Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Jul 29, 2011

Selepas Gagal Piala Dunia, Anjurkan Pula Pestabola Merdeka

Assalamualaikum Wbr.
Mokhtar Dahari - Harimau Malaya dalam Pestabola Merdeka.

Adat perlawanan...ada kalah dan menang.  Janganlah berhati rawan.  Mantapkan lagi skill pemain-pemain kita dari sekarang dengan menganjurkan Pestabola Merdeka supaya skill mereka sentiasa diasah dan digilap agar tidak terperuk selama 4-5 tahun ini dalam menunggu Kejohanan kejohanan besar di rantau Asia, Asia Tenggara dan dunia.  Supaya Harimau Malaya terdedah dengan skill pemain-pemain luar negara.

Mula lah dari sekarang wahai Datuk K Rajagopal dan FAM.  Ubah permainan bolasepak kita ke arah "Play Smart".  Kaji corak dan skill permain import Singapura yang lebih advance dari kita.  Barulah kita boleh mengekori Korea Selatan dalam kejohanan yang besar-besar.  Jangan sia-siakan Stadium besar yang kita bina.
Mokhtar Dahari dalam kenangan. Pestabola Merdeka tahun 1979, melawan negara-negara Asian dan Asia Barat.  Kembalikan memori ini.
Panglima7
Berakhirnya Kelayakan Piala Dunia bukan bermakna berakhirnya skuad bolasepak Piala Dunia Negara.  Kami sentiasa menyokongmu.

Read more...

Jul 28, 2011

Walaupun Tewas Malaysia Berjaya Mengangkat Memori Bolasepak yang Lalu..

Assalamualaikum Wbr.

We LOVE you all.  Kekalkan jurulatih K. Rajagopal.
Walaupun Pasukan Malaysia kecundang ditangan Singapura, TAHNIAH harus diberikan kepada Skuad Bolasepak Piala Dunia bimbingan Rajagopal yang membangkit semula fenomena yang tinggi terhadap bolasepak yang telah lama mati.

Perlawanan tadi yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 menyaksikan kehebatan Fahmi menangkis rembatan dari penyerang-penyerang Singapura. Jikalau Fahmi bermain di Singapura tempohari sudah tentu kita layak ke pusingan yang ke 3.  Apa pun Fahmi telah berjaya menyelamat pintu gol dari dibolosi sebanyak 6 kali.  Tahniah kepada Tangan Emas Negara iaitu fahmi Che Mat.

Tidak menghampakan negara juga rakyat dan peminat bolasepak tanahair....Safee Sali yang berjaya menjaringkan gol tiapkali rakyat mengharapkannya.

Cuma....apa yang perlu dikaji di sini ialah teknik pengawalan bola oleh pemain-pemain Malaysia jika dibandingkan dengan Singapura.  Kitaharus banyak belajar dari perlawanan ini. Singapura hanya menyentuh bola untuk dihantar ke rakannya yang menunggu.  Mereka tidak perlu mengelecek seperti pemain Malaysia.  Mereka rebut dan passing dengan cepat kepada pemain mereka yang menunggu.  Malaysia harus belajar teknik ini.......kita harus tinggalkan teknik mengelecek dan mengelecek dan akhirnya bola tidak sampai ke kaki pemain kita yang menunggu di hadapan.  Akhirnya kita juga yang kepenatan.

Sekian dulu komentar dari Panglima7
Tahniah Pasukan Malaysia...walaupun sampai di sini sahaja...WE LOVE U ALL.
Kalian telah mengharumkan nama negara di Asia Tenggara dan menghiburkan kami semua. Kami tetap teguh menyokong Pasukan Bolasepak bimbingan Datuk K. Rajagopal.  hidup Bolasepak Malaysia.

Read more...

Inilah Doa Nabi Ketika Dibaling Batu Dan Dihalau Keluar Dari Thoif


Assalamualaikum Wbr...

Padang Pasir di Thoif.

Inilah doa nabi tatkala di baling batu sehingga berdarah dan dihalau keluar oleh penduduk Thoif dalam menyampaikan usaha dakwah di sana.
Ya Allah engkau cucurilah sebesar-besar rahmatmu ke atas Nabiku Muhammad SAW.
Panglima7
DOA MENGHADAPI TEKANAN

اللهُمَّ إِنِّي أَشْكُوْ إِلَيْكَ ضَعْفَ قُوَّتِي وَقِلَّةَ حِيْلَتِي وَهَوَانِي عَلَى النَّاسِ

Ya Allah! Sesungguhya daku mengadu padamu akan kelemahan upayaku,
kurang usahaku dan hinanya aku di kalangan manusia


يَا رَبَّ العَالَمَيْنَ ، أَنْتَ رَبُّ المُسْتَضْعَفِيْنَ ،

وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِيْنَ ، وَأَنْتَ رَبِّي

Wahai Tuhan sekalian alam, Engkaulah Tuhan golongan yang lemah,
Engkaulah yang Maha Mengasihani, dan Engkaulah Tuhanku



إِلَى مَنْ تَكِلُنِي ، إِلَى بَعِيْدٍ يَتَجَهَّمُنِي أَمْ عَدُوٍّ مَلَّكْتَهُ أَمْرِي ؟

Kepada siapa Engkau serahkan aku, di kejauhan aku disisihkan
atau kepada musuh yang diberikan kuasa padanya
untuk menggagalkan urusanku?



إِنْ لَمْ يَكُنْ بِكَ غَضَبٌ عَلَيَّ فَلا َ أُبَالِي ،

غَيْرَ أَنَّ عَافِيَتَكَ هِيَ أَوْسَعُ لِي

Tidaklah mengapa jika Engkau tidak murka padaku,
tetapi aku lebih mengharapkan naungan kesejahteraan daripadaMu


أَعُوْذُ بِنُوْرِ وَجْهِكَ الَّذِي أَشْرَقَتْ لَهُ الظُّلُمَاتُ ،

وَصَلُحَ عَلَيْهِ أَمْرُ الُّدُنْيَا وَالآخِرَةِ

Aku mohon berlindung dengan nur “wajah”Mu yang menerangi kegelapan
dan memperelokkan urusan dunia dan akhirat


أَنْ يَحِلَّ عَلَيَّ غَضَبُكَ أَوْ أَنْ يَنْزِلَ بِي سَخَطُكَ

Lindungilah daku dari kemurkaanMu
atau apa yang mungkin menimpaku disebabkannya


لَكَ العُتْبَى حَتَى تَرْضَى

Hanya kepada Engkaulah aku pasrahkan diri
sehingga Engkau redha


وَلاَ حَوْلَ وَلا َقُوَّة َإِلا َّ بِالله

Sesungguhnya tiada daya-upaya
dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah

Read more...

Jul 27, 2011

Kalau Tak Mahu Kalah...Sharbinee Perlu Direhatkan

Assalamualaikum Wbr..

 Fahmi dan Sharbinee begitu besar "gap" di antara mereka.

Perlawanan di antara Malaysia Vs Singapura di kota singa tempohari banyak menampakkan kelemahan ketara pertahanan Pasukan Piala Dunia Malaysia dan yang terlebih lemah lagi ialah Penjaga Gol Malaysia iaitu Sharbinee.  

Jika Sharbinee diturunkan juga pada perlawanan Khamis ini di Bukit Jalil, aku confirm Malaysia akan tumbang seperti Kerbau, hanya tunggu disembelih oleh Singapura.  Elakkan menggunakan khidmat penjaga gol yang suka berangan dan lopong ketika beraksi sehingga bola masuk ke gawang pun tak perasan dan macam terpegun. Padahal bola yang masuk tak laju sangat pun.  Disebabkan itu..aku kansel pegi menonton bola kat stadium Bukit Jalil..huhuhu

Fahmi patut digandingkan dengan penjaga gol Harimau Muda yang bermain ketika Malaysia bertemu Chelsea tempohari.  Barulah mantap gandingan Fahmi dan penjaga gol itu (maaf tak tahu namanya)

Panglima7.
Maafkan Panglima dengan luahan ini. Tapi Singapura harus ditundukkan ego mereka yang dah macam kaduk naik junjung.

Read more...

Jul 22, 2011

Susahnya Tegur Imam Yang Salah Baca Al-Fatihah

Assalamualaikum Wbr.


Gambar Hiasan Sahaja
Panglima tidaklah baik sangat atau bagus sangat dalam hal-hal tajwid dan mahraj nie...kira boleh laaa, ambil pengalaman dalam berusrah dulu di Bdr Baru Bangi, tapi Panglima tahu jika Al-Fatihah itu dibaca dengan cara sebutan yang salah.

Kalau surah yang dibaca selepas Al--Fatihah ada yang salah tajwidnya seperti Nun bertemu huruf Ta, ianya dibaca samar tetapi dibacanya terang...tapi Panglima tak kisah sangat tang itu...kerana membaca surah adalah sunat. Yang penting adalah Al-Fatihah, jadi kenallah betul bacaannya supaya solat itu menjadi sah bukan sahaja kepada imam tetapi juga makmum.  Jika Al-Fatihah rosak maka rosaklah solat seluruh jemaah tersebut.

Di antara kesalahan pada bacaan Al-Fatihah yang jelas kelihatan ialah bila mana.

1.  Ar-Rahmaanir rohimm. tetapi dibaca Ar-Rahmaanir rohinnn.(siap dengung nun tu lagi) Mim dah hilang.
2.  Iyya ka naqbudu wa iyyaa kanastainn tetapi dibaca Iyya ka naqbudu wa iyyaa kanastaimm (Nun pula hilang)
3.  Shirothol lazii naan am ta alaihim ghairil magdhu bi alaihim tetapi di baca  Shirothol lazii naan am ta alaihim ghairen magdhu bi alaihim. (Lam dah hilang)
3.  Kadangkala Bismillahirrahmanirohimm di baca Bismillahirrahmanirohinn. (Mim pun hilang juga)

Tidaklah Panglima tahu....makna sebenar  bilamana Al-Fatihah dibaca salah seperti dalam huruf merah seperti di atas.  Jika berubah maknanya...maka sudah tentu solat yang dikerjakan tidak sah.  kena solat balik atau makmum kena mufaraqah. Sesiapa yang tahu makna huruf yg salah itu...sila khabarkan pada Panglima.

Bersambunggg...dah malam sangat dah....

P/S: Diedit semula bagi tidak meyinggung mana-mana pihak.

Read more...

Jul 19, 2011

Dr Lo' Lo' Sekadar Yang Saya Kenali - Prof Dr Asri - Bekas Mufti Perlis

Assalamualaikum Wbr.

Setiap yang hidup pasti akan mati.  

Maha Suci (Allah) yang di tangan-Nya segala kerajaan, dan Dia (Allah) Maha Berkuasa atas segala sesuatu.     Dialah yang menciptakan mati dan hidup, supaya Dia (Allah) menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya. Surah Al-Mulk ayat 1-2.


Panglima7

************************************


Al-Fatihah Buat Allahyarhamah Dr. Lo'Lo', Semoga Allah 
mencucuri rahmat ke atas Ruhnya. aaminn.


Dr. Lo'Lo' sekadar yang saya kenali - Prof Dr Asri

18 JULAI — Kita hanyalah bilangan hari. Apabila sebahagian bilangan
hari itu pergi, sebahagian diri kita juga pergi. Apabila kesemua telah habis
pergi, maka berakhirlah riwayat ini. Hidup hanyalah sebuah perjalanan,
pasti ada tarikh perhentiannya.

Tiada siapa dapat menghalang, walau sehebat mana pun dia merancang.
 Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. Dataran menuju ke persada
sebenar kehidupan. Dunia ini amat sementara; ada hari datang dan ada
pula hari perginya.

Apabila saya menerima berita kematian YB Dr Lo’Lo’ Mohd Ghazali,
perasaan saya menjadi sugul. Saya teringatkan sikap prihatin beliau
kepada saya sepanjang saya mengenalinya. Paling sayu, saya
teringat  permintaan beliau beberapa minggu lepas ketika saya
menziarahi beliau dalam keadaan yang amat uzur.


Beliau meminta saya menulis sebuah puisi untuknya. Ternyata
saya tidak menunaikan harapan itu sehingga beliau meninggal.
Padahal, saya telah sebut “insyaAllah”. Hari ini jenazah beliau
dikebumikan, malang sekali lagi saya tidak dapat hadir kerana
ada viva student di USM. Namun doa saya untuknya sejak saya
mendengar kematiannya.

Saya juga harap tulisan ini dapat memberikan manfaat yang
lebih dengan saya merayu kepada pembacanya agar berdoa
kepada Allah untuk diberikan rahmat dalam keampunan kepada
Lo’Lo’ Ghazali, hamba Allah yang telah pulang ke kehidupan yang hakiki.

Saya ingin mencoret sedikit mengenai beliau dengan kadar sedikit
 yang saya kenal. Saya mulakan dengan apa yang Nabi s.a.w nasihati
 kita: “Sesiapa dalam kalangan kamu yang terpaksa memuji
saudaranya, maka hendaklah dia berkata: “aku menilainya demikian,
 Allah jua yang menjadi penilainya yang sebenar, aku tidak akan
memuji sesiapa atas nama Allah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ya, hanya Allah yang mengetahui hakikat kita. Kita menilai apa
yang zahir, Allah jua mengetahui apa yang batin. Mungkin apa yang
 ada di sisi Allah lebih baik dari apa yang kita sangka dan tahu.
Demikian juga sebaliknya.

Peringatan jawatan Mufti

Saya bukan terlalu mengenali Dr Lo’Lo’. Cuma ada beberapa coretan
 sekadar yang saya kenal beliau. Saya mula mengenali Dr Lo’Lo’
sejak sebelum saya menjadi Mufti Perlis lagi. Beliau menghadiri
beberapa majlis ucapan saya. Kali terakhir seingat saya di UIA,
semasa saya berforum.

Apabila saya ditawarkan menjadi mufti pada tahun 2006, Dr Lo’Lo’
 menghantar email mengingatkan saya tentang bahaya jawatan
tersebut. Sebagai anak bekas Mufti Perak, beliau menceritakan
 pengalamannya. Saya masih simpan peringatan itu.

Antara yang beliau sebut “..saya juga seorang manusia yang
dhaif tetapi saya ingin berkongsi pengalaman kerana pernah hidup
sebagai anak mufti dan berkongsi pahit maungnya serta cabaran
 seorang mufti bagi kerajaan yang tidak mengamalkan Islam sepenuhnya.

Banyak kali arwah bapa saya bersungut dan menyatakan kesal
 kerana nasihat dan pandangannya tidak dipedulikan, keputusan
 majlis fatwa yang dianggotainya dibuang dalam tong sampah,
bagaimana payahnya berhadapan dengan sultan-sultan yang
kehidupan mereka dikelilingi dengan pelbagai adat dan kebiasaan
 yang tidak selaras dengan Islam.

Itu belum kira kerenah MB, exco-exco dan YB-YB lagi…itu cerita
30 tahun lalu, saya percaya kini cabaran untuk seorang mufti
kerajaan adalah lebih hebat lagi. Saya berdoa agar Dr Asri dipandu
untuk memilih keputusan yang terbaik dunia dan akhirat”.

Itulah antara kandungan email beliau. Lahir dari jiwa yang ikhlas
terhadap saya dan naluri yang prihatin terhadap agama. Saya
merenung kata-katanya ketika itu. Kali ini apabila saya membaca
 sekali lagi, saya dapat rasakan indahnya kejujuran yang terkandung
 dalam nasihat itu. Ya, sering kali sesuatu lebih bernilai kita rasakan,
apabila empunya telah pergi. Semoga menimbang kata-kata
nasihatnya itu sebagai himpunan amalan soleh beliau.

Apabila saya menjadi Mufti Perlis, saya agak terputus dengan beliau.
 Hanya sekali-sekala beliau bertanya beberapa perkara. Mungkin beliau
 rasa ketika itu saya rapat dengan pemimpin Umno.

Selepas Mufti

Apabila berhenti dari jawatan Mufti, pada hari yang berikutnya saya
terus ke UK. Di UK, saya sempat bertemu dan berhubung baik
dengan anak beliau Saudara Fawwaz yang ketika itu tinggal
Manchester. Layanan baik Fawwaz kepada saya dan
keluarga ketika melawat dan berceramah di Manchester tidak
dapat saya lupakan. Ini menjadikan kembali saya mengingat sikap
baik ibunya kepada saya.

Apabila pulang ke Malaysia, kemudian berlaku peristiwa saya
ditahan JAIS dan ke mahkamah, ramai pemimpin politik dan NGOs
yang hadir. Dr Lo’Lo’ yang ketika itu uzur juga turut hadir ke
mahkamah di Gombak. Sempat saya bercakap dengan beliau.
Saya ingat lagi, beliau kata kepada saya: “Ini ada hikmahnya, ujian
dan cabaran, Allah mahu ustaz memimpin rakyat, turut ke medan,
bersama-sama mengubah keadaan yang ada”.

Saya diam. Saya akur. Saya tahu beliau jujur. Hati nuraninya yang
sayangkan kebaikan dan bencikan kezaliman itu tidak dapat
disembunyikan sekalipun di sebalik tubuh yang uzur. Selepas hari itu,
agak kerap juga kami bertanya khabar.

Masuk Umno

Kadang-kala beliau bertanya saya pandangan dalam pelbagai
isu agama. Beliau fahami pendirian saya. Beliau saya rasa suka
dengan cara apa yang saya faham mengenai beberapa perkara
 dalam Islam ini. Apabila timbul berita saya akan masuk Umno,
Dr Lo’Lo’ menghubungi saya dengan tegas. Kata beliau: “Janganlah
 ustaz tambahkan sakit saya dengan berita-berita yang macam ini.
Saya pernah teramat kecewa apabila Anwar Ibrahim masuk Umno.
Saya harap ustaz tidak mengulangi kesilapan itu.

Saya akan amat kecewa jika ustaz membuat tindakan yang sama”.
Saya meminta beliau memberikan masa agar spekulasi itu berakhir
lagi dua tiga hari. Beliau terus mengingatkan saya agar jangan tersilap
langkah.

Keesokannya, barangkali beliau mendengar desus-desas itu makin
kuat, maka beliau sms kepada saya dengan tegas, katanya: “mati hidup
 semula saya tidak akan mempercayai ustaz lagi jika ustaz masuk Umno.
Apakah ustaz takut kepada cabaran di dunia ini? Atau mengharapkan
kedudukan di dunia sehingga sanggup hendak masuk Umno? Jika
ustaz tidak mahu masuk PAS pun, janganlah masuk Umno”.

Saya simpati dan rasa bersalah memandang beliau uzur. Saya terus
bercakap dengannya dengan memberikan jaminan bahawa apa
yang beliau khuatiri itu insyaAllah tidak berlaku. Saya beritahu bahawa
pimpinan PAS lain, khusus Ketua Dewan Ulama PAS juga telah
bercakap dengan saya dan memberikan nasihat.

Namun, apabila 40 orang ulama muda masuk Umno, Dr Lo’lo sekali
lagi berhubung dengan saya dan berkata: “Tergamak ustaz membiarkan
 sahabat-sahabat ustaz masuk Umno, sedangkan saya ini
bersusah payah hendak memastikan mereka yang berpegang dengan
manhaj al-Quran dan as-Sunnah masuk ke dalam PAS. Jika Tuan
Guru Nik Aziz tidak ada nanti, macam manalah perjalanan PAS ini.
 Ini, ustaz pula biarkan kawan-kawan masuk Umno”.

Saya diam. Ada perkara yang saya tahu yang mungkin beliau
tidak tahu. Begitulah sebaliknya. Apa pun, saya amat berterima kasih,
sikap beliau yang sentiasa prihatin kepada perkembangan Islam dan
masa depan dakwah. Beliau seorang serikandi, seorang mujahidah,
seorang yang jujur dengan keyakinannya.

Kritik PR

Saya tahu, ya kadang-kala apabila saya mengkritik tokoh utama
PR, Dr Lo’Lo’ kurang selesa. Dia akan sms melahirkan ketidakpuasan
hatinya. Kadang-kala bahasanya “tegas”. Saya sering tersenyum
apabila membaca smsnya. Ya, bukan semua perkara kita dapat
sama dan seiya sekata. Namun, yang pasti ia adalah kata-kata
yang datang dari seorang yang prihatin.

Namun, beliau lama-lama biasa dengan sikap saya yang memberikan
 pandangan kepada kedua belah pihak. Sebelum muktamar PAS
beliau memohon agar saya mewar-warkan semula artikel
lama saya “Ulama atau professional Jadi Pemimpin”
(drmaza.com/home/?p=605) . Beliau kata, beliau ingin
meminta supaya Harakah menyiarkannya semula.

Saya tahu aliran pemikiran yang ingin ramaikan professional dalam
kepimpinan PAS.

Ziarah hospital

Apabila saya mendapat berita beliau amat uzur dan berada
dalam keadaan kritikal di hospital, saya hubungi Fawwaz.
Saya pohon untuk menziarahinya. Saya pergi dengan beberapa
orang sahabat, sebahagian mereka ustaz-ustaz.

Dr Lo’lo meminta untuk hanya saya sahaja yang masuk dahulu.
MasyaAllah, saya melihat seorang serikandi mujahidah dalam
kedaan yang uzur terbaring di katil. Wajahnya sudah kelihatan
bengkak. Pun, begitu masih lagi dengan pakaian muslimahnya.
Beliau menangis ketika itu.

Dalam celahan itu saya mendengar indahnya kata-kata beliau:
“ustaz, saya bimbang saya tidak dapat menjadi hamba Allah
yang baik”. Kata-kata itu menusuk ke dalam jantung saya
bagaikan cahaya ruhi yang menyelinap masuk ke dalam urat nadi.

Ia adalah kata-kata yang lebih murni dari segala lafaz seni,
kata-kata yang lahir dari nurani insani yang mendambakan
kasih-sayang Allah. Kata-kata yang tidak lahir di saat-demikian
melainkan dari jiwa yang sentiasa berhubungan cinta dengan
Allah. Demikian penilaian saya. Hakikat yang sebenar kembali
kepada Allah.

Kemudian, sempat beliau berpesan kepada saya untuk terus
memberikan pandangan kepada PAS dan beliau bersyukur
segala usaha beliau dan sahabat-sahabatnya mula melihatkan
hasil dalam PAS. Beliau meminta saya tuliskan sebuah puisi
untuk beliau. Saya berjanji insyaAllah. Nampaknya, puisi itu
akan lahir selepas pemergian beliau.

Ustaz sampul

Selepas habis berbicara dengan saya, beliau mengizinkan
sahabat-sahabat yang bersama saya masuk. Dalam keuzuran
yang amat sangat itu, beliau masih sempat memberikan nasihat.
Antara yang beliau kata; “Maaflah saya ingin sebut, ustaz-ustaz
ini jangan asyik fikirkan sampul sahaja. Ramai yang rasa selesa,
hanya dok berkuliah dalam masjid, selepas itu seronok
dapat sampul duit tapi tidak mengambil tahu apa yang berlaku
kepada umat; khususnya anak-anak muda kita kat luar sana”.

Ya, itulah kata-kata beliau. Ia amat benar. Itu penyakit yang
menimpa ramai yang memakai gelaran ustaz atau “pendakwah”.
Pahit yang terpaksa diakui, bukan sedikit yang fikirannya
berlegar kepada wang dalam sampul yang akan menjadi
habuan selepas kuliah atau ceramah.

Bukan salah. Namun, apabila itu dijadikan buruan, maka ramai
yang mengelak diri dari arus dan tribulasi perjuangan. Kata-kata
Dr Lo’Lo’ itu terbit dari hati nurani seorang daiyah (pendakwah).
Bukan singkat masa beliau menelusuri pengalaman dan perjuangan.

Ya, beliau banyak di medan politik. Sebahagian ijtihad siyasi
dan pandangan politiknya mungkin berbeza dengan saya.
Namun, saya tetap hormati jasa dan sumbangannya. Zahir
pada kehidupan sebagai seorang muslimah dan
mujahidah. Berjuang membela keyakinannya mengenai
Islam dan keadilan. Sebagai seorang sahabat dan insan
yang masih hidup atas bumi ini, saya hanya mampu berdoa
untuknya agar dilimpahi rahmat dan keampunan, kemudian
meneruskan perjalanan hidup ini sehingga sampai ke
destinasi seperti mana beliau pun telah menamatkannya.

* Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah ahli akademik
 dan bekas Mufti Perlis

Read more...

Jul 17, 2011

Akhirnya Panglima Dapat Juga Ikan

Assalamualaikum Wbr.

Berkat doa.....akhirnya Panglima dapat juga ikan. Ikan Pacu yang Panglima inginkan.  Alhamdulillah.  Walaupun tak sebesar mana, tapi Panglima dapat juga ikan tersebut.   Kalau diikutkan Panglima perolehi 2 ekor ikan Pacu tetapi......kalau bukan rezeki kita...tetap bukan rezeki kita.

Ikan tersebut.....memang dah kena mata kail Panglima....tapi dia duk diam ajer tanpa Panglima sedari.....disebabkan angin kencang ketika itu.....joran Panglima bergoyang-goyang.  Di sangkakan tiupan angin tetapi ikan rupanya.  Setelah diangkat baru perasan...ada ikan dah lama mengena.  Setelah ditarik ke tepi...dan sewaktu hendak mengambil tangguk, ikan tersebut terlepas.   huhuhu....... agak ralat juga..pasal ikan sudah berada ditepi tebing, tapi apakan daya bukan rezeki Panglima.


Tapi Allah ganti dengan ikan ini....walaupun lebih kecil dari yang mula2 tadi, tapi....Alhamdulillah.

Panglima7.

Read more...

Gi Mancing...

Assalamualaikum wbr,

Ikan Bawal Sungai, atau Pacu dari spesis Pirana (tapi tak makan orang)
Minggu lepas gi mancing......ikan punyalah banyak bermain-main dan menunjukkan dirinya di permukaan air.  Bukan besar pinggan lagi dah...tapi besar betis.  Memang mengocakkan hati mereka yang melihat. Begitu jugalah dengan Panglima.  Tapi jangankan dimakannya umpan...di gigitnya pun takde.....akhirnya mengakuilah Panglima....memang tiada rezeki Panglima unuk kali ini.  Berjalan pulanglah Panglima dengan tangan kosong.

Hari ini.....pagi ini......15hb Syaaban, Panglima dipelawa untuk turun memancing di kawasan berdekatan dengan teratak Panglima....di tempat yang sama tempoh minggu.  Mudah-mudah ada rezeki hari ini.

Ni nak gi laa nie......ikan idaman Panglima ialah spesis Pirana...tapi bukan Pirana tetapi PACU.

Panglima7.
Doakan Panglima.

Read more...

Jul 16, 2011

Malam ini Adalah Malam Nisfu Syaaban.

Assalamualaikum Wbr.


Malam Nisfu Syaaban adalah salah satu daripada malam-malam yang berkat.  Terutamanya dalam memohon keampunan dan bermunajat kepada Allah.  Hanya Allah sahaja yang tahu rahsia malam ini selain malam Lailatul Qadar dan juga malam-malam yang lain.

Panglima7.

Read more...

Akhirat Jua Kekal Abadi

Assalamualaikum Wbr.


Wahai Panglima, dunia ini adalah sementara, akhirat jua yang kekal abadi.  Dunia adalah tempat kamu bercucuk tanam (beramal ibadah) dan akhirat jua tempat kamu menuai hasil tanaman kamu.  

Wahai Panglima, kehidupan di dunia ini seperti........kamu bemimpi di malam hari. Itulah dunia.  Apabila kamu terjaga dari mimpimu itu yakni dari tidurmu.....itulah akhirat yang kekal abadi.  

Pandangan matamu di alam akhirat lebih jelas, sejelas jelasnya dari pandangan kamu di dunia ini.  Apa yang kamu rasakan oleh seluruh pancainderamu lebih tajam dari pancainderamu sewaktu hidup di dunia ini. 

Kurang satu ucapan "Subhanallah" di antara orang lain seperti tiada apa kurangnya di dunia ini.....tetapi di akhirat ianya sangat bernilai dan besar di sisi Allah SWT.  Satu sahaja kurangnya ucapan Subhanallah di antara kita dengan orang lain.....membezakan amalan kita dengan orang lain seperti Langit dan Bumi.  Masyallah !!!.

Wahai Panglima......rebutlah peluang ini jangan sia-siakan masa mudamu sebelum tiba masa tuamu, masa lapangmu sebelum datang masa sibukmu, masa sihatmu sebelum datang masa sakitmu, masa senangmu sebelum tiba masa susahmu, masa hidupmu sebelum tiba ajalmu.  

Sabda Nabi SAW, maksudnya

Sesungguhnya Allah telah memberi tempoh hidup kepada seseorang itu antara umur 60 hingga 70 tahun. (Riwayat Ahmad dari Abu Hurairah)

Sabdanya lagi,
Umur umat ku ialah di antara 60 hingga 70 tahun.  Sedikit sekali di antara mereka yang hidup melebihi 70 tahun. (Riwayat daripada Abu Hurairah)

Panglima
Panglima berpesan pada diri panglima sendiri.

Read more...

Jul 13, 2011

Ular Dalam Lubang Kubur.


Assalamualaikum Wbr.


Ustaz Zainul Fata Hashim, 38, adalah khatib Masjid Rahman di Banyu Urib, ! Surabaya. Ketika usinya 14 tahun dia merantau ke Mekah untuk menuntut ilmu dengan ditemani abangnya, Hj.Yassin Hashim. Setelah 17 tahun menetap di Tanah suci dia kembali ke kampung halamannya pada 1997 dan mengajar di sekolah sekolah agama di kampung kelahirannya. Lantaran ingin berkongsi pengalaman menanrik ketika menetapa di Mekah, Ustaz Zainul diterbangkan khas dari Surabaya untuk temu bual ekslusif dengan wartawan Mastika, Norimanah Seman.
Perkuburan Ma’ala di Mekah yang terletak berhampiran makam Siti Khadijaah riuh rendah. Suara orang bercakap dalam nada cemas dan menjerit jerit menyebabkan tumpuan saya yang ketika itu sedang solat, terganggu. Suara abang saya, Hj. Yassin yang mengimami solat Asar juga tenggelam timbul. Terus terang saya katakan, saya tidak dapat bersolat dengan khusyuk. Suara orang bercakap dan menjerit jerit itu menggangu tumpuan. Selesai salam, saya terus ke tingkap yang menghadap ke kawasan perkuburan. Saya lihat penjaga kubur berdiri tercegat di tepi lubang, orang ramai yang mengiringi jenazah bertempiaran lari. Ada yg tertonggeng kerana tersepak batu, yg merangkak pun ada.
“Tolongggggggg, anak saya!” jerit seorang wanita apabila melihat anaknya berdiri hampir dengan liang kubur. Seorang lelaki sedang berlari sempat menyambar kanak kanak itu dan diserahkan kembali kepada emaknya.
“Apahal ribut ribut(kalut-kalut) tu?” tanya abang yang tiba tiba sudah berdiri di belakang saya. “Entah,” jawab saya. Lantas saya dan abang bergegas ke kawasan kuburan itu yg jaraknya hanya beberapa meter sahaja dr rumah sewa kami. Walaupun sudah tiga tahun menyewa rumah berhampiran kawasan perkuburan tetapi belum pernah saya lihat urusan pengkebumian jadi kelam kabut.
Saya berjalan menghampiri penjaga kubur, Ahmed berbangsa Afrika. Hanya dia seorang saja yg berani berdiri di situ sedangkann orang ramai yang mengiringi jenazah sudah lari bertempiaran. Mereka berdiri jauh di tepi pagar. Muka Ahmed kelihat cemas, matanya tajam memandang ke dalam liang.
“Apa masalahnya, ni?” tanya saya dalam bahasa Arab. Lelaki itu hanya menuding jarinya keliang lahad tanpa mampu berkata apa apa. Seekor ular besar dengan mulut ternganga luas hingga menampakkan taring tajam yang panjang kelihatan tersembul di pintu lubang kubur. Badannya sahaja sebesar pemeluk orang dewasa! Saya dan abang segera mengundur. Ahmed mengelak beberapa tapak apabila ular itu menjulurkan kepalanya seperti hendak menerkam jenazah yang dipikul oleh kawan kawannya. Setelah gagal untuk mencekup jenazah, ular yang bercampur aduk warnanya itu memasukkan semula kepalanya ke dalam lubang. Namun apabila kawan kawan Ahmed cuba melangkah, ular itu akan menerkam semula dengan mulut terngangga menampakkan lidah yang panjang. Saya mengucap panjang apabila mata ular itu yang merah bercahaya merenung tajam ke arah jenazah yang diletakkan di atas pengusung.
“Ya Allah, janganlah mayat tu ditelan,” doa saya. Hati bertambah bimbang apabila melihat mulut ular itu terngangga luas boleh memuatkan sebuah motosikal. Serentak mereka mengundur untuk menyelamatkan diri. “Kalau kecil boleh juga saya kais dengan kayu. Tapi iiiiii ni besar, mulutnya saja sama besar dengan lubang kubur. Kalau saya masukkan juga jenazah itu bukan kebumi namanya tetapi campak ke rahang ular,” kata Ahmed, tercunggap cunggap.Orang ramai lari bertempiaran. Ada yang terjerit jerit akibat terlalu takut. Beberapa minit kemudian mereka terus menutup semula lubang kubur itu. Ahmed berjalan ke sebuah lagi kubur , lima meter saja jaraknya dari kubur tadi. Perlahan lahan dia menarik penutup nya yang diperbuat daripada batu.
Di Mekah kedaan kuburnya yang berlainan dengan di Malaysia. Disana lubang kubur sudah siap digali dan disimin dindingnya kecuali lantai. Dan disimin dindingnya kecuali lantai. Setelah jenazah di kebumikan ia ditutup semula. Pintunya diperbuat dari besi atau batu. Setahun kemudian kubur itu akan dibuka semula untuk diisi dengan jenazah baru. Biasanya satu liang boleh digunakan untuk enam jenazah. Namun ada juga boleh memuatkan hingga seratus. Jenazah baru hanya akan ditanam di dalam lubang itu jika jenazah yang ditanam setahunlalu sudah tiada ataupun hanya tinggal tulang. Tulang tulang itu akan dikuis ke tepi untuk memberi ruang pada jenazah baru.

Ahmad membuka lubang tersebut dengan berhati hati. Apabila terbuka sepenuhnya, segera dia melenting. Ular yg sama terpacul lagi ditengah tengah lubang kubur! Ahmed melompat ke belakang, kawan kawan nya lari lintang pukang. “Lain macam je ular ni, bang. Ular sawa bukan, tedung pun bukan, anaconda tidak mungkin. Ular apa ni bang” bisik saya pada abang. “Inilah agaknya ular al-Syujak al-Aqra seperti yg pernah nabi sebut sebut dalam sabdanya, yang akan menyiksa sesiapa yang meninggalkan solat dan melakukan maksiat,” kata abang. Aneh sekali, bagaimana ia boleh berada di dalam lubang kubur itu.
“Tutup balik,” Ahmed bersuara meminta tiga orang lagi rakanya membantu. Ahmed beralih pula ke kubur lain. Dia mengagak lubang itu sudah dua tahun tidak digali semula. Orang lain yg pada mulanya ramai tidak berani mendekati. Mereka hanya berdiri di tepi pagar tembok. Tinggallah kami berenam, Ahmed dan kawan kawannya, abang serta saya.
SYYYYYYYYYYY!! Bunyi desiran dari arah lubang pada pintu kubur yang terbuka sedikit. Ahmed dan rakan rakannya segera berhenti mengangkat penutup lubang kubur tersebut. Masing masing terdiam dan memasang telinga . Setelah beberapa minit menunggu tidak ada lagi bunyi yang kedengaran. “Ahhhh!! Bunyi pasir runtuh agaknya,” beritahu Ahmed sambil tersenyum cuba menyedapkan hati. Ahmed lantas mengajak kawan kawannya menyambung kerja. Perlahan lahan mereka membuka penutup lubang kubur hingga terbuka luas. “Alhamdulillah …” Ahmed bersyukur, tidak ada lagi ular besar yang menganga di muka lubang. Di bahagian dasar lubang hanya tinggal tengkorak dan beberapa tulang yang belum reput. Ahmed masuk ke dalam kubur untuk mengumpul tulang tulang itu dan diletakkan di sudut, kemudian naik semula untuk mengangkat jenazah wanita itu.
Perlahan lahan Ahmed dan tiga kawan kawannya megusung jenazah wanita tersebut ke tepi lubang. Saya hanya memerhati sahaja mereka melakukan kerja. “Berhenti!!!!” tiba tiba Ahmed menjerit. Dua orang kawannya yg memikul jenazah terkejut. Nyaris nyaris jenazah tercampak. Segera jenazah dibawa keluar dan diletakkan diatas pasir. Mereka hanya tercegat memerhati. Ahmed menggeleng geleng kepala, tidak percaya dengan apa yang berlaku. Orang ramai bercempera sekali lagi.

“Subhanallah ….. ular lagi,” terpacul dari mulut saya. “Kamu pasti ular itu tidak ada disitu, tadi?” tanya abang. Ahmed termenung memerhatikan rahang ular yang terbuka luas. Di wajahnya ternampak keletihan. Dia pun sudah hilang punca untuk menjawab peryanyaan saya tadi. “Subhanallah,” hanya itu sahaja yang terkeluar dari mulutnya sambil menoleh ke arah saya. Ahmed menggaru garu kepala, tak tahu apa yang perlu dibuat. Menurutnya, tidak ada lubang pun di dinding liang yang boleh dilalui oleh ular sewaktu dia mengumpulkan tulang tadi.
“Mungkin tanah haram tak mahu terima jasadnya,” kata abang. Ahmed mengangguk dan bersetuju dengan kata kata abang. “Kalau begitu mengapa tak dikebumikan saja di Jeddah?” saran saya kepada Ahmed. “Seharusnya begitu, mungkin ada yang tak kena,” kata abang. Jeddah? Ya, hanya Jeddah sahaja tanah halal yang paling hampir. Ahmed, saya dan abang menaiki satu kereta untuk bersama sama mengiringi jenazah ke Jeddah. Dalam samar sama hari yang sudah merangkak senja jenazah itu dikebumikan. Alhamdulillah! Semuanya dapat disempurnakan dengan selamat.
Dalam perjalanan pulang ke Mekah, tiada lain yang kami bualkan kecuali kejadian itu. Saya benar benar insaf dan gerun akan kekuasaan Allah. “Salah satu keistimewaan umat Muhammad ialah seksaan atas dosa dosa mereka akan ditangguhkan sehingga akhirat. Namun tidak mustahil ALLAH akan membalasnya sewaktu didunia. Itu tidak lain sebagai ingatan pada yang masih hidup,” tegas abang. Kata kata itu membuat saya berfikir kembali rahsia di sebalik kejadian yang baru kami alami. Kepada kenalan rapat arwah perempuan itu saya tanyakan asal usulnya. Menurut mereka wanita itu berasal dari Mesir, bertugas sebagai jururawat di Hospital Aziziah. Ia memang seorang yang rajin, taat, cantik dan lunak suaranya apabila melayan pesakit. Namun apabila malam menjelma, pakaian seragam jururawat ditanggalkan. Maka terserlah lah kecantikannya yang meruntun hati setiap lelaki yang memandang.
Bibirnya, mata, rambut ikal mayang, berkenig lebat dan berhidung mancung menjadi bonus untuk memikat hartawan. Dengan kelebihannya dia sering menggunakan nya untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan. Daripada cerita kawan kawannya yang saya temui, si gadis manis berusia 25 tahun itu menjadi ‘perawat jiwa’ kelas atasan. Setiap malam dia menerima jemputan daripada saudagar kaya yang menawarkan bayaran tinggi. Selama bertahun tahun kerjanya tidak ada siapa yang mengetahui.
Namun hari tidak selalu! panas, kadang kadang hujan ditengah hari. Di tengah kemashuran namanya meniti di bibir para hartawan, wanita itu diserang penyakit misteri. Tidak ada ubat moden yang mampu menyembuhkannya. Tiga bulan dia terlantar di wad tempatnya berkerja. Yang menginsafkan setiap kali kawan kawan setugas datang menziarahi, dia kan bercerita segala kegiatannya selama ini. Peristiwa itu sesungguhnya menginsafkan betapa siksa kubur itu jangan dipermainkan, sebagaimana hadis yang di riwayatkan oleh Ibnu Abbas, katanya: ketika Rasulullah s.a.w melalui dua buah kubur beginda bersabda:
“Ingatlah, sesungguhnya dua mayat ini sedang diseksa, tapi bukan kerana melakukan dosa besar. Seorang diseksa kerana dahulunya dia suka membuat fitnah dan seorang lagi kerana tidak membersihkan dirinya daripada air kencing.”
Itu baru dosa kecil yang nabi sebutkan, sudah mendapat seksa kubur yang cukup azab. Inikan pula dosa yang besar seperti berzina, melacur, tentunya lebih azab lagi.
Petikan dari: Mastika

Read more...

Jul 12, 2011

Kerajaan UMNO Tidak BERTAMADUN...Lihat Demonstrasi BERSIH Di Luar Negara

Assalamualaikum Wbr...



BERSIH berdemonstrasi  di Australia secara aman dan damai.  Tiada suatu kekacauan pun berlaku. Aman damai, tiada gangguan polis, tiada provokasi. Tu baru dinamakan tamadun.  Malulah dengan Dunia Luar.  Memang Dasar Kerajaan UMNO, Kerajaan Katak Di Bawah Tempurung.
BERSIH sebuah pertubuhan NGO yang dikatakan tidak berdaftar di negara ini DIHARAMKAN oleh Regim Kurang Ajar UMNO Najib dan dinafikan hak berhimpun serta bersuara secara aman di bumi bertuahku Malaysia.  

Tapi di negara lain di dunia.....BERSIH sebuah pertubuhan yang dikatakan tidak berdaftar ini boleh pulak berhimpun dan berdemonstrasi secara aman dan DAMAI di 22 negara tanpa kelihatan seekor pun Polis di sana.  Mereka tak pun dipukul dan dikejar Polis, dipijak-pijak 8-9 orang, disembur dengan gas pemedih mata dan ditembak dengan air gatal berasid dari trak Water Canon.???  Ko nak kami tukarkan demonstrasi aman menjadi demonstrasi ganas ke??? Income Tax Rakyat engkau sebat saban tahun....suara rakyat ko tak mahu dengar.   Kurang ajar UMNO.!!  patutlah undi UMNO HARAM dan berdosa!!

DEMOKRASI ala....aper...yang dilaung-laungkan oleh Regim Kurang Ajar UMNO Najib ini???
Lahabau sungguh.!!  Kalau tak tahu memerintah..jangan memerintah laaa....UMNO.  Sungguh memalukan negara.

Sila lihat demonstrasi aman dan damai BERSIH Di Luar Negara.

Demontrasi BERSIH di Brisbane pada hari yang sama di Kuala Lumpur.  Seorang pun tiada tercedera atau patah kaki bahkan mati dipukul atau dikejar Polis.


Bersih di Australia berjalan dalam aman, tiada gangguan polis, tiada provokasi. Tu baru dinamakan tamadun.  Malulah dengan Dunia Luar.
BERSIH di New Zealand sebelum perarakan. Siap santai lagi.  Setitik darah pun tak tumpah.


BERSIH di London. Negara tamadun awal, hormat hak asasi manusia



Gambar atas ,BERSIH di Hongkong berjalan dengan aman tenteram di dalam hujan.Tidak ada gangguan polis.Berjalan memenuhi jalanraya. Bangunlah bangsaku, berjuang menentang kezaliman.

                        Seorang pun takde yang mati atau Terbunuh di sini....tapi di Malaysia ada yang mati.
Bersih di Australia berjalan dalam aman, tiada gangguan polis, tiada provokasi. Tu baru dinamakan tamadun.  Malulah dengan Dunia Luar.

Panglima7
Malu laa dengan Dunia Luar.

Read more...

Jul 11, 2011

Panglima Turut Memohon Maaf Dan Terkilan Atas Kesalahan Ini.


Assalamualaikum Wbr.
************************
kesilapan maklumat yang diterima oleh team kami.

Sila Klik di  http://www.youtube.com/embed/ivuhjDbG-fk  ialah video masa kejadian.

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/267860_2232637494957_1218504435_2709229_358435_n.jpg

terima kasih buat sahabat herman samsudeen kerana menegur. insya allah kami akan cuba perbaiki kerja kami.

allahukhbar!

Panglima7

Read more...

Jul 10, 2011

Al-Fatihah, Matimu Demi Menegakkan Pilihanraya Yang Adil.



Assalamualaikum Wbr,


Panglima turut Memohon Maaf dan Terkilan Di Atas Kesalahan ini. Gambar di bawah ini adalah gambar Hj. Shuhardi Mohd Dari Sepang.


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Assalamualaikum wbr.

Al-Fatihah buat Baharudin Bin Ahmad.
Allahyarham Baharudin Ahmad yang terkorban menentang kezaliman biarpun ada yang membenci disebabkan kebodohan mereka dan demi menjaga perut-perut mereka..

Nafas terakhir, Allahyarham Baharudin Ahmad

Semoga Rohmu dicucuri rahmat Allah SWT.

Al-Fatihah.  Matimu tidak sia-sia.  Matimu dalam perjuangan menentang kebatilan penipuan UMNO dan SPR.

Panglima7.

Read more...

Y.Dipertuan Agong Harus Panggil SPR Masuk Mengadap

Assalamualaikum Wbr.

Bukti ini sudah cukup menunjukkan SPR penyokong Kuat UMNO BN.



Perhimpunan aman BERSIH 9hb Julai 2011

Kita mohon Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan memanggil Ketua SPR untuk masuk mengadap bagi menjelaskan ....ini apa nie???...puluhan ribu rakyat membanjiri Kuala Lumpur bagi menyatakan pendirian kepada BERSIH dalam membantah cara SPR menipu rakyat dalam pilihanraya. 

Panglima7.


Read more...

Siapa Bohong ? Polis Kata DS Anwar Tak Cedera, Ini Haper????

Assalamualaikum Wbr....

Nanti ada pulak yang kata...."DS Anwar mencederakan dirinya sendiri" ???
Gambar di ambil dari blog Mountdweller.
..

Gambar-gambar  di ambil dari blog Mountdweller.

Anwar Ibrahim mengalami kecederaan di kepala dan lutut akibat tindakan anggota polis menembak gas pemedih mata tepat ke arah muka Ketua Pembangkang itu, kata Parti Keadilan Rakyat.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata hanya tindakan pantas daripada pengawal peribadi Anwar, Fayad Al-Bakri menyelamatkan pemimpin itu daripada kecederaan lebih teruk.


Berita lanjut di SINI.
Panglima7

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara