Assalamualaikum Wbr.
Gambar Hiasan Sahaja
Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali, apabila Nabi Zakaria dikejar oleh orang-orang Yahudi, maka sampailah Nabi Zakaria dekat sebatang pokok. Oleh kerana dia tidak ada peluang untuk melarikan diri lagi, maka dia pun berkata kepada pokok itu, "Wahai pokok, masukkanlah aku ke dalammu!".
Sebaik sahaja pokok itu mendengar kata-kata yang ditujukan kepadanya, maka dia pun membuka dadanya dan dapatlah Nabi Zakaria bersembunyi di situ.
Hal ini telah diketahui oleh Iblis Laknatullah, lalu dia mengarah orang-orang Yahudi itu menggergaji dan membelah pokok tersebut menjadi dua bahagian dengan maksud supaya Nabi Zakaria mati di dalam pokok tersebut. Akhirnya orang-orang Yahudi pun mengerjakan suruhan Iblis itu.
Hal ini terjadi sebab Nabi Zakaria menaruh harapan pada pokok tersebut bukan kepada Allah S.W.T., sehingga menyebabkan kebinasaan dirinya dibelah dengan gergaji menjadi dua bahagian.
Dikisahkan dalam kitab tersebut, tatkala gergaji itu sampai di bahagian otak Nabi Zakaria, maka Nabi Zakaria pun menjerit.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya, "Wahai Zakaria, mengapa engkau tidak sabar menghadapi bala dengan berkata 'Ah'? Sekiranya kamu berkata sekali lagi, akan aku keluarkan kamu dari senarai para nabi."
Apabila Nabi Zakaria menerima teguran dari Allah S.W.T. maka Nabi Zakaria menggigit bibirnya dan bersabar sehingga mereka membelahnya menjadi dua bahagian.
Oleh itu, wajiblah ke atas orang yang berakal bersabar terhadap bala dan tidak mengadukan kepada manusia, agar dia selamat dari siksa dunia dan akhirat. Dan bala yang paling berat diturunkan adalah ke atas para rasul dan Nabi.
Panglima7.
Moral of the story - Kisah benar ini
Saya berpesan kepada diri saya dan tuan puan semua, mohonlah kepada Allah dan bukan kepada makhluk agar kita mendapat pertolongan dari Allah S.W.T.
4 comments:
kita selalunya lalai dalam menyebut nama Allah
Assalam Tuan Moderator. Lagu Thema pakai seruling agak tak sesuai la bunyi2 siulan tu kedengaran.
Assalam tuan Obakh. Teria kasih kerana teguran. InsyaAllah...hamba akan tukar dgn yg lain. Beri hamba sedikit masa untuk mengubahnya. Terima kasih.
Dapat iktibat dari cerita ini..
Post a Comment