Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Jul 5, 2011

Rambutku sudah beruban.



Ini bukan Panglima7...Ini gambar hiasan
Wahai rambut..., kenapa engkau tak menyempat-nyempat nak memutih.  Tidakkah engkau mengetahui... usiaku yang sebenar?.   Di usia yang begini....teramat sukar untuk dilihat mereka-mereka yang rambutnya mula putih sepertiku.  Kederasan engkau memutih membuatkan aku bingung dan bingung.  Adakah aku  salah makan.? Bukan faktor sains ini berlaku.  Aku redha Allah menarik balik nikmat hitam yang dikurniakan kepadaku lebih awal dari usiaku.
 
Panglima7
Alangkah beruntungnya orang perempuan dapat menutup ubannya dengan tudung.
Teringat suatu petikan hadis :  Tanda-tanda hari nak Kiamat ....di akhir zaman, terlalu ramai orang memakai dye (menghitamkan rambutnya). 
Terbaca kisah dibawah ini.
_______________
Nabi berkata kepada Malaikat Maut. “Tidakkah Kau memberikan peringatan kepada manusia bahawa kau datang sebagai malaikat Maut sehingga mereka akan lebih hati-hati?”
Malaikat itu menjawab. “Demi Allah, aku sudah memberikan tanda-tanda dan tanda-tandamu yang sangat banyak berupa penyakit, uban, kurang pendengaran, penglihatan mulai tidak jelas (terutama ketika sudah tua). Semua itu adalah peringatan bahawa sebentar lagi aku akan menjemputnya. Apabila setelah datang tanda-tanda tadi ia tidak segera bertaubat dan tidak mempersiapkan bekalan yang cukup, maka aku akan serukan kepadanya ketika aku cabut nyawanya: “Bukan kah aku telah memberimu banyak tanda-tanda dan peringatan bahawa aku sebentar lagi akan datang? Ketahuilah, aku adalah peringatan terakhir, setelah ini tidak akan datang peringatan lainnya “ (HR imam qurthubi)
Cara kerja Malaikat Maut
Nabi Ibrahim pernah bertanya kepada Malaikat maut yang mempunya dua mata diwajahnya dan dua lagi tengkuknya. “Wahai malaikat Maut, apa yang kau lakukan seandainya ada dua orang yang meninggal diwaktu yang sama; yang satu berada di hujung timur yang satu berada di hujung barat, serta ditempat lain tersebar penyakit yang mematikan dan dua ekor bintang melata pun akan mati?”
Malaikat Maut berkata:” Aku akan panggil roh-roh tersebut, dengan izin Allah, sehingga semuanya berada diantara dua jariku, Bumi ini aku bentangkan kemudian aku biarkan seperti sebuah bekas yang besar dan dapat mengambil yang mana saja sekehendak hatiku “(HR abu Nu’aim)

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara