Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Sep 21, 2008

GERAKAN Telah Menunjukkan Hilang Keyakinan Kepada BN

Assalamualaikum wbr.

Parti Gerakan telah mula menunjukkan bibit hilang keyakinan kepada BN yang diterajui oleh UMNO. Pemangku Presiden Gerakan - Koh Tsu Koon berkata baru baru ini, Gerakan sedang mendapatkan malumbalas daripada ahli-ahlinya untuk menentukan kesinambungan gabungannya bersama BN.

Sekiranya Gerakan keluar dari BN maka sudah pasti parti parti komponen BN yang lain akan mengikut jejak langkahnya termasuklah MCA dan juga MIC. Parti Gerakan sudah dapat menghidu peluang untuknya berkuasa semula di Pulau Pinang telah berkubur untuk selama-lamanya. Mentelaah pula dengan isu perkauman yang dilaung-laungkan oleh UMNO Pulau Pinang Dato Ahmad Ismail makin menjauhkan sokongan orang Cina terhadap parti itu. Orang-orang Cina bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi di negeri lain melihat jika Gerakan bersekongkol atau bekerjasama dengan UMNO maka parti Gerakan turut menerima tempias isu tersebut.

Disebabkan isu itu, ramai orang-orang cina kini berbondong-bondong menyokong Parti DAP yang ternyata berwibawa dan cuba mengamalkan sikap telus dalam pemerintahannya juga mengambil hati pengundi pengundi Melayu. Berbagai perubahan telah berjaya dibuat oleh Lim Guan Eng setelah mengambil alih Kerajaan Pulau Pinang.

Sekiranya berlakunya pilihanraya kecil di Pulau Pinang sekarang ini, maka kita akan dapat saksikan bagaimana lumpuh dan hilangnya sokongan rakyat kepada Parti Gerakan. Untuk memulihkan dan mendatangkan semula sokongan rakyat Pulau Pinang kepada Parti Gerakan ini adalah sesuatu yang sangat sukar dilakukan selagi mana ia duduk bersama UMNO dan BN.

Kita berharap pimpinan MCA & MIC akan mula celik mata dan berfikiran sepertimana Koh Su Koon dan juga Yong Tek Lee dari parti SAPP di Sabah yang keluar dari Barisan Nasional dan menunggu nunggu peluang untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Wallahualam.

2 comments:

Unknown said...

Added. Will appear soon. Pls allow 1 or 2 days.

Anonymous said...

Thank you Cik Bakar. Appreciate your helps.

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara