Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Feb 12, 2011

Jangan Kedekut Wahai Saudara !!!

Assalamualaikum Wbr.

Tidakkah Kita Merasa Belas !!!

Diceritakan bahawa Al-Junaidi Al-Baghdadi setelah meninggal dunia, maka kedudukannya diganti oleh seorang lelaki yang bernama Muhammad Al-Hariri dan dia telah menetap di Mekah selama satu tahun.  Dia belum pernah berbuka, belum pernah tidur, belum pernah menyandarkan punggungnya pada dinding dan belum pernah memanjangkan kakinya untuk berehat.  Ketika umurnya mencapai 60 tahun, dia duduk dekat maqam Al-Quthbiyyah.  Kemudian dia ditanya orang, "Keajaiban apakah yang kamu lihat?"

Dia berkata, "Sewaktu aku duduk di sudut masjid, tiba-tiba masuk sesorang lelaki yang tidak memakai kasut dan rambutnya pula terurai dan mukanya kelihatan pucat.  Dia mengambil wuduk dan solat dua rakaat, kemudian dia menyandarkan kepalanya dekat kocek atas bajunya sehingga masuk waktu Maghrib.  Apabila sampai waktu Maghrib, dia mengambil wuduk dan sembahyang, setelah itu dia tidur kembali seperti mulanya."

Berkata Muhammad Al-Hariri lagi, "Kebetulan pada malam ini, Khalifah Baghdad menjemput orang-orang Sufi untuk memberi nasihat, dan kami hendak keluar untuk pergi ke majlis itu.  Sebelum pergi saya bertanya kepada orang fakir itu, "Wahai fakir, adakah kamu ikut kami ke Majlis Khalifah?"

Berkata Si fakir, "Saya tidak ada hajat dengan Khalifah, tapi saya mahu kamu buatkan saya roti besar."

Saya berkata di dalam hati, "Pelik betul orang ini, lain kita tanya, lain pula yang dia jawab."  Kemudian saya meninggalkan orang fakir itu dan saya pergi ke Majlis Khalifah.  Setelah selesai Majlis Khalifah, saya pun balik semula ke masjid dan saya lihat pemuda itu sudah tidur.  Kemudian saya pun tidur.

Dalam tidur, saya bermimpi melihat Rasulullah S.A.W. bersama dua orang tua yang bercahaya terang dan di belakang pula ada satu jemaah besar yang mana kesemua muka mereka bersinar berkilauan.

Ada yang mengatakan kepada saya, "Inilah Rasulullah S.A.W. di sebelah kanan beliau ialah Nabi Ibrahim Khalilullah, di sebelah kiri Nabi Musa Khalimullah dan di belakang itu 124,000 para Nabi."

Kemudian saya menghadap kepada Rasulullah S.A.W dan hendak mencium tangan baginda S.A.W., tetapi baginda memalingkan muka dari saya.

Lalu saya bertanya. "Ya Rasulullah, apakah kesalahan yang telah saya lakukan sehingga Rasulullah memalingkan muka dari saya?"

Rasulullah S.A.W. dengan wajah yang merah bagaikan intan merah kerana ketinggian peribadinya berkata, "Sungguh ada seorang fakir dari golongan kita minta roti, tetapi kamu tinggalkan dia kelaparan pada malam ini."

Saya terbangun dari tidur, dengan rasa takut dan gementar saya mencari pemuda itu, pemuda itu bersiap untuk keluar meninggalkan tempatnya lalu saya berkata, "Wahai Pemuda!!!, Demi Allah yang telah menciptakan engkau, bersabarlah sebentar, nanti aku ambilkan roti untukmu."

Berkata pemuda itu dengan tersenyum, "Wahai Tuan Syeikh, saya tidak memerlukan sesuap roti dari engkau. Dan di manakah kamu mendapatkan 124,000 para Nabi sebagai penolong hanya kerana sepotong roti?"  Sambil berkata demikian dia menghilangkan diri.

Wahai saudara-sauadara sekalian, bersedekahlah kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Janganlah kita pandang orang itu dari negara lain atau sebaliknya.  Semua manusia itu sama sahaja, cuma Allah meletakkan manusia itu di mana-mana negara yang dikehendaki-Nya.  Sesungguhnya orang yang menyedekahkan wabg ringgit dan harta bendanya kerana untuk mendapatkan Keredhaan Allah, mereka tidak akan rugi sedikitpun  Sebaliknya akan bertambah banyak lagi kurniaan Allah kepadanya, InsyaAllah.

Panglima7
Marilah kita bersama-sama bersedekah dengan Ikhlas bagi mendapatkan keredhaan Allah SWT.
Tips :  Jika sekiranya kita bersarapan pagi di kedai-kedai pada hujung minggu, bungkuslah 3-4 keping roti canai atau nasi lemak untuk kita hadiahkan atau sedekahkan atau berikan pada jiran tetangga kita yang berhampiran yang mungkin ketika itu mereka masih mencari-cari sarapan apa yang ingin dimakan di waktu itu.   Walaupun tak sampai 3-4 ringgit tetapi pemberian kita itu sangat besar nilainya pada mereka dan anda akan dapati hubungan kejiranan akan menjadi tersangat rapat dan janganlah pula ada niat dihati agar ianya dibalas. Jadikan amalan...minggu ni rumah org itu..esok rumah di sana.  Jika si suami yg keluar...mintalah suami anda yang berikan, begitu juga isteri jika sebaliknya... untuk mengelakkan sebarang fitnah.  Amalkan tuanpuan. Pemberian kita itu merupakan simpanan kita diakhirat kelak.  InsyaAllah.

2 comments:

Panglima Hitam said...

bersedekahlah kita terutamanya pada jalan allah...

Panglima7 said...

Assalam Panglima......mudah-mudahan,Allah meredhai sedekah sedemikian terutamanya bersedekah di jalan Allah.

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara