Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Jun 6, 2011

Kelebihan Bulan Rejab Atas Bulan-Bulan Yang Lain.

Assalamualaikum Wbr.


Ayat yang dipotong di bawah merupakan... hadis-hadis yang didakwa dipalsukan.
Semoga komen yang diterima dari tuan/puan mendatangkan kebaikan kepada kita semua.


Kelebihan Bulan Rejab

 Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:




"Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.


Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.


Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal. 


Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.


Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya."


Sabda Rasulullah SAW: "Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"


Berkata Jibril as: "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab."


Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita: "Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: "Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?"


Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka."


Sabda Rasulullah SAW lagi: "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur."


Tsauban bertanya: "Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?"


Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."


Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya'ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku."


"Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya'ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka."


KELEBIHAN BULAN REJAB


Beberapa hadis Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya'ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra' Mi'rajnya, Sya'ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya.


Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.


11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.


Semoga bermanfaat untuk kita semua, insyaALLAH



8 comments:

Anonymous said...

Tuan Panglima, tuna dah semak ke 'hadith2 ' yang tuan masukkan dalam artikel ni. Sohih ke idak? Ke tuan main ceduk jer? Sebab banyak sangat hadith palsu tentang kelebihan bulan Rejab ni. Harap tuan panglima semak dulu ye. Bimbang2 jadi pendusta nabi dalam keadaan tak sedar.

Panglima7 said...

Assalam Anonymous,
Khabarkan pada Panglima, yang mana satu hadis yang Anonymous kata Palsu tuu....jangan main serkap jarang....benda yang Nabi ada sebut, jangan dikatakan Palsu......bimbang jadi pendusta nabi dalam keadaan tak sedar.(aik mcm apa yg komen kat atas tu ajer)
Panglima jenis yg bersangka baik...bilamana perkataan Nabi disebut di sini beserta dengan sahabat yang ada bersamanya. Bilamana ada perawi hadis...lagi menguatkan hadis tersebut. Jika tiada perawinya...Panglima baca sambil lalu ajer. Tidak mengia dan tidak menafiksn.

Panglima7 said...

Daripada Panglima ciplak benda-benda dan berita yang tak baik lagi lucah, meskipuna ramai yg suka bab-bab itu... adalah lebih baik Panglima ciplak perkara-perkara yang baik yang mendekatkan kita kepada Allah Swt melalui amal ibadah seperti solat, puasa, zikir dan sebagainya. Jika ada pahalanya.....iyanya akan menjadi amal jariah yang mengalir ke kubur Panglima sekiranya Panglima sudah tiada lagi di dunia ini. InsyaAllah. Banyak blog yang menyiarkan gambar2 dan berita2 lucah yang akan memberi kesan sekiranya kita mati nanti. Wassalam.

Kak Amy said...

salam singgah menziarah panglima..

Anonymous said...

Terima kasih Panglima kerana sudi melapangkan masa baca komen anynomous. Mungkin tuan tak pernah dengar istilah hadith palsu. Bukan semua yang disandarkan kepada Nabi dan ada sahabat yang meriwayatkan seperti tertera dalam mana-mana kitab adalah hadith yang benar-benar daripada Nabi Muhammad s.a.w. Jsuteru di sana ada ilmu yang disebut ilmu ulum hadith yang menentukan sama ada sesuatu hadith itu sahih, dhoif (lemah), atau palsu.
Memangla tuan panglima tidak memaparkan gambar-gambar lucah, tetapi apa kata kalau tuan tak pernah cakap sesuatu perkara, tak kirala ianya baik atau buruk, tiba-tiba seorang cakap tuan cakap benda tu. Orang yang cakap tu menipu ke tidak?
Meriwayatkan hadith-hadith Nabi bukan macam kita meriwayatkan cerita-cerita biasa sama ada ianya baik atau buruk.
Panglima tanyala pakar-pakar atau ustaz-ustaz, insyaAllah ia lebih membantu berbanding saya dalam dunia siber ni.
Tak ada niat lain melainkan untuk sama-sama tegur menegur dalam perkara-perkara agama.
Saya berikan contoh apa yang tuan minta ye:
http://jihadsabili.wordpress.com/2011/06/05/hadits-hadits-palsu-tentang-keutamaan-bulan-rajab/
Ini hanyalah contoh. Tuan mungkin boleh mendalami lagi dengan pakar-pakar hadith.

nahwanz said...

setuju ngan anonymous. hati2 ketika meriwayatkan hadeeth. byk lagi hadeeth yg sahih, mengapa tidak kita luangkan masa menyelidik walaupun sejenak?

saya faham tuan Panglima mahu menyebarkan yang baik, tetapi dalam islam, kebaikan pun ada standardnya.

mmg baik bersangka baik. tetapi meletakkan sesuatu kata2 yg bukan kata2 rasulullah, bknkah itu berdusta namanya? tidak ada salah lgsg bersangka baik, tp bukan dalam hadeeth. kalau tidak kenapa ada ilmu hadeeth kan?

:)
semoga allah bg hidayah. ameen.

Kak Amy said...

salam di pagi khamis , x tahu nak komen apa tapi melihat pada komen di bawah rasa x sesuai untuk menyampuk sebab amy pandai bab ilmu agama ni.masih belajar

Panglima7 said...

Astagfirullahalazimm. Terima Kasih anonymous. Panglima akan lebih berhati-hati di lain kali InsyaAllah. Semoga anonymous dan amy di berkati Allah hendaknya.

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara