Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Nov 12, 2008

Benarkah Sajak Kematian Tidak Sesuai

Assalamualaikum Wbr.

Sudah 3 malam cerita mengenai Sajak kemataian yang ditayangkan kepada pelajar tahun
1&2 diberi ulasan meluas di dalam berita Media Perdana. Ramai yang menuntut agar ditarik balik dan dikenakan tindakan kepada pembuat cerita tersebut, tak kurang juga yang bersetuju ianya ditayangkan kepada murid-murid sekolah agama agar mereka tidak rosak akhlaknya. Melentur buluh biar dari rebungnya.

Walau bagaimanapun Menteri Pendidikan, Dato Hishamuddin Tun Hussein menggesa tayang itu dihentikan dan dalam masa yang sama membuat sisatan serta mengkaji samada tayang tersebut sesuai dengan peringkat umur murid-murid yang terlibat.

Pada hemat saya, dalam hal ini tayangan Sajak Kematian adalah sesuatu yang sangat baik lebih lebih lagi ia dibuat melalui plot cerita drama yang bagi saya ianya meninggalkan kesedaran dan impak yang besar dari segi ingatan pada sesiapa sahaja yang menontonnya. Syabas saya ucapkan pada mereka yang bertungkus lumus menjayakan drama atau ceritera ini dalam mencegah keruntuhan Akhlak umat Islam terutamanya Melayu dewasa ini.

Cuma bagi saya.....kesan buruk bagi murid-murid sekolah rendah yang menontonnya tidaklah besar sangat sepertimana yang diperbesarkan oleh ibu-bapa-ibu bapa di dalam Media Tiga Suku ini. Juga saya sarankan Janganlah Jais target tayangan ini pada mereka yang berumur 7-8 tahun ini sahaja.....sepatutnya tayangan Sajak Kematian ini perlu difokuskan khas pada mereka atau remaja yang sedang menuju proses akil baligh ini. Ini sangat perlu, bukan perlu tapi WaJIB dilakukan pada mereka yang akil baligh yang kebiasannya berumur 14 tahun dan dilanjutkan hingga ke Peringkat Universiti bagi mencegah dan membentung keruntuhan moral remaja melayu.

Wallahualam

Panglima7

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara