Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Sep 27, 2008

Ikhlaskah Kerajaan Bantu Warga Emas ?

Assalamualaium wbr.

Dalam perjalanan saya menziarahi pusara Ayahanda dan Bonda pagi tadi saya sempat mendengar beberapa iklan yang dikeudarakan di dalam radio kereta saya. Saya agak terkejut dengan satu iklan ini apabila mendengar watak antara cucu dan seorang warga emas pencen kerajaan yang berumur 70 tahun.

Cucunya gembira sungguh apabila atuknya mendapat bantuan yang berjumlah RM700 dulu dan kini menerima bantuan dari kerajaan yang keseluruhannya berjumlah RM720. Ini telah dimaklumkan di dalam budget 2009 yang lalu. Dalam ilmu hisab, mengikut perkiraan hamba ini, jumlah tambahan yang diberi cuma RM20 sahaja.

Tetapi gembiranya mereka ini seolah-olah baru menang "luckydraw. Tidakkah mereka tahu yang jumlah bantuan kerajaan untuk warga emas ini cuma RM20 sahaja. Adakah jumlah ini boleh mengenyangkan mereka selama sebulan ??? Tambahan pula barang-barang keperluan yang meningkat dan juga kos perubatan kadangkala lebih dari seratus peratus. Amat menghairankan.

Bukannya kita tidak bersyukur dengan apa yang diberi tetapi biarlah munasabah sikit kalau ia pun nak beri bantuan.
Kalau betul kerajaan ikhlas ingin membantu mengapa pula perlu mengiklankan di dalam radio. Tidakkah kos pengiklannan ini memakan belanja ribuan ratus ribu ringgit jika hari-hari dikeudarakan di dalam radio. Banyak sangatkah jumlah yang warga emas ini dapat hingga perlu kerajaan tanggung ribuan ratus kos pengiklanan tersebut.???

Alangkah baik jika kos iklan itu ditiadakan dan wang itu ditambah bagi membantu mereka ini atau disalurkan untuk maslahat yang lain.

Atas keperluan apa perlu diiklankan.? Untuk warga emas inikah atau untuk diperdengarkan kepada umum. Beri sahajalah kepada mereka seperti yang sebelumnya. Di sini sudah nampak ketidakikhlasan kerajaan BN yang diterajui oleh Pak Lah bagi menunjukan kepada rakyat yang kononnya mereka sangat perihatin.

Sungguh amat memualkan. Bak kata orang janganlah riya dan menunjuk-nunjuk, lagi pun pemberian tidak sebesar mana pun malah menghabiskan wang rakyat dalam membayar kos iklan itu. Silap haribulan, kos bayar iklan lagi besar dari bantuan kepada semua warga emas ini.

Wallahualam.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara