Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Jun 23, 2011

Tips Apabila Terlihat Perempuan Berpakaian tetapi Telanjang.

Assalamualaikum Wbr.


Tak boleh nak tunjukkan gambar seksi seorang perempuan di sini. Haram

Apabila terpandang perempuan berpakaian sungguh seksi, sungguh meruntun perasaan dan amat terseksa jiwa melihatnya.  Mungkin perkara biasa bagi lelaki biasa yang melihatnya.  tetapi tidak bagi orang-orang yang mempunyai keimanan.   Lelaki biasa apabila melihat perempuan yang berpakaian seksi.....walaupun nafsunya terangsang tetapi godaan syaitan terhadapnya adalah minimal.  

Lain pula bagi lelaki yang mempunyai keimanan, godaan syaitan pada dirinya sangatlah kuat dan hebat lebih daripada lelaki yang biasa-biasa tadi.   Kerana orang yang beriman ini merupakan target-target syaitan bagi menyimpangkan keimannya dari terus mengingati Allah jika dibandingkan dengan lelaki yang biasa-biasa ini.

Untuk mengelakkan dari mata terus memandang buat kali kedua atau ketiga atau terus memandang perempuan seksi berskirt pendek hingga ke pangkal peha dan dah macam berpakaian tetapi telanjang di zaman ini,.....iqtikad lah di dalam hatimu wahai Panglima tatkala terpandang perempuan itu...."Sesungguhnya perempuan ini sedang menarikmu ke dalam Neraka"  Sedarlah segera...!!Jika engkau terus memandangnya lagi dan lagi.....nescaya kotor dan hitamlah hatimu dan hilanglah kemanisan dan kenikmatan bagimu dalam beribadah kepada Allah.  Dan engkau mengutip dosa-dosa percuma setiap hari dan setipa kali engkau melalui jalan itu setiap pagi dan petang......Dengan dosa yang bertahun-tahun itulah .... yang akan menheretmu ke dalam Neraka Allah.  Nauzubillah.  

Wahai Panglima7, untuk merasai kemanisan dan kenikmatan beribadah, janganlah engkau memandang benda-benda yang diharamkan oleh Allah SWT. Setiap Raja mempunyai kawasan larangannya.  Allah juga mempunyai kawasan laranganNYA.  Janganlah engkau Panglima, memasuki kawasan Larangan Allah itu, kelak kamu disambar Api Neraka.  

Panglima7

5 comments:

Kak Amy said...

wow2x tajuk hot ow..hehehe salam singgah panglima , ahri nie amy agak hot so singgal sini di harap dapat mengurangkan kepanasan ity huhu..

Panglima7 said...

Waalaikumsalam Amy. Terimakasih kerana sudi jenguk Panglima. Hari nie secara tak plan...terbuat entry hot nie. Semoga sejukkk masuk ke blog Panglima.

kasihibu said...

haraplah akk tak tergolong dalam golongan berpakaian tp tak berbaju tu.

Kak Amy said...

salam hujung minggu panglima.. semoga sihat2 selalu

Panglima7 said...

Waalaikumsalam Amy. maafkan Panglima, hari nie Panglima tak dapat masuk ke dalam blog kerana sibuk dgn gotong royong merasmikan surau baru dikawasan Panglima....dah pukul 2 pagi nie baru lah sempat panglima menjenguk blog Panglima. Sekarang baru panglima tahu alkisah sebenarnya.

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara