalamualaikum wbr.

Baru-baru ini seorang ahli PKR, Zul Hassan yang juga merupakan Ahli Majlis Daerah Perak Tengah mendakwa beliau ditangkap atas tuduhan melakukan hubungan seks dengan seorang wanita China disebabkan diperangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Beliau mengatakan kalau orang beri sedekah takkan kita tak nak menerimanya. Bagaimana kenyataan seperti ini boleh keluar dari mulut beliau. Mana mungkin sesuatu yang keji itu disamakan dengan sesuatu yang mulia.??? Tambahan pula beliau seorang Islam. Kalau perkataan itu keluar dari mulut orang Non-muslim mungkin boleh diterima lagi.

Bukan sahaja tindakan ini memalukan diri beliau sendiri tetapi juga memberi imej yang sangat buruk kepada Kerajaan Baru Negeri Perak yang melantik beliau sebagai Ahli Majlis Daerah.

Timbalan Pengerusi PKR Perak pula yang juga bernama Zulkifli tetapi Zulkifli Ibrahim pula memberikan komen yang mungkin ini kesilapan dari segi bahasa, tapi itu bukan pula menunjukkan bahawa seks itu satu sedekah.

Wah.. bertambah kalut isu ini.
Bagaimana dengan pendapat anda ? anda bersetuju dengan komen 2 oarng Zulifli ini ?

Dunia oh dunia....
Read more...

Asal Usul dan Uniknya kejadian buah kurma

Assalamualaikum wbr.

Saya ingin berkongsi bersama tuan-tuan semua tentang email yang saya terima dari rakan-rakan. Semoga ada manfaatnya.
______________________________

Ketahui lah....

Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar

sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi
setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling
rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yang
berharga RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadan harganya
menjadi lebih mahal.

Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan kandungan
gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar kisah2
Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah
yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya. Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakan umrah semasa pengambaran Drama Cinta Madinah yang bakal disiarkan ceritanya pada saluran RTM bulan ini, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar
dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam Anis julai lalu).

Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan
oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat
berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul
tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan
herba yang lain.

Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga,
Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar
betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan).

Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya dmelintuk ke bawah. Pada
bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan
tamar betina .

Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan
proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk, disapu dua tiga ranting bunga jantan
kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya. Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin.

Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC. Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah musim menuai. Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh
digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina . Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.

"Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah s.w.t
pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long.

Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami juga bingung kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan, "Gosok pada tangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam.

" Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s. "

"Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi
dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk
kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum lebar.

Wallahualam.
Read more...

Harga Minyak Turun Seposen - Tapi Inflasi Terus Meningkat 8.5 Peratus

Assalamualaium wbr

Regim Abdullah Bodowi semalam menurunan harga minyak sebanyak seposen aje setelah lebih kurang sebulan berkempen kepada Rakyat untuk menurunkan harga minyak menjelang Hari Raya Puasa ini. Mereka berkempen dalam media arus perdana bagai nak "rak" seolah-olah penurunan yang bakal dibuat itu begitu besar nilainya. Seolah-olah lebih dari 50sen atau sama nilainya seperti yang digembar-gemburkan oleh Anwar Ibrahim sekiranya Pakatan Rakyat memerintah.

Tetapi apa sudah jadi....kenape seposen??? Kenapa bila harga 1 barrel minyak turun sebanyak USD92.00 setong baru nak kata, pendapatan Petronas juga berkurangan? Bila harga minyak melambung sehingga USD142.00 setong tidak pula diucapkan yang Petronas untung berpuluh-puluh billion.

Cakap-cakap ini adalah taktik dan alasan kaduk mereka bagi mewajarkan penurunan sebanyak 10sen diterima oleh rakyat. Bagi rakyat penurunan ini memang baik tetapi bukanlah satu berita yang memungkinkan mereka melonjak kegembiraan dan memuji-muji tindakan ini. Kalau dulu ya....semua dok memuji-muji tapi sekarang payahlah. Biasa ajer. Sebaliknya ramai yang berkata....sepatutnya turun banyakkkkkk lagi.

Tindakan kaldai kerajaan UMNO dan BN menaikkan harga minyak secara drastik sebanyak 78sen tanpa membincangkan dan menerima pandangan rakyat yang lalu menyebabkan krisis ekonomi yang sungguh teruk kepada negara dan rakyat.

Kuasa membeli rakyat berkurangan, harga barang sangat mahal. Pergilah ke pasaraya besar seperti Tesco dan Giant, kenaikan harga barang memang terasa. tetapi kalau berkunjung ke pasaraya yang agak sederhana kecil, ianya lebih terasa macam Warta, Billion dan lain-lain yang menyaksikan kenaikan harga yang sangat dahsyat. Pergilah kalau anda tak percaya.

Akibatnya berlakulah Inflasi pada Ogos lalu sebanyak 8.5 peratus, terburuk dalam sejarah 27 tahun ini. Inilah harga yang terpaksa ditanggung bukan sahaja oleh rakyat tetapi kerajaan yang mempunyai pemimpin yang berfikiran kaldai.

Kasihan rakyat. Ramai yang terpaksa berhutang manakala pihak bank pula begitu mudah menawarkan loan atau pinjaman bagi menangguk ikan di air keladak.

Apapun penurunan seposen ini akan melahirkan ramai yang bermuka seposen. Walau seramai mana pun yang bermuka seposen tidak memungkinkan para peniaga menurunkan harga barangan mereka. Turut sikit-sikit mana peniaga nak nampak beb !!!. Ako yang tak jadi menteri ni pun tahu dari mereka....kata sesetengah orang.

Akibat penurunan yang tak terasa ini, Hari Raya nanti....ramai agaknya yang stay beraya dibandar...agaknya lah kut.

Wallahualam.
Read more...

Nujum Pak Belalang - Versi Politik Sekarang

Assalamualaikum wbr...

Ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Tiada kena mengena dengan sesiapa yang hidup ataupun yang telah mati. Mungkin anda telah pun membaca cerita ini....tetapi bagi mereka yang belum....Selamat membaca.

Saya ambil lawak ini dari email yang saya terima dari rakan-rakan menyebabkan saya ingin berkongsi bersama-sama dengan anda. Selamat terhibur.
_____________________________________

Mari kita tukar teka-teki dalam filem Nujum Pak Belalang sesuai dengan keadaan politik semasa kita.... Hahahahaha.. .!!!!

Soalan 1

Tukang Soal : 'Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih,
bagaimanakah kita mahu tahu yang mana UMNO dan yang mana PR-Pakatan Rakyat..??'

Ahli Nujum Negara : 'Mintak pada hamba..! Apabila sebatang kayu
diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah UMNO dan yang menegak
ke atas itulah PR..'

Tukang Soal : 'Sebabnya... !!??'

Ahli Nujum Negara : 'Sebabnya... Kita pun telah tahu sekarang ini parti UMNO hampir tenggelam manakala PR makin tinggi kedudukannya. ..'

Soalan 2

Tukang Soal : 'Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah UMNO dan yang
manakah PR..??'

Ahli Nujum Negara : 'Ini senang saja, kita letakkan kedua anak itik
ke dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah PR dan yang lari sampai
terberak itulah UMNO..'

Tukang Soal : 'Sebabnya... !!??'

Ahli Nujum Negara : 'Sebab di dalam negara kita, musuh utama PR hanyalah UMNO yang patut kita kejar.. Bukan Parti Amanat Bangsa di Indonesia atau Parti Rak Tai di Thailand..!!'

Soalan 3

Tukang Soal : ' Ada sebuah masealah, Satu... baaaanyak-banyak! !... Dua... sedikit-sediiiiikit ....!!!
Tiga... jarang-jarang! !!... Empat... kad-dang, kad-dang, Apa itu..???'

Ahli Nujum Negara : 'UMNO!!!'

Tukang Soal : 'Buktikan..! !'

Ahli Nujum Negara : 'Satu... Baaanyak-banyak. .. Ertinya, ahli UMNO memang banyak dalam negara ini... Dua... Sedikit-sediiikit. .. Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara dari bilangan ahli UMNO yang banyak itu... Tiga... Jarang-jarang. .. Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan... Empat... Kad-dang, kad-dang... Ertinya kad-dang, kad-dang barulah kita dengar dan lihat ada pemimpin tertinggi UMNO yang mahu mendengar suara ahlinya...'

Soalan 4

Tukang Soal : 'Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana UMNO..?? Di kerisnya kah? atau di jenteranya kah..???'

Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan Laksamana UMNO bukan terletak pada
kerisnya ataupun pada jenteranya.. .'

Tukang Soal : 'Dimana terletak kekuatannya. .???'

Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan UMNO hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya! !'

Tukang Soal : 'Buktikan!!'

Ahli Nujum Negara : 'Laksamana UMNO begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatannya. .. Iaitu toyol dari Media Prima, toyol dari Polis serta toyol dari Badan kehakiman.. Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah...'

'Biasalah... UMNO akan memungkiri janji dan suka lari dari tajuk apabila
kalah dalam apa-apa pertandingan. . Tapi bak kata Dato' Seri Anwar Ibrahim,
Jangan takut.. LAWAN... TETAP LAWAN...!!!'

Soalan Extra

Tukang Soal : 'Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana... !!! Apakah yang ada di genggaman beta...????'

Ahli Nujum Negara : '........... DUIT !!!..'
'Kerana duitlah yang telah MENJAHANAMKAN UMNO...'

Sekian... Semoga Terhibur... Wassalam...
Read more...

Sep 25, 2008

Kerana Mulut Malaysia Binasa

Assalamualaikum wbr.

Pagi tadi saya ada menerima email bertajuk " Kerana Mulut Malaysia Binasa" dan kemudian menerima email itu pula yang diforwardkan oleh kawan-kawan tetapi telah diubah tajuknya kepada "Siapa Teresa Kok"

Walau apa pun tuduhan di lontarkan ke atas beliau, beliau berhak membela diri. tak kiralah dia Kristian ke, dia Yahudi ke, dia bukan Melayu ke, bukan islam ke....dia ada hak membela diri. Islam itu adil.
Bukannya main tangkap dan sumbat dalam ISA tanpa bicara. Itu bukan cara Islam dan Islam itu tidak zalim. Kita tidak boleh menghalalkan cara. Kalau UMNO dan pengikut-pengikutnya mengaku kononnya negara ini negara Islam dan diperintah oleh orang Islam, mengapa mengguna pakai Hukuman Hutan ini yang orang non-muslim pun kata ianya tak adil dan zalim. Macammana kita nak kata Islam itu indah dan cantik pada mereka.

Penahanan tanpa bicara. Ini tidak di ajar oleh Nabi SAW. You are not guilty until it is proven. Anda tidak bersalah selagi dibuktikan terlebih dahulu. Itu prinsip dan kata-kata hampir keseluruhan pemimpin-pemimpin UMNO. Tetapi mengapa dalam hal ini perkara ini diketepikan. Siasat, dakwa dan bicaralah dia yakni Teresa Kok di Mahkamah sekiranya ada cukup bukti. Janganlah kita memainkan sentimen perkauman demi kepentingan politik orang tertentu. Bahayanya tidak tertanggung anak-anak kita nanti.

Penyebaran email yang berprangsangka jahat oleh pihak-pihak tertentu yang berlegar-legar sekarang ini akan lebih memburuk lagi keadaan antara kaum kerana sebarang tuduhan tanpa bukti yang kukuh tanpa beliau dapat menjawabnya perlulah dihindari. Saya orang Melayu juga tapi saya tahu hak mereka yang bukan Islam kerana kita hidup, bekerja bersama-sama dan berjiran dengan mereka.

Wallahualam.
Read more...

Sep 24, 2008

Permainan Wayang Abdullah Badawi

Assalamualaikum wbr.

Baru-baru ini negara dikejutkan dengan pertukaran potfolio Jawatan Menteri Kewangan yang disandang oleh DS Abdullah Badawi dengan Jawatan Menteri Pertahanan yang disandang oleh DS Najib. Umum tertanya tanya mengapa tiba-tiba jawatan tertinggi ini ditukar secara tiba-tiba. Apakah motif Abdullah sebenarnya? Apakah Abdullah takut berlaku rampasan kuasa dengan memegang bahagian pertahanan ??? Sepertimana takutnya Musharaf. Rupa-rupanya setelah di analisis barulah saya mendapat jawapannya.

5 hari yang lepas DS Abdullah membuat Press Conference mengumumkan pengambil alihan jawatan Menteri Kewangan oleh DS Najib Tun Razak. Kononnya penyerahan itu bagi DS Najib sebagai lambang keikhlasan PM untuk membolehkannya menerajui negara sebagai Perdana Menteri in future paling lewat menjelang 2010 manakala kata Pa Lah, beliau sendiri akan memantau performance Najib dari masa ke semasa. Najib dengan hati yang gembira terharu dengan keputusan ini walaupun beliau terpaksa melepaskan jawatannya sebagai Menteri Pertahanan berkuatkuasa serta merta. Mamat ni asyik terharu aje.

Tindakan Najib ini yang mengangguk aje merencatkan perancangan Muhyiddin Yassin untuk mendesak Abdullah meletak jawatan pada hujung tahun ini. Dan tindakan Najib ini menyebabkan apa yang beliau ucapkan agar peletakkan jawatan PM hujung tahun ini, biarlah ahli UMNO sendiri yang menentukan menjadi sia-sia belaka. Macam angin berlalu aje laa. Dengan penerimaan Najib terhadap apa yang dilakukan Abdullah tanpa kompromi menyebabkan pelan Succession Planning bertambah lewat.

Ramai yang tertanya-tanya mengapa Abdullah membuat pertukaran ini sedangkan budget yang dibentangkan baru-baru ini oleh Abdullah sebagai Menteri Kewangan di masa itu masih belum dibahaskan lagi di Parlimen.

Teka Teki ini akhirnya terjawab, bilamana DS Abdullah berkata baru-baru ini, bahawa beliau akan mempertahankan Jawatan Presiden UMNO habis-habisan pada pemilihan kali ini. Apa sudah jadi? Kenyataan Abdullah ini secara tidak langsung menjawab semua persoalan yang berada dibenak kita selama ini.

Sekiranya Abdullah masih berdegil dan keras hati ingin mempertahankan jawatan Presiden UMNO bagaimana Jawatan Perdana Menteri bisa diserahkan Kepada Najib. Syarat untuk menjadi Perdana Menteri mestilah seseorang itu menjawat jawatan sebagai Presiden UMNO. Mengapa pula jawatan Presiden UMNO ini perlu dipertandingkan sekiranya Abdullah benar-benar ikhlas ingin menyerahkannya kepada Najib sebelum atau pada 2010. Bagaimana sekiranya Najib kalah dalam pertandingan ini. Tidakkah laluan Najib akan bertambah sukar dan musnah. DS Abdullah tidak akan rugi apa-apa sekiranya beliau kalah dalam perebutan jawatan ini kerana beliau telah ada rancangan untuk menyerahkan jawatan tersebut kepada Najib. Sekiranya Abdullah menang dengan sokongan yang besar maka sangat atau sungguh maha besarlah Pak Lah tidak ingin ia menyerahkan jawatan PM kepada sesiapa pun waimah Najib.

Penyerahan Jawatan Menteri Kewangan kepada Najib di saat-saat Dunia menghadapi krisis keruntuhan nilai USD akan menyebabkan Najib dituduh sebagai tidak pandai mengurus kewangan juga ekonomi negara apabila Ringgit turut susut nilainya bersama dolar Amerika. Tambahan pula beliau tidak mendengar cakap tuannya yg dahulu Tun Mahathir agar menambat Ringgit.

Abdullah cuba membuatkan Najib sibuk dengan tugas-tugas barunya dalam memastikan ekonomi dan Ringgit tidak merudum.

Ia juga sebagai strategi Abdullah Badawi melepaskan diri dari malapetaka terbaru ini dan dapatlah beliau bernafas sikit dlm menumpukan sepenuh perhatian kepada pengukuhan jawatannya dalam pemilihan UMNO kali ini. Untuk itu beliau telah mengerahkan orang-orangnya berkempen di setiap pelusuk Bahagian Umno di negara ini bagi mendapatkan cukup pencalonan sebanyak 58 pencalonan sebagai guideline bagi melayakkan beliau bertanding dan mempertahankan Jawatan Presiden Umno.

Siapa yang terkena di sini??? Kita lihat sapa yang kena nanti...??

Mungkinkah telahan saya ini betul ??? Kita tunggu dan lihat nanti apa yang bakal berlaku, dan yang pasti kancah politik UMNO dan negara tambah bergolak lagi.

Wallahualam.
Read more...

Sep 23, 2008

Kenyataan Hamid Albar Tidak Berasas

Assalamualaikum wbr.

Kenyataan DS Hamid Albar mengenai beliau tidak mempunyai kuasa dalam penahanan dan pembebasan tahanan ISA baru-baru ini adalah tidak berasas sama sekali. Beliau mengatakan pihak polislah yang mempunyai kuasa penuh dalam membuat siasatan dan menahan pesalah di dalam ISA tanpa perlu merujuk kepada beliau. Persoalannya..Bagaimana seorang menteri boleh berkata begitu??? Where is your credibility ???

Sekiranya beliau tidak mempunyai kuasa, apa ke jadahnya beliau menjadi Menteri Dalam Negeri dan kenapa tahanan ISA yang sebelum ini terpaksa memohon, menulis surat dan merayu kepada beliau agar diberi kelepasan hanya untuk menziarahi anak yang sedang nazak? Tiada peri kemanusiaan kah??
Ingatkah kita lagi akan peristiwa ini..?

Sungguh, ISA adalah satu undang-undang yang sangat Zalim. Dalam pengertian nakalnya bermaksud "Ikut Suka Aku" Ikut suka akulah untuk menangkap dan menahan seseorang tanpa dibicarakan. Masyarakat sekarang tak kiralah parti apa dan apa jenis ideologi politik mereka...Waimah UMNO, MCA , MIC, PAS, DAP atau PKR berpegang teguh kepada prinsip "Mereka tidak dianggap bersalah selagi tidak dibuktikan kesalahannya terlebih dahulu atau dalam Bahasa Inggerisnya " You are not guilty after it is proven" "

Adakah pemimpin-pemimpin UMNO sudah lupa kes seorang Menteri yang didakwa merogol gadis bawah umur beberapa tahun yang lalu? Ramai pemimpin UMNO berkata beliau tidak bersalah selagi tidak dibuktikan kesalahannya di mahkamah.

Tapi apa yang berlaku sekarang ?
Apa pemimpin pemimpin UMNO ini sudah lupa..? Ya..pemimpim-pemimpin ini mudah lupa atau memang buat buat lupa. Apabila timbul pertembungan self interest, hanya pemimpin-pemimpin inilah yang menyokong akta ini di saat rakyat begitu menggila agar ianya dihapuskan dalam tinta perlembagaan negara.

Siasatlah dan bicaralah dahulu di mahkamah, sebelum menahan mereka-mereka ini, mungkin ini adalah satu rentetan fitnah seperti yang dibuat oleh Datuk Patih Karma Wijaya di zaman Kesultanan Melayu Melaka dahulu. Bukan main tangkap dan sumbat aje dalam ISA selama mau... sebulan, setahun, 3tahun, 5tahun, 7tahun dan keluarga mangsa tidak tahu hidup atau mati mereka ini.

Semalam ada ahli akademik berkata ISA patut diteruskan kerana ia telah banyak berjasa kepada keselamatan negara selama 5 dekad yang lalu. Dan ada yang meramalkan ISA akan diteruskan walaupun Kerajaan baru mengambil alih pemerintahan negara.

Dalam Islam Zalim bermaksud tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Sebagai contoh meletakkan kasut dileher dengan mengantungnya, sedangkan kasut letaknya di kaki. Inilah zalim namanya. Maka saya berseru janganlah kita jadi pak turut dalam menyokong Akta zalim ini. Tak kiralah siapa...ahli akademik, korporat, atau sesiapa sahaja. Zalim tetap zalim. Kita tidak boleh menghalalkan cara. Hanya mereka yang mempunyai kepentingan politik sahaja yang mahu akta ini diteruskan.

Ingatlah kata Allah: Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan. Surah Huud ayat 113

Cenderung kepada orang yang zalim maksudnya mengauli dan menyokong tindakan mereka termasuklah mengundi mereka serta meridhai perbuatan orang-orang yang zalim ini.

Mudah-mudahan kita dijauhi dari menyokong akta ini yang menjadi al-sebab kita termasuk dari orang-orang yang zalim tanpa kita sedari.

Wallahualam.
Read more...

Sep 21, 2008

GERAKAN Telah Menunjukkan Hilang Keyakinan Kepada BN

Assalamualaikum wbr.

Parti Gerakan telah mula menunjukkan bibit hilang keyakinan kepada BN yang diterajui oleh UMNO. Pemangku Presiden Gerakan - Koh Tsu Koon berkata baru baru ini, Gerakan sedang mendapatkan malumbalas daripada ahli-ahlinya untuk menentukan kesinambungan gabungannya bersama BN.

Sekiranya Gerakan keluar dari BN maka sudah pasti parti parti komponen BN yang lain akan mengikut jejak langkahnya termasuklah MCA dan juga MIC. Parti Gerakan sudah dapat menghidu peluang untuknya berkuasa semula di Pulau Pinang telah berkubur untuk selama-lamanya. Mentelaah pula dengan isu perkauman yang dilaung-laungkan oleh UMNO Pulau Pinang Dato Ahmad Ismail makin menjauhkan sokongan orang Cina terhadap parti itu. Orang-orang Cina bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi di negeri lain melihat jika Gerakan bersekongkol atau bekerjasama dengan UMNO maka parti Gerakan turut menerima tempias isu tersebut.

Disebabkan isu itu, ramai orang-orang cina kini berbondong-bondong menyokong Parti DAP yang ternyata berwibawa dan cuba mengamalkan sikap telus dalam pemerintahannya juga mengambil hati pengundi pengundi Melayu. Berbagai perubahan telah berjaya dibuat oleh Lim Guan Eng setelah mengambil alih Kerajaan Pulau Pinang.

Sekiranya berlakunya pilihanraya kecil di Pulau Pinang sekarang ini, maka kita akan dapat saksikan bagaimana lumpuh dan hilangnya sokongan rakyat kepada Parti Gerakan. Untuk memulihkan dan mendatangkan semula sokongan rakyat Pulau Pinang kepada Parti Gerakan ini adalah sesuatu yang sangat sukar dilakukan selagi mana ia duduk bersama UMNO dan BN.

Kita berharap pimpinan MCA & MIC akan mula celik mata dan berfikiran sepertimana Koh Su Koon dan juga Yong Tek Lee dari parti SAPP di Sabah yang keluar dari Barisan Nasional dan menunggu nunggu peluang untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Wallahualam.
Read more...

Sep 20, 2008

DS Abdullah Ahmad Badawi Kena Check Tapi Belum Check Mate

Assalamualaikum wbr.

Permainan politik DS Abdullah Ahmad Badawi -DSAA boleh diibaratkan seperti permainan catur(Chess), apabila diasak bertubi tubi oleh DS Anwar Ibrahim - DSAI. Beliau telah di "check" oleh DSAI hingga menyebabkan beliau merasa tidak selesa dan tidak selamat dengan keduduan beliau. Untuk menyelamatkan diri beliau telah menukar kedudukan dengan duduk bersama-sama dengan Castle. Justeru itu jika dilihat pertukaran jawatan di antara beliau dan DS Najib di dalam Kementerian Kewangan dan juga Kementerian Pertahanan bolehlah di samakan dengan permainan catur ini. Anda pernah atau tahu bermain catur ? Permainan catur ini merupakan satu permainan peperangan yang memerluan anda sentiasa berfikir dan menyusun strategi bagi menumbangkan pasukan lawan.

Kini kita sedang menunggu DS AA tersilap langkah dalam percaturan politiknya hinggakan DSAI berjaya membuat Check Mate ke atas beliau. Dengan check mate ini maka berakhirlah hayat pemerintahan UMNO dan Parti Barang Naik ini. Dalam menuju ke arah itu, berbagai strategi digunakan oleh DSAI agar dapat menggulingkan kerajaan yang sedia ada bagi menubuhkan Kerajaan baru dibawah Pakatan Rakyat.

Berbagai Plan A, B, C dan D cuba dilaksanakan oleh DSAI sehinggalah DSAA tidak dapat bergerak dari tempatnya sekarang. Beliau kini cuma dijaga oleh 2 Castle sebagai benteng pertahanan terakhir beliau. (MT & Kuasa BN)

Pasukan Berkuda DSAA telah pun dipatahkan kakinya (UMNO) dalam pilihanraya yang lalu manakala kedua-dua Bishop Pengiring sebagai sayapnya sudah tidak dapat bergerak ke mana mana lagi. (Gerakan, MCA & MIC). Masanya sudah sampai ke penghujung permainan....Kita tunggu dan lihat. Bagaimana DSAI akan membuat Check Mate ini ke atas DS Abdullah Ahmad Badawi. Plan A - Membuat perjumpaan dengan DSAA tetapi ditolak. Plan B - Mengesa dan mendesak DSAA mengadakan Persidangan Parlimen tetapi telah ditolak dengan alasan yang tidak boleh diterima oleh rakyat biasa. Plan C - Pertemuan dengan Yang Dipertuan Agung agar menasihati Perdana Menteri diadakan sidang Parlimen tergempar, Plan D - Menunggu Parlimen bersidang Pada 13hb Okt nanti.

DSAI berjanji sekiranya Pakatan Rakyat Memerintah, beliau akan menurunkan harga minyak keesokan harinya dan menghapuskan draconian law - ISA yang sangat zalim serta tidak bertamadun ini. Beliau juga akan membentangkan budget yang baru yang lebih mesra dan economic kepada Rakyat.

Tetapi harus diingat, kita belajar dari sejarah yang lepas, apabila Selangor-sebuah negeri yang paling kaya di Malaysia tumbang kepada Pakatan Rakyat, Menteri Besar Selangor - Dato' Khalid Ibrahim berjanji akan membantu golongan berpendapatan rendah yang berjaya ke Universiti dengan memberikan bantuan sebanyak RM1000 seorang pada mereka yang berjaya ke Universiti.

Malangnya setelah mengambil alih...perkara ini tidak dapat dilaksanakan. Mana taknya...kantung wang dalam khazanah Negeri Selangor tidak mencukupi untuk beliau berbuat demikian. Berjuta juta wang telah dilesapkan oleh kerajaaan pimpinan Khir Toyo sebelum ini. Berjuta-juta wang ini tidak diketahui mana perginya dan sebahagiannya dihabiskan ke tempat yang tidak sepatutnya. Hinggakan kos pemberian air percuma kepada rakyat Selangor hampir2 tidak menjadi kenyataan.

Saya rasa perkara ini juga akan berlaku kepada Negara Malaysia ini sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negara.

Jadi, jangan terkejut sekiranya negara tida mempunyai cukup wang untuk membantu rakyat setelah hasilnya dirompak oleh Penyamun Penyamun UMNO dan Barisan Nasional. Wallahualam.
Read more...

Abdullah Gundah Gulana

DS Abdullah Ahamad Badaawi - DSAA kini dalam gundah gulana. Manakan tidaknya, deadline diberikan oleh DS Anwar Ibrahim - DSAI masih berada dalam benaknya.

Jika ditelan tercekik, diluah muntah hijau. Apa pun rakyat sudah bersuara, kerusi eksekutif perlu ditinggalkan segera kepada parti yang lebih strong dan diterima oleh rakyat demi memastikan politik negara stabil.
Read more...
Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara