Pengikut-Pengikut Panglima7

Kalendar Islam

Nov 2, 2010

Kuota Tunai Haji – Lembaga Tabung Haji Tidak Adil.

Assalamualaikum wbr.

Baru-baru ini, aku di maklumkan oleh salah seorang di antara ramainya Pengurus di Tabung Haji bahawa jumlah yang menunggu sekarang ini untuk menunaikan haji adalah seramai 500,000 orang.   Ya Allah !!!  Ramainya.  Sedangkan kuota untuk rakyat Malaysia yang ditetapkan oleh Arab Saudi untuk ke sana setahun adalah 25,000 jemaah.

Oleh itu....mana-mana individu yang baru sahaja mendaftar di Tabung Haji untuk menunaikan ibadah ini melalui Muassasah...perlu menunggu selama 20 tahun.  Kalau macam ini....tak dapat korang dan ako merasa menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah.

Option yang diberi oleh Lembaga Tabung Haji ialah gunakan Pakej jika ingin tunaikan haji pada tahun hadapan tanpa sebarang saringan....Untuk menggunakan Pakej Haji, harganya ialah RM19,000.  Dengar ajer sembilan belas ribu ringgit....terkedu ako.!!!

Tabung Haji perlu memikirkan...hanya mereka yang pertama kali hendak menjejakkan kaki Ke Tanah Suci sahaja perlu dibenarkan melalui Muassasah   Individu yang dah pergi haji dan ingin pergi lagi buat kali yang kedua hendaklah melalui pakej.  Ini bagi memberi peluang kepada mereka-mereka yang belum pernah lagi menunaikan Fardhu Haji dapat menunaikan Rukun Islam yang Kelima ini.....macam aku ni...huhuhu.

Kita ikuti komen ornag lain pula di bawah ini.

Rakyat tunai haji lebih daripada sekali tidak patut ikut Muassasah - Berita Harian (Surat & Emel/30)

Penulis berpendapat sistem kuota yang diamalkan oleh Lembaga Tabung Haji tidak adil dan bersifat menutup peluang orang lain. Terdapat juga segelintir individu yang menggunakan 'kabel' untuk mempercepatkan  proses ke Mekah dan memintas peluang individu lain. 
Beliau mencadangkan agar pihak LTH membuat peraturan di mana individu yang sudah menunaikan haji tidak dibenarkan untuk kali kedua melainkan mereka menggunakan pakej dan tidak melalui muassasah. Dengan itu, jemaah  lain lebih berpeluang untuk turut menunaikan haji.
 Panglima7

11 comments:

Anonymous said...

ana setuju benar,buang saja sistem quota tu, ini macam-macam quota, sultan la,menteri le,wakil raayatla,ahli koperat la.tak kan TH tak ada rekod org yg sudah pergi? patut bagi priority kpd org pencen yg belum pergi,kita pakai kapal laut pulak,apa macam?murah sikit kot.

farhan ali said...

sy tidak berminat utk mendengar yg ini tak betul, yg itu tidak adil etc dari sebelah pihak, terutama apabila dari orang luar.

tapi cadangan utk orang yg 1st time shj sepatutnya melalui muassasah itu sgt bernas. ianya perlu sampai kepada pentadbiran LTH dengan cara y betul spy tidak mnjadi idea kosong semata.

assalamu3laikum..

Unknown said...

Askm,

Izinkan saya bg pendapat, untuk makluman 25ribu termasuk kuota Menteri dan Menteri Besar. Dan kita juga mendapat kuota tambahan kadang-kadang 10ribu hingga 20ribu bergantung pada ihsan Arab Saudi.

Untuk makluman tuan/puan juga, harga tabung haji adalah yang termurah berbanding jemaah Indonesia yg tinggal jauh dan makan sendiri harga RM13ribu. Ini disebabkan Tabung Haji memberi subsidi kpd jemaah muasasah dalam lingkungan RM3ribu -4ribu bergantung pada keuntungan.

Apa yang perlu kita desak, mereka yang berjawatan tinggi dan berpendapatan tinggi tidak dibenarkan mengikut muasasah. Ini kerana mereka juga dpt subsidi. Subsidi sepatutnya utk orang yang kurang berkemampuan. Sekarang ini Tabung Haji menguatkuasakan jemaah yg pernah pg haji, tidak boleh mendaftar selama 5 tahun. Ini jelas dan adil.

Panglima7 said...

Terima kasih Anonymous, walaupun tiada nama, terimakasih Farhanimradziah dan terima kasih Haji Al-Azmy kerana sudi memberikan pandangan di sini.

Jika ada kuota tambahan dari Tabung Haji...Alhamdulillah. Semoga Tabung Haji BUKA MATA. Entry saya ini saya petik dari Berita Harian...Ruangan Pembaca. Tak kan Tabung Haji Tak baca Paper kot !! Dan komen pembaca ini telah dibawa untuk pembacaan SuruhanJaya Perkhidmatan Awam. Sekiranya idea ini menjadi idea yang kosong setelah dikatakan bernas tadi....maka untuk siapakah kesalahan itu...???? orang atau rakyat yang memberi idea....atau pihak Tabung Haji yang masih ego dengan kuasanya. Renung-renungkan.!!

otaklunyai said...

kalau lihat dari sudut angka memang betullah harga th murah sikit tetapi duit sabsidi yang th bagi tu datang dari mana? duit simpanan jemaah jugak yang rata2 orang yang berpendapatan rendah dan sederhana. duit2 penabung tu th gunakan untuk berniaga/pelaburan.. lepas tu dapat untuk banyak memang patutlah th bagi subsidi. malah subsidi tu patutnya lebih tinggi lagi. kalau tak manakan boleh th buka anak2 syarikat perniagaan. itu belum kira duit2 keuntungan yang diselewengkan, belum kira lagi kemudahan2 yang diterima oleh pihak pentadbiran atasan th seperti kereta free, minyak free, tuntutan perjalanan, handfon free (model yang terbaru dipasaran), bil telifon free, driver free, elaun2, sevis kereta free dan macam2 lagi. tapi kerja tak seberapa kalau nak sibuk pun pada musin haji saja itupun tak boleh pantau mutu kerja kakitangan haji. contoh yang paling senang berapa ramai bakal jemaah haji yang telefon pejabat th dilayan. bahkan telefon yang berdering tu sengaja tak diangkat walaupun berdering kat sebelah telinga mereka.

lepas tu pihak2 atasan ni ambil kesempatan buat bisnes plak. tu yang timbul cerita pakej2 haji yang harganya berganda. mereka bukan nak fikir bagaimana nak meningkatkan mutu perkhidmatan dari masa ke semasa sebab mereka hanya kerja >< 2 bulan je setahun apabila musim haji lepas tu duduk mengangkang di ofis mentekedarah duit keuntungan perniagaan dari tabungan bakal jemaah haji.

kakitangan bawahan yang buat kerja tak di perhatikan. tak disokong. bila timbul kes ibubapa dan anak pergi haji dengan penerbangan yang berasingan mereka tuduh sana tak buat kerja sini tak buat kerja, kakitangan bawahan yang kena walhal orang2 yang diatas tu kerja macam p*k*mak.

sebab tu ada bakal jemaah yang dapat arahan untuk pergi "CUCUK" (suntikan) tapi tak dapat pergi haji.

Puncanya pihak atasan yang gajinya pun dirahsiakan dari kakitangan bawahan sebab terlampau banyak tu tak buat kerja. mereka hanya sibuk layak orang2 besar, vip2 sebab nak bodek untuk sambung kontrek kerja di th.

lembaga th ni kalau disiasat kesnya pun sama macam felda, terlalu banyak penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. mereka yang diatas tu sedap/kenyang mentekedarah duit di th.

yang dapat kerja disanapun bukan orang lain majoriti adik-beradik, sepupu-sepapat orang2 besar didalam th juga. sebab tu susah nak teguk bila berlaku kesilapan.

penabung2 jangan mudah sangat tertipu dangan puak2 c*l*ka ni. kemudahan2 yang diberi tu memang hak penabung.. mereka balun lagi banyak kemudahan dari penabung.

Jangan jadi bodoh...

komen 2

Apa pun quota yang diberikan, yang penting adalah kejujuran. Dipihak orang ramai yang pernah menunaikan haji janganlah asyik nak naik haji saja sehingga sanggup menggunakan pelbagai cara untuk dapat menunaikan haji. Ada diantara mereka dalam tempuh tak sampai 10 tahun dah dapat tunai haji sebanyak dua atau tiga kali ( Dimana letaknya tempoh 20 tahun seperti yang diwar-warkan. Dipihak Tabung Haji pula, janganlah adalah yang menggunakan kuasa untuk memilih mereka-mereka yang tertentu untuk menunaikan haji sehingga sangup mengenepikan hak orang lain. Kita tahu baiknya kerap menunaikan haji, tapi biarlah kena dengan caranya. Tapi kalau memang sudah ditentukan oleh ALLAH bahawa mereka adalah yang dipilih untuk menunaikan haji, maka kita tak boleh kata.

melur said...

Menarik entry ni Tuan Panglima, bagus..Berani menyuarakan ketidakadilan...Harap ada cadangan yang lebih baik lagi dari yang diguna pakai oleh TH la ni. Kesian orang yang menunggu lama untuk menunaikan haji...sia - sia saja kena potong queu dengan orang yang berpengaruh.

Anonymous said...

Cadang yang dah pergi Haji/ wajib sekali,nabi kita pun sekali kalau 50 ribu rakyat malaysia yang belum pergi haji minta rayuan dgn tabung haji hendaklah bagi pada mereka, bagi yang pergi dah haji pergilah Umrah pada bulan lain atau dapatlah bantu syarikat traval agent yang nak berjaya.

Hadariah Bahron said...

Assalamualaikum, cadangan saya ialah 1) senaraikan mereka yg belum pernah menunaikan haji, bermula dgn mereka yg paling lama menunggu, 2) kumpul jumlah kuota utk tahun semasa tanpa membezakan samada ianya kuota muassasah atau pakej, 3) berikan semua hanya kpd yg tersenarai, 4) kpd yg kebetulan tersenarai dan berkemampuan, silakan berbelanja utk keselesaan tanpa menjejaskan peluang orang lain yg hanya mampu utk beribadah, 5) kalaupun perlu kuota khas utk pemerintah negeri dan negara, berikan hanya secukupnya kpd yg belum pernah menunaikan haji. Sekian. Azmi

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara