Assalamualaikum Wbr.
Gambar Hiasan Sahaja
Panglima tidaklah baik sangat atau bagus sangat dalam hal-hal tajwid dan mahraj nie...kira boleh laaa, ambil pengalaman dalam berusrah dulu di Bdr Baru Bangi, tapi Panglima tahu jika Al-Fatihah itu dibaca dengan cara sebutan yang salah.
Kalau surah yang dibaca selepas Al--Fatihah ada yang salah tajwidnya seperti Nun bertemu huruf Ta, ianya dibaca samar tetapi dibacanya terang...tapi Panglima tak kisah sangat tang itu...kerana membaca surah adalah sunat. Yang penting adalah Al-Fatihah, jadi kenallah betul bacaannya supaya solat itu menjadi sah bukan sahaja kepada imam tetapi juga makmum. Jika Al-Fatihah rosak maka rosaklah solat seluruh jemaah tersebut.
Di antara kesalahan pada bacaan Al-Fatihah yang jelas kelihatan ialah bila mana.
1. Ar-Rahmaanir rohimm. tetapi dibaca Ar-Rahmaanir rohinnn.(siap dengung nun tu lagi) Mim dah hilang.
2. Iyya ka naqbudu wa iyyaa kanastainn tetapi dibaca Iyya ka naqbudu wa iyyaa kanastaimm (Nun pula hilang)
3. Shirothol lazii naan am ta alaihim ghairil magdhu bi alaihim tetapi di baca Shirothol lazii naan am ta alaihim ghairen magdhu bi alaihim. (Lam dah hilang)
3. Kadangkala Bismillahirrahmanirohimm di baca Bismillahirrahmanirohinn. (Mim pun hilang juga)
Tidaklah Panglima tahu....makna sebenar bilamana Al-Fatihah dibaca salah seperti dalam huruf merah seperti di atas. Jika berubah maknanya...maka sudah tentu solat yang dikerjakan tidak sah. kena solat balik atau makmum kena mufaraqah. Sesiapa yang tahu makna huruf yg salah itu...sila khabarkan pada Panglima.
Bersambunggg...dah malam sangat dah....
P/S: Diedit semula bagi tidak meyinggung mana-mana pihak.
P/S: Diedit semula bagi tidak meyinggung mana-mana pihak.
10 comments:
Salam Panglima
Satu pendedahan yang amat baik dan berfaedah. Perkara begini juga berlaku pada saya yang membuatkan solat di dalam delima. Jadi apakah yang jadi dengan solat kita di dalam keadaan begini? Sahkah dan di mana ihsannya?
Saya menerima didikan Alqura'an dari seorang guru (almarhum) yang sejak dari mudanya belajar di Masdijilharam dan sekitar kota Mekah dan selepas itu dari salah seorang Hakim Musabaqah.
Memang ada masalah di hati kita bila solat di belakang Imam yang bermasalah dengan bacaannya.
salam pang5 7,
kat surau ana sebiji macam tu....semuanya diborong 'nun'.....'mim'nya hilang.
Waalaikumsalam Tuan Mountdweller. Maaf kerana tidak berkesempatan membalas catatan dari tuan. Satu hari dirasakan sangat pantas berlalu. tahu-tahu dah 1.30 pagi. terpaksa tunggu pagi ini untuk Panglima balas coretan Panglima. Alhamdulillah Tuan menerima didikan dari seorang yang hebat yang belajar di Masjidilharam dan seorang Hakim Musabaqah. Pada panglima solat tersebut tidak sah jika sebutan yang salah itu merubah maksud sebenar pada ayat tersebut. Makmum wajib Mufaraqah dengan mengulangi solat tersebut. Tapi selesaikan dulu solat tersebut bersama imam tersebut kemudian dah selesai solat baru solat semula bagi mengelakkan perpecahan.
Waalaikumsalam Tuan Al-Brangi. Tak tahu la nak kata apa.....Panglima pun poning. Nasihat dah bagi...betul sekejap tapi masuk rakaat kedua...sama balik sebutannya.
Salam tuan...
masalah yang tak pernah selesai dalam masalah pembacaan imam:
1. dalam masalah ini, terdapat satu keringanan yang di panggil "khotok khafi" atau kesalahan yang tersembunyi iaitu antara bacaan imam yang tidak sedar dan sorang dua makmum yang menyedari kesalahan bacaan tersebut.dalam kes sebegini, solat tetap sah,sekiranya makmum yang menyedari kesalahan ini,terpulang pada dia samaada "berpisah" atau teruskan,lebih baik "berpisah".
2. Cara menegur : dalam kes sebegini,kena ada hikmah dalam menegur,contoh; ambil al-Quran,kemudian minta imam tadi tolong ajarkan bacaan fatihah yang betul secara harfiah atau melihat tulisan ayat.minta imam tadi bacakan,kalau masih lagi berlaku kesalahan walaupun dengan melihat tulisan ayat,ertinya bacaannya betul,cuma tidak fasih disebabkan kelancaran lidah yang keras sebab tua.
3.Imam tua tu sendiri sepatutnya kena sedar diri la,bagi la orang muda yang baik bacaannya menjadi imam,selesai masalah
4. Makmum kena juga faham kaedah imam makmum. kalau nak ambil kira kesalahan bacaan secara zahir, sampai bila pun qari tak akan jadi makmum.dan masjid surau akan kosong tak ada jamaah sebab yang jadi imam tak pandai baca, makmum pula terlebih pandai.
maaf atas pandangan sekiranya ada salah dan silap,pandangan hanya sekadar sedikit maklumat yang diketahui sahaja...
Waalaikumsalam Tuan Fadzli, Terima kasih kerana memberikan komen. Bukan masalah tunjuk pandai tuan,kalau tunjuk pandai...itu dah "riak" namanya iaitu syirik kecil. Sedangkan membetulkan imam yang salah adalah wajib bagi makmum yang tahu dan jika dibiarkan kesalahan atau dipandang sebelah mata maka ianya menjadi suatu dosa. Harap tuan tidak bersangka buruk terhadap teguran orang-orang yang menegur. Dan mereka yang kena tegur sepatutnya bersyukur kerana dengan teguran itu membuktikan Allah menyayangi mereka dan ingin membetulkan mereka daripada kesalahan. jika Allah membiarkan sahaja kesalahan imam2 ini....tentunya imam-imam ini akan berkata, mengapa engkau tidak menegur aku ya Allah....dengan mendatangkan seseorang yang boleh menegur dan membetulkan aku. jangan silap....orang yang menegur itu tidak sepertinya dia nak jadi imam...atau nak rebut tempat imam. No such thing.!! Maaf jika ada terusik di sini..ianya tidak disengajakan. Wassalam.
salam panglima, amy datang melawat panglima di malam hari..
salam ziarah di pagi hari panglima..
Salam Panglima 7,
Eloklah bagi peluang pada Imam Muda :-)
Assalam sume sedarax! Tidak susah utk menegur imam, tapi yg susah imam yg ditegur nak betulkan sebutannya. Almaklum, dah keras lidah! Yg penting keikhlasan dlm teguran. Jika dibuat secara berhemah, insay'Allah boleh setel
Post a Comment