Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Mar 14, 2010

Kewangan Negeri Sakit Ke....Atau Khir Toyo yang Sakit Sebenarnya..!!!

Menyorot Kembali Hadiah Penyapu oleh Khir Toyo Kepada PBT & Majlis Perbandaran
melambangkna sikap KURANG AJAR beliau kepada PBT dan akhirnya beliau tersungkur disebabkan ketidakcerdikan beliau ini.  Menteri Besar apa ini.???  Memberi Motivasi ke... apa ke benda nya ini.

Salam,

Bekas Menteri Selangor Datuk Seri Khir Toyo  mendakwa kedudukan Kewangan Selangor di bawah Pentadbiran Pakatan Rakyat dalam keadaan sakit dan tidak terurus dengan baik.

"Wahai Khir ...kalau sakit dan tak terurus dengan baik...takkan boleh memerintah sehingga laa ni 2 tahun.  Ker ko yang sakit sebenarnya...sakit hati tuu"

Menurut beliau kerajaan negeri juga bermasalah dari segi imbangan perbelanjaan dan pendapatan. Perbelanjaan kerajaan Negeri sebanayak RM1.4 bilion tidak setara dengan Perbelanjaan negeri sebanyak RM2 Bilion yang menyebabkan bajet mengalami defisit.

" Beliau dah jadi macam Exco kewangan atau penasihat kewangan pulak bagi negeri Selangor bagi menggantikan DS Anwar Ibrahim agaknya.  Semasa dibawah pemerintahan ko dulu lah rakyat susah dan ko yang senang sampai dapat duduk rumah yg berharga 20 juta....tak sampai pun 2 penggal memerintah.  Perlu diingat Kerajaan Selangor ini bukan memerintah berseorangan....ada 4 negeri lagi yang bersekutu dengan Selangor.

Katanya lagi perancangan kewangan dan ekonomi negeri hanya berasaskan pendekatan2 populis dan andaian pendapatan yang tidak berasaskan perkiraan yang cermat.

haa...!!  Beginilah pandangan seorang Dr Gigi yang cuba nak jadi Dr. Ekonomi...apabila mengatakan andaian pendapatan yang tidak berasaskan perkiraan yang cermat..!!!  Macamlah beliau dulu graduan ekonomi dan ada background tentang ekonomi.  Bersangka buruk dan pandai membuat spekulasi ajer.  Kerajaan Selangor PR tahulah ia bagaimana mentadbir negeri dan hasilnya rakyat dapat menikmati air percuma, wang sumbangan kematian bagi meringankan beban anak-anak untuk ibu bapa (warga emas) yang meninggal dunia dan pelbagai insentif lagi.  Kalau zaman Khir Toyo alamat sampai kena pukullah dengan pihak berkuasa pun takkan dapat ini semua.

Apa pun segala kata-kaya dan komen Khir ini menyerlahkan lagi tahap pemikirannya yang lemah dan rakyat akhirnya terfikir bagaimana beliau dulu boleh menjadi Menteri Besar Selangor. Atas dasar apa beliau dilantik menggantikan Abu Hassan.  Adakah berdasarkan kelayakkannya atau sekadar tangkap muat oleh Tun Mahathir bagi membolehkan Putra Jaya (masa itu dalam Kerajaan Selangor) diserahkan kepada Kerajaan Pusat sebagai Wilayah Persekutuan sebagai Give & Take atas perlantikkannya itu sebagai Menteri Besar Selnagor.

2 comments:

KASIHCIKGU said...

aku setuju dgn Khir, dalilnya pemimpin PR tak mampu bina banglo berjuta-juta, sedangkan pemimpin terdahulu banglo 2, 3 juta kira kecik la. Oleh kerana keadaan ekonomilah yang mempengaruhi situasi itu. Camana panglima 7?

Panglima7 said...

Hamba pun setuju dengan Khir, kiranya beliau menggunakan duitnya sendiri dalam membina banglo berjuta-juta ringgit, tetapi yang menjadi isunya bila beliau menyalahgunakan kuasa yang ada dan kedudukannya dalam membina banglo tersebut. Binalah sebesarmana pun banglo kamu asal dengan cara yang halal bukan hasil keringat dan darah rakyat yang bekerja siang dan malam.

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara