Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Sep 23, 2008

Kenyataan Hamid Albar Tidak Berasas

Assalamualaikum wbr.

Kenyataan DS Hamid Albar mengenai beliau tidak mempunyai kuasa dalam penahanan dan pembebasan tahanan ISA baru-baru ini adalah tidak berasas sama sekali. Beliau mengatakan pihak polislah yang mempunyai kuasa penuh dalam membuat siasatan dan menahan pesalah di dalam ISA tanpa perlu merujuk kepada beliau. Persoalannya..Bagaimana seorang menteri boleh berkata begitu??? Where is your credibility ???

Sekiranya beliau tidak mempunyai kuasa, apa ke jadahnya beliau menjadi Menteri Dalam Negeri dan kenapa tahanan ISA yang sebelum ini terpaksa memohon, menulis surat dan merayu kepada beliau agar diberi kelepasan hanya untuk menziarahi anak yang sedang nazak? Tiada peri kemanusiaan kah??
Ingatkah kita lagi akan peristiwa ini..?

Sungguh, ISA adalah satu undang-undang yang sangat Zalim. Dalam pengertian nakalnya bermaksud "Ikut Suka Aku" Ikut suka akulah untuk menangkap dan menahan seseorang tanpa dibicarakan. Masyarakat sekarang tak kiralah parti apa dan apa jenis ideologi politik mereka...Waimah UMNO, MCA , MIC, PAS, DAP atau PKR berpegang teguh kepada prinsip "Mereka tidak dianggap bersalah selagi tidak dibuktikan kesalahannya terlebih dahulu atau dalam Bahasa Inggerisnya " You are not guilty after it is proven" "

Adakah pemimpin-pemimpin UMNO sudah lupa kes seorang Menteri yang didakwa merogol gadis bawah umur beberapa tahun yang lalu? Ramai pemimpin UMNO berkata beliau tidak bersalah selagi tidak dibuktikan kesalahannya di mahkamah.

Tapi apa yang berlaku sekarang ?
Apa pemimpin pemimpin UMNO ini sudah lupa..? Ya..pemimpim-pemimpin ini mudah lupa atau memang buat buat lupa. Apabila timbul pertembungan self interest, hanya pemimpin-pemimpin inilah yang menyokong akta ini di saat rakyat begitu menggila agar ianya dihapuskan dalam tinta perlembagaan negara.

Siasatlah dan bicaralah dahulu di mahkamah, sebelum menahan mereka-mereka ini, mungkin ini adalah satu rentetan fitnah seperti yang dibuat oleh Datuk Patih Karma Wijaya di zaman Kesultanan Melayu Melaka dahulu. Bukan main tangkap dan sumbat aje dalam ISA selama mau... sebulan, setahun, 3tahun, 5tahun, 7tahun dan keluarga mangsa tidak tahu hidup atau mati mereka ini.

Semalam ada ahli akademik berkata ISA patut diteruskan kerana ia telah banyak berjasa kepada keselamatan negara selama 5 dekad yang lalu. Dan ada yang meramalkan ISA akan diteruskan walaupun Kerajaan baru mengambil alih pemerintahan negara.

Dalam Islam Zalim bermaksud tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Sebagai contoh meletakkan kasut dileher dengan mengantungnya, sedangkan kasut letaknya di kaki. Inilah zalim namanya. Maka saya berseru janganlah kita jadi pak turut dalam menyokong Akta zalim ini. Tak kiralah siapa...ahli akademik, korporat, atau sesiapa sahaja. Zalim tetap zalim. Kita tidak boleh menghalalkan cara. Hanya mereka yang mempunyai kepentingan politik sahaja yang mahu akta ini diteruskan.

Ingatlah kata Allah: Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan. Surah Huud ayat 113

Cenderung kepada orang yang zalim maksudnya mengauli dan menyokong tindakan mereka termasuklah mengundi mereka serta meridhai perbuatan orang-orang yang zalim ini.

Mudah-mudahan kita dijauhi dari menyokong akta ini yang menjadi al-sebab kita termasuk dari orang-orang yang zalim tanpa kita sedari.

Wallahualam.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara